[ Hate ]

Sedang Roselle berbaring di atas sofa sambil video call dengan Youjin, ibunya datang duduk di ruang kosong di hujung kaki Roselle. Roselle bangun duduk dan tamatkan panggilannya bersama Youjin dan memandang televisyen.

"Cakap dengan siapa?"

"Youjin."

Ibunya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Tadi abang Jun datang." Roselle berkalih memandang ibunya sekejap. Buat apa pula abang sepupunya tu datang rumah?

"Buat apa?"

"Cari Roselle." Makin berkerut dahi Roselle. Matanya mengikut tubuh ibunya yang menuju ke bilik. Selepas beberapa saat ibunya turun semula bersama beg kertas di tangan. Dihulurkan pasa Roselle dan Roselle mengambilnya.

"Untuk apa?"

"Dia cakap tu hadiah birthday."

"Kenapa ambil? Tahu kan Roselle tak suka kalau abang Jun bagi apa-apa pun dekat Roselle? Buat-buat tak tahu kenapa?" Roselle mengeluh dan beg tersebut dicampak ke meja.

"Sorry tapi abang Jun merayu suruh mommy ambil." Roselle menggulingkan biji matanya. Dia bersandar di sofa dan dahi diurut perlahan. Sedang mereka berdua menonton televisyen, terdengar loceng berbunyi.

Rose bangun dan menuju ke pintu untuk buka. Roselle pula langsung tak berkalih dari televisyen. Dan saat tetamu mereka duduk di sofa, Roselle ingin bangun namun tangannya ditahan Rose.

Roselle berdecit dan duduk semula.

"Roselle sihat?"

"Eomma buat apa datang sini? Pergi balik la eomma." Roselle membalas dingin. Pandangan dari lelaki di sebelah ibu kandungnya membuatkan Roselle benci.

"Roselle apa cakap macamtu dekat eomma awak? Tak baik."

"Kau boleh diam la. Jangan masuk campur urusan aku." Roselle memandang tajam lelaki tersebut.

"Roselle hormat sikit boleh tak? Orang yang kamu tak suka ni suami eomma. Ayah tiri kamu."

"You know what? Ayah kandung Roselle mati, eomma kahwin dengan daddy seminggu selepas. Hebat. Lepastu, eomma curang dengan daddy sebulan selepas. Kahwin dengan boyfriend Roselle pula. What a great life to live with." Roselle tersenyum sinis.

"Berapa banyak ayah eomma nak bagi dekat Roselle ni?"

"Roselle!" Semua berkalih memandang ke pintu utama. Edward berjalan ke arah Roselle dan tangan anak tirinya ditarik dan dibawa keluar. Dibawa Roselle berdiri di taman rumah mereka.

"Kenapa dengan Roselle ni?! Sejak-sejak daddy dengan eomma bercerai banyak sangat buat perangai macamni!"

"Edward dah la. Jangan marah dia." Rose cuba menahan Edward namun tiada guna. Ibu kandungnya turut keluar bersama suaminya untuk melihat. Roselle mengemam bibir.

"Jawab daddy, apa yang Roselle tak puas hati sangat?! Bagitahu!"

Roselle kekal diam sambil menggenggam penumbuk. Kemarahannya mula membuak namun ditahan. Takkan dia nak menjerit dekat luar rumah ni, malu je jiran tengok.

"Last chance." Namun diabaikan juga dengan hanya mendiamkan diri. Tak semena-mena pipinya makan penampar membuatkan kepalanya terus terpaling. Roselle ketap gigi. Tamparan tadi buat kepala dia pusing.

"Edward!"

"Awak diam Rose! Roselle ni dah melampau! Makin biadap!"

Roselle memandang satu-satu wajah di hadapannya.

"Kau, kau, kau dan kau. Semua penipu lah! Aku ikut telunjuk korang, belajar rajin-rajin nak masuk sekolah sukan, kononnya nak berbangga dengan pencapaian aku."

Roselle menepis air matanya.

