[ Cramp ]

Dada semakin terasa tak senang bila acara yang sangat mencabar dirinya bakal datang. Lima minit yang lalu, dia berjaya menang tempat pertama dalam acara pas baton 4x100m kategori perempuan dan juga acara larian 4x100m persendirian.

Kali ini dia bakal menghadap satu lagi larian yang bukan biasa buatnya serta Youjin mahupun atlet di sekolah mereka. Disebabkan pemain yang bakal bertanding turut disertai oleh pelajar yang masuk acara larian tadi jadi mereka lambatkan 10 minit untuk rehatkan diri.

"Shit, I'm nervous."

"Rose jangan risau. Kau fikir je seolah-olah kau kejar cinta Jungkook yang tengah tunggu kau pas baton dekat dia." Tak semena-mena tocangnya dilibas oleh Roselle. Taehyung ni kalau tak sakat dia seharian memang tak sah!

"Kau ni kan Kim Taehyung! Ughhhh!" Taehyung tertawa sakan. Suka betul dia tengok Roselle geram macamtu. Lagipun dia memang ship sangat Jungkook dengan Roselle bersama. Satu sekolah sendiri dah ship diorang walaupun belum ada hubungan. Sesuai.

"Tu, crush kau dah datang tu. Good luck!" Saat Taehyung berkalih ingin ke khemah, terus sahaja kakinya naik menendang punggung Presiden Kim mengundang tawa dari Youjin serta Jimin. Jungkook yang melihat turut menahan tawanya.

"Kau!" Punggungnya diusap perlahan. Perlahan-lahan dia bangun semula dari terus melutut. Mahunya Roselle tersilap tendang, memang tak ada chance la dia nak bagi Youjin anak. Kuat betul dia tendang!

"Roselle,"

"Ya?"

"We can do it." Senyuman Jungkook melemahkan Roselle. Perasaan geram terhadap Taehyung berubah menjadi bunga yang makin mekar di dalam hatinya. Saat lelaki itu menghulurkan tangannya yang kosong, dahinya sedikit berkerut. Dia nak apa?

"Ap—" katanya mati saat tangan kanannya digenggam erat oleh Jungkook. Jari-jarinya terasa sangat selesa berada di celah jari lelaki itu sambil dihayun perlahan. Faham apa rasa muat-muat? Uhhhhh Roselle!

"Nanti lepas habis bertanding, kita celebrate berdua okay?"

"Berdua?"

Anggukkan kecil dari Jungkook hanya menambahkan getaran yang hebat didadanya. Saat dia berkalih, terpandang pula Taehyung yang sedang sakan mengejeknya. Terus sahaja dia berlari ke arah lelaki itu sebelum tocang Taehyung selamat digenggamnya.

"AH ROSELLE KIM!"

"Kau nak mati awal ke presiden?! Simpan rahsia aku boleh tak?! Kau memang nak aku malu ke kalau dia tahu aku suka dia?!" Marahnya hanya mampu dibisikkan sebab taknak yang lain dengar lagi-lagi Jungkook.

"Okay sayang okay janji tak bagitahu sesiapa!" Segera rambut lelaki itu dilepaskan. Youjin hanya mampu ketawa sambil menampar Jimin. Walaupun diorang tak tahu apalah yang Roselle dengan Taehyung asyik gaduhkan, tapi situasi tersebut sangat menghiburkan mereka.

Nampak bangang je presiden sekolah bila rambut dia kena cengkam gitu.

"Lepasni aku tak panggil kau sleep over rumah aku lagi." Ugut Roselle buatkan wajah Taehyung berubah sedih. Gila ke weh? Rumah Roselle macam heaven kut! Lepas je Roselle dengan Jimin hantar ibu bapanya dekat airport haritu, malamnya diorang pergi shopping makanan.

Hancur juga la diet diorang tapi nasib baik Roselle dengan Youjin mampu tahan nafsu dari ikut makan.

"Kau tengok apa tu Jimin?" Soalan Youjin mengalihkan perhatian mereka.

"Aku rasa macam aku nampak girlfriend aku tadi tapi takde kut." Kepalanya digaru perlahan. Nampaknya teman wanitanya memang tak datang la kut. Takkan merajuk masih bersisa? Dah janji nak datang sokong tapi tak nampak batang hidung pun.

Malas nak fikir, Jimin meregangkan badannya. Meletup-letup bunyi regangan yang dihasilkan. Aa lega sikit.

"Jom, diorang semua dah sedia tu." Ajak Youjin. Roselle dan Jungkook mengangguk sebelum membuka langkah, mendekati kawasan tepi trek larian. Perasaan gementar di dalam hati amatlah menganggu Roselle untuk fokus. Salah satu sebab dia senang rasa resah, ialah sebab takut kalah.

"Rose, kita tak menang takpe. Asalkan selamat okay?" Pesan Youjin. Bukan dia tak tahu dengan sifat Roselle yang satu tu. Orang lain memang gementar kalau nak bertanding tanpa kira kalah dan menang, tapi Roselle ni gementar sebab dia takut kalah. Haih.

