[ Jealous ]
"Erk—" Roselle terdiam saat matanya tiba-tiba sahaja ditutup oleh sepasang tangan seseorang yang tak diketahuinya. Pensil dilepaskan dan tangannya meraba jari-jemari manusia yang sedang menutup kedua belah matanya. Sesaat dua saat dia berfikir, bibir naik mengukir senyuman.
"Jimin."
Matanya kembali dibuka dan kepala dilangut, memandang Jimin yang sedang tersenyum ke arahnya. Lelaki itu menarik kerusi yang berada di sebelah Roselle dan punggungnya dilabuhkan. Bukunya diletak di atas meja begitu juga dengan pencil box.
"Mimpi apa datang library waktu rehat ni?" Soal Roselle.
"Uhm result math Jungkook awal tahun haritu nampak makin bagus sebab kau dengan dia selalu study sama-sama. So, aku nak kau ajar aku juga." Roselle ketawa perlahan namun kepalanya diangguk juga. Tak ada masalah pun untuk dia kongsi ilmu dengan Jimin.
Lagipun lelaki itu pandai subjek sejarah. Ada bagus dia minta bantuan dari Jimin juga memandangkan dia memang kurang subjek tersebut. Jimin membuka buku latihannya dan mula bertanya soalan yang dia dah siap tanda malam semalam ketika dia cuba membuat latihan.
"Fuh soalan ni, aku dengan Jungkook nak pecah kepala bincang. Sini, sini."
—🌹—
Jungkook mengeluh di sebalik rak buku perpustakaan yang digunanya untuk bersembunyi. Baru saja tadi dia nak tegur Roselle, tengok-tengok Jimin dah sampai dulu. Siap main tutup mata lagi tu. Dah la Roselle teka betul. Kecewa hati ini dibuatnya.
"Jungkook?"
"Naomi." Tubuhnya dikalih menghadap Naomi sepenuhnya. Sejak kes dia reject Naomi haritu boleh tahan lama juga gadis itu tak nak bercakap dengan dia. Harini baru dia dengar suara Naomi semula. Bibirnya naik mengukir senyuman nipis.
"Awak buat apa tersorok-sorok belakang rak ni?" Soal Naomi curiga. Sebenarnya dia datang sini nak ambil buku rujukan, tapi tak sangka terserempak dengan Jungkook pula. Tengah main sorok-sorok dengan siapa tah celah buku tu.
"Ehm saya cari buku la. Awak?" Naomi ketawa kecil dan menggeleng perlahan. Buku yang diambil awal tadi diletak ke rak semula dan buku yang baru dicari pula. Jungkook melepaskan keluhan. Tak bernas langsung alasan kau Jungkook.
"Naomi." Nama gadis dihadapannya disebut saat kelihatan Naomi berura-ura ingin meninggalkannya setelah buku baru yang dicari dah pun diambil.
"Awak memang taknak bercakap dengan saya terus ke sejak kejadian haritu?" Soalnya agak tak berpuas hati. Kalau nak diikutkan, mereka berkawan tak lama pun jadi kenapa Naomi perlu merajuk lebih-lebih dengannya bila kena reject? Bukannya kenal lama pun.
"Uhm, saya malu nak bersemuka dengan awak. Saya tahu saya nampak macam desperate sebab paksa awak terima saya sedangkan kita baru je kenal." Jungkook memerhati Naomi yang sedang menunduk sambil memeluk buku. Terasa serbasalah pula.
"Uhm, saya minta maaf kalau saya reject awak haritu buat awak sedih sangat-sangat." Naomi menggeleng kecil. Walaupun begitu perasaannya terhadap Jungkook tetap sama, dia masih sukakan lelaki itu dan sentiasa memerhati Jungkook ketika di dalam kelas.
"Saya masih simpan perasaan dekat awak lagi."
Suasana jeda seketika. Jungkook memandang dalam anak mata Naomi. Walaupun dia dapat rasa keikhlasan gadis itu sukakannya tapi hatinya tak punya ruang buat Naomi. Roselle sahaja nama yang mampu bertakhta di dalam hatinya dan tak mampu terbuka untuk mana-mana perempuan lain selain gadis itu.
"Naomi, saya—"
Terbuntang mata Jungkook dibuatnya bila bibirnya disapa bibir Naomi. Selepas beberapa saat, gadis itu melarikan diri buatkan Jungkook terkelu sendirian. Keluhan terlepas. Tubuhnya dikalih menghadap rak buku semula dan saat kepalanya diangkat, sekali lagi Jungkook tergamam.
Tergamam saat matanya bertemu dengan mata Roselle di sebalik buku-buku di antara mereka.
"Ayy Jeon Jungkook. Takde tempat lain ke nak flirting?" Roselle ketawa kecil sebelum menjauhkan dirinya, balik ke tempat duduknya semula. Menyesal pula dia bangkit semata-mata nak cari buku rujukan baru. Tak sangka pula dapat tengok tayangan hebat antara Naomi dengan Jungkook. Baru nak selak-selak buku ternampak dua ketul tu kiss.
