[ ISLY ]
I Still Love You
"Bila awak pindah sini?"
"Semalam. Niat nak jumpa awak waktu training tapi saya kena balik awal semalam. Driver sampai awal." Jungkook mengalihkan pandangannya dari terus memandang Chaerim. Hampir tiga tahun mereka tak bersua muka, gadis itu tampak lebih cantik dan anggun. Tapi ianya tak bermakna dia akan balik ke gadis itu semula.
"Awak sihat?"
"Sihat." Tangannya membawa keluar lunchboxes yang dibelinya tadi dan diberikan kepada Chaerim satu. Ingat tadi beli lebih satu sebab nak kongsi dengan Roselle tapi macam kesian pula dekat Chaerim.
"Sampai sekarang pun lunchbox awak still tak berubah ya? Wajib beli tonkatsu." Senyuman manis terukir di bibir Chaerim bila melihat kegemaran Jungkook masih tak berubah. Sedikit sebanyak pertemuan mereka kali ini menggetarkan jiwanya. Lelaki itu tampak sangat kacak, lebih kacak berbanding dalam video.
"Awak dah berpunya?"
"Buat masa sekarang tak. Tapi ada calon."
Chaerim tersenyum hambar.
"Mesti Roselle kan? Semalam lagi saya nampak awak berdua dengan dia. Tu, korang berdua ada jawatan sama-sama kan?" Bibirnya memuncung ke arah name badge Jungkook. Walaupun cemburu, Chaerim akan cuba sedaya-upaya untuk meraih cinta Jungkook semula.
"Hm dialah. So saya harap awak pindah sini balik takde lah dengan niat tambahan yang tersirat. Saya tak berminat untuk get back dengan awak." Kunyahannya terhenti. Belum apa lagi dah kena reject. Sebab utama dia pindah ke sini semula pun memang atas sebab Jungkook.
"Finally saya dapat lari dari Jinhun lepas dah selesaikan hutang family saya dengan dia. So now I'm free." Sengaja dia cuba untuk ubah topik.
"Good to hear it then."
"Agaknya kalau saya aktif macam dulu, pengetua boleh ganti tempat Roselle dengan saya tak?" Soalnya sarkastik sambil menyelit rambut ke belakang telinga. Kurang dari seminggu, iaitu 31 August nanti sekolah mereka akan mengadakan Mid Year Sports Day. Waktu itu dia akan pastikan yang Jungkook wajib berkepit dengannya dan bukan Roselle.
"Prestasi Roselle dah cukup bagus. Tak perlu pertukaran vice chairmain baru kut." Kata-kata Jungkook menyentapkan dirinya.
"Saya dah habis makan." Saat lelaki ktu bangkit, segera tangannya menahan tangan Jungkook dari beredar.
"Saya masih cintakan awak."
"I don't. Sorry."
Jungkook mengetap bibir. Tangannya masih tak dilepaskan buatkan langkahnya sekali lagi terhenti. Tanpa sangka, Chaerim bangkit dan berdiri di hadapannya sebelum bibir mereka dilagakan. Jungkook tergamam.
Bahu gadis itu ditolak namun Chaerim tak mengalah. Bibirnya tak lepas mencium bibir Jungkook buatkan telinga mereka berdua mula menangkap bising-bising suara pelajar lain yang berada berdekatan mereka.
Two people already kiss me on my lips!! SHIT I NEED ROSELLE NOT THEM LAH!!
Tubuh Chaerim ditolak menjauh saat gadis itu melingkarkan tangannya di leher Jungkook. Ini dah lebih ni. Benda kau boleh pula nak syok sorang-sorang?
"Jangan melebih Chaerim. Awak bukan girlfriend saya nak cium saya sesuka hati je." Bibirnya dilap menggunakan belakang tangan. Jungkook mula menjauh dari pondok tersebut dan berlalu ke tangga yang membawa ke kelas mereka.
"Ughhhh!" rambutnya yang kemas mula berserabut. Geram betul dengan Chaerim tu! Ada pula dia nak kiss orang sesuka hati je? Dah la depan orang ramai. Memang sengaja nak cari masalah je.
—🌹—
"Siapa nak datang?"
"Uhm eomma nak kenalkan perempuan tu dengan Jungkook. Dah lama juga dia ajak eomma keluar dengan dia. Kamu ada nak buat apa-apa dengan Roselle ke?" Soal Puan Jeon sambil membuka peti sejuk.
"Hehe saja nak tunjuk tempat Kook selalu recording. Ingat nak menyanyi dengan dia. Tapi takpe kalau eomma nak Roselle tolong eomma masak, Kook panggil dia."
"Takpe takpe. Masak pasta je ni. Pergi lah naik. Nanti dah siap masak eomma panggil. Rasanya budak tu sampai sini dalam 7 lebih." Jungkook mengangguk dan meninggalkan eommanya di dapur untuk memasak. Memandangkan Junghyun sedap tidur dalam bilik senang la dia nak luang masa dengan Roselle.
