[ A Day ]
"Dah ke?" Soal Jungkook sambil menahan pintu hotel dari tertutup, menunggu Roselle yang sedang mengemaskan rambutnya di depan cermin. Tika ini mereka keluar untuk minum petang sebelum ke Haeundae Beach untuk tengok sunset sama-sama. Gadis itu berlari anak ke pintu sambil tersengih memandang Jungkook yang sedang menunggunya.
"Sorry sorry." Jungkook menggeleng perlahan sebelum tangannya memeluk bahu Roselle, berjalan sama-sama menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Mereka singgah ke kafe hotel terlebih dahulu untuk minum petang sebelum keluar dari hotel. Disebabkan nak jimat duit Jungkook dan dia taknak makan berat, Roselle memesan whipped cream pancakes untuk dikongsi bersama Jungkook.
Lelaki itu pula memesan ice americano dan ice mocha memandangkan Roselle tak suka kopi yang tak ada susu. Malah gadis itu lebih tertarik dengan coklat jadi mocha adalah air yang terbaik.
"Cukup ke kongsi pancakes ni?"
"Aku jarang makan malam jadi kita kongsi je la." Jungkook mengangguk. Sedang mereka berdua menunggu pesanan, Jungkook mengambil masa yang ada untuk memerhati Roselle yang sedang duduk di sebelahnya. Bibirnya naik mengukir senyuman bila teringatkan kejadian ketika dia ke rumah gadis itu untuk bawanya keluar dari rumah.
Saja je buat-buat dingin. Nampaknya penangan suka Roselle terhadap dia memang kuat sebab masih percayakannya walaupun dirinya pada malam tu sememangnya agak menakutkan.
"Kau tak rasa diri kau cantik ke Roselle?" Soalan Jungkook yang entah datang dari celah mana buatkan Roselle agak tersentak.
"Kenapa?"
"Jimin bagitahu aku, Taehyung pun ada bagitahu. Kau senang insecure. Lagi-lagi dengan Naomi." Kepalanya berkalih memandang tangannya sendiri sebelum mengangguk perlahan. Ya memang dia senang insecure. Satu, kerana ketika dia bercinta dulu sekalipun Jaeyong tak pernah memujinya cantik.
Malah tiada pun lelaki di sekolahnya yang datang confess mengatakan mereka sukakan Roselle buatkan dia bertambah yakin yang dia tak cantik dimata lelaki lain.
"Aku tak pernah dengar orang puji aku cantik melainkan Youjin dengan Taehyung dulu. Tahun ni sejak rapat dengan Jimin dengan kau, aku okay sikit." Jawabnya perlahan. Jungkook memandang gadis itu yang seakan hilang semangat. Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan Roselle dan disulamkan tangan kanannya dengan tangan kiri Roselle.
"Tak semestinya orang kena puji kau cantik baru kau rasa kau cantik. Budak sekolah kita mungkin kurang minat pada kau sebab kau pendiam walaupun aktif sukan. Tahun ni bila kita jadi pengerusi sukan sama-sama, semua orang baik dengan kau tapi diorang fikir kau girlfriend aku. That's why."
"Uhm." Roselle mengangguk perlahan. Apa yang Jungkook katakan ada betulnya. Dekat sekolah dia memang pendiam gila. Tahun ni dah jadi vice chairman, baru dia tersedar yang layanan budak sekolah terhadapnya mula berubah. Ramai yang menegurnya ketika terserempak, malah ada juga yang carinya untuk minta tolong ketika training.
Dan ya, memang ramai yang menganggapnya dan Jungkook merupakan pasangan bercinta.
"Jom makan."
—🌹—
Bibirnya dikemam, menahan bahang di wajah tika tangannya sedari tadi tak dilepaskan sejak mereka berjalan dari hotel untuk ke Haeundae Beach. Roselle memandang laut yang berada di hadapannya. Sangat cantik dan angin yang meniup tubuhnya sangat menenangkan. Jam ditelefon dikerling. 18:37 petang.
"Jom duduk situ." Roselle mengangguk dan melangkah mengikut Jungkook. Duduk di kawasan yang agak kurang orang berkumpul memandangkan ramai yang luang masa di pantai ketika musim panas. Dan ramai juga yang datang untuk rehat-rehat sambil menunggu matahari terbenam.
Punggung dilabuhkan dan Roselle memeluk lutut manakala Jungkook duduk bersila rapat disebelahnya. Rambut gadis disebelahnya yang sedang berterbangan buatkan Jungkook terhidu wangian yang datang dari rambut gadis itu. Boleh tahan wangi shampoo hotel ni.
"Jungkook,"
"Hmm?"
"Kau tahu pasal depression aku kan?"
"Sikit. Kenapa?"
"Sebenarnya, tahap depresi aku boleh jadi lagi teruk. Haritu, waktu minggu study group dengan yang lain dekat rumah aku, Jimin dah nampak tahap teruk depression aku." Jungkook hanya diam sambil memandang wajah Roselle yang berada di sebelah kanannya.
Dia tahu tentang kejadian yang berlaku sebab Jimin dengan Taehyung dah bercerita dengannya. Katanya dia patut tahu untuk berhati-hati kalau Roselle jadi macamtu lagi. Sekurang-kurangnya dia boleh tahu apa perlu buat walaupun dia tak dapat bayang situasi sebenar yang terjadi.
"Aku harap, kau boleh terima keadaan diri aku. Aku cuba untuk kawal diri dari jadi macam haritu lagi. Sorry sebab aku banyak kekurangan."
