BAB 14 KEMATIAN DAN KEMALANGAN
Aufa Qayyum POV
Aku diam bersama muka yang masam mencuka. Kekasih paksa rela memang sesuai untuk aku tika ini. Kenapa pulak? Sebab sekarang aku dengan terpaksanya kena ikut Arjuna ke uni dia.
"Cukup-cukuplah buat muka. Dah nak sampai dah ni. " ujarnya dengan riak selamba.
"Hurmm... " balasku lalu melontar pandangan ke luar tingkap kereta. Aku rasa pemandangan luar lagi cantik dari hadap muka syeton dekat sebelah ni. Dapat aku tangkap keluhan berat dari Arjuna sebelum kereta berhenti.
Terjongket kening aku apabila kami berhenti di sebuah kawasan yang agak suram dan kelam. Jangan cakap dia nak buat sesuatu bawah umur dekat aku. Ada yang menjerit sebab mati pucuk kang..
"Kau marah dekat aku lagi ke Aufa? " soal Arjuna lalu memandang sayu kearah aku. Aku menghela nafas berat lalu rambut dikusutkan. Stress aku! Dah kau paksa aku ikut, memang amarah aku cecah langitlah!
"Aku tak marah lah setan. Just stress kau faham tak? Boleh tak kau jangan tanya soalan-soalan pelik dan bawak aje kereta ni?! " tekingku tanpa sedar.
Arjuna agak terkejut dengan perilaku aku. Dapat aku lihat wajahnya yang agak terkilan tapi entahlah. Aku malas nak fikir. Mampus situ.
"Aufa.. "
"Senyap dan bawak ajelah! "
"Aufa! "
Kali ini mata kami bertentang. Aku dengan riak sinis dan Arjuna dengan riak bengang.
"Wow, sekarang kau nak tengking aku pulak? Lepas ni apa? Tumbuk? "
"Tak, kau ni kenapa Aufa? Tetiba kau nak marah-marah tak tentu hala. Okay aku mengaku aku tak tunaikan janji lepastu paksa kau ikut. Tapi perlu ke kau marah aku sampai macam ni?! " bentaknya bersama mata yang berubah tajam. Tangan pula tergenggam sehingga menampakkan urat jantannya.
Eh pikir aku takut?
Tak memang aku takut. Tapi tulah, ego. Eh, walaupun daku ada otak istimewa, tapi ego tetap paling tinggi. Sudahnya aku hanya diam dan melempar pandangan ke luar. Malas nak bertekak.
"Aufa.. "
"Diam ajelah. Sekarang masing-masing tengah panas en? Nanti bertumbuk aku jugak yang sakit. Kau lain lah badan serupa badam. "
Bidasku membuatkan Arjuna terdiam. Aku agak dia dah mengalah sebab kereta dah jalan balik, tapi tu ah. Arjuna ialah Arjuna. Suka seksa jiwa dan raga aku.
"A-Arjuna! Woi babun! Apahal laju sangat kau bawak ni! "
Hampir terbenam jugaklah aku dekat kerusi lembut kereta Lamborghini milik si Arjunat. Arjuna dah tak kira kereta dah ni, semua diredahnya! Ini memang boleh buat aku pendek umur.
Hampir membutang mata aku apabila sebuah lori yang baru sahaja bergerak di lampu isyarat menyapa mata. Arjuna pula semakin lama semakin laju! Weh-weh, kalau kau nak cepat mati bukan dengan aku! Bala-bala...
"Arjuna! "
"Diam, ada orang ikut kita! "
"Hah? "
Terus aku memandang kebelakang bersama mata yang membulat. Betul cakap Arjuna, ada lima buah kereta yang ikut daripada belakang! Aku tak sure siapa diorang tapi yang pasti, ini bukan pertanda baik.
"Shit! "
Kereta yang laju bertambah laju. Begitu juga kematian aku yang semakin hampir. Aku agak dekat muka ni dah tak ada darah dah ni. Pucat. Lori tadi kami dapat elak tapi macam mana dengan yang akan datang?
"Ar-Arjuna, aku ta-takut. " persis anak kecil aku menutur kata. Kaki aku bawa ke dada dan badan aku mula menggigil.
Kepala aku berdenyut kuat. Tiba-tiba, satu bayangan muncul didadalm kepala. Kawasan jalan raya yang sesak dengan orang ramai. Darah merata-rata. Kereta yang terbakar. Serta..
Aku yang hanya berdiri di situ bersama senyuman dan badan yang berdarah. A-apa semua ni? Macam mana aku boleh senyum dengan adegan didepan mata?
Aku benci keganasan. Aku benci pertarungan. Aku benci darah. Jadi macam mana aku boleh tersenyum atas kematian orang lain?
Arh! Kepala aku sakit!!
