[ Hearttrobs ]
I hope you guys enjoy this chapter a lot😂❤️
"Langut sikit." Roselle segera melarikan matanya sebaik sahaja dagunya ditolak Jungkook supaya melangut. Siap dipinkan helmet lebih yang Jungkook sedia bawa, Roselle menghela nafas lega. Berdebar betul dada ini tak dapat menahan fangirl dalam hati.
Saat dia bergerak ke belakang, matanya merenung seat motorbike Jungkook yang kecil ruangnya dan agak tinggi. Bibirnya dikemam sambil tersenyum pasrah. Nasib baik dia pakai seluar harini sebab training tadi. Sebelah tanganya memegang seat motorbike dan sebelah lagi teragak-agak untuk dia pegang bahu Jungkook.
"Naik la cepat." Saat Jungkook berkalih dadanya semakin berdegup kencang. Menggeletar perlahan tangannya ingin menyentuh bahu Jungkook yang berlapik dengan baju sukan sekolah. Akhirnya selepas beberapa saat Roselle berjaya duduk di tempat duduk belakang.
Matanya memandang ke arah ruang antaranya dengan Jungkook. Shit. Matanya dipejam dan dikuatkan hatinya untuk memegang bahu Jungkook kerana tak mahu memeluk pinggang lelaki itu. Sepanjang perjalanan mereka ingin ke mall, Roselle hanya mampu menahan malu walaupun tak ada benda yang nak dimalukan.
"Kau nak makan dulu ke apa kejap lagi?" Spontan Roselle bersandar ke belakang bila Jungkook berkalih memandangnya tiba-tiba. Tengah-tengah traffic lights ni juga kau nak berkalih pandang aku ya?
"Uh-uhm, nak. Aku lapar." Roselle cuba bersandar ke belakang lagi bila Jungkook menegakkan badannya sebab traffic lights terlalu lama jadinya dia lenguh bongkokkan badan. Keluhan dari bibir Roselle buatkan matanya bergerak memandang gadis itu dari cermin sisi.
"Kau nak jatuh ke apa?" Tegurnya tanpa berkalih. Disebabkan tiada jawapan dari Roselle, tangan gadis itu yang sedari tadi berada di bahunya dicapai, dan dibawa ke pinggangnya. Tangan Roselle ditarik lagi agar memeluk pinggangnya buatkan badan mereka bersentuhan.
Roselle hanya mampu berdoa agar jantungnya tak terkeluar dan bergolek di atas jalan raya. Bibirnya dikemam sambil menarik dan menghembus nafas melalui hidung supaya dadanya bertenang. Sebaik sahaja mereka masuk ke kawasan parking di mall, Roselle segera melepaskan pinggang Jungkook dan kalut-kalut dia turun.
Pin helmet cuba dibuka dan ditarik-tarik tapi tak terbuka pula. Sedang dia struggle sendirian, datang Jungkook membantunya buatkan pipinya terasa hangat. Matanya hanya mampu memandang dada Jungkook bagi mengelakkan matanya bertemu dengan mata lelaki itu.
"Dah." Rambutnya dibetulkan. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar sukannya dan berjalan mengikut Jungkook masuk ke dalam mall. Tanpa melengahkan masa, mereka berdua singgah ke McD terlebih dahulu untuk mengisi perut. Roselle diminta duduk dan Jungkook pula memesan makanan di kaunter.
Sedang dia menunggu Jungkook, matanya memerhati sekeliling. Roselle kecilkan mata bila terlihat seseorang yang mungkin dikenalinya.
"Ryu Yeonmi?"
Roselle mengangkat bahu. Lagipun nampak Yeonmi tu tak bersendirian. Ada seorang lagi wanita yang mungkin sebaya dengan ibu kandungnya buatkan Roselle yakin yang Yeonmi bersama ibunya. Nasib baik tak tangkap Yeonmi curang. Kalau kena tangkap, memang dia terus roger Jimin je.
"Kau nak oreo ke salted caramel?" Roselle berkalih memandang Jungkook yang dah pun duduk berhadapan dengannya.
"Kau nak yang mana? Aku okay je mana-mana pun. I love both."