—🌹—
Roselle tergamam saat terlihat Naomi yang sudahpun tersungkur bila kakinya tak sengaja berlanggar dengan junior yang turut serta acara larian 400 M. Kelihatan Taehyung sedang berlari dan mendapatkan si junior sebelum beralih ke arah Naomi. Roselle memerhati Taehyung sedang melambai ke arah Jungkook.
Matanya beralih pula pada Jungkook yang sedang menjaga kawasan memanah. Lelaki itu berlari mendapatkan Taehyung dan Naomi. Selepas beberapa ketika, Roselle menunduk saat terlihat Naomi dah pun berada di dalam dukungan Jungkook.
Tanpa sesiapa sedar, Roselle bangkit dan seluarnya ditepuk-tepuk. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar sambil berjalan meninggalkan kawasan padang. Dah dua hari berlalu sejak kejadian di library, nampak macam Jungkook dah okay balik dengan Naomi.
Entah-entah dah official.
"Roselle! Kamu busy ke sekarang?" Roselle tersedar dari lamunan saat namanya dilaung seorang cikgu yang tak jauh darinya. Segera dia berlari mendapatkan guru tersebut memandangkan nampak susah sangat je dia angkut kotak-kotak tu sendirian.
"Ha thank you thank you." Roselle tersenyum sambil mengangguk. Mereka berdua berjalan seiringan.
"Kenapa muram je sensei tengok kamu ni? Ada problem ke wahai vice chairmain?" Roselle ketawa kecil saat cikgu lelaki berbangsa Jepun itu sedang cuba untuk menghiburkannya. Siapa je tak kenal dengan Sir Guren Ichinose, sensei paling terkenal yang jaga lower form ah sayangnya tak handle budak upper form.
"Okay je. Lama tak nampak sensei. Seronok training dua minggu dekat Malaysia?" Tersengih-sengih Guren dibuatnya bila teringat kenangan training dia dua minggu lepas di Kuala Lumpur, Malaysia. Rasa macam pergi sana terjumpa dengan jodoh sebenarnya.
"Roselle."
"Ya?"
"Kamu datang dengan Jungkook ke tadi?" Kepalanya digeleng. Dia datang sini pun kebetulan sebab kaki yang bawa, mustahil dia datang dengan Jungkook sedangkan dia cuba lari dari padang tadi sebab cemburu. Tapi kenapa Guren sensei tiba-tiba cakap pasal Jungkook?
"Uhm okay. Haa dah sampai bilik guru. Kotak ni boleh letak tepi meja saya. Yang ni saya letak dalam bilik depan tu." Roselle mengangguk dan melangkah ke arah meja Guren sensei. Kotak yang dibawanya diletakkan tepat di tepi meja milik Guren. Saat cikgu itu datang semula, Roselle mengukir senyuman.
"Okay thanks sekali lagi. Hm minggu depan korang dah mula exam mid year kan?" Roselle mengangguk. Disebabkan minggu depan bakal menjadi minggu peperiksaan, hari ini iaitu hari Isnin merupakan hari training akhir sepenuhnya buat atlet yang akan bertanding untuk Mid Year Sports Day nanti.
"Great, nanti lepas habis exam saya ambil alih Miss Jun untuk training upper and lower form. Jadi kita boleh kerjasama." Roselle mengangguk setuju. Gila seronok kot kalau Guren sensei handle training. Tak sabar pula rasanya. Selesai menunduk hormat Roselle keluar dari bilik guru dan melangkah ingin ke jalan yang menuju ke padang semula.
"Roselle." Kepalanya dikalihkan.
"Jungkook?" Eh sejak bila pula lelaki tu boleh tahu dia ada dekat bilik guru pula? Saat lelaki itu mendekat, Roselle teringat yang tadi Guren sensei ada tanya dia datang dengan Jungkook ke tak. Jadi sebab sensei dah nampak Jungkook dari awal ke apa?
"Kau sengaja lari ke apa? Tahu giliran kau kan untuk memanah lepas Youjin tadi?" Roselle mengerutkan dahinya. Tak sekarang ni dah kenapa lelaki itu cakap macam nak cari gaduh je? Macam lah sebelum ni tak biasa panggil orang lain skip giliran.
Roselle mendegus bila hatinya tiba-tiba terasa panas, rasa macam nak marah Jungkook pun ada tapi tak tahu sebab apa. Sudahlah dia rasa annoying gila dengan Naomi yang nampak rapat sangat-sangat dengan Jungkook sejak-sejak lepas kejadian di perpustakaan haritu.
Makin lama makin menyampah pula dengan dua ekor manusia ni. Matanya digulingkan dan berjalan melepasi Jungkook tanpa memandang sedikit pun. Sumpah, dia sendiri tak tahu kenapa nak kena rasa macamni, marah sangat dan rasa macam nak menangis pun ada.
"Ergh benci!"
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top