[ 2026 ]
[ 6 Years Later ]
"Roselle! Duduklah sini, kau buat apa dekat dapur tu haih. Sini sini!" Pantas kakinya melangkah ke arah Naomi saat wanita itu memanggilnya. Dia duduk dapur pun sebab tengah bancuh air untuk si Naomi tu. Punggungnya dilabuhkan disebelah wanita itu dan minuman untuk rakannya diletakkan di atas meja. Roselle memandang pelik saat Naomi asyik tersengih-sengih.
"Aku ada berita gembira!"
"Hm? Apa yang gembira sangat tu? Jimin nak bawa kau honeymoon buat kali ke-10?" Tak semena-mena kepalanya diketuk Naomi. Tahu nak perli tapi janganlah dingin sangat dengan aku. Kepalanya digeleng perlahan. Tangan Roselle dicapai dan ditekapkan pada perutnya.
"Aku mengandung anak kedua hehehehehe!" Membulat mana Roselle dibuatnya.
"Eish! Nanti aku lagi kena cover kau bila cuti bersalin!" Naomi ketawa puas hati. Mendengar tawa rakannya, Roselle turut tersenyum. Melawak je tu, tubuh wanita itu dibawa ke dalam pelukan. Belakang tubuh Naomi diusap perlahan.
"Untunglah, lepas habis belajar Jimin terus ajak kahwin. Dah kahwin ada anak seorang, tahun ni ada anak kedua pula. Aku je single lagi." Saat Roselle mula fake cry, Naomi meleraikan pelukan mereka dan memandang ke arah Roselle.
"Kau kena lah faham, Jungkook kan dah pernah bagitahu, dia tak sambung belajar macam kita sebab ambil special study untuk kerja dengan ayah dia. Kau rasa dekat Italy tu senang?" Roselle mencebik.
Sejak 6 tahun yang lepas, Jungkook dan juga Roselle mempunyai kesukaran berkomunikasi. Awal-awal dulu memang dia tarik diri dari merajuk sebab taknak keruhkan keadaan. Tapi segalanya sangat sukar. Dia mula sibuk dengan peperiksaan akhir sekolah dan juga acara sukan akhir tahun.
Dan Jungkook pula mula biasakan diri di sekolah baru untuk habiskan pembelajarannya sebagai seorang pelajar sekolah tinggi. Bukan senang dia nak catch-up semua benda. Sampai terpaksa campur dengan halftime homeschooling. Dia juga perlu belajar menggunakan bahasa Italy jadi semuanya sangat sukar.
Malah ketika Roselle menjeleng malam, dia cuba untuk berkomunikasi dengan Jungkook namun tika itu Jungkook mungkin masih berada di sekolah ataupun sekolah di rumah. Kadang-kadang banyak je miss call dari Jungkook yang tak berjawab disebabkan lelaki itu menelefonnya tika lewat malam.
"Long distances relationship is fu*cking hard."
"Aku yakin. Tak lama lagi dia balik. Dah 6 tahun dia duduk sana. Tengok-tengok esok dah ada depan pintu apartment kau." Roselle ketawa sambil menggeleng. Dan sejak 6 tahun yang lepas, Naomi mula rapat dengan Youjin dan Roselle tika dia mula menjalinkan hubungan dengan Jimin setelah habis sekolah.
Dan kini dah masuk dua tahun usia perkahwinannya dengan Jimin. Youjin dengan Taehyung pula jangan cakap, kahwin masa tengah senior year dekat Universiti. Tak sabar-sabar betul Kim Taehyung.
Roselle dan Naomi pula semakin rapat disebabkan mengambil course yang sama iaitu IT Programming ketika sambung belajar dulu walaupun berlainan Universiti. Tapi disebabkan mereka dah merancang untuk kerja sekali, itulah dia.
Youjin pula memilih untuk bekerja dari rumah dan jalankan bisnes sendiri memandangkan dia merupakan pelajar yang berjurusan business. Senang cerita, tiada seorang pun antara mereka yang sambung cita-cita mereka sebagai seorang atlet.
"Kau okay ke Rose? Kerja sambil study?"
"Okay je. Lagipun aku ambil degree sebab nak dapat higher level dekat tempat kerja kita je." Naomi mengangguk faham. Di antara mereka semua, hanya Roselle, Taehyung dan Jimin sahaja yang sambung degree sambil bekerja.
Naomi dan Youjin pula tak sambung degree memandangkan kedua-dua mereka merupakan seorang ibu. Agak sukar sekiranya mereka turut belajar sambil kerja. Biarlah suami mereka belajar bagus-bagus supaya bila kerja nanti dapat gaji besar.
