[ Can't ]
Roselle berkalih saat terdengar keluhan dari bibir lelaki di sebelahnya. Kenapa seharian ni Jungkook nampak tak seronok? Wajah dia nampak muram je. Dia tak dapat jawab exam elok ke pagi tadi?
"Jungkook, awak okay ke?" Soalnya ingin tahu. Wajah lelaki itu diamati. Ah, sangat kacak. Bibirnya naik mengukir senyuman saat Jungkook berkalih memandangnya. Roselle menyuap ramyeon ke dalam mulutnya dan mengunyah sambil merenung Jungkook.
"Awak nak tunggu ramyeon tu kembang ke?" Tegurnya dan Jungkook tertawa kecil. Dari tadi asyik gaul je ramyeon tu, masuk mulut tak pun. Apa la yang buat lelaki comel sebelah dia ni hilang selera makan?
"Selalunya hari last exam semua orang muka happy, tapi kenapa awak nampak muram je? Ada benda yang tak kena ke?" Soalnya ingin tahu. Tak ada guna pun kalau dia tertanya sendiri sebab takkan jawab selagi tak tanya Jungkook apa masalahnya.
"Uhm, saya cemburu dengan yang lain. Taehyung dengan Jimin."
"Kenapa pula awak nak cemburu dengan diorang berdua tu?" Kuah dihirup perlahan sambil mengangguk puas hati. Ramyeon yang selalu dia makan terasa nikmat bila pujaan hati berada di sebelahnya.
"Diorang boleh sleep over dekat rumah awak."
Roselle terdiam. Kalau Jungkook cemburu tentang ni, tak lain tak bukan dia tak berkesempatan la kan maksudnya?
"Eomma awak tak bagi ke?" Soalnya perlahan. Entah mengapa, rasa kecewa bila dapat tahu yang Jungkook tak dapat turut serta bermalam di rumahnya semasa ketiadaan Edward dengan Rose nanti.
"Saya dah cuba pujuk dia, bagitahu Taehyung dengan Jimin pun ada tapi dia tak bagi. Sumpah saya cakap, saya nak memberontak." Rambutnya diserabutkan. Roselle tersenyum nipis memandang lelaki itu yang kelihatan kusut.
"Takpelah, mesti ada sebab kenapa eomma awak taknak bagi. Awak dengarlah cakap eomma awak." Tangannya terasa ingin mengusap bahu lelaki itu tapi niatnya dibatalkan. Nampaknya dia tak berpeluang nak luang masa dengan Jungkook dengan lebih dalam lagi.
Dia fikir kalau Jungkook boleh turut serta, dia dapat kenal lelaki itu lebih rapat.
"Dah la, eomma awak tak bagi tidur je kan? Lepas balik sekolah awak lepak je la rumah saya dulu." Dia cuba untuk memberi idea bernas. Jauh di sudut hatinya dia memang nak Jungkook ada sekali tapi tiada rezeki nak buat macam mana kan?
"Tak seronok la." Jungkook mencebik.
"Habiskan ramyeon tu. Lepasni kita balik."
—🌹—
"Muram je anak daddy ni kenapa? Sedih ke esok daddy dengan mommy dah nak pergi?" Roselle setia mencebik. Rambutnya diusap oleh Edward.
"Kenapa ni?" Soalnya lagi.
"Jungkook tak boleh tidur sini." Edward tersenyum nipis. Muram betul mukanya tu sebab Jungkook tak boleh sleep over sekali. Pipi Roselle dicubitnya geram. Makin tercebik gadis itu dibuatnya.
"Tak payah lah sedih. Jumpa juga Jungkook hari-hari dekat sekolah kan?"
"Okay. Daddy dengan mommy gerak pergi airport pukul berapa esok?"
"Pukul 8 pagi nak gerak keluar la. Flight pukul 10.30 pagi. Roselle nak hantar mommy dengan daddy ke?" Soalnya sambil memeluk bahu Roselle.
