[ Past ]
Roselle mengemam bibir, menahan gementar saat Jungkook pakaikan helmet buatnya. Saat lelaki itu dah pun naik ke atas motornya, Roselle berfikir sekejap memandangkan dia memakai skirt sekolah jadi agak tak selesa kalau dia naik seperti biasa. Jungkook berkalih memandang Roselle yang sedang merenung ruangan seat dibelakangnya. Oh ya dia pun baru tersedar yang Roselle pakai skirt.
"Kalau tak selesa kau boleh duduk mengiring. Aku bawa perlahan je. Lagipun rumah aku tak jauh sangat." Roselle mengangguk perlahan. Selesai dia menyelesakan duduk, bahu lelaki itu dipegangnya. Diam-diam Jungkook mencapai tangan Roselle dan dibawa ke pinggangnya. Kalau naik motor kenalah ada tali pinggang keledar juga. Ingat biasa-biasa ke? Limited edition punya ni, bukan setiap hari pula tu.
Sepanjang perjalanan, Roselle hanya memandang laluan yang membawa mereka untuk pulang ke rumah Jungkook dengan tenang memandangkan lelaki itu membawa dengan kelajuan yang sederhana. Sampai di kawasan perumahan yang kelihatan begitu mewah, Roselle mengamati satu-satu rumah yang melepasi pandangannya.
Boleh tahan juga kawasan perumahan Jungkook ni. Kalau nak dibandingkan dengan kawasan perumahannya, perbezaannya tak adalah besar mana cuma design sahaja yang menampakkan kawasan rumah Jungkook tampak lebih elegan. Roselle mengangkat kening teruja melihat rumah yang berada di hadapannya saat motor Jungkook dah pun berhenti. Segera dia turun dari motor dan menunggu Jungkook membukakan helmetnya.
"Besar juga rumah kau. Cantik." pujinya ikhlas sambil tersenyum nipis. Jungkook hanya tersenyum dan selamba menarik tangannya masuk ke dalam. Mereka berdua melabuhkan punggung di sofa sambil-sambil Roselle memerhati sekeliling rumah. Kenapa sunyi je? Takde orang ke dalam rumah si Jungkook ni?
"Uhm selalu kalau waktu macamni eomma aku keluar pergi ambil adik aku dekat daycare center."
"What? Sejak bila kau ada adik ni?"
"Ey soalan jenis apa kau tanya ni?" Jungkook ketawa kecil saat soalan yang diajukan oleh Roselle kedengaran tak masuk akal.
"Tak I mean kau ada adik? Aku tak tahu pun?" Roselle menggaru kepala perlahan. Adakah soalan dia tadi kedengaran sangat hambar atau bangang?
"Hm aku ada adik kecil seorang. Tiba-tiba je dia muncul waktu aku gred 9." Roselle mengangguk faham. Ey seronoknya ada adik kecil ni. Agaknya adik Jungkook comel macam dia tak? Atau hensem macam dia? Oh ya atau bangang macam dia? Haha.
"Kau haus? Atau lapar? Nak pergi tandas?" Kepalanya digeleng. Dia takde rasa nak buat apa-apa pun sekarang memandangkan tengah tahan rasa gementar nak jumpa dengan eomma Jungkook. Macam-macam jenis benda negatif dia terbayang sebab takut sangat.
"Kau nervous sangat ni." Matanya bekerdip pantas saat terasa kepalanya diusap Jungkook.
Chill Roselle chill!!
Jungkook beralih membuka televisyen untuk hilangkan rasa sunyi. Dia sendiri macam tiba-tiba je takde topik nak bincang dengan Roselle.
"Oh ya. Kau tak habis cerita lagi pasal ex girlfriend kau."
"Uhm betul juga. Okay aku sambung cerita sementara tunggu eomma balik." Roselle mengangguk sambil memandang Jungkook menyelesakan duduknya. Teruja pula nak dengar cerita tentang bekas teman wanita lelaki itu.
"Lepas kejadian yang dia kena jujur dengan aku tu, aku suruh dia jujur dengan eomma apa yang jadi. Sebab eomma tak percaya bila aku bagitahu dia yang kami dah putus." Roselle mengangguk perlahan. Nampaknya perempuan tu dapat kepercayaan penuh eomma Jungkook sampai cakap dah putus pun tak percaya.
"Aku tanya dia, kenapa Jinhun sunbae dare dia untuk bercinta dengan aku sedangkan dia girlfriend Jinhun sunbae sendiri kan? Marah tu memang marah sebab aku tak nampak point Jinhun sunbae untuk suruh dia buat macamtu."
Roselle berfikir sejenak. Jinhun sunbae? Macam pernah dengar. Tapi tulah samar-samar sebab dia bukan yang jenis ambil tahu siapa sunbae dia waktu gred 10 dulu.
"Dia cakap takde sebab tertentu pun. Means sunbae pilih aku tu random je katanya. Lepastu dia ada cakap dekat aku yang dia bercinta dengan Jinhun sunbae sebab keluarga dia berhutang banyak dengan keluarga sunbae. Jadi diorang bercinta bukan ikhlas tapi sebab terpaksa. Kau rasa?"
