[ Mommy ]
"Korang berlima taknak balik lagi ke? Yang lain semua dah bersurai." Tegur Puan Kim melihatkan anak muridnya yang lima orang ini masih santai berborak tanpa ada tanda bersedia nak balik rumah. Dia pun dah siap-siap nak balik dah.
"Belum lagi. Cikgu balik la dulu. Nanti kami balik, jangan risau." Jawab Taehyung bagi pihak mereka berlima. Roselle menundukkan kepalanya sedikit saat matanya bertentangan dengan mata Puan Kim, menunduk hormat.
"Sebelum pukul 10, balik tau." Kesemua mereka mengangguk dan melambai tangan ke arah Puan Kim. Bungkusan makanan yang dah dihabiskan hampir setengah jam yang lepas dibuang dan Roselle duduk semula.
"Rose." Panggilan Taehyung hanya diendahkan. Dah penat nak bagitahu Taehyung yang dia tak suka dipanggil sebagai Rose walaupun nama dia memang ada Rose didepan. Tak berminat.
"Okaylah, sweetheart, darling, baby girl." Tawa mereka meletus. Nampak sangat Taehyung kecut.
"Nak apa?"
"Aku nak ajak Youjin date. Kau okay ke balik sendiri?" Roselle mengangguk tanpa ragu. Okay je balik jalan sendiri, rumah dekat je pun. Jungkook mengerling Roselle. Nak tolong hantarkan ke? Tapi dia tak tahu rumah Roselle dekat mana.
"Kalau macamtu jomlah gerak sekarang, nanti lambat sangat sunyi." Mereka mula bangun dan bergerak ke bilik salinan terlebih dahulu untuk mengambil beg serta baju sekolah mereka.
"Taknak minta Jimin hantarkan?" Roselle menggeleng. Takpelah, rumah Jimin jauh dari sekolah. Lagipun jalan rumah dia tak ada short cut ke rumah Jimin nanti terpaksa pula Jimin berpatah balik ke sekolah untuk ambil laluan ke rumahnya. Susah pula.
"Okay je balik sendiri. Janganlah risau." Youjin mengangguk. Mereka keluar bersama sambil menggalas beg. Sampai sahaja di pagar sekolah, Taehyung dan Youjin beredar terlebih dahulu meninggalkan Roselle.
Kepalanya berkalih memandang Jimin yang berhenti di hadapannya. Mereka berbalas senyuman.
"Betul taknak tumpang?" Roselle mengangguk yakin. Disebabkan Roselle taknak jadi Jimin turut beredar setelah berlambai tangan dengan Roselle. Kepalanya berkalih kiri dan kanan, terlupa pula. Mana Jungkook? Dia dah balik dulu ke tadi?
"Roselle!" Riak wajahnya mula berubah memasam. Jejaka yang sedang berlari anak melintasi jalan untuk mendekatinya membuatkan wajah Roselle berubah semakin masam. Kenapa kena muncul depan mata waktu macamni?
"Abang nak apa datang sekolah Roselle?"
"Mommy cakap Roselle ada training. Abang datang nak jemput." Roselle menjeling. Sedaya-upaya matanya memandang serata tempat sebab taknak bertentang mata dengan Junggi. Dia tak suka akan abang sepupunya itu. Sudah la terang-terang nak tunjuk perasaan dia. Ish.
"Lepasni tak payah datang. Tak sukalah abang datang ambil." Dahinya mula berkerut. Dan Roselle pula terang-terang tunjuk yang dia tak suka dengan Junggi tetapi lelaki itu langsung tak kisah. Baginya Roselke cuma malu dan nak jual mahal.
"Jom." Roselle melihat kiri dan kanan sebelum melintas. Tapi apa yang buatkan langkahnya tak jadi, bila ternampak kereta Jungkook tak jauh darinya. Jungkook tunggu dia dekat situ ke tadi? Dan tanpa sengaja, mata mereka bertemu sebaik sahaja Jungkook melintasinya.
Masa seakan-akan bergerak perlahan.
Dan jantung Roselle berdegup sangat kencang. Dadanya disentuh setelah kereta Jungkook mula menghilang ketika masa mula bergerak seperti biasa. Roselle bagaikan tersedar dari lamunan saat matanya memandang mata Jungkook.
"Kenapa dengan aku?" Kepalanya disengetkan bersama bibir yang mengeluarkan decitan perlahan. Setelah memastikan jalan clear, Roselle melintas dan masuk ke dalam kereta Junggi, hanya mengikut ke mana lelaki itu ingin membawanya.
Namun sepanjang masa, dia masih memikirkan detik di hadapan pagar sekolah tadi. Perasaan apa yang menyapanya ketika itu? Waktu seakan bergerak secara slow motion membuatkan Roselle terpukau.
