BAB 10 PELIK

Aufa Qayyum POV

"Aufa.. "

Meremang terus bulu-bulu di kaki aku. Siapa pulak yang main seru-seru nama aku ni? Dah lah macam mengilai nadanya. Habis gugur iman aku.

"Apa dia? "

"Aufaa... "

"Ya lah, apa dia cik kak oit ?! "

"Auuufaaa.. "

"Dey tambi! Kau pahal panggil-panggil nama gue?! "

"... "

Hak alah.. Minah ni. Aku tengking sikit dah sentap. Babun. Kau panggil aku, pastu blah? Kaki nak kaki?

"Belakang lah buduh.. "

Terus aku pusing belakang. Satu susuk tubuh  elok merenung aku dengan pandangan yang susah untuk diungkap. Iyalah, kalau mata pun tak ada, nak pandang apa aje? Muka pucat. Kaki tak cecah lantai. Tapi rambut dia cecah lah pulak.

"Kau buduh kan aku setan? Weh kau tu pulak, dah lah buduh pastu huduh! Eyy.. Apahal kau macam lepas kena lenyek dengan kereta ni? "

"Bukan kereta yang langgar aku.. "

"Abistu? "

"Lori. Bapak sakit. Tengok ni, sampai mata aku pun hilang. " ujar susuk tubuh itu seraya mengerdipkan mata yang tak ada bebola mata. Asal cute sangat ni?

"Eh, jap! Jap! Apahal aku cakap dengan kau ni? Actually, kau tak takut ke dengan aku? " soal susuk tubuh itu. Bingung jap.

"Apahal nak takut dengan kau? "

"Kau tahu tak aku ni apa? "

"Aku tanya dulu, kau kena jawab. Tak jawab, aku tak jawab soalan kau. "

Terus melompong mulut susuk tubuh itu sehingga ke tanah. So jijik. Lidah dia pun terkeluar. Euuww.. Pengotor betul!

"Eyy.. Tutuplah mulut kau tu. Geli lah tengok lidah berulat kau! "

"Kau ni gila ke bodoh? Tak takut dengan aku?"

"Takut buat apa? Kau manusia jugak kan? "

Terus natang tu tepuk dahi. Aku aje blur. Dah lah blur, apa yang jadi ni pun aku tak faham.

"Sah kau bodoh. Dah lah. Tak guna layan mamat macam kau. Buat sakit jiwa aje kacau manusia otak tak boleh pakai. "

"Uwooo... Kau mulut. Nak kena simbah dengan asid ke? "

"Whatever. Aku nasihatkan kau lah en, lepasni basuh kaki sebelum tidur. Ambil wuduk kalau boleh. Ni tak , kan dah kena kacau dengan setan. Dah arh.. Cau lu. Sayonara.. "

Terus dia terapung pergi ke tempat yang tidak aku ketahui. Wait.. Setan?

"Oh by the way. Aku roh yang baru mati tadi. Ingat nak kacau kau dalam mimpi ni, tapi kau pulak bodoh bangang. So niat tu terbatal terus. So yeah.. "

Lama jugaklah aku nak hadam apa yang dia cakap.

Setan = Roh = Hantu.

Jadi peratusan untuk aku cakap dengan hantu tu.. Glup.

"Dia ha-hantu ke? "

"Ha'ah. "

"ARHHH!!! "

Terus aku lari lintang pukang dikala dia tiba-tiba muncul sebelah aku! Siot, apahal otak aku lembab gila ni?

BUK!

"Aduh... "

Terkebil-kebil aku memandang sekeliling. Lah.. Mimpi ke?

"Apahal dalam mimpi pun kau sama bodohnya Aufa? "

Tergeleng kepala aku dengan diri sendiri. Teruklah Aufa Qayyum ni. Kecewa aku dengan kau. Manusia dengan mahluk halus tu pun tak tahu beza. Jadahnya manusia kalau mulut keluar dengan ulat-ulat sekali?

"Haiyaa... Aufa, Aufa. Kalau sayang Bodoh tu, baik kau nikah terus. Cerai aje dengan Pandai sebanyak talak tiga. Sah bahagia seumur hidup. "

Aku bangun daripada terus terduduk atas lantai. Ala biasalah jatuh katil. Eh jap. Apahal aku tak pakai baju ni?

"Ah.. sudah. "

"Awakk... "

Kalau selama ni bulu naik menegak, aku rasa kali ni bulu-bulu aku gugur. Mak aii.. Siapa punya suara yang buat kelakian aku terangsang ni? Aku tak cukup syarat nak jadi imam muda kau lagi weh.. Makan pun mama yang suap.

"Awakk.. belakanglah.. "

Tangan naik menadah. Berdoa.

"Ya Allah. Kau ampunilah suara halus yang gatal dengan manusia sepertiku. Aku tak terangsang, tetapi rasa simpati dengan suaranya. Pecah nak mati... "

"Hey! Sampai hati you! "

Aku toleh muka pada wanita yang elok tak berbaju diatas katil. Kepala kembali ke hadapan sepantas kilat. Maka, titisan-titisan air mata pun mencurah keluar.

"Uhuk.. Ya Allah. Dah lah suara pun pecah, muka pula sepecah-pecahnya. Bagilah hidayah pada wanita ini agar mencerminkan diri yang tak layak nak jadi pelacur langsung. Amiin."

PANG!

"Woii! "

Tu dia. Laki punya suara. Siap package kena tapar lagi. Kali ni aku toleh balik dekat dia. Aik? Tadi bukan perempuan seksi ke? Apahal lelaki seksi pulak ni? Habis buta mata aku. Eh tak lah buta sebab dia pakai tuala sampai lutut.

