BAB 13 ERITH

Aufa Qayyum POV

Serius aku rasa macam ada orang tengah stalk aku. Meremang segala bulu duh. Dari bulu hidung sampai bulu kaki. Tegak lain macam! Brr..

"Weh Belle, kau tak rasa ke ada someone tengah perhati kita? "

Dan-dan kepala Belle menoleh kearah aku dengan riak hairan. Aku juga berbuat sedemikian.

"Mana ada. Perasaan kau aje kut. "

"Hurmm.. "

Tak mungkin perasaan aku aje. Kalau perasaan aku, mesti aku dah luah dekat orang tu. Tak adalah dia nak stalk aku sekarang. Pelik lah belle ni.

Ke aku salah tafsir ayat dia?

"Aufa... "

Langkah aku terhenti apabila suara serak Arjuna menyapa gegendang telinga. Dan-dan muka aku berubah keruh. Arjuna kini elok berada di meja makan bersama Harith dan yang lain-lain. Dariel dan Emyr pun ada.

"Err.. Belle jom teman aku makan nak?"

Belle mengerut dahi seraya menggeleng kepalanya. Sadis. Aku ditolak begitu sahaja. Berkecai jiwa raga. Huhu..

"Tak naklah. Aku ada kerja. Kau pergilah sana. Makan dengan abang sedara aku tu. Bye! "

Tak sempat aku nak ajak, terpaksa ku relakan dia pergi. Maka seketul Aufa pun mula merintih dan menangis dengan hati yang pilu. Meratapi pemergian si gadis yang baru sahaja kenal tiga minit. Dah ah, melebih ayat kau ni Aufa.

"Kau tercegat apa lagi? Makanlah. " ajak Izyan kasar. Aku kalau ada meriam ni, nak aje kasi dekat mamat ni. Panggil elok-elok tak boleh ke?

"Nak duduk mana? Semua penuh. "

"Duduk sebelah aku. "

Terus aku pandang pelik dekat Arjunat, campuran nama Arjuna dan hanat. Fuh! Sedap gila vabi namanya.

"Kau siapa? Apa hak kau nak menyuruh bidadara syurga ni duduk disamping kau? "

Arjuna dah mengeluh dengan loyar buruk ku. Kesah pulak aku! Dia yang mungkir janji! Kata nak balik, tapi sudahnya bersejuk aku dalam bilik air! Baik aku kawan dengan hantu golek tu. Sekurang-kurangnya boleh aku main lat tali lat tali tamlong tak pun osom.

"Kau marah aku lagi ke Aufa? "

"Siapa Aufa? "

Arjuna merengus tak puas hati. Yang lain hanya senyap dengan pentengkaran aku dan si lelaki 20-an itu.

"Jangan main-main boleh tak? Dah lah. Makan sini! "

"Aku tak makan! "

Terus Arjuna bangun daripada duduk dengan muka bengis. Ha baguslah. Bengis lagi, bengis! Biar aku takut sampai keluar rumah tak balik-balik! Pastu menyesal!

"Kau jangan sampai aku heret kau Aufa! "

"Heret kaki mu,
melutut pada ku,
Aku ambil penyapu,
Ketuk kepala mu!

Ha balas arh kalau berani! "

Cengkering berkopiah mintak lalu guys. Lawak aku tak jadi en? Sadisnya.

"HAHAHAHA! LAWAK GILERR!! HAHAHAA! "

Hurmm... Tak apa lah. Janji ada yang support. Siapa lagi kalau bukan Izyan? Peminat tegar lawak hambar. Kira sadislah lawak aku tadi.

Peringatan.

Tak payah buat lawak lepas ni.

Malu tujuh keturunan mama aku.

"Err.. Aku keluar dulu. "

"Aufa! "

Terus aku berlari keluar daripada Villa itu. Laungan Arjuna tidak aku hiraukan. Biarlah aku pergi Arjuna, biar aku dapatkan kebebasan seorang bidadara. Okay stop Aufa. Kau nak cari jalan pun sesat inikan nak cari kebahagian.

