[ Final ]

Harini author start final exam, wish me luck gais😭❤️ malamni atau esok InsyaAllah author update epilogue. Terima kasih❤️

Roselle menarik nafasnya dalam. Walaupun kedai dihadapannya sudahpun tutup, namun Roselle yakin yang ibu kandungnya masih di dalam. Lampu kedai masih terbuka dan kereta ibunya masih terparkir elok di sebelah kedai.

Pintu cuba ditolak. Bibirnya tersenyum nipis tika pintu tak berkunci. Kakinya melangkah masuk ke dalam butik pakaian pengantin tersebut dan memandang sekeliling. Saat pintu tertutup, Roselle berkalih sekejap sebelum kembali memerhati suasana kedai.

"Maaf~ kedai kam—" muncul ibunya dari ruangan staf untuk ke depan, menjenguk pelanggan yang baru sahaja masuk. Dia ingin maklumkan yang kedai dah pun tutup memandangkan dah lebih dari waktu bekerja.

"Eomma."

Roselle menelan liur saat ibunya berkalih untuk masuk ke ruangan staf semula. Namun sekali lagi ibunya dipanggil buatkan wanita itu berhenti dari melangkah. Perlahan-lahan Roselle mendekat dengan kaunter yang terletak berdekatan dengan ibunya.

"Eomma, Roselle ada banyak benda nak cerita dengan eomma. Boleh tak eomma luang masa dengan Roselle?" Soalnya sambil menahan sebak. Sejak pemergian Jungkook, hari makin hari mereka semakin dewasa buatkan Roselle semakin terkenangkan ibunya.

Makin lama dia makin fikir betapa biadapnya dia sebagai seorang anak melayan ibu yang melahirkannya sebegitu teruk.

"Sejak bila Roselle ada rasa nak bercerita dengan eomma?" Tika ini, tangisannya tak dapat ditahan lagi. Melihatkan layanan dingin si ibu buatkan Roselle tersedar betapa jahatnya dia melayan wanita itu dulu.

Jihwa berkalih memandang Roselle tika anak perempuan itu tak menjawab. Dadanya tersentak melihat Roselle yang sedang menangis. Tersentuh hatinya melihat tangisan Roselle. Begitu lama mereka tak bersua muka, tak dapat dinafikan dia sangat rindu pada anaknya.

"Roselle." Tekaknya terasa sakit tika sebak mendatang. Luluh hati dia melihat anak perempuannya menangis. Adakah kali ini Roselle betul-betul menyesal atas perbuatannya dulu? Adakah Roselle betul-betul ingin pulihkan keadaan mereka?

"Eo-eomma.." tersedu-sedan Roselle menangis buatkan Jihwa tak dapat membantu dirinya lagi. Langkah dibuka dan terus sahaja dia mendapatkan Roselle. Dipeluk erat tubuh anak perempuannya itu sambil menangis terharu.

Makin kuat juga Roselle meraung.

"Roselle, eomma rindu sangat-sangat dekat kamu!" Belakang tubuh anaknya diusap-usap. Agaknya bila kali terakhir mereka berpelukan begini? Agaknya bila kali terakhir Roselle menangis sambil memanggilnya eomma?

Lama mereka berdua berpelukan, melepaskan rindu yang tak dapat diungkapkan. Jihwa mengelap air mata Roselle sambil tersenyum. Tangan anaknya ditarik dan mereka berdua duduk di kerusi yang tersedia di dalam kedai. Rambut Roselle diusapnya sambil tak henti menilik dan memuji anaknya.

"Eomma,"

"Ya?"

"Roselle ada permintaan." Jihwa mengangguk perlahan. Apa agaknya permintaan Roselle setelah lama anaknya itu tak meminta dengannya. Rasanya seperti ini kali pertama Roselle ingin menyatakan permintaannya.

"Roselle nak eomma jahitkan baju pengantin untuk Roselle. Sebab, Roselle nak kahwin hujung bulan June nanti!" Terdiam Jihwa buat seketika. Adakah dia bermimpi? Gadis di hadapannya baru sahaja menyatakan hasratnya untuk berkahwin bukan? Dan ingin dia yang jahitkan baju pengantin buat gadis itu?

