[ It's Okay ]
"Kenapa awak tak dengar cakap Youjin?" Roselle tersentak. Boleh pula lelaki itu datang dan nak marah dia? Ish. Tadi Youjin dah marah sekarang dia pula yang nak sambung bebel ke?
"Saya okay je. Terlebih guna tenaga je pun. Biasalah kaki cramp kalau lari kan?" Balasnya sambil memuncung. Jungkook tersenyum nipis. Mahu sahaja dicubit pipi gadis itu dan memujinya comel. Tapi disimpan niat tersebut di dalam hati.
"Baru ingat nak celebrate berdua."
Roselle memandang Jungkook. Tapi kenapa hanya mereka berdua ya?
"Saya nak luang masa dengan awak sebagai ganti masa sleepover rumah awak haritu. Kan saya tak boleh join." Roselle mengemam bibir. Mana nak sorok muka ni! Blushing terok dah ni!!
"Uhm takpe, saya tak kisah pun." Balasnya perlahan.
"Tapi saya kisah. Saya betul-betul nak luang masa dengan awak. Dengan yang lain. Cemburu betul saya bila Taehyung asyik upload video baru dekat Youtube kitorang." Roselle menahan senyum. Ada aku pancung kepala mamat ni kang! Dia ingat dia pouty macamtu comel ke?!
"Awak dah ambil hadiah ke?" Soal Roselle sambil mengurut perlahan betisnya yang ditutup selimut. Jungkook menggeleng.
"Saya suruh Taehyung wakilkan. Nak datang tengok awak." Bibirnya naik mengukir senyuman. Namun selepas beberapa saat, suasana menjadi kekok. Entah apa yang perlu diborakkan, mereka berdua tak tahu jadi masing-masing hanya berdiam diri. Jungkook bermain dengan tangan sendiri dan Roselle ralit mengurut betis ingin hilangkan resah.
Ringtone iPhone yang tiba-tiba bergema berjaya mengejutkan dua pasangan tersebut. Jungkook keluarkan telefonnya dari poket seluar dan memandang Roselle sekilas bersama senyuman nipis sebelum beralih semula ke telefonnya.
"Hello?" Roselle mengerling ke arah Jungkook yang sedang menjawab panggilan seseorang. Nafas dihela perlahan. Berdebar sungguh dada dia sejak nampak Jungkook masuk sini tadi. Selimut diselak dan kakinya diturunkan ke bawah. Rasanya dah hilang sengal betis dia ni.
"Eomma, nanti Kook telefon balik." Ouh Jungkook bercakap dengan ibu dia rupanya. Ingatkan siapa tadi. Perlahan-lahan tangannya mencapai kasut dan disarungkan pada kaki. Ikatan rambut yang agak messy sebabkan baring tadi dibuka dan diikat semula dengan lebih kemas.
"Awak taknak berehat lagi ke? Nanti sakit balik macam mana?" Soal Jungkook sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Matanya memandang Roselle yang dah pun berdiri.
"Boleh ni. Jom." Kakinya mengikut langkah kaki Roselle keluar dari bilik rawatan. Tangannya dah pun bersedia di belakang kalau-kalau Roselle nak terjatuh nanti sempat la dia tahan gadis itu dari terus jatuh. Taehyung yang memerhati dari jauh hanya mampu tersengih sendiri.
Itulah masing-masing ego. Yang seorang alasan ini yang seorang alasan itu. Taknak mulakan langkah, haa merasa la korang berdua simpan perasaan dalam hati je manjang sampai bila-bila.
Taehyung berkalih saat pinggangnya dicuit oleh Jimin. Keningnya diangkat, memandang Jimin yang nampak cemberut betul wajahnya ni. Yang ini lagi seorang, siapa suruh bercinta dengan budak sekolah lain? Tak ke merana bila tercari-cari girlfriend tapi tak jumpa.
"Kau tak payah la sedih sangat. Mana tahu dia ada emergency ke tak dapat datang? Sebabtu dia tak angkat phone kau."
Jimin mengeluh. Rambutnya dikuak ke belakang dengan penuh perasaan.
"Masalahnya sekarang, dia decline calls aku. Kalau tak, aku tak frust la Presiden." Taehyung mencebik. Dah tu? Kau fikir aku tahu kenapa dia decline calls kau? Bahu Jimin ditepuk, meminta sahabatnya itu bawa bertenang. Dia faham, bukan tak faham dengan keadaan Jimin sebenarnya.