"Boleh, tapi Roselle pergi dengan Jimin. Naik motorbike dia." Edward mengangguk. Memandangkan kalau dia ikut naik kereta sekali, tak boleh balik sendiri sebab dia bukan pandai bawa kereta lagi. Jadi dia minta tolong Jimin untuk temannya ke airport esok.
Taknak la susahkan Jungkook. Apa pula eomma dia cakap nanti. Asyik nak susahkan anak dia je. Sekurang-kurangnya kalau dia ajak Jimin, keluarga mereka berdua memang saling berkenal, jadi tak ada masalah.
Tadi lepas Jungkook hantar dia balik, tak henti-henti kepala ni asyik berfikir. Agaknya apa sebab utama eomma Jungkook tak benarkan lelaki itu untuk join yang lain. Sedangkan Taehyung dan Jimin ada.
Atau eomma dia tak suka Jungkook kawan dengan perempuan sembarangan? Pastilah lelaki itu bagitahu rumah siapa yang dia nak tidur. Mungkin lepas dapat tahu tuan rumah itu adalah dia terus eomma Jungkook tak setuju.
Tapi entahlah, semua yang dia fikir semua masuk dek akal. Jungkook tak pernah cerita eomma dia jenis macam mana jadi Roselle tak tahu sama ada ibu lelaki itu jenis yang terbuka atau tak.
"Pergilah naik atas tidur." Roselle mengangguk dan melangkah naik ke biliknya. Sambil mata memandang skrin telefon, scroll komen yang tertulis di ruangan komen youtube channel Taehyung dengan Jungkook.
Entah mengapa, ada satu username ni selalu sangat terlihat di ruangan tersebut. Lagi satu sebab cara dua komen tu agak mengusik hati Roselle. Komen yang sering ditulis ialah I miss you, I can't stop thinking about us, I love you. Mungkin agak biasa kalau nak difikirkan yang akaun itu memang peminat setia tapi,
Yang buat Roselle sentiasa tak selesa bila komen tersebut hanya muncul bila Jungkook sahaja yang cover lagu. Roselle ada cari akaun tersebut di video Taehyung ataupun mereka berdua tapi tak ada. Hanya ada bila Jungkook sahaja yang ada dalam video.
Dia mula berfikir, adakah pemilik akaun tu dan Jungkook saling berkenal?
"Ugh, sakit kepala." Telefonnya dicas sebelum tubuhnya direbahkan. Selimut ditarik menutup hingga ke dagu. Seketika kepalanya tak henti dari fikirkan Jungkook. Ini pertama kali buatnya untuk merasa apa itu erti jatuh cinta. Sebelum ini Roselle tak pernah minat sesiapa sebab tak ada lelaki yang berminat dengannya.
Jungkook betul-betul mencuit hatinya sampai dia tak mampu nak nafikan lagi yang dia memang dah jatuh cinta dengan Jungkook.
Malah dia tak berani untuk berterus-terang dengan lelaki itu. Dia takut kalau Jungkook hanya menganggapnya sebagai kawan, sama seperti Taehyung dan Jimin menganggapnya. Rapat hanya sebagai kawan, sebagai pemegang jawatan pengerusi dan naib pengerusi atlet sekolah mereka.
"Saya tak berharap untuk bercinta dengan awak tapi saya nak ada dengan awak lama Jungkook. Mungkin dari kawan, kita boleh pergi lebih jauh kan?" Gumamnya sendiri. Lelaki itu sentiasa ada disisinya. Tak pernah berenggang buat seketika pun.
Tapi kalau nak disoal hubungan mereka, apa yang patut dia jawab? Kawan je?
Atau sekadar nak tunjuk dekat sekolah yang chemistry dia dengan Jungkook sangat hebat dan dapat dijadikan contoh?
Itu ke jawapan untuk hubungan mereka berdua?
"Arh penat!" Lampu biliknya terus dipadam dan matanya dipejam. Bibirnya terkumat-kamit menyanyi lagu yang Jungkook cover di Youtube untuk tidur.
Goodnight, Jeon Jungkook.
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top