Aku rasa cari nahas aje nanti.

Tak pun malapetaka.

***

Satu keluhan aku lepaskan. Niat asal memang aku nak keluar daripada Villa ni tapi sudahnya aku end-up dekat taman bunga. Dan lawaknya masih dalam kawasan villa puaka ni.

Tak boleh ke aku end-up dekat tempat yang aku nak pergi?

Sedih betul.

Sudahnya aku jadi flower boy dekat sini. Petik dua tiga kuntum bunga, letak dekat atas kepala. Pastu petik bunga raya, selit dekat telinga. Walaweh, kacak dan cantiknya wajahku kini, hahahaha.

Sreekk..

Benda tu?

Teguk liur aku dibuatnya apabila bunyi semak-samun kedengaran. Aku tak rasa hantu golek tu main dekat sini. Glup. Ke ada kubur dia duh?

Mampus aku. Dah lah aku main petik-petik aje pokok bunga ni.

"Si-siapa? "

BAMMM!!

Laju kaki aku melangkah ke arah bunyi yang agak kuat sebentar tadi! Tak silap aku dari pokok yang tak jauh dari taman ni. Lari punya lari, aku sampai dihadapan pokok yang dicari. Hilang kata-kata aku apabila satu susuk lelaki elok mengusap rambut putihnya.

Ni mesti kes usya aku. Almaklum lah aku kacak nak mampus, jadi dia pun terkejut dan jatuh dalam lembah cinta yang membawa diri ke neraka.

Sungguh sadis ayat ku ini.

"Urgh.. "

"Seronok usya-usya aku? "

Terus dia mengangkat kepala. Mata kami bertaut seketika. Cantik tho mata hijau dia! Kalah mata aku yang hitam pekat ni.

"Kau siapa? " soalnya dengan muka bengis. Aik? Kau pulak yang marah apahal? Hilang terus kecantikan mata hijau dia tu.

"Aku tanya dulu babun. Kau siapa? Tetiba jatuh pokok. Pengintip eh? "

Terus muka dia pucat. Betul ke aku teka tu? Macam ni kena report dekat Arjunat dengan yang lain-lain ni! Bahaya duh.

"A-aku, sesat aje. Kau tu pulak, buat apa dekat sini? "

Sesat. Heh macam aku jugak lah mamat ni. Kan dah cakap, rumah ni besar kedabak. Memang ramai sesat punya. Agak-agak, ada tak yang sesat seumur hidup? Pastu mati tak berkubur?

Takut pulak nak bayang.

Tapi macam best pulak kalau jumpa.

Thrill duh.

"Sama lah. Aku sesat jugak dekat sini. Yang itu acah flower boy sikit. "

Tangan dihulur untuk membantunya bangun. Dia seakan-akan ragu dengan tindakan aku, tetapi dicapai juga tangan yang suci nurani ini.

"Alang-alang kau sesat sama macam aku, jom ah cari jalan. " sengih ku. Si lelaki hanya menggosok belakang leher dengan senyuman kelat.

"Tak apalah. Aku cari sorang. Aku ni orang luar aje pada kau. " ujarnya sayu seraya menundukkan pandangan. Sebelah kening aku terjongket dengan kelakuanya. Emo giler brader.

"Then, jom kawan? Apa susah. Kau bukan orang luar lah lepas ni. " ujarku bersama senyuman semanis madu lebah. Dan-dan dia angkat kepala dengan mata membulat. Tak caya ke?

"Kau.. Pasti nak kawan dengan aku? Kita bukanya kenal sangat. "

"Tak Kenal maka tak cinta. Tapi untuk situasi kita, tak kenal maka tak tahu. Aku bukan gay nak cintakan kau. So yeah.  "

"Tapi-"

"Aufa Qayyum. "

Terus aku hulur tangan kepadanya. Dia memang tergamam habislah. Eo? Pelik aku dengan mamat ni. Ajak kawan pun tak nak ke? Ke tak pernah. Sian pulak aku dekat dia.

