BAB 1 AUFA QAYYUM
Aufa Qayyum POV
"Mama!! " laungku seraya menyergah mama yang elok memasak didapur. Perhh.. Nasib aku baik gila hari ni sebab mama sekadar menjegil mata. Haha.. Kalau tak kepala aku mesti makan lesung batu. Sakit ooo..
Nama aku Aufa Qayyum. Nama yang cantik tapi tak secantik orangnya. Sebab aku kacak dan comel. Cantik tu bila aku dah declare nak jadi perempuan ya? Yang mana tak akan jadi kenyataan. Okay, apa yang aku nak tekankan disini, aku akan ceritakan permulaan hidup aku. Jadi harap korang terhibur dan tergelak sampai nak buang anak tekak dalam tong sampah jiran sebelah.
Amarilah kita mulakan mukadimah tak berbayar ni..
"Hang pasaipa memekak pepagi Yum?Dah tak sayang anak tekak ka? "
"Antara mama dan anak tekak, of course mama lah paling Yum sayang! Yum rela hilang anak tekak berbanding hilang mama yang suka memekak!"
"Hotak mu! "
Aku ketawa riang dengan muka mama yang dah ada ciri-ciri untuk jadi Hulk betina. Hahaha.. Comel gituw. Well inilah hubungan kami anak beranak. Mama sayang aku, aku sayang mama. Papa get out! Mama is mine!! Hahaha..! Ada ciri-ciri anak tak guna disitu.
"Ehh.. Dah-Dah pergi makan dengan papa hang tu. Daripada tadi duk tunggu hang. "
Satu arahan mama harus ku ikut. Jadi dengan berat hati, aku berjumpa dengan musuh sebelum lahir aku di meja makan. Papa kini elok menghirup kopi yang tersedia diatas meja. Aku mengambil tempat disebelahnya. Sebaik sahaja aku duduk, papa menyulamkan jari jemarinya bersama diatas meja. Mukanya serius seperti selalu.
"Seronok berfoya dengan ratu papa ya? "
Soal papa dingin. Mula dah mode cemburu tak buta dia tu..
"Bukan berfoya papa. " aku mengikut rentak papa. Muka papa aku pandang serius.
"Tetapi mengoda. Kenapa? Papa rasa tercabar dengan Yum sebab dapat ngorat mama? "
"Heh, dengan kau? Oh please, mama kau akan pilih aku tak kira apa pun. " jawab papa penuh berlagak nak mampus. Aku senget bibir.
"Kita tengok siapa mama kasi nasi dulu. "
"Heh, sure kiddo. "
Maka bermula lah perang dingin antara aku dan papa. Unik tak unik aku dengan papa ni? To us lah, mama ni queen dalam hati kami. Number one of course! Yang tu kena rebut. Nanti salah seorang kebas!
"Aik, tak makan lagi ka? "
Suara yang sungguh merdu itu menyapa halwa telinga. Papa bangun lalu mencium dahi dan pipi mama. Badan mama elok berada dalam rankulan lelaki bergelar suami itu. Mencebik aku melihat adegan romantika mereka berdua.
"I love you queen and good morning sugar heart. " Mama tersenyum-senyum malu dengan pipi yang merah. Sempat papa kasi aku muka double jerknya. Eyy sakit hati! Papa tunggu eh! Papa tungguh!
"Mamaaa... "
Aku melerekkan suara dengan manja apabila mama duduk dihadapan aku. Papa dah kasi jelingan maut tapi aku buat tak edah. My show time baby!
"Hurmm..? " mama melayan aje.
"Nak nasi? Yum-yum lapaarr.. " ujarku dengan manja.
"Okay Sayang Yumm.. Manja dia ya? "
Aku tersengih penuh bangga. Kini aku pula buat muka double jerk dekat papa. Papa membalas dengan muka tak-guna-punya-anak. Aku sekadar menyanyi riang. Siap rama-rama main gitar sebelah muka lagi. Bahagia gilaa...
"Ha nah.. " Mama menghulur sepinggan nasi goreng kepada aku. Maka berbunyilah dram kemenangan dibelakang aku. Papa pula dah gigit kuku. Hoho.. kalau ada spec hitam ni, dah lama aku pakai duhh..
"Huwarhh!! Nasi goreng china lah!! "
ZUPPP!
Maka aku pun dengan muka terkebil-kebil, memandang mahluk ghaib yang dah sedap merampas kemenangan aku. Tak baca doa, terus sesudu nasi masuk dalam mulut. Syeton ni rojim betuii..
"Ehem.. Sayaangg.. Nak nasi? "
"Hah? Ha okay. Nah untuk abang. "
Dengan bangganya papa mengambil nasi huluran mama. Papa sekarang macam ada cahaya dibelakangnya. Tak leh blah, aku tak tahu mana datangnya spec hitam tu. Siap betopi hip-hopnya! The hell man?!