"Iyee. Dah sepuluh kali kau pesan benda yang sama dekat aku Youjin." Bibirnya tersenyum manis. Ya, dia juga berharap untuk tamatkan larian dengan selamat. Lagipun pertandingan ini kali pertama buatnya, jadi tak kisah la kalau tak dapat tempat pertama.

"First runner, please lineup." Youjin terus melangkah ke trek barisan kedua memandangkan guru mereka telahpun tetapkan kedudukan mereka di atas trek larian. Ah yang penting runner kedua ketiga boleh masuk line tepi.

"Ready."

"Roselle." Kepalanya berkalih memandang Jungkook. Serentak mata mereka bertemu, bunyi tembakan kedengaran. Menandakan pertandingan telahpun bermula.

"Pastikan awak bagi saya baton okay?" Bersama senyuman, lelaki itu berpesan. Roselle mengangguk yakin. Kini mereka berdua fokus kepada ketiga-tiga peserta yang dah pun berjaya menghabiskan separuh pusingan. Bermakna masih berbaki satu pusingan penuh dan separuh pusingan lagi.

"GUYS PLEASE, sorak nama baby saya supaya team kita boleh menang!" Roselle berkalih memandang ke arah khemah yang menempatkan pengacara majlis. Terhambur tawanya bila melihat Taehyung sudahpun mengambil alih mic. Ada juga Jimin disebelahnya turut bersorak sakan.

"JEON YOUJIN ASSA!"

Kini peserta larian sudahpun tamat pusingan pertama. Bermakna Roselle dan dua lagi peserta boleh bersedia di trek larian untuk mengambil baton. Dadanya yang berdegup sangat kencang agak menganggu. Namun kepalanya digeleng perlahan. Terus sahaja dia berpaling ke belakang untuk melihat kedudukan Youjin.

Sahabatnya itu berada di tempat pertama namun tak jauh di belakangnya, dua peserta lagi tak mengalah untuk terus mengejar. Kakinya melompat kecil bila Youjin semakin dekat. Dan saat baton mula bertukar tangan, terus sahaja kakinya membuka langkah, memecut di atas trek larian.

"OMO ROSELLE KIM GAIS ROSELLE KIM ASSA!!" semakin sakan Taehyung mengetuai sorakan bagi pihak sekolah mereka. Pelajar yang menonton turut berteriak, menyokong Roselle yang sedaya-upaya mengekalkan kedudukannya di depan.

Sekejap-sekejap kepalanya berpaling, mencuri lihat peserta di belakangnya. Saat melepasi pusingan pertama, larian mereka berubah perlahan. Disebabkan tenaga yang digunakan semakin berkurang. Dua peserta di belakangnya turut perlahankan larian mereka namun masih lagi ingin meneruskan larian.

Saat terlihat Jungkook sudahpun masuk ke dalam trek, sedang memandang ke arahnya. Pantas kakinya mengubah kelajuan. Namun tak sangka, dia berjaya dipotong. Roselle mendengus dan cuba untuk mengejar.

Saat baton berubah tangan, terus sahaja dia melencong ke tepi untuk keluar dari trek. Terus tubuhnya terbaring di atas tanah. Perlahan tangannya mengurut betis yang sengal.

"JEON JUNGKOOK! WE TRUST YOU BABEH!" Roselle tertawa melihat Taehyung. Nampaknya Jungkook betul-betul gunakan kekuatannya kali ini. Dia jauh di depan dan semakin hampir untuk melepasi pusingan pertama. Roselle bangkit, ingin pulang ke khemah. Namun saat dia berdiri, kakinya secara tak sengaja terasa kejang buatkan dia terus membongkok.

Youjin yang melihat terus sahaja berlari mendapatkan Roselle. Itulah tadi memang nampak sangat Roselle lari separuh mati. Kan sekarang dah kejang!

"Kau okay tak ni?" Soalnya dan Roselle menggeleng. Segera tangannya dilambai, meminta bantuan dari unit kecemasan untuk membantu Roselle. Terus sahaja kaki gadis itu diangkat ke udara dan ditolak supaya melurus untuk tegangkan urat.

"Sakit lagi?"

"Sakit."

"Saya bawa awak pergi khemah rawatan." Terus sahaja tubuh Roselle didukungnya. Sebaik sahaja sampai di khemah tersebut, Youjin memerhati resah.

"Roselle, aku dah cakap aku nak kau selamat. Kau degil la." Rungutnya sebaik sahaja mereka berdua ditinggalkan setelah gadis itu dirawatnya.

"Kalau ayah kau tahu dia boleh marah gila." Roselle mengeluh.

"Janganlah bagitahu."

"Lepasni tak payah masuk acara lari ni lagi. Masuk yang biasa je. Kau degil la." Youjin mengurut dahi. Dia nampak yang Roselle memang pecut laju nak mampus waktu pusingan pertama. Dia dah agak yang gadis itu bakal sakit. Ni tengok lah, memang dah sakit pun.

"Roselle." Mereka berdua berkalih.

"Awak okay?"

[ To be continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top