[ Dinner ]

Rose duduk di sebelah Roselle dan memandang wajah adiknya. Termenung jauh sangat tu sampai terjegil mata dah kenapa? Jarinya naik mencuit peha Roselle. Baru tersedar dari lamunan. Terus dia berkalih memandang Rose.

"Ya?"

"Roselle dah bagitahu diorang ke pasal sleep over tu?" Tangannya ditepuk. Terlupa pula nak bagitahu pasal tu tadi. Rose tersenyum. Takpe, banyak masa lagi. Matanya dialih memandang ke arah televisyen.

"Mommy." Dia hanya menggumam.

"Kita nak bagitahu eomma ke pasal Jaeyong?" Topik tersebut buat fokusnya pada drama terus hilang. Tubuhnya dikalih sedikit. Hal ini diorang belum bincang dengan Edward juga sebenarnya. Alasan Roselle pengsan tu pun diorang tak cerita sepenuhnya, cuma bagitahu diorang terserempak dengan Jaeyong dan lelaki itu cuba cari pasal.

"Roselle rasa kita patut bagitahu ke?"

"Tak patut kalau eomma betul-betul curang belakang Jaeyong. Mommy ingat kan dia ada cakap, dia keluar dengan perempuan lain sebab eomma buat benda yang sama?" Rose mengangguk. Dia pun tak tahu nak percaya atau tak, mungkin lelaki tu reka alasan untuk lari.

"Roselle nak tahu benda tu macam mana?"

"Jungkook ada ajak keluar esok. Biar Roselle spy eomma." Rose mengangguk setuju. Namun selepas beberapa saat, wajahnya berubah ingin menyakat Roselle. Haa nak keluar pergi mana tu? Berdua pula?

"Dia ajak pergi library okay? Kitorang kan nak exam bulan depan." Rose tertawa kecil. Iyalah, betul la Roselle nak periksa bulan tiga nanti. Disebabkan diorang ada sukan awal tahun, jadi ada baiknya selesaikan peperiksaan sebelum sukan.

"Mommy pergi London berapa lama?" Soalnya ingin tahu. Haritu waktu Edward beritahu tentang ni, lelaki tu tak sempat nak nyatakan berapa lama diorang akan ke sana. Nak kena tahu juga berapa lama dia akan ajak yang lain untuk sleep over.

"Seminggu lebih macamtu." Roselle mengangguk.

"Abang Jun tahu?" Rose menggeleng. Memang cari maut la kalau nak bagitahu Junggi. Nanti dengan hati yang terbuka, dia pula nak sleep over sekali. Dia pun dah sedia maklum yang Junggi ada perasaan terhadapa Roselle, dan dia juga tak sokong perkara tersebut.

—🌹—

"Sekejap, sekejap." Jungkook lajukan lari pergerakan tangannya, menyalin nota dari buku rujukan Roselle. Susah betul kongsi satu buku ni, belum apa lagi gadis tu dah nak kalih helaian lain. Cepat betul dia salin nota.

"Cepat, Jungkook."

"Sabar la keja— haa tengok kan dah typo." Roselle menahan senyum. Typo apanya? Ingat tengah typing ke? Roselle mencuri lihat. Bibirnya mencebik, tulisan Jungkook boleh tahan cantik juga. Bukunya dipandang pula. Dada diusap perlahan. Nasib baik tulisan dia pun cantik.

"Okay dah."

"Okay, jom balik." Jungkook angguk. Segera mereka kemas barang-barang sebelum keluar dari library. Roselle berdebar sebenarnya. Nak spy orang bukannya senang tau.

"Awak nak ikut saya masuk ke? Saya rasa takde orang." Soalnya sambil membuka tali pinggang keledar. Jungkook mengangguk dan turut berbuat yang sama. Dia keluar dari kereta dan mengikut langkah Roselle masuk ke dalam rumah ibunya.

"Awak tunggu sini." Jungkook mengangguk dan memandang pemergian Roselle yang ingin menjenguk bilik tetamu di tingkat bawah. Saat gadis itu mengajaknya naik ke atas, langkah mereka terhenti di tangga. Masing-masing memandang sesama sendiri. Liur ditelan payah.

"Awak still nak tengok?" Soal Jungkook.