"Eh-eh. Apahal kau tak makan lagi ni Aufa? " Soal kembar ku yang dah nak tambah pinggan kedua. Dengan muka tak ada perasaanya, aku kasi silent kick dekat kaki dia.
"Aduhhhhh...! "
Akhirnya, dengan over reaction, kembar ku Aisy Qaiz- Lelaki eh. Lelaki- berguling-guling diatas lantai. Ada hammer tak? Hammer? Nak ketuk mahluk ghaib ni. Dahlah jadi pemusnah kemenangan aku, sekarang nak rampas perhatian mama pulak?!
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuknya esok. Aku tak tahu dia bakal hidup atau mati.
"Hang ni Yum! Tak baik lah buat adik gitu. Iz mai sini duduk dengan mama. "
"Okay mama! "
Laju aje dia angkat punggung dan duduk sebelah mama. Lengan mama dipeluk manja bersama kepala yang dilentokkan. Kalau mama mungkin muka dia nampak comel dan tak bersalah. Tapi bagi aku dan papa, muka dia macam tengah cakap heh-i'm-the-winner-lah-loser!
Tetiba aku rasa rajin pulak nak baca Yassin dekat kubur esok. Mesti papa pun pikir benda sama. Hangpa nak ikut dok?
"By the way Yum.. "
"Hurmm? "
"Esok Yum akan start duduk dengan Harith ya? Mama dan Papa dah pindahkan barang-barang Yum sejak dua hari lepas lagi. "
Tersembur terus makanan yang aku makan. Yang paling best, makanan tu cantik landing atas muka Aisy. Tapi sekarang bukan masa untuk ketawa! Aku kena halau ke ni?! Aku kena halau?! Paling sadis, aku kena duduk dengan sepupus aku tu?!!! Eh silap. Sepupu. Typo k? Typo.
"Mama biar betul?!Cuti dah nak habis kut! "
"Weh dungu, kau cuba tengok calendar tu? Lagi dua minggu kau nak sekolah duhh.. " marah Aisy seraya mengelap mukanya dengan penuh jijik. Pucat terus muka aku.
"DUA MINGGU NAK SEKOLAH?!" Jeritku seperti Papa Zola yang takut segala benda tu. Tangan ditekup pada pipi dengan over.
"Eh doklah, kau nak mampus lagi dua saat. " sindir Aisy.
Terus dunia aku gelap.
"WEH!! KAU JANGANLAH MAMPUS BEBETUL AUFA!! "
"YANG HANG DUK DOA BEBUKAN APAHAL AISY, YA ALLAH ANAK AKU!!!"
"HUI!! ABANG TAK SEDIA LAGI NAK SOLATKAN JENAZAH! "
"ABANG! "
Pagi itu, rumah kediaman keluarga Aizat Qoyyum riuh rendah dengan suara-suara merdu tiga beranak yang cemas akan aku yang pengsan tetiba. Ya aku pengsan, bukan meninggal. Mati aku, matilah ceritanya. Nak sad ending kah? Haa.. Author korang ni memang selalu terbuka hati nak buat sad ending.
Menangis tak berlagulah hangpa nanti.
Tapi katakan tidak pada sad ending! Aku nak end-up dengan seorang gadis lah sayang-sayang sekalian.. Aku pun nak ada anak weh.. huhu..
***
Someone POV
"Apa nama penuh mamat ni? " Soal aku kepada empat lagi susuk tubuh yang duduk dalam bulatan. Kesemua mereka memakai baju berkerundung berwarna hitam. Ditengah-tengah ruang pula, dinyalakan lilin.
Please jangan fikir kami tengah buat ritual yang panggil hantu setan segala tu. Syirik woi!
"Aufa Qayyum bin Aizat Qoyyum, 16 . Tahun depan SPM. Budak target straight Lulus. "
"Kenapa bukan Straight A? " soalku dengan hairan. Tak pernah-pernah aku dengar budak target straight lulus.
"Sebab dia budak lagenda dekat sekolah. "
"Lagenda? "
"Ya, budak Lagenda. Langenda budak straight gagal sepanjang tahun. Dari form one sampai sekarang. Gagal dah jadi darah daging dia. Memang lagenda beb. Tch, aku pun kalah dengan kegagalan dia sebagai sepupu straight A. "
"Bapak buduh ! " comment salah seorang daripada kami.
"Itu yang Mak Lang aku suruh jaga si Aufa ni. Kau bayangkan! Setiap kali dia gagal, dia gagal dengan 39% aje?! Anda rasa saya ada masa untuk gembira?! "
"Over ah kau! "
Aku hanya mendiam diri seraya membelek biodata anasir yang baru ini. Aufa Qayyum huh..?
Peringatan, Story ni memang pelik😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top