BAB 15 DNA AUFA
"Ka-kau.. " Aisy berundur beberapa tapak kebelakang apabila mendengar tutur kata salah seorang forensik di tempat kemalangan tadi. Keluarganya kini berada di hospital Kuala Lumpur.
"Maaf Tuan. Tapi DNA yang kami dapat memang DNA milik tuan Aufa. " ujar si Forensik dengan nada simpati. Aisy menggeleng kepala tidak percaya.
Ini semua mimpi! Aufa tak mati! Baru semalam dia chat dengan Aufa!
"Ta-tak.. Abang aku masih hidup.. Dia tak mati lagi! " jerkah Aisy kuat membuatkan Harraz menghampiri dirinya.
"Aisy.. "
"Aufa hidup Harraz! Dia tengah menipu Harraz! Mana kau sorokkan abang aku hah?! Mana abang aku sial!! Bagi tahu aku mana dia! Dia tak mati! Aku yakin dia tak mati! " kolar baju salah seorang forensik yang bertugas untuk mengesah kan DNA Aufa, dicengkam kuat oleh Aisy.
"Sudahlah Aisy! Jangan nak mengamuk boleh tak?! " cengkaman pada kolar baju sang forensik terlepas serta merta apabila Harraz menolak abangnya kuat. Nafas Aisy turun naik. Air mata juga tidak henti mengalir.
Puan Ilyana pula menangis dalam rangkulan suaminya manakala Ian hanya terduduk dikerusi hospital bersama tunangnya, Zahirah Varisha. Arisya senyap di sisi Ian. Tangan si abang digenggam, menyalurkan kekuatan.
"Kau diam Harraz! Aku tahu dia tipu! DNA tu, DNA tu bukan milik Aufa! Dia hidup lagi! "
"Kau ingat, kau sorang aje ke yang tak boleh terima?! Aufa tu pun abang aku lah setan!! Tapi dah terang-terang forensik sahkannya! kau nak apa lagi hah?! "
"Diam! Diam! Diamlah!! " Aisy memegang kepalanya yang mula berdenyut! Gigi diketap sekuat hati sebelum semuanya berubah gelap.
BUKK
"Aisy! "
***
"Macam mana dengan Arjuna? " soal Izyan sebaik sahaja sampai di bilik ICU. Zafrey dan Zaydan berpandangan sebelum menghela nafas berat.
"Arjuna dia.. "
"Keadaan Tuan Arjuna semakin teruk. Kami tidak pasti dia mampu hidup atau tidak. " ujar salah seorang doktor yang bertugas kepada Zafrey yang sampai terlebih dahulu. Zafrey meraup wajah sebelum terduduk di kerusi.
"Banyaklah berdoa. Itu aje cara yang ada sekarang. " sempat doktor bedah itu menitip pesan sebelum kembali bertugas.
"Jadi.. "
"Kemungkinan kita akan hilang Arjuna... " sambung Zaydan seraya duduk di sisi abangnya. Doktor di bilik bedah itu masih keluar masuk dan tiada tanda untuk berhenti. Izyan tergamam lalu badanya tersandar pada dinding.
"A-Aufa pulak? Arjuna pergi dengan dia kan? "
Kini masing-masing senyap tanpa sebarang kata sehinggalah Harith mucul dengan wajah kelat.
"Ha-Harith? " panggilan Izyan membuatkan Harith tertunduk kebawah. Tanganya erat memegang smartphonenya.
"Aufa dah tak ada. "
Kepala yang menunduk serta merta terangkat. Enam pasang mata tertumpu pada Harith yang jelas mula menitikkan air matanya.
"Tak mungkin.. "
Kali ni Izyan terduduk jatuh. Air mata jantannya mengalir deras begitu juga Afri yang berada di sisi dua abang kembarnya. Dariel dan Emyr pula hanya menutup mata dan sedaya upaya menahan sebak didada.
Kedua belah tangan menutup muka. Izyan menangis di ikuti oleh Harith yang kini sudah melutut kedua belah kakinya. Zaydan dan Zafrey sekadar diam dan sedaya upaya menahan air mata mereka daripada keluar.
"Tuan.. "
Panggil doktor yang bertanggungjawab membedah Arjuna. Sebak dia melihat keadaan lelaki-lelaki dihapadanya kinj. Zaydan bangun daripada kerusi. Dia antara yang tertua antara mereka, jadi dia kena kuat.
"Ya doc? Macam mana dengan Arjuna? "
"Maaf, tapi kami sudah buat apa yang patut. Semua usaha sudah dilakukan. Saya harap tuan banyak bersabar.. "
"Ke-kenapa? "
"Arjuna, dia.. "
***
"Mati. "
DUSSSHHHH!!
Satu tumbukan hinggap di pipi si lelaki. Dek kerana itu, dia jatuh terduduk bersama bibir yang berdarah. Dihadapanya pula seorang lelaki berwajah bengis bersama beratus anak buah bertubuh sasa. Jelas dia menahan amarah tika itu.