"Kahwin? Roselle?" Laju sahaja Roselle mengangguk sambil ketawa. Dia benar-benar teruja untuk sampaikan berita ni pada Jihwa.

"Roselle bercinta dengan siapa? Kenapa eomma tak tahu pun?"

"Eomma ingat tak kawan baik eomma dulu? Aunty Yeonhwa?" Jihwa mengangguk. Mestilah dia ingat. Tapi sejak dia berpindah ke luar negara selama beberapa tahun dan pulang ke Korea semula, mereka sudah jarang meluangkan masa bersama.

"Eomma ingat Jungkook?"

"Anak lelaki Yeonhwa, kawan kamu masa baby dulu. Macam mana kamu boleh ingat?" Jihwa masih lagi di dalam kekeliruan.

"Roselle bercinta dengan Jungkook la! Sebabtu Roselle cakap, Roselle ada banyak benda nak cerita dekat eomma. Cerita sejak 6 tahun lepas." Jihwa menekup mulutnya. Tak semena-mena air matanya jatuh.

"Eomma, ikut Roselle? Eomma tak pernah jumpa lagi kan cucu eomma?"

"Cucu?" Roselle mengangguk.

"Anak Rose unnie. Walaupun diorang adik tiri Roselle tapi diorang masih lagi cucu eomma." Disebabkan Jihwa tak henti menangis, dia sekali terikut menitiskan air mata semula. Tangan Jihwa digenggam erat. Roselle tersenyum nipis.

"Kita balik ya eomma? Jumpa unnie, jumpa cucu eomma, lepastu nanti boleh jumpa Aunty Yeonhwa, jumpa Jungkook." Terangguk-angguk Jihwa bersetuju dengan segala kata-kata Roselle. Tika ini, Jihwa merasakan yang bahagia datang mencarinya semula.

Dan terasa dia masih layak untuk bahagia.

—🌹—

"You cried a lot don't you?" Bibirnya turut tercebik saat Naomi mencebik sambil mengusap pipinya. Gila kau tak menangis? Hari minggu dia diluangkan bersama-sama dengan Rose, Ian dengan Mia merangkap anak saudaranya, Yeonhwa dan tak ketinggalan, Jihwa sangat-sangat menyahat hati dan menggembirakan mereka semua.

"Baby kau macam mana? Sihat?"

"Sihat! Tapi tu lah aku rasa aku kena control makan, berat naik empat kg tapi mengandung baru nak masuk sebulan." Saat Naomi mula fake cry, Roselle melepaskan tawanya. Itulah makan tak reti kawal kan dah naik mendadak.

"Nanti aku kahwin perut kau mesti dah nampak." Naomi mengangguk. Lagi tiga bulan, rakannya bakal berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Dah penat single sejak enam tahun lalu walaupun taken. Yelah Naomi dengan Youjin kahwin awal dan dah ada anak dua orang.

Dia je yang masih bujang.

"Mesti majlis kau besar-besaran kan?"

"Uhm, daddy aku excited gila, ayah Jungkook pun excited juga. Aku dengan Jungkook decide nak setuju je pelan family kitorang." Roselle tersenyum bila terkenang semula hari dimana keluarganya serta keluarga Jungkook luangkan masa berbincang tentang mereka berdua. Macam-macam idea keluar buatkan Roselle dan Jungkook hanya mampu mengikut.

"I'm so happy for you." Tutur Naomi. Sepatutnya, dari mula lagi dia patut kejar Jimin dan bukan Jungkook. Ketika dia dalam proses untuk melupakan Jungkook, Jimin sentiasa ada dengannya bila dia perlukan seseorang. Makin lama, Naomi tak dapat nafikan yang hatinya mula terjatuh pada Jimin. Sikap caring dan lemah lembut lelaki itu benar-benar mengusiknya.

Lagi terharu bila Jimin sudi menerimanya ketika dia meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu.