"A-aku bukan orang baik. Nanti kau benci aku." Ujarnya seraya menolak huluran aku. Hari ni memang semua nak tolak aku aje eh? Terasa hati jantan aku.

"Dude, sokey. Kita boleh kawan. Aku janji aku tak akan benci kau. "

"Jangan berjanji kalau kau akhirnya mungkiri."

Setap aku. Bapak ah mamat ni. Aku nak kawan pun banyak cikadak dia. Satu keluhan aku lepaskan. Matanya aku tenung dengan pandangan yang lunak. Ada something dalam mata dia yang aku nak cakap daripada tadi.

"Kau ada taik mata. "

Terus dia tenyeh-tenyeh matanya. Gelabah bhai. Aku aje gelak mengekek. Dalam beberapa minit, selepas dapat menghidu penipuan aku yang nyata, terus matanya tajam menikam sehingga ke lubuk hati. Auch!

"Eyy.. Kau tipu! "

"Tak tipu. Cuma tak berlaku jujur aje. "

"Hotak kau! "

Tenung-tenung mata sikit, sebelum dua-dua hambur gelak. Serius hambar gila tapi entah lah. Terhibur aku dengan dia ni.

Apa aku nak cakap sebenarnya, mata dia nampak lonely gila. Kecantikan mata hijau dia tu yang tutup semua perasaan sunyi tu.

Sebab tu aku nak kawan dengan dia.

Aku tak nak dia lonely.

Aku tahu macam mana hidup sunyi ni. Sakit tak terkata. Lagi-lagi bila tak ada sesiapa dekat sisi kita waktu kita perlukan dia.

"Erith. "

"Huh? "

"Nama aku. Erith. "

Ujarnya dengan senyuman. Aku membalas dengan sengihan sehingga menampakkan gigi. Alright, dia kasi nama kiranya..

"Kita kawan eh? "

"Tak. "

Reject lagi.

"Ceh. "

Erith ketawa seraya mengusutkan rambut aku. Laju tangan aku tepis tanganya. Walaweh, aku dah sikat baik-baik pagi tadi kut! Hancur usaha titik peluh aku yang nak sempurnakan rambut pagi ni. Bangun pukul 4 pagi semata nak kemaskan rambut. Anda rasa?

Hancur luluh hati ku kini..

"AUFA!! "

Terus aku kalih kebelakang dikala suara Izyan dan Harith kedengaran. Aku melambai kearah mereka. Yaho! My savior dah syampai!!

"Erith, ni -eh? ''

Hilang?

"Aufa, kau cakap dengan siapa tho? " soal Izyan sebaik sahaja sampai. Aku garu kepala. Aku yakin tadi Erith dekat sini aje. Apahal boleh hilang pulak ni?

"Tak ada siapa.. Rasanya? "

Harith dan Izyan berpandangan seketika.

"Eh dah lah. Korang buat apa dekat sini? " soal ku memecahkan rasa janggal tetiba.

"Cari kau lah. Jom makan. Kau tu nanti sakit perut kalau tak makan. Tak payah lah merajuk sakan dengan si Nana tu. " ujar Izyan lalu menarik tanganku. Aku hanya membiarkan sahaja. Fikiran aku masih pada Erith.

Siapa dia tu? Aura dia lain.

Senyap dan bahaya, macam tu lah.

Aku nak tahu fasal dia lagi. Haiih..

"Kau cakap dengan lelaki ke tadi? " soal Harith yang daripada tadi senyap. Glup. Macam mana dia tahu?

"Ke-kenapa? "

"Bau minyak wangi kau lain. Ke kau tukar duh?"

"Err.. Ha'ah. Aku tukar. Wangi en? "

"Tak lah. Bau najis. "

"Sila ninggal. "

Harith ketawa lalu berjalan melepasi aku.

Nak kasi flying kick dekat abang ni boleh tak? Cantik ah badan dia.

Panah cinta💘😂

ERITH

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top