[ Transfer 2.0 ]
"Uhm tumpang tanya." Roselle berkalih saat belakangnya disentuh seseorang.
"Ya?"
"Sebenarnya saya ex student sini. Nak cari kelas 12-B tapi tak jumpa sebab kelas dah tak sama blok masa saya sekolah sini dulu. Awak boleh tolong?" Roselle segera mengangguk dan berjalan mengiringi gadis yang menegurnya tadi. Matanya mengerling perlahan, cantik.
"Nama awak?"
"Roselle Kim. Uhm kita sebaya." Jawabnya sambil tersenyum manis.
"Saya Han Chaerim. Boleh panggil Chae." Roselle mengangguk kecil. Disebabkan kekok, dia memilih untuk diam dan hanya tunjukkan jalan buat Chaerim. Sampai sahaja di blok gred 12, Roselle menunjukkan kelas yang bakal diduduki Chaerim iaitu hanya bersebelahan dengan kelasnya.
"Terima kasih ya." Kepalanya diangguk dan mereka berdua menunduk hormat sesama sendiri sebelum Roselle berpatah semula untuk masuk ke kelasnya. Beg sekolah diletakkan di atas meja sebelum matanya bergerak memerhati sekeliling kelas.
Memandangkan peperiksaan dah habis, harini diorang boleh duduk macam biasa semula. Tanpa lengah, Roselle mula menyusun meja dari belakang kelas terlebih dahulu. Sedang dia sibuk menarik meja, kedatangan Youjin mengundang senyumannya.
"Tak teman Taehyung?"
"Tolong kau lagi penting." Roselle ketawa kecil. Disebabkan Youjin ada untuk membantu, mereka dapat menyusun meja dengan cepat. Roselle mengambil penyapu dan lantai kelas dibersihkan dari belakang hingga ke depan. Youjin pula menolak kerusi masuk ke dalam meja biar kemas.
Beg sekolahnya serta Roselle diangkat dan diletakkan di tempat duduk mereka berdua. Sedang Roselle menyapu di bahagian depan, pintu kelas ditolak buatkan kepala terangkat. Serta merta dadanya berdegup kencang saat terlihat crush pujaan hati berada tepat dihadapannya.
"Morning~" tegur Jungkook sambil menutup pintu kelas semula. Matanya memerhati sekeliling kelas yang dah pun siap disusun meja seperti biasa.
"Kau kemas berdua dengan Youjin ke?" Anggukan dari Roselle dibalas dengan senyuman manis. Kakinya melangkah untuk ke tempat duduknya sendiri dan beg sekolahnya diletakkan di atas meja. Kakinya disilangkan sebelum matanya memerhati Roselle yang keluar dari kelas untuk membuang sampah.
"Youjin, kau nak pergi teman Taehyung balik ke?" Soalnya dan Youjin mengangguk. Jadi ada baiknya dia ajak Roselle teman dia pergi kafe. Bagus betul harini datang awal. Ada kesempatan nak date dengan Roselle walaupun belum official. Ceh confess pun belum ada hati kau nak date?
"Roselle jom pergi kafe. Aku tak makan pagi lagi." Ajaknya sebaik sahaja Roselle masuk ke dalam kelas semula. Tanpa lengah Roselle sengetkan kepalanya tanda jom. Jungkook bangkit dari kerusinya dan mendekati Roselle. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe sambil menikmati suasana sunyi di pagi hari.
"Kau busy ke hujung minggu ni?" Soalnya.
"Erm tak pun. Duduk rumah je lagipun musim panas aku tak suka keluar sangat. Tapi kalau nak ajak jalan-jalan aku okay je. Kenapa?" Balasan dari Roselle membuatkan hatinya berbunga-bunga.
"Itulah aku ingat nak ajak kau keluar. Lama gila tak spent time dengan kau." Tangannya merangkul bahu Roselle sambil mengukir senyuman puas hati. Seminggu berjauhan dah cukup serik buat dia untuk berjauhan dengan Roselle lagi. Tak sanggup.
"Pagi sunbae!" Teguran dari junior dibalas dengan mesra sepanjang perjalanan mereka untuk ke kafe. Roselle memandang kakinya yang sedang melangkah bersebelahan dengan kaki Jungkook. Lega hati ini dibuatnya bila peluang untuk dia bersama Jungkook masih ada.
"Kau dah tak cover lagu ke? Aku penat asyik dengar lagu sama je. Upload la baru." Kata-kata Roselle mengundang idea bernas dari Jungkook.
"Apa kata kau duet dengan aku?" Roselle terkedu. Belum pernah siapa-siapa lagi dengar dia menyanyi mahupun Youjin. Menyanyi biasa-biasa tu ada lah cumanya tak pernah siapa pun tahu suara Roselle ni sedap bila menyanyi sungguh-sungguh. Takut hidung Jungkook berdarah je kalau diorang duet.
"Uhm bila?"