"Kau ada berita pasal Chaerim?"

"Takde. Youjin dengan Taehyung pun cakap diorang dah tak dengar langsung berita pasal dia." Naomi mengangguk faham. Nampaknya gadis itu memang menerima impak yang besar selepas dapat tahu Jungkook berpindah ke Italy. Habis sahaja sekolah, Chaerim hilang begitu sahaja tanpa khabar berita.

"Rose, tu bakal suami kau tengah tunggu depan lif tu." Kepalanya berkalih memandang ke luar. Saat mata mereka berdua bertembung, segera digamitkan tangannya, memanggil Roselle supaya datang ke arahnya.

"Aku keluar kejap tau."

"Okay."

Pintu lutsinar pejabat mereka berdua ditolak sebelum kakinya melangkah mendekati Jungkook yang sedang bersandar di dinding bersebelahan dengan lif.

"Saja betul Naomi tu, saya dah tunggu sini dekat 10 minit dia baru nak bagitahu sekarang." Roselle ketawa kecil.

"Dah tu kenapa tak masuk je pejabat saya?" Jungkook menekan butang naik.

"Nampak korang rancak sangat borak. Taknak ganggu." Tangan teman wanitanya digenggam sebelum masuk ke dalam lif. Naik ke tingkat 14 dimana ofisnya terletak.

"Eomma macam mana? Okay ke?"

"Okay, saya ingat petang ni nak ajak awak datang rumah. Kita makan malam dengan dia nak?"

"Boleh je. Balik kerja nanti kita pergi shopping barang basah." Roselle mengangguk setuju. Disebabkan dia duduk sendiri jadi barang-barang basah tak banyak di rumah. Ada baiknya dia beli kejap lagi dengan Jungkook.

"Tapi kenapa awak bawa saya masuk pejabat awak?"

"To have a nice time with you? Kejap lagi ada meeting, lepastu ada lunch dengan client so awak kena lunch dengan Naomi." Bibirnya mencebik. Sejak-sejak hubungan mereka semakin akrab, dia tak sangka yang perangai Jungkook boleh tahan mengada. Makin terserlah gedik dia tu.

"Eomma cakap dia berbesar hati nak jahit baju pengantin kita." Jungkook tersenyum lebar.

"Eomma beruntung sangat tau? Tak semua ibu dalam dunia ni dapat jahitkan baju pengantin untuk anak dia sendiri. Sekali seumur hidup pula tu." Kepalanya mengangguk setuju. Ya tak semua anak juga yang dapat merasai pengalaman tersebut.

"Roselle,"

"Ya?"

"Saya sayang awak sangat-sangat. Every single day, since six years ago, and until our last breath, I'll love you."

"Me too. Walaupun selama enam tahun yang lepas kita susah untuk communicate, dan ada juga waktu kita rasa nak give up, ada waktu saya rasa useless sebab tak dapat faham situasi awak, malah ada juga hari kita tak chat atau call langsung sebab busy, but somehow we managed to be together again."

Tipu saja kalau mereka berdua tak bergaduh selama enam tahun yang lepas. Ada ketika Jungkook berasa marah kerana Roselle seakan tak dapat memahami situasinya di Italy. Malah gadis itu pernah menganggapnya mempunyai teman wanita lain, begitu juga dengan Jungkook, menganggap Roselle mula bosan dengannya dan ingin cari lelaki lain.

Masing-masing mengugut ingin cabut cincin di jari bila bergaduh, namun selepas beberapa hari masing-masing cuba untuk jernihkan keadaan. Meminta maaf dan cuba untuk teruskan hubungan mereka walaupun sangat susah. Kini, akhirnya masing-masing sudah berada di depan mata.

Hubungan antara mereka berdua semakin akrab. Makin memahami sesama sendiri. Nampaknya usaha mereka selama enam tahun perjalanan bakal membuahkan hasil yang sangat berkualiti. Sabar itu penting. Memahami itu penting. Berbincang itu juga penting.

Jungkook tersenyum.

"Can't wait to be halal."

[ THE END ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top