Sekarang, kerap-kerap Jimin terganggu dengan situasi dia dengan si gadis pujaan hati. Bercinta jarak jauh ni susah, kita tak tahu apa pasangan kita buat. Sudahlah sekarang bila Jimin ajak jumpa pun dia taknak keluar.
"Lepas habis harini ke, kau cuba la pergi rumah dia. Ajak dia berbincang dengan kau pasal hubungan korang ni. Kesian aku tengok korang ni." Ujarnya perlahan sambil memeluk bahu Jimin. Kesian, bukannya tak kesian.
"Aku bersedia je kalau dia nak minta putus."
"Kenapa kau cakap macamtu?"
"Selamani aku rasa macam aku je yang berusaha untuk bahagiakan dia. Makin lama aku rasa macam dia takde perasaan dekat aku pun." Jimin menunduk. Terasa belakang tubuhnya diusap oleh Taehyung.
"Takpe Jimin, kalau bukan dia yang terbaik kau mungkin akan jumpa perempuan yang lagi baik dari dia." Kepalanya mengangguk, menerima kata-kata Taehyung dengan hati yang terbuka. Mungkin dia bukan yang terbaik.
—🌹—
Liur ditelan payah saat tangan Jungkook dengan selamba melilit bahunya. Sedaya-upaya dia kekalkan muka yang selamba sebab taknak kantoi tengah tahan fangirling dalam diri.
"Eh! Jungkook sunbae! Roselle sunbae!" Serentak mereka berdua berkalih ke arah nama mereka dilaungkan. Roselle menelan liur lagi. Kelihatan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang berlari ke arah mereka. Senang cakap diorang berdua ni hoobae dekat sekolah.
"Junhee, Nara." Jungkook tersengih sambil menyapa mereka berdua.
"Tak sangka boleh jumpa sunbae dekat sini! Ah ya, tahniah sebab menang pertandingan harini! Roselle sunbae dah sihat?" Terus bibirnya naik mengukir senyuman sambil mengangguk. Comel la pula diorang berdua ni.
"Terima kasih, lepasni korang pula la ambil alih bila sunbae dah habis sekolah."
"Eish, kami baru gred 6 la lambat lagi nak jadi sunbae." Ketawa Junhee.
"Uhm Nara nak tanya boleh?" Roselle dan Jungkook mengangguk.
"Jungkook sunbae dengan Roselle sunbae bercinta ke tak?" Roselle tersentak. Adakah hari ini dia bakal tahu lelaki itu menganggapnya sebagai apa. Hubungan mereka sangat rapat kalau dipandang dari jauh. Tapi dari dekat tak tahu nak dikata sebagai apa.
"Kitorang bff." Tak sangka, perkataan tersebut serentak keluar dari bibir mereka demi menjawab persoalan Nara. Jantung mengepam semakin rancak. Roselle tersenyum nipis.
"Kalau ada yang cakap kitorang bercinta itu rumors je. Tak sahih." Ujar Roselle ingin hilangkan kekok. Tanpa dipaksa atau disuruh, Jungkook turunkan tangannya dari bahu Roselle dan dibawa ke dalam poket seluarnya. Tiba-tiba tangan ni terasa berpeluh.
"Fuh kitorang mati-mati ingat sunbae bercinta. Nampak sweet sangat. Macam Presiden denvan Youjin sunbae." Roselle ketawa perlahan sambil menggeleng. Itu yelah memang terang-terang diorang bercinta sebab Taehyung dengan bangganya umumkan Youjin tu teman wanita dia.
"Setakat ni kawan je." Sambung Jungkook pula.
"Uhm okaylah sunbae, tadi kami dah nak balik dah sebenarnya. Jumpa dekat sekolah ya!" Jungkook mengangguk seraya memandang pemergian mereka berdua yang kian menjauh. Dengan selamba, tangannya dililit semula pada leher Roselle dan mereka berdua teruskan perjalanan.
Yea, that's how a best friend should be.
Roselle, kau kena hormat keputusan Jungkook dan jangan konfes dekat dia. Mungkin dia ada perempuan lain dalam hati. Cukup bagus dia anggap kau bff, it's a nice thing ya know. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk jadi kawan baik Jungkook.
[to be continue]
Jemput singgah cerita JK baru saya☺️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top