[ Sus ]

Siapa rindu Jungkook dengan Roselle?

Roselle keluar dari bilik sambil ibu jarinya sibuk scroll down ruangan komen YouTube channel Jungkook dengan Taehyung. Entah mengapa sejak dia tahu dua orang lelaki itu ada akaun YouTube, pasti ada satu username yang buat Roselle tertanya-tanya siapalah pemilik akaun tersebut.

Sebaik sahaja dia sampai di tingkat bawah, punggungnya dilabuhkan ke sofa. Duduk di sebelah Jimin yang sedang menatap skrin telefonnya sedari tadi tak bergerak. Sikunya mencuit Jimin. Tersedar lelaki itu dari lamunan pendek dek disiku Roselle.

"Kau asyik termenung je lately ni kenapa Jimin? Kau ada masalah ke? Taknak share?" Keluhan berat yang terlepas dari Jimin buatkan Roselle yakin yang lelaki itu ada masalah yang agak berat. Jarang dia nak nampak Jimin ni jadi diam je sepanjang masa.

"Kau tahu kan aku bercinta dengan budak sekolah lain?" Roselle mengangguk sekali tanda dia tahu. Tapi setakat ni tak pernah lagi dia berjumpa mahupun berkenal dengan teman wanita Jimin.

"Nama dia Ryu Yeonmi. Sebaya dengan kita." Kepalanya mengangguk lagi. Tanda dia tekun mendengar kata-kata dari Jimin yang mula hendak bercerita.

"Aku tak tahu kenapa tapi sejak awal tahun ni, dia dah mula berubah. Setiap kali aku ajak date, dia taknak. Aku nak pergi rumah dia, tak bagi. Then, hari makin hari dia dah mula tak balas chat aku. Bila aku call, dia reject." Roselle mengemam bibir. Selalunya tanda-tanda macamni, bukan ke pasangan tu ada risiko tengah curang belakang dia?

"Kau syak dia ada orang lain?" Soal Roselle dan Jimin mengangguk tanpa ragu.

"Aku tak kisah kalau dia ada lelaki lain tapi jujur la dengan aku. Sekurang-kurangnya takde la aku asyik tertanya-tanya dan syak buruk je dekat dia." Jimin mula jauh hati. Kalau betul Yeonmi memang dah taknak kan dia setelah 2 tahun mereka bercinta dia tak kisah.

Tapi jangan buat dia tertanya sendirian tanpa sebarang jawapan.

"Kau tak pergi intip dia?"

"Dia tak keluar mana-mana pun. Aku contact direct dengan mommy dia." Roselle hanya mampu diam. Dia sendiri tak tahu macam mana nak tenangkan Jimin selain daripada menghadiahkan usapan kecil di belakang tubuh lelaki itu.

"Be strong."

—🌹—

Roselle mengeluh. Setelah puas dia berusaha stalk siapakah pemilik username kepada akaun YouTube yang sering muncul di ruangan komen, akhirnya dia sendiri yang murung. Tak sangka pula yang perempuan itu rupanya teman wanita Jungkook. Atau lebih tepat, ex girlfriend.

Patutlah sus semacam je komen yang dia tinggalkan. Sudahlah tu, semua komen hanya pada video Jungkook sahaja. Video Taehyung ataupun diorang berdua tak pula dikomennya. Roselle memandang wajah Jungkook yang terpapar di skrin iPhone miliknya.

Suara lelaki itu kedengaran sangat merdu, menyanyikan lagu Still With You by Jun Jangkook BTS. Tapi bila dia scroll ke ruangan komen, mata serta hatinya sakit. Nampak macam perempuan tu berusaha keras untuk buat Jungkook notice dia.

Yang buat Roselle paling tertanya, kenapa diorang putus cinta?

"Roselle."

"Hm."

"Termenung apa?" Kepalanya digeleng. Telefonnya disimpan ke dalam poket beg sekolah dan berdiri. Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja dia berdiri tepat di sebelah Jungkook. Wajah lelaki itu dikerling dari tepi.

Fokusnya hilang bila pinggangnya terasa dirangkul dan kemudiannya ditarik merapat ke arah tubuh tuan empunya tangan. Nyaris sahaja bahu dia terkena bola yang melayang dari arah bertentangan mereka.

