[ Epilogue ]
"Slow slow." Pesan Jungkook sambil membantu Roselle untuk bangkit dari baringnya. Kepala katil hospital dinaikkan bagi memudahkan isterinya untuk bersandar. Punggungnya dilabuhkan di kerusi semula sebelum tangannya mengenggam tangan Roselle.
"Dah berapa hari saya tak sedar?"
"Two days." Balas Jungkook perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis saat kekura tangannya diusap Jungkook. Pasti sahaja lelaki itu risau kalau dia akan pengsan lagi bila sedar akan realiti. Tengok wajah suaminya yang cuak tu pun dah tahu.
"Roselle."
"Ya?"
"There's no need for you to feel bad or guilty or even regret." Kata-kata lelaki itu buatkan hidungnya mula memerah. Terkenangkan kejadian dua hari lepas benar-benar melemahkan dirinya.
"Tapi sebab saya, sebab nak selamatkan saya eomma yang jadi mangsa." Jungkook bangkit dan duduk di birai katil saat isterinya mula menangis. Didakapnya tubuh Roselle sambil menenangkan isterinya. Kejadian dua hari lepas benar-benar memberi impak buat mereka semua.
"Roselle kita balik jom? Sekarang dah nak pukul 6 petang dah. Kita nak masak dinner lagi." Roselle hanya bersetuju dan beredar untuk buat bayaran pakaian yang ingin dibelinya. Selesai, mereka berdua keluar dari kedai tersebut dan masuk ke dalam lif berdekatan.
Sampai sahaja di parking lot, mereka berdua berjalan mendekati keretanya. Roselle bergerak ke bonet kereta untuk menyimpan barang yang dibelinya manakala Jihwa berjalan ke ruangan penumpang, menunggu untuk masuk ke dalam.
Namun tanpa diduga, muncul seorang lelaki bertopeng menutup seluruh wajahnya mendekati Roselle namun Jihwa yang terperasankan kelibat lelaki itu. Terus sahaja dia menjerit nama anak perempuannya sambil berlari untuk mendapatkan Roselle.
Ketika anak perempuannya sedang bergelut dengan lelaki yang cuba meragut beg tangannya, Roselle terbaring di lantai akibat hilang keseimbangan badan dan secara tak sengaja kepalanya terhantuk di bonet kereta yang terparkir di sebelah keretanya.
Jihwa berlari mendapatkan Roselle. Baju lelaki yang sedang menindih Roselle ditarik supaya menjauh dari anaknya sambil mulut tak lepas menjerit meminta pertolongan. Berharap agar ada yang datang membantu mereka namun tiada guna. Suasana di parkir sangat sunyi.
"Arggh! Bising!" Walaupun berkali dia terjatuh ke belakang, Jihwa tetap bangun untuk menarik lelaki tersebut dari terus bergelut dengan Roselle.
"Eomma! Jangan eomma!" Roselle menjerit menghalang ibunya dari terus menyelamatkannya disebabkan situasi sekarang sangat bahaya jika Jihwa turut masuk campur. Kini beg tangannya yang dipegang seerat mungkin akhirnya terlepas dek berjaya diragut oleh lelaki tadi.
Namun Jihwa tak mengalah, dia mengejar lelaki itu buatkan mereka bergelut selang tiga kereta dari kereta Roselle. Walaupun kepalanya terasa pusing dan badannya terasa sengal dek ditindih sambil bergelut tadi, Roselle tetap bangun untuk mendapatkan eommanya.
"Roselle lari Roselle!!" Jihwa melemparkan beg tangan anaknya yang berjaya didapatkan semula. Namun tak disambut Roselle memandangkan dia ingin mendapatkan Jihwa terlebih dahulu. Kurang lima langkah dari tempatnya berdiri, dan betul-betul di depan matanya, Jihwa ditikam.
"EOMMA!!"
"Hey." Matanya yang tadi kaku kini bergerak memandang mata Jungkook tepat dihadapannya. Pipinya terasa diusap buatkan bibirnya tersenyum nipis.
"Hm?"
"Awak termenung 5 minit." Tak semena-mena tawanya terlepas. Jungkook mengeluh lega saat isterinya masih mampu untuk ketawa terhadap lawak hambarnya. Rambut Roselle dikemaskan sambil memandang risau wajah wanita dihadapannya. Pucat.
"Actually saya ada benda nak bagitahu awak." Roselle mengangguk.
"You were pregnant at the time." Roselle diam. Perutnya serta-merta disentuh. Tapi, hari itu lelaki yang ingin meragutnya menggunakan kekerasan malah tubuhnya turut ditindih. Roselle tak mampu menahan dan menangis tika menyedari bahawa bayi yang dalam kandungannya turut pergi.
"Sayang kenapa menangis? Saya tak habis cakap lagi." Cuak Jungkook dibuatnya bila tak habis berkata lagi isteri dia dah menangis dulu. Pipi Roselle diusapnya dan ditunggu hingga wanita itu bertenang.
"Me-mestilah anak kita pun dah tak ada. Jungkook, saya minta maaf." Tutur kata isterinya buatkan Jungkook tertawa sambil menggeleng.