"Kalau macamtu kita kongsi. Aku pun suka dua-dua." Roselle hanya mengangguk. Sedang Jungkook menuang fries ke atas tray, Roselle mencapai salted caramel mc flurry dan disuap beberapa sudu ke dalam mulutnya. Burger yang dihulur oleh Jungkook dipandang.
"Thanks, bukakan." Tangannya mencapai burger yang dah siap dibuka balutannya. Belum sempat burger digigit, Roselle terkaku bila Jungkook mencapai aiskrim yang dimakannya tadi dan makan menggunakan sudu yang sama dia guna. Bibir dikemam. Kejadian botol minuman beberapa bulan lepas menerjah kepala. Dua kali.
DAH DUA KALI INDIRECT KISS!!
Sengaja Roselle mencapai oreo mc flurry pula dan makan beberapa sudu. Diletak ke tepi dan burgernya digigit. Kunyahan terhenti bila aiskrim tersebut turut dimakan oleh Jungkook menggunakan sudu yang sama.
TIGA KALI INDIRECT KISS!!
"Nak rasa sikit. Kau punya aku belum pernah rasa lagi." Tanpa sempat menjawab, tangan kiri Jungkook memegang tangannya dan ditarik mendekat supaya burger milik Roselle dapat digigit. Roselle mengemam bibir sekuat hati.
MANA AKU NAK SOROK MUKA NI?!
"Aaa~" tersentak Roselle dibuatnya melihat burger Jungkook berada di hadapannya. Disebabkan lelaki itu asyik menyua, digigit juga bahagian tepi burger tersebut supaya tak gigit bahagian yang Jungkook dah makan. Dikunyah perlahan-lahan namun terhenti bila matanya memandang ke arah burger sendiri.
DID JUNGKOOK JUST BITES MY BURGER WITHOUT EVEN WANTING TO AVOID BITING IT AT THE SAME DAMN PLACE?!!!
"Sedap tak aku punya?" Roselle mengangguk.
"Kau punya pun sedap." Dadanya berdegup laju memandang Jungkook tersenyum di hadapannya.
Mom, I love him.
"Roselle."
"Ya?"
"Kau takde masalah kan?" Matanya terkebil.
"Takde pun. Kenapa kau tanya macamtu?" Jungkook menggeleng perlahan. Dari tadi asyik diam je. Bosan pula takde benda nak berborak. Kekok pun kekok haih.
"Takdelah. Kau macam diam je harini. Kalau ada masalah boleh bagitahu aku." Roselle menggeleng perlahan. Kentang diambil menggunakan hujung jari.
"Aku okay je la. Cuma agak penat sikit. Sikit je. Uhm, hal perempuan?" Jungkook menggaru kepala. Ouh, sebab tu ke?
"Uhm, sorry. Aku tak tahu." Roselle ketawa dan menggeleng perlahan. Memang la tak tahu, takkan period pun nak bagitahu Jungkook? Ceh. Helaan nafas lega terlepas dari bibir Jungkook. Namun dia tetap risau, dengar kata perempuan kalau tengah bendera merah memang tak chill.
"Uhm kalau kau tak larat, kita boleh balik."
"No no, aku okay je. Bukannya tak boleh berjalan. Lagipun baru first day. Kalau tak beli buku harini nanti rugi masa je nak kena datang balik." Jungkook mengangguk tak membantah. Kalau Roselle okay, dia ikut je. Bibirnya mengukir senyuman sambil mengunyah makanan. Memandang Roselle berada di hadapannya buatkan dia rasa gembira.
"Hm, Taehyung bagitahu aku yang kau suka hash brown, ni aku add on." Roselle menahan rasa terharu. Dari awal Jungkook datang sini bawa makanan tadi lagi dia memang ternampak-nampak dah hash brown dekat tepi burger Jungkook.
Tak sangka!
"Thanks." Terus diterima huluran Jungkook dan hash brown tersebut disuap ke dalam mulut. Pipi yang terasa bahang diabaikan. Jungkook berura-ura ingin meminta namun Roselle terlebih dahulu menyua padanya buatkan bibirnya terus naik.
IS IT OUR FOURTH INDIRECT KISS NOW?!
Oh my god Roselle, kau ni byuntae ke apa? Kalini kau sendiri yang bagi dia kongsi?
Ughhh
"Habiskan air tu. Lepastu kita beli buku."
"Okay."
You have reached the maximum number of heartthrobs today. Congratulations👍🏻
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top