[ Hurt ]
Roselle menjeling tajam Junggi yang sudahpun tertuduk di hadapannya sambil menunduk. Sebelah tangan menyentuh bahagian bawahnya dan sebelah lagi menahan dirinya dari mencium lantai.
"Uhuk-uhuk!" Junggi sedaya-upaya menahan dirinya daripada menangis, menahan sakit yang tak dapat diungkap setelah adik beradiknya disapa tendangan Roselle tadi. Sampai sekarang rasa tu masih belum hilang buatkan dia tak dapat bangun.
Ding dong~
Roselle berjalan ke arah pintu dan dibuka. Bibirnya tersenyum nipis melihat Taehyung bersama Youjin di depannya. Mereka berdua mengerling ke dalam rumah dan masing-masing tergamam melihat Junggi sedang melutut.
"Masuklah."
Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah Roselle sambil memeluk bahu Youjin. Saat mereka berdua melabuhkan punggung ke sofa, mata tertumpu pada Junggi yang nampaknya sedang bersabar menempuhi segala dugaan.
"Hyung, sakit lagi?" Soalnya sengaja. Roselle menahan ketawa. Ada hati dia cuba nak rogol aku? Silap banyak la cari pasal dengan Vice Chairman Athletes SAHS.
"Abang balik dulu."
Roselle hanya memandang Junggi yang sedang mencuba untuk bangun. Lemah sahaja langkah lelaki itu keluar dari rumahnya buatkan Roselle melepaskan keluhan. Walaupun dia berjaya selamatkan diri, tapi dia tetap takut. Sebagai seorang perempuan biasa, rasa takut itu bila-bila masa saja boleh datang.
"Dia cuba apa-apakan kau ke Rose?"
"Hm. Sebabtu aku terpaksa tendang dia." Roselle menunduk. Youjin bangkit dan mengubah tempatnya, duduk di sebelah Roselle untuk tenangkan sahabatnya itu. Mujur juga dia ajak Taehyung datang sebab kebetulan Roselle ada bagitahu yang Edward dengan Rose ada hal di luar.
"Thanks datang teman aku."
—🌹—
Roselle tekun menerangkan jalan kerja matematiknya pada Jungkook sebab dari tadi lelaki itu kurang faham dengan cara penyelesaian dia. Dengan penuh semangat, dia cuba untuk fahamkan Jungkook.
"Jungkook." Roselle turut memandang ke arah Naomi yang sudah pun berdiri di sebelah meja Youjin. Bibirnya dikemam melihat wajah Naomi yang sangat cantik rupanya ketika sedang bercakap dengan Jungkook. Matanya turun memandang sisi wajah lelaki di sebelahnya yang menumpang tempat duduk Youjin buat sementara waktu.
"Jom teman saya kejap." Roselle memandang tangan Jungkook yang kini dah pun berada di dalam genggaman tangan Naomi. Saat Jungkook berdiri, kepalanya melangut.
"Uhm nanti aku datang balik." Tak mengangguk mahupun menggeleng, Roselle memandang pemergian Jungkook. Kini dia sendiri di dalam kelas memandangkan sekarang waktu rehat. Dadanya yang terasa sakit disentuh. Kenapa? Kenapa dada ni terasa sakit?
Telapak tangannya dikerling. Tangan ni selalu ragu-ragu untuk sentuh Jungkook. Takut Jungkook tolak dan takut kalau lelaki itu fikir benda bukan-bukan. Tapi Naomi..
Buku kerjanya ditutup sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik. Roselle ingin mencari ke mana Naomi bawa Jungkook. Dia ingin tahu. Sebab sejak tiga hari yang lepas, Jungkook dah kurang luang masa dengannya.
"Eh, Roselle sunbae!" Tegur seorang pelajar perempuan gred 11 dari kelab memanah. Roselle tersenyum manis.
"Ha tadi saya nampak Jungkook sunbae masuk bilik muzik. Saya ingatkan dia pergi dengan Roselle sunbae tadi. Tapi bukan." Kata-kata hoobaenya buatkan Roselle berfikir sekejap. Kenapa Naomi bawa Jungkook pergi bilik muzik. Disebabkan tiada respon, gadis tadi meninggalkan Roselle sendiri.
Spontan tangannya mencapai telefon di dalam poket blazer sekolahnya saat terdengar notifikasi. Ianya account YouTube Jungkook dan Taehyung tengah live? Terus ibu jarinya menekan notifikasi tersebut. Videonya gelap tapi Roselle kenal suara yang sedang menyanyi itu merupakan suara Jungkook.