Roselle menggeleng tak setuju malah tak patut. Sekarang baru aku ingat siapa Jinhun sunbae tu. Boleh pula suka-suka hati dia je nak dare girlfriend dia mainkan random boy?
Badass.
"Duh, that guy isn't good at all. Cuma kesian juga la dekat ex girlfriend kau sebab terpaksa bercinta dengan dia dan terpaksa mainkan kau sekali. Must be very hard for her to face all of those things. And I feel bad for you too." Kekura tangan lelaki itu ditepuk perlahan.
Jungkook mengeluh. Itulah dia sendiri rasa kesian dengan bekas teman wanita dia sebab terpaksa bercinta dengan lelaki seteruk Jinhun sunbae. Tapi dia juga mangsa keadaan yang terpaksa kesiankan diri sendiri sebab dimainkan.
I mean, I do take seriously our relationship but then..
"Bila eomma dapat tahu, dia memang kena teruk gila-gila. Aku dapat tahu dia putus cinta dengan Jinhun sunbae juga. Tak lama lepastu dia pindah sekolah, Jinhun sunbae pun dah graduate. Jadi sampai sekarang tak tahu la apa khabar dia." Roselle mengangguk faham.
"Sorry kalau aku tanya. Tapi aku selalu nampak satu username ni dekat komen video kau cover lagu. Is it her?" Jungkook mengangguk perlahan. Tak ada guna menipu sebab akaun gadis itu memang meninggalkan komen yang amat obvious menyatakan bahawa akaun itu adalah miliknya.
"Rasanya. Aku perasan yang komen dia cuma ada dekat video aku je. Video Taehyung takde. Kau ada stalk dia ke?"
"Takdelah. Cuma curios sebab komen dia buat aku tertanya kau berkenal dengan dia ke? Itu je." Jungkook mengangguk faham. Kepalanya berkalih memandang pintu rumah yang dah pun terbuka. Muncul lah adik lelakinya yang keriangan masuk ke dalam rumah sambil mengunyah oreo.
"Hyung?!"
"Junghyun-ah." Panggilnya lembut buatkan Roselle mengetap bibir. Kenapa perlu comel sangat?! Dia cuba menahan geram sekali lagi saat melihat Jungkook mengangkat adiknya duduk di atas riba.
"Awal Jungkook balik harini?" Suara elegen seorang wanita yang menyapa dari pintu rumah buatkan Roselle menelan liur. Terus sahaja dia berdiri dan berkalih menghadap eomma Jungkook yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu.
"Siapa ni?"
"Selamat petang aunty! Saya Roselle Kim. Kawan baik Jungkook." Tubuhnya ditundukkan buat beberapa saat sebelum ditegakkan semula.
"Roselle?" Laju kepalanya mengangguk. Bibirnya hanya mampu mengukir senyuman gementar. Saat eomma Jungkook duduk, Roselle turut melabuhkan punggungnya semula walaupun teragak-agak. Dada jangan cakap, serupa nak pecah dah ni.
"Sejak bila kamu berkawan dengan Jungkook?"
"Uhm baru tahun ni aunty. Saya dengan Jungkook dilantik jadi pengerusi dengan naib pengerusi atlet gred 12. Sebabtu lah kami mula rapat." Roselle menghela nafas lega melihat eomma Jungkook mengangguk perlahan. Muka wanita itu kelihatan tenang tapi garang dalam masa yang sama. Cantik sangat-sangat. Nampak masih muda.
"Dah makan tengahari?"
"Belum eomma. Lapar ni." Kepalanya berkalih memandang Jungkook yang sedang memuncung. Ya Tuhan comel! Bila tengok muka Jungkook dengan Junghyun memang ada iras. Bezanya Junghyun ada dimples dekat dua belah pipi dia. Jungkook pula ada sebelah je.
"Kamu pergi naik mandi. Mandikan Junghyun sekali. Roselle boleh tolong aunty masak ke?"
"Masak? Ah boleh boleh boleh." Bibirnya tersenyum manis. Walaupun dekat rumah jarang masuk dapur tapi boleh je masak ehek. Sebaik sahaja eomma Jungkook bangkit dari sofa, Roselle turut bangun. Namun Jungkook menahan pergelangan tangannya buatkan langkahnya terhenti.
"Once eomma aku ajak perempuan masuk dapur maksudnya dia okay dengan kau. So lepasni aku boleh lepak dengan kau bila-bila je!" Bersinar-sinar mata Jungkook memandang Roselle yang masih blur.
"Okaylah aku naik mandi dulu." gadis itu mengangguk dan memandang Jungkook yang sedang mendukung adik lelakinya naik ke atas untuk masuk ke bilik.
"Betul ke? Eomma dia okay je?" Kakinya melangkah masuk ke dapur.
"Jungkook dah naik?"
"Dah aunty."
"Okay jom masak."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top