"Sayang, sebenarnya saya tak percaya apa yang doktor bagitahu dua hari lepas tapi kandungan awak selamat! You're not even bleeding at the time dan baby kita sihat! It's miracle." Kali ini Roselle yang tercengang tika suaminya mula ingin menangis. Jadi adakah anak dalam kandungannya masih ada dengannya tika ini?
"Dalam ni ada anak kita?" Soalnya inginkan kepastian.
"Uhm. Anak kita."
—🌹—
"Aish, eloklah tu dua-dua crybabies. Menangis la korang sampai esok." Tutur Youjin yang sedang melihat Jungkook dan Roselle dari luar wad. Taehyung disebelah mengangguk tanda setuju dengan statement isterinya.
"Jom lah masuk. Aku dah lenguh kaki tunggu dekat luar." Youjin dan Taehyung berkalih memandang Jimin yang sedang mendukung anak sulungnya bersama Naomi disebelah. Youjin mengangguk dan pintu wad Roselle ditolak.
"Sampai bila drama tangisan korang nak berterusan?"
"Sayang janganlah marah, Roselle menangis sebab dia hilang eomma dia dua hari lepas." Bisik Taehyung ingin mengigatkan Youjin tentang sebab utama kenapa Roselle menangis tak henti. Memerah muka Youjin dibuatnya sambil mengetap bibir. Jahatnya aku sebagai kawan dia.
"Sorry, Rose. Hormon Youjin waktu tengah bendera merah dia memang tahu nak melenting je. May your mom Rest In Peace." Cover Taehyung buatkan Roselle tersenyum sambil menggeleng.
"Takpe, aku okay je. Dah lama ke korang dekat luar?" Soalnya sambil mengemaskan rambutnya yang diserabutkan Jungkook tika mereka berpelukan sambil menangis tadi. Lelaki itu pula berlalu ke bilik air untuk cuci mukanya.
"Lama la juga." Balas Jimin.
"Uhm korang." Mereka semua berkalih memandang Jungkook yang berada di depan pintu bilik air.
"ROSELLE MENGANDUNG YUHUIUU!!!!"
—🌹—
"Dah siap?" Soal Jungkook sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad. Memandangkan Roselle dah pulih sepenuhnya, hari ini dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Jungkook pula keluar dari wad ketika Roselle bersiap untuk selesaikan bayaran bil hospital. Kakinya melangkah mendekati Roselle.
"Betul awak taknak mc?" Anggukan dari isterinya buatkan Jungkook turut mengangguk. Tangannya dihulur, meminta tangan isterinya dan sebelah lagi tangannya memegang beg pakaian wanita itu. Mereka berdua berjalan keluar dari wad dan terus sahaja turun ke lobi hospital.
"Awak nak saya hantar pergi rumah mommy ke? Nak tidur sana?"
"Takpe, balik rumah kita je lah. Saya tak larat nak layan Ian dengan Mia nanti." Kata-kata Roselle mengundang tawa Jungkook. Sejak mereka berkahwin, tak dinafikan yang adik kecil Roselle benar-benar susah untuk dikawal walaupun baru berkenal. Nakal dan bertenaga sepanjang masa.
"Awak tidur lena ke empat hari ni?" Soal Roselle memandangkan ketika dia warded, Jungkook tidur di rumah mereka sebab dia sendiri tak mahu lelaki itu menemaninya di hospital. Lagipun suaminya tetap bekerja, tak seronok kalau Jungkook asyik jaga dia sampai tak cukup tidur.
"Boleh lah. Tapi malamni mesti lena." Pintu kereta buat Roselle dibuka dan ditutup setelah isterinya selamat masuk ke dalam kereta. Beg pakaian wanita itu diletakkan di seat belakang sebelum dia masuk ke seat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan dibiarkan memanas buat beberapa detik.
"Saya still tak percaya yang anak kita boleh terselamat. Rasa macam kena tipu dengan doktor pun ada." Tutur isterinya perlahan buatkan Jungkook berkalih memandang wanita itu sepenuhnya.
"You should thanked me you know?"
"Kenapa?"
"Sebab mengandungkan awak anak yang kuat macam saya." Ya Tuhan perasannya!! Roselle menggeleng perlahan sambil tersenyum. Ada ada je Jungkook ni.
"Thank you." Tuturnya buatkan senyuman Jungkook makin melebar. Pipinya terasa disentuh sebelum bibirnya berlaga dengan bibir Jungkook. Ciuman beberapa saat itu buatkan pipinya terasa memanas dan membuatkan Roselle hanya mempu menunduk sepanjang perjalanan.
"Aik?" Mereka berdua memandang sesama sendiri tika terlihat kereta Edward yang terparkir elok di depan rumah.
"Awak ada ajak mommy datang rumah?"
"Setakat ni takde, saya cuma bagitahu yang harini awak discharged."
"Damn, ada Ian dengan Mia."
[ Thank You ]
Please don't remove this story from you library yet. Because any updates for Athletes book version will be announced here. Thank you for your cooperation❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top