[ Truth ]
"Thanks hantar aku sampai dalam bilik." Jungkook mengangguk perlahan. Dah bawa anak dara orang keluar rumah curi-curi walaupun ada izin, kenalah pulangkan semula dengan selamat kalau tak mampus kena reject dengan bakal keluarga mertua.
"Kau suka tak spent time dengan aku seharian?" Anggukan dari Roselle yang kelihatan begitu yakin buatkan Jungkook berpuas hati. Lega rasanya bila plan last minute dia disukai Rosella. Walaupun sekejap namun kenangan yang diperoleh sangat memuaskan.
"Kau dah nak balik?"
"Hm."
"Urm, hati-hati. Jangan bawa motor laju-laju." Ketawa kecil Jungkook dibuatnya bila Roselle berpesan bersama pipi yang memerah. Tangannya naik menyentuh kedua belah pipi Roselle dan diusap perlahan kulit mulus milik gadis itu menggunakan ibu jarinya.
"Aku janji dengan kau yang aku takkan buka cincin couple ni sampai kita kahwin."
"Kahwin?"
"Uhm kahwin." Roselle hanya diam. Entah mengapa dadanya terasa sakit seakan hendak menangis. Kenapa? Bila dia pandang wajah Jungkoom tika ini, dia merasakan sesuatu. Tangannya naik, turut menyentuh kedua belah pipi Jungkook.
"Jungkook,"
"Hm?"
"Kalau kita ponteng sehari lagi boleh?"
Suasana jeda.
Namun selepas beberapa saat, Jungkook menggeleng buatkan hati Roselle hancur berkecai. Kalau boleh, dia nak luang masa lebih lagi dengan lelaki dihadapannya. Banyak lagi benda yang dia nak buat dengan lelaki itu. Banyak lagi perkara yang dia ingin ceritakan tapi apakan daya, tika hari dah cerah nanti, ia bakal menjadi hari terakhir sebelum sukan pertengahan tahun.
Mustahil untuk diorang ponteng.
"Aku balik dulu. Lagi berapa jam je nak tidur ni. Nanti kau tak bangun pula nak pergi sekolah. Nanti cakap dekat mommy dengan daddy kau terima kasih sebab bagi aku bawa kau pergi Busan. Cakap sorry juga sebab tak dapat jumpa diorang properly okay?" Dengan hati yang berat, kepalanya mengangguk perlahan.
Saat Jungkook melepaskan pipinya, Roselle menggigit bibir. Matanya memandang pemergian Jungkook. Berjalan keluar dari biliknya, ke balkoni untuk turun menggunakan tangga kecemasan. Roselle melangkah ke sliding doornya dan mengerling ke luar. Tinggal tiga anak tangga sahaja lagi sebelum lelaki itu menjejak tanah.
"Jungkook!"
Kepalanya berkalih saat kakinya menjejak tanah. Matanya mengecam Roselle sedang menuruni anak tangga untuk mendekatinya.
"Kenapa kau keluar?" Soalnya sambil memalingkan seluruh tubuh menghadap Roselle. Gadis itu berhenti di atas anak tangga terakhir buatkan Jungkook terpaksa melangut sedikit.
"Jungkook."
"Ya?"
Roselle merendahkan kepalanya sambil menyentuh leher Jungkook. Tanpa sempat lelaki itu ingin bersuara, dia terlebih dahulu melagakan bibirnya dengan bibir Jungkook. Selepas beberapa saat, Roselle turun ke tanah sebelum tubuh Jungkook dipeluk seeratnya.
"Thank you sebab pilih aku."
—🌹—
"Taehyung." Presiden berkalih memandang Roselle saat namanya disebut gadis itu.
"Ya?"
"Mana Jungkook?"
Soalannya buatkan Taehyung, Jimin serta Youjin diam serta-merta. Roselle memandang mereka bertiga dengan wajah keliru. Sekarang ni dia cuma tanya mana Jungkook disebabkan Taehyung dah balik semula ke kelas beberapa minit yang lalu bersama Youjin bermaksud pagar sekolah dah ditutup.
Tapi sampai sekarang kelibat Jungkook masih tak kelihatan.
"Roselle, Jimin. Pengetua nak jumpa." Muncul ketua kelas di muka pintu memanggil Jimin dan Roselle buatkan gadis itu semakin keliru. Dah kenapa tiba-tiba je pengetua nak jumpa diorang berdua pagi-pagi ni?
"Jom."
Kakinya hanya melangkah mengikut Jimin untuk ke bilik pengetua. Namun matanya tak berhenti dari memerhati sekeliling sekolah. Mana tahu Jungkook dah datang tapi tak reti nak masuk kelas ke kan? Lagipun lelaki tu memang suka datang kelas lambat.
Tak pun dia terlajak tidur sebab tidur lambat malam tadi ke?
Tok! Tok!
"Masuk."
Jimin membuka pintu bilik pengetua dan mereka berdua melangkah masuk sambil tersenyum.
"Aa Jimin, Roselle, duduk lah." Serentak mereka berdua mengambil tempat di hadapan pengetua. Roselle memandang ke atas meja milik pengetua. Untuk apa name badge tu? Ada nak lantik jawatan baru ke? Tapi kenapa waktu pertengahan tahun?