Selepas beberapa ketika dia mendengar, kakinya melangkah untuk pulang ke kelas semula. Sebaik sahaja dia duduk di kerusi, keluhan berat dilepaskan.
"Jungkook suka Naomi ke?" Bibirnya digigit perlahan. Wajah diraup separuh kesal. Tak mustahil kalau Jungkook sukakan Naomi. Gadis kacukkan Jepun dan Amerika itu benar-benar cantik. Malah ketika dia turut serta training semalam, semua orang terpana dengan kehebatan dia.
Buatkan Roselle kecundang.
"Aku tak cantik ke dekat mata mana-mana lelaki?" Roselle menunduk saat penglihatannya semakin kabur. Sejak berkawan dengan Jungkook, Roselle kurang insecure dengan orang sekeliling sebab rasa yang Jungkook rapat dengan dia bukan kerana rupa.
Tapi sejak ada Naomi datang, Roselle kembali insecure bila nampak gadis kacukkan itu mula ingin rapat dengan Jungkook. Walaupun hubungannya dengan lelaki itu hanyalah sebagai kawan rapat tapi jauh di sudut hati dia mengharapkan Jungkook untuk menerimanya sebagai teman wanita.
—🌹—
Sedari tadi matanya tak lepas memerhati Jungkook dan Naomi yang sedang duduk berdua di kafe, meluangkan masa mereka berdua ketika waktu rehat. Tubuhnya dikalihkan dan bersandar pada dinding. Nampaknya dia tak silap, Jungkook berminat dengan Naomi dan layanan yang diterima oleh gadis itu tampak lebih istimewa.
Kakinya mula melangkah, berjalan tanpa arah. Entah mengapa dia tak ada rasa ingin makan lagi-lagi bila nampak Jungkook dengan Naomi ada di kafe bersama. Hilang selera. Sedar tak sedar kini dia sudah berjalan melepasi padang, Roselle tak sedar bahawa ada bola yang sedang terbang menuju ke arahnya.
"Roselle sunbae!"
BBUK!!
"Sunbae okay ke?!" Kepalanya diangguk perlahan.
"Sunbae kejap saya telefon Jungkook sunbae!" Tanpa menghalang, Roselle hanya menunggu lelaki di hadapannya menelefon Jungkook. Namun selepas beberapa kali dia menelefon, langsung tak berangkat buatkan Roselle hanya semakin kecewa.
"Takpelah, okay je ni. Pergi sambung balik." Roselle tersenyum sambil bangun dari duduknya. Tanpa kata kakinya melangkah menjauhi padang.
"Roselle?"
"Jimin." Jimin mendekati Roselle dan menarik lengan gadis itu supaya duduk disebelahnya.
"Tak pernah-pernah kau datang sini waktu rehat? Selalu pergi kafe takpun duduk dalam kelas. Kenapa ni?" Soalan dari Jimin buatkan bayangan Jungkook serta Naomi menjengah kepala. Tanpa diminta, kelenjar matanya mula menghasilkan air mata.
"Ehhh?"
"J-Jungkook, di-a dah ta-knak kawan aku." Jimin mengeluh. Bahu Roselle dipeluk dan diusap perlahan bahu gadis itu. Ya, tentang perkara ni dia dengan Taehyung dah sedia maklum. Diorang nampak yang Jungkook semakin rapat dengan Naomi dan kurang luang masa dengan Roselle buat beberapa hari ni.
"You can cry."
—🌹—
Terbatuk-batuk Jungkook cuba untuk menghilangkan semputnya. Tadi dia baru tersedar yang telefon dia ada panggilan. Bila di telefon semula tak sangka pula yang lelaki itu nak sampaikan padanya bahawa Roselle cedera ringan akibat kepalanya terkena bola tadi.
Bergegas dia cuba cari Roselle nak tengok keadaan gadis itu. Tapi langkahnya mati bila nampak Roselle bersama Jimin di depan kolam ikan yang tak jauh dari padang sekolah. Bersama nafas yang masih lelah, matanya melihat Jimin memeluk bahu Roselle.
"Tak sangka, Jimin crush kau rupanya." Bibirnya tersenyum nipis. Itu ke Roselle kata Jimin tak notice dia? Jungkook mengeluh sebelum berpatah semula. Mujur juga Roselle nampaknya okay saja. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar.
"Kau tak cemburu ke bila aku dengan Naomi, Roselle?" Rambutnya dikuak ke belakang. Nampaknya sangkaan dia tepat, Roselle memang menganggap hubungan mereka berdua tak lebih daripada kawan baik. Gadis itu langsung tak tunjuk yang dia cemburu atau tak suka.
"Aku tak suka perasaan ni Roselle. Cemburu tengok kau dengan Jimin."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top