[ Half Day ]
"Jungkook, bangun. Dah pukul 8. Kau cakap semalam nak jalan-jalan harini?" Tangan lelaki itu yang sedang melilit pinggangnya dari belakang ditepuk perlahan, mengejut Jungkook supaya bangun dari tidur.
Walaupun dia sendiri mengantuk sebab semalam pukul 5 lebih baru tidur. Tapi sebab harini Jungkook janji nak jalan-jalan jadi kenalah guna masa yang ada. Sebab malam nanti diorang bakal pulang ke Seoul semula memandangkan Jungkook order tiket KTX pergi-balik.
"Hm~" suara garau yang menyapa belakang telinganya benar-benar menaikkan bulu roma. Shit shit shit!!!! Roselle cuba untuk bertenang dari fangirling. Sedang dia menunggu Jungkoon untuk bangun, kepalanya terfikirkan kejadian malam tadi.
"Huh huh huh—" dahi mereka berdua berlaga. Mengambil nafas memandangkan dah kehilangan nafas sampai hampir semput tadi. Roselle hanya mampu memandang bawah, wajahnya terasa sangat bahang bila menyedari Jungkook tak lepas memandangnya dalam. Apakan daya, dia tak yakin untuk membalas pandangan tersebut.
"Kau marah aku ke?" Suara deep lelaki itu buatkan dadanya berdegup semakin kencang. Kepalanya digeleng perlahan. Roselle menelan liur ketika rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Jantungnya hampir gugur saat ibu jari Jungkook mengusap bibirnya.
"Jungkook,"
"Hm?"
"A-aku suka kau juga." Luahnya bersama suara yang hilang-hilang tanpa memandang lelaki itu. Nafasnya agak kencang bila Jungkook bertindak melangutkan wajahnya, buatkan dia terpaksa membalas tatapan hangat dari lelaki itu. Sumpah cakap, dalam banyak-banyak hari, ini kali pertama dia dapat memandang Jungkook dengan pandangan yang jujur, tanpa ada rasa ingin berselindung.
"Hm." Anggukan kecil Jungkook buatkan bibirnya naik mengukir senyuman nipis.
"Jom tidur, aku risau kalau jadi benda lain." Senyumannya hilang. Terus sahaja tangannya menolak dada Jungkook. Saat lelaki itu ketawa, hatinya terasa sangat riang mendengar tawa Jungkook yang indah.
Namun selepas beberapa saat, wajahnya membahang semula tika tangan Jungkook melingkar di belakang tubuh serta di bahagain belakang lututnya. Automatik tangannya memeluk leher Jungkook saat kakinya sudah tak menjejak lantai.
Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan di atas katil sebelum lelaki itu turut berbaring di belakangnya sambil menarik selimut menutup tubuh mereka berdua.
Dan malam itu, Roselle tidur dengan lena bersama Jungkook yang memeluknya dari belakang.
"Kau mandi dulu la." Lamunannya terhenti.
"Okay." Roselle mula bangun saat Jungkook melonggarkan pelukannya. Selimut diselak dan kakinya diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil sebelum berjalan ke arah bilik air. Sedaya-upaya dia berhati-hati agar tak memandang lelaki itu.
Jungkook memerhati Roselle yang berusaha untuk tak memandangnya sambil tersenyum nakal. Namun ketika gadis itu berdiri di depan pintu bilik air, mata mereka bertemu juga disebabkan Roselle tak mampu menahan diri dari ingin memandang Jungkook.
"Kau malu ke?"
"M-mana ada!" Pintu bilik air dihempas buatkan Jungkook ketawa. Ouh dia nak sakat aku pula? Ughhh!!!!
Selesai bersihkan diri, Roselle menjengukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum keluar. Tali bathrobe diikat ketat kemudian kakinya melangkah keluar. Selamba dia berjalan ke arah sofa untuk mengambil pakaiannya. Namun niat untuk abaikan Jungkook terbantut tatkala pinggangnya dirangkul dari belakang.
Bahunya terasa memberat tika lelaki itu merehatkan dagunya disitu. Roselle menyentuh tangan Jungkook yang berada di pinggangnya. Kenapa perasaan ni buat dia ingin menangis tiba-tiba? Rasa macam, bercinta dengan Jungkook hanyalah khayalan.
"Nice smells." belum sempat ingin membalas, Roselle menjerit akibat terkejut tika tali bathrobenya ditarik Jungkook sebelum lelaki itu berlari anak masuk ke dalam bilik air. Bibirnya digigit geram. Sejak bila?
SEJAK BILA JUNGKOOK NAKAL MACAMNI???!!!!
"Dasar gatal. Ugh!" Marahnya sambil kemaskan bathrobenya semula. Roselle mencapai set pakaian dalamnya dan dipakai secepat mungkin sementara Jungkook masih mandi. Ada baiknya dia dah siap bila lelaki itu keluar nanti.
—🌹—
"Kau nak makan apa?" Soalan Jungkook dibalas dengan cebikkan. Masalahnya kalau nak makan sedap-sedap, dia tengah diet.
"Kalau boleh aku nak harini kau ponteng semuanya. Can you?" kata-kata Jungkook yang kedengaran seperti permintaan buatkan Roselle terasa ingin berlembut. Terus sahaja kepalanya diangguk dan dipintanya Jungkook untuk order apa saja yang dia ingin makan.