"Kau apahal tadah tangan? "

Terkebil-kebil aku dengan pertanyaan Arjuna yang sedang berpeluk tubuh sambil mendaratkan buntutnya dibirai katil. Eh? Jap. Aku mimpi ke tadi? Mimpi kut. Sebab aku pakai baju. Tadi tak. Huh, pelik punya mimpi.

"Kau ni Arjuna ke Nana? "

"Kau nak makan siput babi ke? Arjunalah! Nana-Nana benda kau ni?  "

Tergeleng kepala Arjuna sebelum bangun dan mencapai baju hitam didalam almari. Oh jap, baru aku perasan, ni bukan bilik Arjuna. Bilik aku lagi lah bukan. 

"Arj-"

"Kau dekat Villa kitorang. Mulai sekarang kau akan tinggal dekat sini. Selepas apa yang jadi, kitorang tak nak ambil risiko untuk kau tinggal dekat rumah. "

"Apa jadi? "

"Kau tak ingat apa jadi petang tadi? "

Arjuna menyoal bersama riak terkejut. Badanya yang elok tersarung baju hitam ketat bersama jaket ungu gelap yang tertulis 'SLAYERS' di atasnya. Tuala pula masih melilit di pinggangnya.

Aku mengeleng kepala. Kemudian barulah aku perasan yang kepala dan lengan aku berbalut. Okay. Lagi blur aku jadinya.

"Jadi apa petang tadi? Yang aku ingat.. Aku jalan-jalan pastu sesat. Sedar-sedar aje.. Macam ni lah. "

Arjuna terdiam sejenak. Matanya masih tidak lekang daripada perhatikan aku. Kenapa tenung-tenung ni? Kemudian mata aku tengok dada. Terus aku tutup guna selimut! Jangan-jangan..

"Eeuww...! Kau tenung dada aku apahal?! "

BUUK!

Fuh! Cantik muka aku cium bantal yang dibaling Arjuna. Tak gune. Dah lah baling bantal busuk dia yang tah berapa tahun baru basuh. Bau semerbak bhai..

"Go to hell! Aku tak hingin pun nak makan kau lah setan! Dada pun kempis! Huh! "

Terus dia beredar dengan muka yang merah padam dek geram. Aku pulak seperti biasa. Terkebil-kebil. Kemudian aku pandang dada aku balik. Raba-raba sikit.

"Kempis sangat ke? Ada aje isinya ni. And wait.. Apahal Arjuna keluar tak pakai seluar? "

Krekk..

Pintu dibuka dan Arjuna masuk kembali. Almari dibuka.

"Lupa ambil seluar. Bye. "

Terus dia menonong keluar sebaik sahaja seluar hitam berbelang putih disarung. Aku yang dah tak tahan, gelak mengekek sambil guling-guling. Senak jugaklah aku gelak.

"HAHAHA! Marah-marah pastu lupa pakai seluar! HAHAHAHA! Selamat pakai tuala, kalau tak, sejuk lah gajah kau! HAHAHA!"

"Ehem.. "

Serta merta aku berhenti gelak apabila seseorang berdehem. Tersengih aku melihat wajah Izyan yang berpeluk tubuh sambil membuat muka blur.

"Kau kenapa gelak macam langsuir ni? "

"Adalah.. Eh Jap. Kau masuk bilik ni kenapa? Nak ambi-"

"Tolonglah jangan fikir sesuatu yang kotor Aufa. Kau tu tak cukup 18 lagi. "

"Kau yang buat aku fikir benda kotor. Aku nak tanya, kau nak ambil barang ke gila. "

"Oh. Okay, bye. "

Ni sorang lagi nak cover malu. Sama aje macam Arjuna. Menonong aje tinggalkan aku. Sadis.

Fikiran aku kotor sangat ke sampai nak tuduh-tuduh? Asal bilik 18+, asal bilik 18+. Dude, aku en, asal bilik bukan natang tu. Aku asal bilik, tidur. Tiidurrr. Tak faham? Meh sini aku eja, T. I. D. U. R! Tidur!

Tak semua asal bilik 18+ eh.

Marah ni! Marah!

Kalau tidur pun 18+, memang aku hempuk kepala tu nanti.

Aku ada tips tau. Baik punya. Kalau tak boleh tidur, kau berjaga, pastu tengah malam kawan tu duduk sebelah kau. Kau baik, kau sapa. Tanyalah khabar, berapa ramai dia dah buat manusia terkecing, berapa kali dia buat perempuan histeria. Pastu kalau kau baik lagi, tanyalah mana kubur dia. Nanti kau lawat. Tak gituw? Lastly kau pengsan. Tada! Simple kan?

"Hey Aufa... "

Eh, eh. Dah datanglah. Muka macam kena gelek dengan something aje. Urat-urat dengan otak dia elok aje bergayut. Fuh seram! Tengok eh macam mana aku sapa. Tengok.

"Hey. Bila nak blah? Aku nak pengsan ni. Takut arh dengan kau. Muka kau hodoh. "

"Oh. Eh jap , jap. Basuh kaki dulu. Nanti kawan-kawan aku kacau kau dalam mimpi."

"Tak apa. Sebab aku pun dah tak lama, lagi-lagi.. Dah cukup sayarat nak pengsan ni. "

"Ikut kau lah. Bukan salah aku eh kalau kau dapat mimpi buruk? "

"Ya. Dah bye. "

Terus hitam dunia aku. Tak sangka aku berjaya tak pengsan dalam 10 saat.

Hantu kena gelek kut tadi?

Asal seram gila?

Author dah kata, buku ni pelik😂 . So ada sesiapa yg rindu Aufa POV? tak? Sian kau Aufa. Mampuih ajelah.

Aufa:*angguk* boleh ikut hantu gelek tu. Comel tau? Geram aje aku tengok otak dia yg terkeluar tu.

Author: The heck...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top