[ Lunch ]
"Tolong ambilkan gelas dalam almari atas tu. Yang kedua." segera kakinya melangkah ke almari yang disebut oleh Puan Jeon. Empat gelas panjang dicapai dan almari ditutup semula sebelum kakinya melangkah ke meja makan yang dah pun siap dihidangkan makanan tengahari hasil masakannya bersama Puan Jeon.
Feeling feeling masak dengan mak mertua indah banget rasanya!
"Eomma! Jun dah siap mandi!" Roselle mengangkat kepala, memandang Junghyun yang berlari dari tangga menuju ke pintu masuk dapur. Diikuti Jungkook yang kacak dengan rambutnya yang masih basah, berseluar pendek bersama t-shirt putih mampu buatkan Roselle nosebleed.
"Ehem." Dehemnya perlahan dan kembali menuang air ke dalam gelas. Duh kalau termenung sambil tuang air tak ke kecoh je kalau air tu tumpah? Roselle! Sedar diri la!
"Hmm~ wangi dah anak eomma!" Puan Jeon mengangkat Junghyun duduk di atas kerusi tingginya yang terletak di sebelah tempat Roselle berdiri. Kepalanya melangut memandang gadis di sebelahnya yang sangat menawan. Tadi waktu mandi Jungkook hyung cakap, noona ni yeochin dia.
"Noona?"
"Ya?" Walaupun terkejut, Roselle tetap teruja memandangkan jarang-jarang dia nak dengar budak kecil panggil dia dengan panggilan noona. Rasa comel sangat-sangat! Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang berada di sebelah kerusi Junghyun.
"Betul ke noona ni emmppp—!!" Terkejut Roselle dibuatnya bila tangan Jungkook sepantas kilat menutup mulut Junghyun dengan telapak tangannya. Saat mata mereka berdua bertemu, entah mengapa Roselle terasa dadanya berdegup sangat pantas. Puan Jeon yang melihat pun keliru.
"Jun ni, kan hyung dah cakap, apa yang hyung bagitahu tu rahsia." Bisik Jungkook sambil melutut di sebelah kerusi Junghyun. Tangannya masih menekup bibir si adik sambil menahan gementar. Hampir-hampir kantoi je apa yang dia cakap dekat Junghyun masa mandi tadi aishhhh!
"Ottayyy~" tangannya dialih sambil mengeluh. Susah betul nak berjanji dengan adik dia ni. Jungkook kembali ke tempat duduknya di sebelah Puan Jeon walaupun risau ingin meninggalkan Junghyun setia di tepi Roselle. Takut dia tak ingat dunia makan terus terkeluar segala kata-kata rahsia.
"Roselle datang sini dah bagitahu mommy Roselle?"
"Dah aunty." bibirnya mengukir senyuman. Tapi semasa mereka berdua menyiapkan makan tengahari, Puan Jeon sememangnya banyak bertanya namun syukur semuanya dapat dijawab tanpa ragu mahupun takut. Roselle juga tak malu mengaku yang ibu tirinya tika ini merupakan kakak kandungnya sendiri.
"Jungkook sepatutnya kawan dengan Roselle awal lagi tahu tak?" Kata-kata Puan Jeon menghentikan kunyahan Jungkook. Kepalanya berkalih memandang si ibu.
"Kenapa?"
"Eomma dengan eomma kandung Roselle kawan baik."
"Uhuks!!" Tersedak Roselle dibuatnya. Namun tak kena tempat pula dia ketawa bila Junghyun menghulurkan botol airnya yang mempunyai straw. Adik siapalah yang baik sangat ni? Jus yang berada di sebelah pinggan makannya dicapai kemudian diteguk beberapa kali.
"Eomma kawan dengan eomma kandung Roselle? Tapi macam mana eomma tahu siapa eomma kandung Roselle? Kau ada bagitahu eomma ke tadi?" Gelengan dari gadis itu buatkan mereka berdua berada di dalam kekeliruan. Sedaya-upaya Roselle taknak cerita mendalam sangat tentang keluarga dia, tak sangka Puan Jeon mengenali eommanya.
"Mestilah eomma kenal. Anak kawan baik eomma. Eomma kenal juga kakak dia, Rose."
"Tapi saya dengan unnie tak pernah kenal dengan aunty rasanya." matanya memandang wajah Puan Jeon. Rasanya ini kali pertama dia jumpa dengan eomma Jungkook. Tapi, kalau wanita itu pernah berkawan dengan ibunya adakah bermaksud dia dan Jungkook pernah berinteraksi waktu kecil dulu?
"Untuk sekarang ya, memang first time buat aunty sendiri dapat jumpa Roselle dah besar ni. Aunty kawan dengan eomma waktu kami sekolah menengah. Rasanya Roselle sendiri tahu eomma Roselle kahwin muda kan?" Kepalanya mengangguk perlahan.
"Last aunty jumpa eomma kamu bila dia cakap dia nak pindah US. Duduk dekat sana dengan keluarga ayah kandung kamu sebab tak suka pasal kawan-kawan kolej yang kata belakang dia sebab ada anak dah."
"Roselle tak tahu pun pasal ni. Cuma eomma pernah cakap Roselle dengan unnie pernah duduk US sampai umur Roselle tiga tahun. Lepastu pindah Korea balik. Itu je." Puan Jeon mengangguk. Dia tahu semua yang jadi ketika Roselle masih kecil.