"Tapi semua tak sayangkan aku. Tak ambil tahu pasal aku. Cuma appa seorang je yang sayang aku sampai bila-bila." Roselle masuk ke dalam rumah. Beg tangannya dicapai dan hoodie disarung.

"Roselle nak pergi mana?" Rose cuba menahan Roselle.

"Blah la." Kasut disarung dan terus sahaja Roselle keluar dari rumah. Berjalan tanpa arah. Hampir seharian dia keluar, sekarang dah gelap. Roselle berjalan di sungai Han bersendirian.

Dia duduk di kerusi kosong sambil memandang sungai.

"Roselle?"

"Jimin." Jimin tersenyum dan duduk di sebelah Roselle.

"Kau buat apa dekat sini seorang diri ni?"

Roselle menggeleng perlahan.

"Kau taknak balik? Sekarang dah dekat pukul 10."

"Kau boleh tolong aku tak Jimin?" Jimin mengangguk.

"Hantar aku pergi rumah Youjin. Aku taknak balik rumah aku." Jimin mengangguk dan bangun. Roselle mengikut langkah Jimin. Jimin menyarungkan helmet yang sentiasa dibawanya lebih kepala Roselle.

Sebaik sahaja Roselle naik, terus sahaja Jimin memecut menuju ke rumah Youjin yang agak jauh dari sini. Jauh betul Roselle berjalan.

Sampai di hadapan rumah Youjin, Roselle terlebih dahulu menelefon Youjin tapi tak berangkat. Roselle memandang Jimin sambil mencebik dan menggeleng kecil.

"Kau balik la. Rumah dekat situ je. Jom."

"Taknak."

"Balik Roselle. Kau masuk dalam, aku tunggu luar. Kalau dah masuk bilik, jenguk aku dekat tingkap baru aku balik." Roselle mengeluh dan mendengar juga kata Jimin. Mereka berpatah semula dan berhenti di hadapan rumah Roselle.

"Thanks Jimin." Jimin mengangguk. Roselle masuk ke dalam dan melambai Jimin sebelum pintu rumah ditutup. Cepat sahaja Roselle berlari naik ke biliknya dan menjenguk Jimin. Jimin melambai dan Roselle tersenyum nipis sebaik sahaja Jimin pergi.

"Roselle." Roselle berkalih memandang pintu biliknya. Terus hilang senyuman Roselle. Hoodie dibuka dan Roselle naik ke katil. Tubuhnya ditutup dengan selimut dan matanya dipejam.

"Roselle balik dengan siapa? Boyfriend?" Soalan Edward hanya dibiarkan sepi.

"Roselle taknak jadi anak yang jahat. Jadi tolonglah jangan ganggu Roselle. Roselle takkan jadi biadap kalau takde orang biadap dengan Roselle daddy. Please understand me, it's hard to accept all of this okay?"

Edward melepaskan keluhan.

"Sorry for slapping you."

"I deserved it."

Edward bangun dari katil Roselle dan melangkah keluar dari bilik anak tirinya. Dia sayangkan Roselle sebab mereka dah duduk bersama sejak Roselle gred 10. Tapi apakan daya semuanya mula berubah.

Keadaan makin keruh.

Roselle keluarkan kepalanya dari selimut. Telefonnya dibuka dan Roselle membuka aplikasi youtube. Jungkook ada post video baru dekat youtube. Tapi dia seorang je takde Taehyung.

Roselle menekan video tersebut.

Ianya Never Not by Lauv cover.

Roselle tersenyum nipis. Jungkook ni charming juga eh? Dia diam je bila dalam kelas. Jarang nak join Jimin dengan Taehyung berborak dengan Roselle dan Youjin. Dia lebih suka duduk sendiri.

Roselle tutup telefonnya setelah habis lagu tersebut. Matanya terus terasa lelap. Lampu mejanya ditutup dan Roselle memejamkan mata.

Harapnya hari esok berjalan lancar dari harini.

[ to be continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top