"Sorry sebab tak ada dengan kau." Roselle tersentak.
"Sebenarnya, minggu study tu memang eomma takkan bagi kalau aku minta nak pergi rumah kau tapi sebenarnya aku sendiri yang taknak join." Kepalanya berkalih untuk memandang Jungkook.
"Aku taknak pergi sebab aku dah fikir bukan-bukan pasal kau dengan Jimin. Sebab sejak Naomi mula rapat dengan aku, kau mula rapat dengan Jimin. Bila aku cari kau, mesti kau ada dengan dia berdua. Sebabtu juga aku fikir Jimin tu crush kau."
"And I thought you were dating Naomi already. Sebabtu aku jauhkan diri dari kau. Sorry Jungkook." Mereka tersenyum hambar. Sebegitu bangangnya diri ini sampai takut nak confess pada Roselle dan berterus-terang saja dari awal. Haih.
"Matahari dah nak terbenam." Jungkook berkalih. Memandang pemandangan di depannya. Tangan kanannya mencapai tangan kiri Roselle dan digenggam erat.
"Kau suka tengok sunset ke suka tengok aku?" Soalnya tika Roselle ralit menangkap gambar menggunakan telefonnya.
"Pft! HAHA soalan apa kau tanya ni? Mestilah sunset." Jungkook mencebik. Orang serius kut.
"One more time. Suka tengok sunset ke tengok aku?" Roselle memandang wajah Jungkook. Okay sekarang kenapa mata lelaki tu nampak bersinar-sinar sangat? Buat beberapa ketika, kawasan pantai semakin gelap dan ramai orang mula beredar.
"Kita tak nak balik lagi? Orang semua dah balik." Sengaja dia mengubah topik. Cuba untuk melarikan diri dari terus ditenung Jungkook. Roselle bangkit dan menjauh sikit dari lelaki itu untuk menepuk debu di seluar. Namun saat kakinya melangkah beberapa tapak menjauh, tangannya direntap buatkan tubuhnya berkalih menghadap Jungkook sepenuhnya.
"Sakitla—"
Membulat matanya saat Jungkook bertindak mencium bibirnya buatkan pipinya terasa panas. Disebabkan tiada sebab untuk dia menolak, Roselle memejam mata dan membalas ciuman tersebut sambil tangannya memeluk leher Jungkook.
"Aku rasa macam nak kahwin dengan kau sekarang ni juga." Roselle menahan ketawa.
"Habis sekolah pun belum."
—🌹—
"Kita check out pukul berapa Jungkook?"
"Pukul 12. Kalau kau nak tidur kejap tidurlah. Sekarang baru dekat pukul 8 setengah." Tutur Jungkook sambil membuka jam tangannya. Tadi lepas meluangkan masa di pantai, mereka singgah di kedai baju yang berdekatan untuk beli pakaian baru.
Dan ianya memang rancangan Jungkook memandangkan dia nak beli baju yang sama buatnya dan Roselle untuk pakai pulang ke Seoul. Sebabtu dia suruh gadis itu bawa sepasang saja baju untuk dibawa dari rumah.
Dan hasilnya mereka berdua membeli t-shirt yang sama dan juga seluar pilihan sendiri. Jungkook tersenyum nipis memandang Roselle yang semakin ingin tertutup matanya ketika tubuhnya direbahkan di atas katil. Jungkook dengan prihatinnya mencapai telefon gadis itu untuk dicas bersama dengan telefonnya.
Kakinya melangkah bergerak ke katil bersama remote tv di tangan. Tubuhnya disandarkan di kepala katil sambil kakinya melunjur. Televisyen dibuka bagi menghilangkan bosan disebabkan dia taknak tidur. Takut nanti terlajak pula. Rambut gadis yang sedang lena di sebelah kirinya diusap perlahan.
"Jungkook.."
"Uhm?" Matanya beralih dari televisyen tika namanya disebut Roselle. Fikir dah tidur tadi. Namun bila dipandangnya, gadis itu dahpun lena. Dia takut aku lari ke haha. Tangannya tak berhenti dari mengusap rambut lembut Roselle.
—🌹—
"Okay sekarang kau tidur pula." Jungkook ketawa perlahan namun dia tak menolak. Disebabkan dia tak tidur di hotel jadi sekarang dia agak mengantuk. Ada baiknya dia lena sekejap sebab nanti nak kena bawa motor untuk hantar Roselle ke rumahnya.
"Nanti aku kejut." Kepalanya diangguk perlahan. Roselle hanya diam saat Jungkook merehatkan kepalanya di atas bahunya sambil memegang tangan. Dah dua hari, dada dia tak berhenti dari terus berdegup kencang.
Setelah hampir tiga jam perjalanan, Roselle mengerling Jungkook disebelahnya. Bibirnya tersenyum melihat kepala lelaki itu yang kelihatan sangat comel sampai rasa macam nak gigit.
"Jungkook, kita dah nak sampai." Kejutnya lembut sambil mengusap kekura tangan lelaki itu. Selepas beberapa tepukan di lengan akhirnya Jungkook bangun. Badannya diregangkan buatkan Roselle terpegun mendengar bunyi letupan kecil yang terhasil.
"Ada air liur ke?"
"Ada." Pantas tangannya naik mengelap sekeliling kawasan bibir mengundang ketawa dari Roselle.
"Takde pun. Nah minum air, mesti tekak kering." Jungkook mencapai botol yang dihulur Roselle.
"Let's go."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top