"Saya cuma nak tahu, saya tak pervert okay." Bibirnya tersenyum sebelum mengikut langkah Roselle naik ke tingkat atas. Saat gadis itu menjenguk di celahan pintu bilik, dia berdiri satu meter jauh di belakang. Biarlah dia tak nampak apa yang tengah jadi.

Dengar pun dah tahu.

Roselle gigit bibir. Selepas memastikan perkara dihadapannya, tangan Jungkook segera ditarik turun ke bawah semula. Sepantas kilat mereka meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Jungkook mengerling Roselle.

"Awak nampak apa?"

"Eomma. Dengan lelaki lain atas katil. Nampaknya Jaeyong tak tipu." Keluhan perlahan terlepas. Dia tak terkejut pun kalau eomma dia curang. Cuma dia tak sangka yang perangai wanita itu masih belum berubah. Kenapa dia jalankan hidup yang macamni?

Apa selama 40 tahun hidup dia tak jumpa lelaki yang dicintai sepenuhnya ke?

"Awak nak bagitahu ayah awak?" Terus kepalanya digeleng laju.

"Kalau daddy tahu, rasanya dia akan marah eomma. Sebelum diorang bercerai, daddy kecewa sangat-sangat." Jungkook mengangguk faham. Pastinya kecewa bila dapat tahu yang isteri curang dengan teman lelaki anak perempuan mereka pula.

"Awak dah baca ke belum isi buku tu?"

"Buat apa nak baca? Saya yang tulis saya ingat la. Lagipun takde yang berbeza pun." Jungkook tertawa kecil sambil menggeleng. Okaylah kalau dia belum perasan lagi. Saat mereka sampai di hadapan rumah Roselle, gadis itu berkalih.

"Awak taknak dinner sekali? Mommy ada mesej tadi. Dia cakap kalau awak hantar saya, singgah dulu." Jungkook berfikir sekejap. Eomma dia pula dah mesej suruh dia makan dekat luar siap-siap sebab dekat rumah takde apa.

"Kalau awak dah ajak, saya okay je."

"Great, jom masuk."

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah bersama-sama. Jungkook disuruhnya duduk di ruang tamu terlebih dahulu sementara dia ke dapur, ingin menjenguk ibunya.

"Daddy mana?" Soalnya sebaik sahaja tiba di dapur.

"Daddy balik lewat. Dia cover kawan. Kita makan berdua je la."

"Jungkook ada dekat depan. Kejap Roselle panggil." Rose mengangguk dan menyiapkan hidangan buat mereka bertiga. Roselle ke depan semula untuk memanggil Jungkook masuk ke dapur bersamanya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Roselle.

"Terima kasih, mommy." Roselle sedaya-upaya menahan senyumannya saat Jungkook turut bahasa ibunya sebagai mommy. Kakinya disilangkan.

"Alang-alang daddy takde, Roselle nak bagitahu satu benda ni." Rose memberi tumpuannya pada Roselle.

"Tadi Roselle balik rumah eomma. Betul la apa yang Jaeyong cakap tu, eomma ada lelaki lain." Jungkook mengerling ke arah Roselle. Walaupun dia nampak okay dari luar, tapi pasti di dalam dia segan dan kecewa sangat-sangat. Sudahlah Jungkook turut ada di situ.

"Kalau boleh jangan bagitahu daddy la pasal benda ni." Roselle mengangguk setuju. Dia juga fikirkan benda yang sama.

"Uhm, mommy baru teringat nak tanya, Jungkook ni ke yang jadi pengerusi atlet sekolah tahun ni?" Jungkook segera mengangguk sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya yang penuh. Roselle tersengih kecil. Ringan je rasa tangan dia nak cubit pipi lelaki tu. Tapi nanti muncul salah faham pula.

"Jungkook nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanyalah."

"Mommy tua berapa tahun dari Roselle?"

"Tiga tahun. Kalau tak mommy sambung belajar tapi lepas kahwin dah berhenti." Jungkook mengangguk faham. Mulutnya disumbat lagi makanan. Puas bila tengok lelaki di sebelahnya makan.

"Arh shit!" Roselle mengaduh sakit saat kakinya ditendang oleh Rose dibawah meja. Ralit sangat senyum tengok Jungkook curi-curi tu. Ingat orang tak nampak?

"Awak okay?"

"Okay-okay."

[ To be continue ]

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk join preorder MR PERFECT boleh dekan link dekat description author❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top