"Sebenarnya kelmarin dulu Jungkook dengan family dia ada datang lepas waktu sekolah. Katanya diorang kena pindah Italy sebab Tuan Jeon kena hantar bekerja dekat sana. Kalau ikut yang diorang bagitahu, subuh tadi diorang bertolak."
Ha ha lawak sangat Tuan Pengetua. Kau ingat aku percaya?
"Atas permintaan Jungkook sendiri, dia minta untuk lantik Jimin sebagai Chairman baru atlet 2020. Nah, ni name badge yang tertulis nama kamu, Jimin." Roselle diam memandang pengetua menghulurkan name badge yang dia terperasankan awal tadi.
"Memandangkan kamu berkawan rapat jadi saya rasa tak ada masalah untuk kamu berdua bekerjasama. Untuk makluman kepads pihak sekolah saya akan umumkan kamu berdua esok pagi sebelum kita mula. Jadi petang nanti akan ada rehearsal sikitlah."
Jimin menggenggam penumbuk. Tangannya mencapai tangan Roselle sebelum ditarik perlahan untuk bangun.
"Terima kasih. Kami masuk kelas dulu." Saat Jimin menunduk hormat, Roselle mengikut namun hanya kepalanya sahaja yang bergerak. Tika mereka berdua mula jauh dari kawasan pejabat, tangannya direntap dari terus dipegang Jimin.
"Explain."
Jimin menahan kesal saat memandang mata Roselle yang berkaca. Sumpah dia cakap dia tak mampu untuk terangkan semuanya sendiri. Dia takut kalau Roselle hilang kawalan. Dia perlukan Taehyung dan Youjin.
"Roselle kita masuk kelas dulu. Wak—"
"Explain Park Jimin."
"Aku janji aku akan jelaskan semuanya. Tapi please, kita masuk kelas dulu Roselle." Jimin menggigit bibir melihat sahabatnya mula menitiskan air mata.
F*ck you Jeon Jungkook.
"Roselle, jangan menangis. Jom masuk kelas dulu." Ibu jarinya menepis air mata gadis itu dan bahu Roselle diusap perlahan. Nafas lega dihela bila Roselle tak membantah saat dia mengajak sekali lagi untuk puang ke kelas terlebih dahulu.
—🌹—
"Naomi, tolong belikan lunch untuk Roselle boleh ke?" Tangannya menahan Naomi dari keluar kelas. Saat gadis itu mengangguk, Jimin melepaskan tangannya dan berjalan ke tempat duduk kosong di hadapan meja Roselle. Kini mereka berempat bakal duduk di dalam kelas dan bakal menerima segala jenis carutan yang bakal Roselle lepaskan.
"Sebenarnya, malam sebelum dia pergi rumah kau, dia ajak kami jumpa dekat kafe yang kita selalu lepak." Taehyung mula membuka cerita sambil berjaga-jaga. Kalau boleh tak nak ada tersalah kata.
"Dia cakap yang ayah dia kena transfer kerja dekat Italy untuk tiga tahun ataupun lebih. Disebabkan company tanggung satu family jadi diorang sekeluarga kena pindah sana harini. Naik private jet." Roselle hanya mendengar tanpa sebarang reaksi.
"Dia cakap pagi tu dia pergi rumah kau, minta kebenaran daddy dengan mommy kau untuk bawa kau pergi Busan. Jadi kitorang tahu sebab apa kau tak datang sekolah semalam." Youjin terus memeluk Roselle saat sahabatnya itu mula menangis.
"Dia cakap juga yang dia dah jumpa pengetua. Minta Jimin gantikan sebagai chairman." Semakin teresak-esak Roselle dibuatnya. Youjin mengemam bibir. Tangannya tak henti menepuk tubuh Roselle supaya bertenang walaupun takkan buat masa sekarang.
"Dia cakap juga yang, dia tak nak bagitahu benda ni dekat kau sendiri sebab dia tak sanggup tengok kau menangis. Dan mungkin juga dia takkan pergi Italy kalau dia jujur dengan kau." Roselle menahan geram.
"Dia cakap yang dia akan sambung belajar dekat sana. Dan janji akan balik." Taehyung dan Jimin mengeluh panjang. Boleh tahan menggeletar tangan diorang nak sampaikan cerita ni. Mereka turut menangis ketika berjumpa dengan Jungkook kerana sedih mendengar berita yang sangat mengejutkan.
"Jangan risau Rose, kau still boleh contact dia."
"I won't."
Errr—
"Jimin, nah." Kepalanya berkalih memandang Naomi yang menghulurkan beg plastik berisi makanan yang dibelinya.
"Saya minta beli dekat Roselle je."
"Tapi korang semua tak keluar rehat. Makan lah."
"Nanti saya bayar balik."
"Takpe takpe, saya belanja." Sejurus itu gadis itu keluar dari kelas semula memandangkan dia tak mahu masuk campur urusan mereka berempat.
"Nah, makan."
"Taknak."
"Kalau kau taknak makan, kau kena contact Jungkook." Segera onigiri yang dihulur Jimin dirampas. Mereka bertiga ketawa melihat Roselle yang cuba untuk mengunyah bersama wajah yang merah.
"Aku benci Jungkook." Ucapnya sambil mengunyah.
"Ya ya ya." sahut mereka bertiga.
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top