"Gila."
"Roselle?" Matanya memandang Junggi.
"Apa?"
"Makanlah."
"Diet la."
"Kenapa tak bagitahu awal-awal? Hm takpelah. Biar abang habiskan." Roselle tak kisah pun. Siapa suruh ajak makan?
—🌹—
"Lepasni kalau dia tanya pasal Roselle tak payah la bagitahu. Dah seminggu tau tak dia ambil Roselle balik?" Rungutan dari Roselle mengundang senyuman nipis dari Rose. Sekurang-kurangnya masalah ni berjaya buat Roselle bercakap dengannya.
"Okay, lepasni mommy tak bagitahu."
"Masalahnya sekarang memang dia tahu la Roselle balik malam. Dah la ubi yang mommy buat pun dia yang hantarkan. Benci la." Rose terdiam. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Adakah Roselle membahasakan dia sebagai mommy?
"Sorry lah."
"Kalau esok dia yang hantar lagi makanan dekat Roselle lepastu ambil Roselle balik. Mommy tak payah buatkan makanan dah." Roselle naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya setelah puas protes tentang Junggi pada Rose. Dan disaat itu, Rose mula terasa ingin menangis saat dia pasti yang Roselle memang bahasakan dia sebagai mommy.
Tak silap lagi.
"Sayang? You're crying?" Teguran dari Edward membuatkan Rose ketawa. Terus sahaja dia dakap tubuh Edward erat membuatkan dahi suaminya berkerut. Namun diusap dan dicium juga rambut Rose dan posisi mereka diselakan.
"Kenapa? Roselle buat apa pula?" Selalu macamni je la situasi Rose bila dia balik kerja. Termenung fikirkan Roselle. Itu yang dia tanya soalan sama je setiap hari.
"I heard mommy coming out from her mouth." Edward memandang ke pintu bilik Roselle. Betul ke apa yang Rose bagitahu dia? Roselle dah boleh terima Rose sebagai ibu tiri dia ke akhirnya?
"You sure?" Rose mengangguk.
"Dia mengadu dekat saya pasal Jun. Dia cakap yang Jun busybody sebab nak ambil tahu semua benda pasal dia jadi dia merungut dekat saya dia tak suka. Saya dengar perkataan tu keluar dari mulut dia." Edward masih belum pasti.
"Saya pergi jenguk kejap." Rose mengangguk dan memandang suaminya memanjat anak tangga untuk ke bilik Roselle. Diketuk beberapa kali sebelum melangkah masuk. Roselle cuba untuk berlembut tanpa menimbulkan masalah lagi kalini.
Dah dua minggu buat silent treatment dengan Edward membuatkan Roselle rasa serbasalah tapi ego untuk menyatakan maaf kepada ayahnya.
"Can we spent time?" Roselle mengangguk. Edward melabuhkan punggungnya di sisi katil Roselle, mengamati wajah cantik anak perempuannya yang sangat disayangi.
"Training seronok?" Roselle mengangguk lagi.
"Em, Roselle nak cakap pasal hari sukan awal tahun nanti." Edward menunggu. Hal ni, masih belum dibincangkan dengan Rose tentang tindakan sepatutnya yang perlu diambil. Sebab dah banyak persediaan dia buat tapi salahnya sendiri sebab tak pandai pilih masa.
"You can go. Roselle tak kisah." Jarinya dimain. Walaupun jauh disudut hati, dia terasa sangat-sangat dengan Edward dan Rose tapi dia tak punya pilihan lain. Jadi dia tak kisah kalau Edward tak dapat hadirkan dirinya.
"Tapi daddy nak tengok Roselle bertanding." Kepalanya digeleng.
"Takpe. Sukan awal tahun je pun. Daddy tak payah risaukan Roselle. Okay je." Dia cuba untuk yakinkan Edward. Merajuk lama-lama pun tiada guna. Setiap hari dia akan berjumpa Edward dengan Rose dan sampai bila nak kekalkan hubungan keluarga dingin macamni?
"Daddy pergi je London dengan mommy. Roselle bagi." Bibirnya mengukir senyuman manis. Edward pula tergamam bila dengar perkataan mommy terbit di bibir anak perempuannya.
"Roselle tahu mommy menangis dekat bawah tadi." Terangkat kening Edward mendengar kata-kata Roselle. Dia tahu?
"Roselle dah fikir masak-masak. Roselle kena terima takdir yang daddy kahwin dengan mommy. And even if I denied it, she's still your wife, and my mom." Edward tersenyum lega mendengarnya. Rambut Roselle diusap penuh kasih.
"I'll try to make her happy. She's my beloved sister after all."
"And your mom."
[ to be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top