"Sorry Roselle sunbae! Tersasar pula saya tendang. Sorry tau!" Roselle mengangguk. Keluhan lega dihela perlahan. Hari makin hari, hidupnya terasa makin bahagia sejak ada Jungkook disisi. Tapi apakan daya, bila realiti menghentak, angan-angannya hilang. Dia fikir hubungan mereka sangat istimewa.

"Jom, pergi makan. Aku lapar la."

Malah, cara mereka bercakap juga sudah diubah. Daripada saya-awak, kini menjadi aku-kau. Disebabkan dia taknak Jungkook berfikir lain jadi Roselle hanya turutkan walaupun dia tak mahu.

"Jom. Kau belanja." Jungkook ketawa dan mengangguk. Selamba tangannya melilit leher Roselle sepanjang perjalanan mereka berdua ke kantin. Bibirnya dikemam. Matanya curi-curi melihat Roselle yang memandang ke hadapan. Sumpah cakap, dada dia tak tenang langsung sekarang ni!

Rasa macam baru lepas lari dekat padang 10 pusingan. Tangan kirinya diseluk masuk ke dalam poket seluar.

"Rose."

"Hm?"

"Kau takde crush? Aku tengok kau macam takde minat dekat sesiapa dari batch kita pun? Takkan kau minat hoobae?"

"Eh kau, sibuk-sibuk kenapa?" Jungkook tersenyum nipis. Nampaknya jawapan tu macam ada je. Mesti Roselle taknak bagitahu dia kan siapa lelaki bertuah tu? Jungkook mengela nafas perlahan. Sejak-sejak pengakuan mereka berdua dekat shopping mall haritu, hubungan mereka agak lain.

Roselle nampak menjauh bila bahasa pertuturan mereka diubah. Tapi itu untuk kebaikkan mereka berdua. Dia sendiri kalau boleh nak teruskan saja guna saya-awak ketika bercakap dengan Roselle. Tapi sebab taknak bertepuk sebelah tangan Jungkook berniat nak ubah.

"Eyy ada crush la tu. Siapa hah? Bagitahu la aku. Mana tahu aku boleh buat dia notice kau ke?" Sikunya mencuit-cuit Roselle.

"Dia takkan notice aku." Jungkook diam. Nampak macam Roselle taknak cerita je? Ada baiknya dia tak tanya banyak. Sebaik sahaja mereka tiba di kafe, pintu ditolak dan ruang diberi supaya Roselle melangkah masuk terlebih dahulu.

"Nak makan apa?"

"Donkatsu. Nak mild." Jungkook mengangguk dan mula memesan makanan. Sedang mereka berdua menunggu pesanan siap, Jungkook mengecam sesuatu. Kenapa sekumpulan pelajar yang tak jauh dari mereka sedang berbisik? Apa yang diorang nampak dekat mereka berdua.

Tanpa kata lengan Roselle ditarik dan dikalihkan tubuh gadis itu. Jungkook terus sahaja menarik Roselle agar berdiri di hadapannya.

"Kenapa?"

"I see red."

Roselle tergamam. Terus sahaja dia memandang sekeliling kafe. Walaupun tak ramai tapi tetap ada orang.

"Ahjumma, kami punya makanan tadi bungkus ya. Dalam sepuluh minit lagi saya datang ambil." Jungkook menolak bahu Roselle agar berjalan bersamanya di belakang gadis itu. Laju sahaja langkah Roselle ingin ke tandas berdekatan. Sebaik sahaja dia masuk, penumbuk digenggam.

"Jungkook."

"Ya?"

"Aku takde pad, belikan dekat koperasi boleh tak? Kalau takde kat koperasi dekat bilik medical." Jungkook menggaru belakang kepala. Beli pad?

"Aaaa tak pun minta Youjin! Dia selalu bawa lebih!" Jeritan Roselle dari dalam tandas buatkan Jungkook tertawa. Terus sahaja dia berlari menuju ke padang untuk berjumpa Youjin. Sebaik sahaja sampai di hadapan gadis itu, Jungkook mengambil nafas sekejap.

"Youjin, kau ada bawa pad lebih? Roselle dia bocor tadi." Youjin terus bergegas ke arah beg sekolahnya dan pad yang dibalut dengan pembalut hadiah diberi pada Jungkook. Tanpa kata, terus sahaja dia berlari ke tandas berdekatan kafe semula.

"Uhm awak." Langkah Jungkook terhenti.

"Ya?"

"Boleh minta tolong? Saya nak tahu pejabat sekolah dekat mana?"

[ To be continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top