"Aku suruh kau tangkap budak tu! Bukan bunuh dia lah sial! Kau tahu tak hanya budak tu aje yang tahu kedudukan dokumen-dokumen kumpulan kita?! Ah shit!! "
Kini pistol diambil dan diacu pada si lelaki dihadapanya. Wajahnya mula pucat apabila si ketua mula tersenyum sinis.
"Apa kata aku hantar kau ke sana? Mana tahu kau jumpa dia kan? Boleh tanya dia.. "
"A-aku.. "
"Bye. "
DUUUUUUSSHHHH!
Serta merta tubuh itu kaku dikala sebutir peluru menembusi tengkorak kepalanya. Tidak cukup dengan itu, darah mula mengalir dan si ketua melepaskan lebih banyak tembakan!
"Cih. Kau orang kerat badan si bodoh ni lepas tu campak ke laut! Kemaskan semuanya atau kau orang pulak jadi mangsa. Faham?! "
"Baik boss! "
Si lelaki separuh abad itu merengus kasar sebelum kaki diayun keluar daripada gudang lama itu. Seorang lelaki berambut kelabu mengikut rentaknya. Sampai sahaja di kerera serba hitam, lelaki separuh abad itu menoleh ke arah lelaki berambut kelabu.
"Aku nak kau cari semua harta, maklumat dan kenalan Luis D'Lord yang lain. Aku yakin dia ada sorokkan semua dokumen kita dekat tempat rahsia sebelum mati. Cih, dasar budak tak kenang budi. Kalau tahu macam ni jadinya, aku patut bunuh dia dalam kandungan sama macam mak dia! Huh! Menyusahkan! "
"Jangan risau, aku akan cuba yang terbaik. Lebih baik tuan balik dulu. Tuan tak makan ubat tuan lagi kan? "
"Tak perlu ingatkan aku. Dah lah. Buat kerja kau! "
Lelaki berambut kelabu hanya mengangguk sebelum menghantar ketuanya dengan pandangan mata. Satu keluhan terbit dibibirnya. Tak lama kemudian, phone miliknya berdering mintak diangkat.
Berkerut dahinya apabila melihat nama si pemanggil. Tetapi diangkat juga panggilan itu.
"Hello? "
"Macam mana? "
"Mengamuklah, kau ingat senang ke nak hadao orang tua tu kalau rangcangan dia gagal? Yang kau ni Erith, asal tak tidur lagi? Dah dekat dua pagi duh.. "
Erith dihujung talian hanya ketawa. Rambut putihnya beralun mengikut deruan angin. Kini dia berada di atas cerung bukit yang dibawahnya terdapat jalan raya. Mata pula tertumpu pada kawasan kemalangan yang melibatkan Aufa dan Arjuna pada petang tadi. Memegang sebungkus bunga .
"Saje. Nak bagi penghargaan kepada mereka yang mati.. "
"Kau dah gila ke? Makin hari, makin seram aku dengan kau ni.. "
"Aku memang gila. " serentak dengan itu, bungkusan itu dicampakkan kebawah dab bunga-bunga itu berteraburan diatas jalan. Erith hanya senyum bahagia.
"Bagi aku, semuanya bagai mimpi. Kalau Aufa tak muncul, mesti rancangan ni tak akan jadi kan Ryu? " Erith ketawa kecil.
"Kau psycho. "
"Yes.. Aku psycho. Tapi.. Aku buat ni bersebab. Demi janji.. " kini mata Erith naik menikam bulan yang berbentuk sabit.
Ryu hanya mengeluh. Pasti itu jawapan Erith. Hanya janji.
"Aku harap kau tahu apa yang kau Buat Erith. Aku tak nak sebab rancangan bodoh kau, aku hilang seorang lagi sepupu." Luah Ryu D'Lord dengan nada sayu. Erith hanya senyum kelat walaupun dia tahu Ryu tidak dapat melihatnya.
"Maaf. Tapi ini pilihan aku. Aku tak boleh janji dengan kau yang aku mampu hidup sehingga semuanya tamat. Tak apalah Ryu, sampai sini aje. Bye. "
"O-oit! "
Serta merta Erith menutup panggilan. Phonenya disimpan di dalam poket sebelum mata kembali pada tempat kemalangan.
"Aku dah cakap, aku bukan orang yang baik Aufa. Kau patut bencikan aku… "
"... Sama macam dulu. "
Arjuna tak tahu hidup ke tak, Erith muncul dan membawa satu lagi kekeliruan and lelaki misteri yang memburu Aufa kerana dokumen .
Don't blame me, ini story line adik saya. Dia yang rancang and saya tambah sikit2. So yeah, comment and vote jadi kita boleh tengok apa lagi idea gila yg bakal keluar dari otak si adik 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top