"Macam mana kalau harini? Aku ingat nak kenalkan kau dengan eomma aku. Aku tengok mood dia baik lately. Lagipun aku selalu cerita pasal kau dekat dia jadi mungkin lepas kenal kau depan-depan dia okay." Roselle mengangguk kecil.
Dia sendiri teringin juga nak berkenalan dengan eomma si Jungkook. Kawan boleh tahan rapat tapi tak berkenal dengan keluarga lelaki tu tak seronok pula memandangkan keluarganya dah kenal dengan Jungkook. Siap tahu lagi siapa lelaki itu baginya ehem.
"So, kita pergi rumah aku terus lepas training?"
"Harini mana ada training." Oh ya lupa. Selalu lepas peperiksaan akan cuti dua tiga hari dulu baru ada latihan semula. Itupun terpulang pada pelajar sebab kalau training bersama guru selalunya pada waktu-waktu tertentu iaitu hari Selasa, Khamis dan juga Jumaat.
"Betul juga. Lepas habis kelas kita balik rumah aku terus boleh?" Roselle mengangguk setuju. Sedikit sebanyak dia merasa takut untuk berjumpa dengan ibu Jungkook. Macam mana kalau dia tak past vibe wanita itu? Adakah dia bakal dihalau? Atau bakal dihina? Uish takkan sekejam tu bukan?
Pintu kafe ditolak perlahan.
"Eomma kau ada masalah ke dengan siapa kau bekawan?" Soalnya ingin tahu. Berdasarkan penerangan Taehyung sebelum ni eomma Jungkook ni agak berwaspada dengan siapa lelaki itu berkawan sebab taknak anaknya menimpa nasib yang sama lagi.
"Uhm, eomma aku ada trust issue dengan perempuan yang nak berkawan dengan aku. Classmate is okay but close friends susah sikit la. Sebabtu dia tak bagi aku pergi rumah kau." Roselle mengangguk faham. Tapikan, sebab apa? Selalunya mak ayah ni cuba lindungi anak perempuan dari pergi rumah lelaki tapi lain pula kes Jungkook.
"Kau curious?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Roselle disebelahnya. Tangannya mencapai dua bungkus onigiri kegemaran gadis itu dan dua lagi buatnya.
"Uhm." Selesai membayar, mereka duduk terlebih dahulu dan mula menjamu selera.
"Actually eomma aku jadi macamtu lepas kejadian aku kena tipu dengan seorang perempuan ni. Which is my ex." Roselle menelan liur. Jadi Jungkook pernah bercinta? Sedikit sebanyak dia dapat faham situasi lelaki itu dan tak berfikiran negatif. Kukuh sebabnya kenapa eomma Jungkook cuba kawal siapa kawan perempuan dia.
"Sekolah sini?"
"Ha ah. Tapi dia dah pindah lepas kena marah dengan eomma aku. That's why. Sebabtu aku susah sikit nak lepak dekat rumah Youjin sebelum ni. Kalau tak mesti kita dah rapat." Bibirnya mengukir senyuman nipis. Entah-entah dah bercinta.
"Baru lagi ke jadi?"
"Masa gred 10. Hujung tahun tu dia pindah sekolah. Nak dipendekkan cerita kau lah kawan perempuan rapat kedua lepas Youjin. Itupun susah tau nak pujuk eomma terima si Youjin padahal terang-terang dia girlfriend Taehyung." Roselle tertawa.
"Teruk sangat ke perempuan tu buat kau? Uhm kalau kau taknak cerita takpe." Roselle mengingatkan Jungkook terlebih dahulu. Taknaklah dia busybody tentang hal peribadi lelaki itu. Tapi kalau sudi bercerita dia lagi sudi nak mendengar.
"Okay je lagipun benda dah lepas." Roselle mengangguk perlahan.
"Dia bercinta dengan aku sebab dare mulanya. Dia cakap boyfriend dia which is sunbae kita waktu tu dare dia untuk buat aku jatuh cinta dengan dia dalam masa dua bulan. Sorry for using too many dia." Roselle tertawa sambil menggeleng. Tak kisah pun sebab dia yakin Jungkook taknak guna nama perempuan itu.
"I do fell in love with her. Eomma aku sendiri kenal dia sebagai girlfriend aku. Tapi bila tiba hari dia kena jujur dengan aku sebab dare tu dah tamat tempoh, dia cakap pula dekat aku yang sebenarnya dia terjatuh cinta dengan aku." Roselle memandang riak wajah Jungkook.
Dia okay ke?"
"Jungkook, kalau tak nak cerita takpe. Don't push yourself to tell me the whole story."
"Aku nak kau tahu."
"Betul tak kisah?"
"Hm tapi kita sambung nanti. Kita kena balik kelas."
"Okay."
[ To be continue ]
Thank you sangat sangat buat readers yang rajin komen dan vote di chapter sebelum sebelum ni. Saya amat sayangkan anda dan seronok membaca segala jenis frustration anda HAHAHA love you guys😭❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top