"Jom naik. Eomma cakap takpe dia boleh masak sendiri." Roselle mengangguk. Tadi lepas training, lelaki itu tiba-tiba saja mengajaknya lepak di rumah untuk tunaikan janji mereka nak berduet. Sudahlah lepas waktu rehat mukanya cemberut saja sepanjang hari. Tegur pun jeling.
"Kau nak mandi tak? Tadi lepas training berpeluh kan, kau okay ke?"
"Uhm kalau aku nak mandi, takde pula baju salin. Takpe aku okay je." Roselle memerhati Jungkook masuk ke dalam wardrobenya. Pergi buat apa tak tahu.
Roselle menggunakan masa yang ada untuk memerhati sekeliling bilik Jungkook. Macam biasa bilik lelaki, no high expectation tapi kemas la bilik dia. Comel je.
"Nah, tapi besar sikit la."
"Huh?"
"Hoodie dengan sweatpants aku. Pergilah mandi. Aku mandi dekat bilik eomma. Oh urm, tapi pakaian dalam untuk kau, aku takde." Roselle menahan ketawa. Habistu kau nak aku expect lelaki ada set pakaian dalam untuk wanita ke? Dah ada hoodie dengan sweatpants ni pun dah cukup baik dah.
"Thanks." Jungkook mengangguk.
"Dalam bilik air tu ada tuala baru. Memang tak guna."
"Okay." Roselle bangkit dari katil dan berjalan ke bilik air untuk bersihkan diri. Syukur, Jungkook memahami. Walaupun dia tak selesa nak pakai semula pakaian dalam tapi apakan daya. Malam nanti balik rumah mandi lagi sebelum tidur hoho.
Selesai bersihkan diri, kakinya melangkah keluar dari bilik air dan merenung tubuhnya yang berbalut hoodie dan sweatpants berwarna kelabu milik Jungkook. Bibirnya digigit. Kau tahu aku nampak macam apa?
GIRLFRIEND JUNGKOOK !! HAHAHA !!
Kakinya menghentak lantai berkali-kali sambil menjerit tanpa suara. Saat pintu terbuka, Roselle segera berhenti dan pantas tangannya mencapai sikat sebelum rambutnya disikat untuk cover diri sendiri.
"Ehem." dehem Jungkook. Cute tho Roselle.
"Uhm eomma dah siap masak. Dia panggil kita makan. Kejap lagi tetamu dia sampai. Jom." Ajak Jungkook dan Roselle hanya mengangguk. Tuala yang digunanya tadi ditenung. Nak letak mana?
"Tuala ni nak letak mana?"
"Jom bawa turun, letak dekat laundry." Kepalanya mengangguk lagi. Kakinya melangkah mengikut Jungkook dari belakang. Saat mereka masuk ke ruangan laundry, Jungkook mengambil tuala yang diguna Roselle dan dimasukkan ke dalam mesin. Acewah nak acah suami mithali la tu.
"Hyung!" Muncul Junghyun entah dari mana, datang memeluk kakinya buatkan Roselle ketawa kecil. Eih terus rasa teringin nak ada adik ni. Rose bila tah nak mengandung. Kahwin boleh tahan lama. Haritu dah pergi honeymoon takkan takde hasil haih.
"Jom makan." Tutur Jungkook sambil mendukung Junghyun. Mereka bergerak ke dapur manakala Puan Jeon membuka pintu untuk menunggu tetamunya datang. Roselle mengambil tempat yang diduduknya haritu begitu juga dengan Junhyung.
"Jun bagilah hyung duduk tepi noona. Jun duduklah tepi eomma pula." Ujarnya sambil mencuit-cuit lengan Junhyung namun adiknya tetap tak mahu bangkit. Jungkook melutut di sebelah adiknya dan berbisik.
"Hyung belanja oreo kalau Jun bagi hyung duduk tepi noona. Bangun cepat." Tanpa kata Junghyung bangkit dari kerusinya dan memandang Jungkook melabuhkan punggung di atas kerusi yang diduduknya tadi.
"Noona,"
"Ya?"
"Jun nak duduk atas riba boleh?" Belum sempat Roselle membalas Junhyung terlebih dahulu memegang peha Roselle dan dipanjatnya kaki gadis itu. Dengan bantuan Roselle, punggungnya selamat mendarat dan diselesakan duduknya sambil memandang makanan yang terhidang di atas meja.
"Haih." Keluhan Jungkook buatkan Roselle ketawa. Perangai sama je dua-dua. Comel dan nakal begituuu.
"Noona?"
"Ya?"
"Lapar."
"Tunggulah eomma kejap. Eih tu nak minta noona suap la tu. Gedik betul Jun ni." Jungkook menjeling Junhyung. Kalau tahu tadi takde dia suruh adik dia tukar tempat. Tahu-tahu duduk atas riba Roselle pula. Cis.
"Hm aunty masak pasta je." Suara Puan Jeon mula kedengaran. Nampaknya tetamu dia dah sampai. Siapa agaknya ya?
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top