"Tenang Aufa.. Semuanya akan baik. "
Dapat aku rasakan satu usapan dikepala. Dan-dan mata mengerling Arjuna disisi. Bibinya senget sedikit seperti tersenyum. Sikit sebanyak, rasa takut itu hilang.
Arjuna selalu tahu macam mana nak hilangkan rasa takut aku.
"Aku janji aku akan jaga kau, Aufa. Cuma tolong percayakan aku. "
Aku merenungnya sebelum mengangguk. Aku percayakan dia. Aku percayakan Arjuna. Arjuna tersenyum apabila aku memandang kehadapan.
"Aku harap kau tak mungkir janji. "
"Heh,"
Kereta yang dibawa Arjuna semakin laju. Mereka yang mengejar kami juga tidak kurang hebatnya! Bunyi hon-hon kereta lain tidak dihiraukan dan Arjuna memotong tanpa teragak-agak!
"ARJUNA LORI! "
Kali ni kereta kami mula hilang kawalan! Aku menutup mata bersama doa dihati. Jika ini pengakhiran aku Ya Allah, tolong lindungi rakan dan keluarga aku.
BBBBBBBAAAAAMMMMMMM!!!
Lagaan yang sangat kuat berlaku antara kereta dan lori minyak. Bahagian kereta hancur dengan teruk. Kawasan pelanggaran pula mula terbakar dengan dahsyat. Api semakin marak dikala minyak daripada lori tumpah!
Orang ramai mula kecoh. Ada yang mula membuat panggilan dan ada juga yang sudah menutup mulut bersama air mata yang mengalir. Kereta lain yang terkena tempias, juga turut terbakar. Mayat dimana-mana dan darah juga tidak terkecuali.
Kepala aku mula berpinar. Darah yang mengalir disisi kepala aku lap dengan tangan. Arjuna yang turut berdarah teruk, aku pandang sekilas sebelum semuanya berubah gelap..
***
Ian Hylmi POV
Aku mula tidak sedap hati. Semua kerja aku jadi serba tak kena.
"Lucy, you bagi surat ni pada Mrs. Reen. Mintak dia bagi pada I sebelum balik. "
"Yes sir. "
Lucy merangkap PA aku hanya mengangguk lalu membawa surat itu keluar daripada office aku. Satu keluhan aku lepaskan. Shit, aku betul-betul tak boleh buat kerja!
Dring... Dring.. Dring..
Berkerut dahi aku dikala melihat nombor Aisy di skrin smartphone aku. Kali ni hati aku mula sesak. Ini bukan pertanda baik.
"Assalam-"
"BUKAK BERITA SEKARANG IAN! A-AUFA.. "
Serta merta aku membuka TV yang berada tidak jauh daripada tempat aku berdiri. Hampir membutang mata aku apabila siaran berita memaparkan satu kemalangan dahsyat di sebuah jalan raya yang melibatkan 10 buah kereta dan sebuah lori.
"Kemalangan berlaku kira-kira pada sembilan pagi. Semua mangsa yang terlibat mati ditempat kejadian kecuali seorang lelaki yang kini dikejarkan ke hospital. "
Kali ini berita memaparkan satu gambar Arjuna yang berdarah dan kelihatan agak nazak. Aku mula mengeletar lutut apabila nama Aufa juga turut ada didalam senarai mangsa.
"Ta-tak mungkin.. "
Aku jatuh melutut. Sempat aku menangkap lambang yang ada di salah sebuah kereta yang terbakar.
Musuh aku. Musuh Kumpulan Slayers dan Kumpulan Dark Knight. Air mata mula mengalir deras dan buku lima aku genggam sekuat hati.
Mereka nak Aufa. Sebab tu mereka kejar dia dan Arjuna. Aku tahu apa yang dah jadi!
"JAHANAM!!!!! "
BAAAMMMMM!!
BBAAMMMMMM!!!
Barang-barang berdekatan aku campak kedinding. Dada aku mula berobak kencang. Ketukan di pintu aku abaikan! Tika ini hanya perasaan sedih dan dendam yang menguasai.
"BAGI BALIK ADIK AKU LAH SIAL!!! "
"IAN! BUKAK PINTU NI IAN! "
"ARRRGHHHHH!!! "
BRAMMMMMM!!
Aku kembali melutut. Kali ni aku menumbuk lantai sehingga tangan aku berdarah. Rasa sakit ditangan tak dapat tandingi sakit dihati. Air mata masih mengalir keluar tanpa henti.
"AUUUFFAAAA!!!! "
R. I. P
AUFA QAYYUM
16 TAHUN
Akan datang:
"Ka-kau? "
"Keadaan Tuan Arjuna semakin teruk. Kami tidak pasti dia mampu hidup atau tidak. "
"Semuanya bagai mimpi. "
"Maaf.. "
😜siapa suruh x vote and comment? 😂ni dah buat jahat ni. Aufa mati😈
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top