"Kenapa tak bagitahu aku awal-awal yang kau nak ajak aku datang Busan? Kan senang? Tak payah datang rumah macam semalam." Jungkook hanya tersengih. Ala saja je nak test Roselle ni degil ke tak kalau dia buat macamtu. Lagipun tak seronok la experience dia kalau Roselle tahu agenda dia.
"Semalam waktu kau tidur dalam train—"
"TAKNAK TAHU!" sepantas kilat telinganya ditutup. Aku dah lupa kut pasal dalam train semalam, kenapa dia perlu ingatkan?!
"Ish, dengarlah aku nak cakap." Tangannya ditarik turun. Jungkook menggeleng perlahan. Roselle tidur semalam ya Tuhan, sound asleep sangat sampai dia tak tidur sebab asyik tenung Roselle yang tidur macam bidadari.
"Waktu kau tidur, ada seorang makcik ni tegur aku. Dia tanya, yang sebelah aku tu isteri ke? Aku jawab ya. Makcik tu percaya." Saat Jungkook ketawa, Roselle hanya diam. Dia tak tahu sama ada dia perlu ketawa atau terharu atau fangirl. Namun bibirnya tersenyum melihat Jungkook.
"Kita nampak tua sangat ke sampai dia anggap kita suami isteri?" Tuturnya dan Jungkook mengangkat bahu. Bibirnya tak lepas dari tersenyum bila terkenang soalan makcik semalam. Dah la waktu tu Roselle terlena atas bahu dia. Elelelelelel~
"Uhm, aku ada benda nak bagi." Roselle mengangguk. Jungkook mengarahkannya untuk menutup mata dan dia hanya menurut. Selepas beberapa saat, tangan kanannya terasa dicapai sebelum jari manisnya disarungkan sesuatu.
"Boleh buka." Matanya memandang Jungkook terlebih dahulu sebelum beralih ke arah jarinya yang tersarung sebentuk cincin berwarna silver. Saat dia mengangkat kepala, Jungkook mengangkat tangannya dan menayangkan jarinya yang turut tersarung cincin yang serupa.
"Couple rings. Hehe. Kau suka tak?" Roselle mengemam bibir. Okay sekarang sumpah cakap dia rasa nak menangis.
"Aku pergi beli semalam, dengan eomma."
"Mana kau tahu saiz jari aku?" Soal Roselle ingin tahu.
"Dekat dalam kelas kan kau suka main keychain yang dekat pensel box kau, sarung dekat jari manis. So waktu kau takde aku ukur la keychain tu guna jari aku. Jari manis kau sama saiz dengan jari kelingking aku."
Roselle menahan senyum. Berguna juga tabiat dia suka main keychain masa bosan. Huehue.
"I love it. Thank you, Jungkook." Bibirnya naik mengukirkan senyuman dan Jungkook membalas. Selepas beberapa saat, makanan mereka dihidangkan dan mereka berdua menjamu selera terlebih dahulu. Entah ke mana pula Jungkook nak bawa dia lepasni.
—🌹—
Sepanjang hari, Roselle hanya mengikut Jungkook membawanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Haeundae di Busan. Berjalan dengan lelaki itu sambil berpegangan tangan buat pertama kali adalah perkara yang takkan dapat dilupakannya seumur hidup.
Banyak kali juga Jungkook cuba untuk belikannya baju serta mekap setiap kali mereka masuk ke dalam kedai-kedai yang berlainan tapi semuanya ditolak. Kalau boleh dia taknak Jungkook habiskan duit buatnya dengan membeli keperluan sebegitu.
Lagipun mereka masih bersekolah. Rasanya tak perlu dia bebankan Jungkook walaupun lelaki itu ikhlas. Baginya masa yang diluangkan oleh mereka berdua ketika ini dah cukup membahagiakannya. Hanya untuk sehari, lupakan sekolah, lupakan masalah dan lupakan semuanya. Hanya fikir tentang mereka berdua.
"Lepasni nak pergi mana?" Soalnya sambil mengunyah burgernya.
"Uhm, kita balik hotel. Tidur dulu. Aku tahu kau mengantuk juga. Petang nanti kita keluar pergi pantai tengok sunset. Lagipun sekarang panas sangat. Nanti burn." Roselle mengangguk setuju. Dia sendiri dah rasa berpeluh dekat leher dah ni. Roselle hanya tersenyum tika Jungkook mencapai mc flurry miliknya.
Bila dah tahu Jungkook turut simpan perasaan terhadapnya, itu bermakna selama ini lelaki itu memang sengaja kongsi makanan dengan dia bukan? Tapi kenapa? Lelaki itu nampak sangat bersahaja sampaikan dia terfikir yang Jungkook ni easygoing sebenarnya.
"We kissed a lot before actually." Roselle mencebik.
"But mine is not the first touching yours right?" Kata-katanya buatkan Jungkook tersedak kentang goreng. Coke dicapai dan diteguk rakus airnya bagi menghilang sakit di tekak. Matanya memandang Roselle yang sedang tersengih.
"Mana kau tahu?"
"Tipulah kalau kau tak pernah kiss Chaerim kan? Ah ya lagisatu bukan Naomi pun pernah kiss kau ke?"
"Ehem, cemburu?"
"No. Mestilah tidak." Kepalanya digeleng-geleng, menafikan kata-kata Jungkook walaupun sebenarnya ya. Cemburu sangat-sangat. Kalau boleh nak ketuk sekor-sekor perempuan yang gatal cium bibir Jungkook dulu tu. Ish!
"No worries, balik hotel nanti aku kiss kau banyak-banyak okay?"
"UHUKS UHUKS!"
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top