"Rose, aku rasa aku nak balik dulu lah. Sekarang dah dekat pukul 6. Nanti Jimin nak bawa aku pergi rumah eomma dia." Roselle mengangguk. Dia bangun dari sofa untuk menemani Naomi turun ke parking lot. Tak bagus biar wanita sendirian petang-petang ni.
"Apa-apa kau call aku okay? Dah sampai rumah nanti bagitahu. Thanks datang lepak dengan aku harini." Ucapnya buat Naomi tersengih sambil mengangguk.
"Okay, jumpa kau Isnin nanti dekat ofis!"
Roselle mengangguk sambil melambai saat kereta wanita itu mula menjauh. Tanpa lengah, kakinya melangkah ke lif semula untuk naik ke atas.
—🌹—
"Roselle."
"Ya bos?"
"Tolong buat design yang baru untuk sistem program kita boleh?"
"Design program baru?"
"Yup, sebabnya esok bos baru korang dia transfer ke sini semula untuk handle daerah Seoul. So kalau boleh nak sistem daerah Seoul nampak hebat gitew." Naomi menahan ketawa melihat bosnya yang sedang bercakap dengan Roselle. Ugh nak gitew gitew pula dia ya.
"Habistu nanti bos takde dekat sini dah ke?"
"Actually saya ni bos ganti je. Bos betul daerah sini ada dekat Italy. Sementara dia tak ada, saya yang jaga korang. Nanti saya balik Daegu semula." Roselle mengangguk faham.
"Korang boleh buat sama-sama." Naomi mengangguk. Sebaik sahaja kelibat bos mereka hilang dari bilik IT Officer, Naomi memandang Roselle bersama sengihan.
"JOM AKU EXPLORE DESIGN!!" Aku yang dapat arahan dia yang excited lebih. Mereka berdua bekerja di sebuah syarikat fashion turun temurun keluarga Kim. Tapi memandangkan mereka berdua merupakan orang IT, kerja mereka hanyalah sebagai belakang tabir syarikat yang design program dan segala jenis keperluan syarikat yang memerlukan khidmat mereka.
"Agaknya kalau bos baru kita cerewet macam mana eh? Aku dah suka kut ada bos baik macam Tuan Han tu." Roselle mengangguk setuju. Tengok sahaja cara Tuan Han mesra dengan mereka ketika pertama kali kerja dekat sini dah dapat rasa yang lelaki itu merupakan bos yang baik sahaja.
6 tahun bekerja tanpa masalah, tiba-tiba nak kena tukar bos.
"Uhm dah time lunch Roselle, jom makan. Aku lapar."
"Ya ya, kau tak mengandung pun lapar memang on time je selalu."
—🌹—
Roselle tersenyum nipis memandang chatnya bersama Jungkook ketika dihantar pagi tadi. Namun ianya baru sahaja dibaca sekarang buatkan Roselle terfikir. Mungkin lelaki itu tengah lunch sekarang? Sebab dekat Italy mungkin pukul dua petang?
Saat lelaki itu membalas, Roselle ketawa kecil melihat emoji yang digunakan Jungkook. Disebabkan malas untuk berbalas chat, Roselle terus sahaja mendail nombor Jungkook memandangkan lelaki itu tak busy.
"Hello sayang~"
Roselle mengetap bibir mendengar suara garau lelaki itu memanggilnya sayang.
"Hm. Awak tak busy ke?"
"Taklah, cumanya tengah siap-siap nak tidur."
"Nak tidur? Dekat sana bukan pukul dua lebih ke?" Kepalanya digaru. Jungkook ni biar benar?
"Uhm, penat. So nak tidurlah."
"Uhm apa-apa je lah. Kalau awak nak tidur, tidurlah. Nanti awak free kita call lagi." Roselle tersenyum. Dapat dengar suara seksi Jungkook sekejap pun okay. Lagipun harini dia nak tidur awal sebab esok ofis diorang ada majlis sambutan kepulangan untuk bos baru tu. Mujur saja program yang dia buat dengan Naomi siap jam 8 malam tadi. Takut juga diorang berdua tinggal dekat ofis sampai malam.
"Awak dah nak tidur ke tu?"
"Hm, tengah baring-baring atas katil ni." Selimutnya diusap-usap.
"Nak saya menyanyi untuk awak sampai tidur?"
"'Nak." Gila kau nak tolak?
"Okay, uhm uhm so lock the door
And throw out the key
Can't fight this no more
It's just you and me
And there's nothing I, nothing I, I can do
I'm stuck with you, stuck with you, stuck with you"
Roselle tersenyum sendiri mendengar suara Jungkook menyanyikan lagu yang mereka berdua cover 6 tahun lepas. Lama-kelamaan matanya semakin tertutup.
"Goodnight, Roselle."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top