Namun selepas dapat tahu kawan baiknya berkahwin sekali lagi selepas kematian suaminya buatkan hubungan mereka makin menjauh. Kalau sebelum ini mereka hanya mampu berborak melalui telefon namun sejak kejadian itu tiada lagi.
"Tapi macam mana eomma boleh kenal Roselle?"
"Korang berdua ada tahi lalat dekat tempat yang sama. Tapi Roselle ada dua dekat leher dia. Jungkook ada satu." Roselle mengerling lelaki itu yang sedang merenung lehernya. Segera tangannya naik menutup kawasan tersebut dari terus direnung Jungkook.
"HENTAI!!" Marah Roselle buatkan Jungkook malu. Ey nak renung leher anak dara orang pun pada-pada la. Tahu sweet.
"Dah dah, habiskan makanan tu jangan tengok je. Junghyun pun dah habis makan." Roselle tersenyum nipis sebelum ibu jarinya naik mengusap pipi tembam Junghyun. Tak sangka sangat yang eommanya berkenal dengan eomma Jungkook.
"Kami pernah jumpa ke waktu kecil dulu eomma?"
"Mestilah pernah! Bukan sekali dua je tau! Eomma ingat lagi waktu kamu dengan Roselle baru nak masuk 7 bulan, eomma dengan aunty Jihwa bawa kamu berdua pergi mandi kolam tau! Mandi sama-sama, tukar pampers sama-sama." Jungkook mengemam bibir. Mandi sama-sama? Tukar lampin pun sama-sama?
"Gambar kamu berdua waktu baby dulu banyak eomma simpan. Tapi tulah, kamu berdua mesti tak ingat sebab baby lagi kan masatu. Lepas kita habis makan eomma tunjuk."
—🌹—
"PFTT ROSELLE! Gemuknya kau!" Geram gadis itu dibuatnya bila Jungkook sakan ketawakan dirinya yang kelihatan begitu comel di dalam gambar tersebut. Tahulah peha dengan tangan dia berlapis tapi comel okay?! Biasalah kalau bayi badan macamtu kan?
"D*ck dia pun kecil je." Gumam Roselle perlahan sambil merenung gambar Jungkook yang sedang berbaring di atas meja berlapikkan tuala. Baru habis mandi kut, sebab tak pakai baju. Namun tak sangka didengar Jungkook. Tak semena-mena saja lelaki itu tersenyum sinis. Bibirnya didekatkan dengan telinga Roselle sebelum berbisik.
"Compared to now, it's massive."
"DUH HENTAI!!" tubuh lelaki itu ditolak menjauh. Jungkook tersenyum melihat gadis yang disukainya sedang menahan malu bersama pipi yang dahpun memerah. Tapi, tak sangka keputusan dia nak ajak Roselle datang rumah harini tak sia-sia. Agaknya kalau tak sampai bila pun dia tak tahu yang mereka berdua ni pernah berkawan.
"Tapi eomma, kenapa tak pernah tunjuk gambar ni dekat Kook?"
"Uhm kalau eomma tunjuk pun belum tentu Jungkook kenal Roselle mana yang eomma maksudkan. Gambar baby kot. Korang bercakap pun tak reti lagi waktu tu. Jungkook dengan Roselle pun tak berjumpa langsung sejak dia pindah kan. Mesti Jungkook tak kenal."
Tiada bantahan, Jungkook hanya mengangguk. Itulah, dia sendiri baru berkawan dengan Roselle tahun ni. Mustahil dia kenal kalau eommanya tunjuk gambarnya bersama Roselle ketika mereka kecil dulu. Banyak beza Roselle bayi dengan Roselle sekarang.
"Bila-bila aunty nak jumpa dengan Rose pula. Rasanya Rose mungkin ingat aunty." Roselle mengangguk. Mungkin juga kakaknya mampu ingat siapa Puan Jeon memandangkan kakaknya dah besar semasa dia masih bayi.
Jungkook bangun meninggalkan mereka berdua untuk ke dapur untuk membasahkan tekak.
"Gambar ni ke waktu aunty dengan eomma bawa kami berdua mandi kolam?" Puan Jeon mengangguk sambil tersenyum. Waktu diorang pergi dulu ramai orang geram bila tengok Jungkook dengan Roselle. Tak pasal je jadi perhatian.
"Uhm kalau Roselle nak tangkap gambar ni boleh aunty?"
"Ambil je terus." Roselle tersengih. Gambar yang dimaksudkan dibawa keluar dan disimpan ke dalam beg sekolahnya sementara Jungkook masih di dapur. Nanti kantoi pula.
"Uhm, Roselle minta diri dulu ya? Daddy dah nak sampai." Puan Jeon mengangguk. Teragak-agak Roselle untuk bertindak namun dia beranikan diri untuk memeluk Puan Jeon.
"Terima kasih aunty."
"Sama-sama."
"Jungkook, aku balik dulu."
"Takde hug?" Senyuman menyakat di bibirnya pudar bila Roselle betul-betul memeluknya. Tak lupa gadis itu turut memeluk Junghyun.
"Terima kasih untuk makan tengahari juga. Nanti bila-bila Roselle ajak aunty datang rumah pula." Jungkook mengikut Roselle hingga ke pagar rumahnya.
"Lain kali kita duet okay?"
"Okay. See ya."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top