[ 2020 AUGUST 29 ]
Notes : Cerita yang tertulis di bawah hanyalah rekaan saya semata-mata. Seberang kejadian yang tak masuk akal mohon diabaikan ya. To be more specific, Im talking about KTX working hours. Please don't compare it to the real working hours okayyy❤️
Happy Reading❤️
"Tunggu sini, aku pergi beli sandwich." Roselle hanya diam tak membalas. Okay sekarang memang Jungkook tengah buat kerja gila. Logik kah bahawa sekarang, mereka berdua akan ke Busan menaiki KTX, berdua dan hanya membawa sepasang pakaian tanpa apa-apa persediaan. Itu pun nasib dalam sling bag dia ada lipgloss, bb cushion dengan mini perfume.
"Tak habis duit ke kau beli tiket pergi balik untuk kita berdua?" Soalnya sebaik sahaja Jungkook kembali. Harga tiket dewasa untuk ke Busan ada la dalam 60,000 won seorang. Kalau pergi balik dah hampir 120,000 won untuk seorang. Diorang pula berdua. Haih dah habis duit kat sini je.
Tapi sekarang dia masih tertanya kenapa wajah lelaki itu kelihatan agak dingin. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke? Pasal Yeonmi? Atau Chaerim?
"Jungkook, kau okay ke tak ni? Kau sedar tak kau buat apa? Kita nak pergi Busan berdua macamni? Jungkook!" Tangannya menampar belakang tubuh lelaki itu. Bibirnya digigit geram. Kalau boleh nak humban sekali kepala Jungkook dalam tong sampah yang tak jauh dari mereka berdua.
"Esok sekolah."
"Ponteng sehari."
"Training macam mana?"
"Ponteng juga."
Keluhan terlepas. Roselle mencapai telefonnya di dalam beg dan melayari internet sementara menunggu masa mereka untuk naik keretapi. Dari tadi lagi cuba nak cakap dengan Jungkook tapi satu apa pun tak dapat. Jam dikerling, sekarang dah jam 00:53 pagi.
Tadi saja dah buang masa naik motorbike Jungkook untuk datang ke Seoul Station. Dan dari Seoul nak ke Busan pula bakal mengambil masa dua jam setengah hingga tiga jam. Haih pukul berapa pula diorang nak sampai Busan. Tu dah pergi sana nak duduk mana? Bawah pokok?
"Jom." Tangannya ditarik Jungkook untuk masuk ke dalam keretapi. Reserved seats buat mereka berdua dicari dan Jungkook menyimpan beg baju miliknya serta Roselle di ruangan atas tempat duduk yang tersedia ada. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Roselle.
"Kalau nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai aku kejut. Kalau lapar, makan sandwich yang aku beli ni." Pesannya dan gadis itu hanya mendengar. Buat seketika, Jungkook tersenyum nipis. Harapnya pelan last minute dia bakal dimanfaatkan bersama.
"Bila kau minta kebenaran daddy nak bawa aku pergi Busan?"
"Pagi tadi. Waktu kau pergi sekolah, aku pergi rumah kau."
"And I wonder why daddy gave you the permission untuk bawa aku pergi sana."
"Just sleep." Roselle mencebik. Pandangannya dihala ke luar tingkap. Memandang stesen yang begitu sunyi, yelah siapa je nak tunggu train waktu-waktu macamni? Jungkook je yang gila ajak pergi Busan tengah malam macamni. Dah la bawa baju pun main ambil je tadi.
Kalau tahu nak pergi jauh ada la juga dia ambil yang cantik-cantik. Ini apa pun takde.
—🌹—
Hey, a quick reminder here!
Don't be too flustered okay?
Chill.
"Sekarang nak pergi mana pula?" Roselle meregangkan tubuhnya yang terasa sengal. Fuh lena betul tidur tadi, entah apa yang Jungkook nampak waktu dia tidur semuanya kalau boleh nak letak tepi. Taknak fikir bukan-bukan. Harapnya tidur tadi nampak macam bidadari lah.
"Kita pergi hotel yang aku dah booked. Kejap aku tahan teksi."
"Banyak betul duit kau kan? Aku dah la takde banyak cash." Bebelnya sendirian. Sebaik sahaja Jungkook berjaya menahan teksi, Roselle mengikut langkah lelaki itu dan hanya memandang ke luar tingkap sepanjang perjalanan untuk ke hotel. Hotel mana pun tak tahulah.
Hampir beberapa puluh minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi. Roselle mengemam bibir. Okay sekarang berapa banyak duit Jungkook dia kena bayar balik? Kakinya spontan melangkah tika pergelangan tangannya ditarik Jungkook, masuk ke dalam hotel yang tak terlalu mewah, tak terlalu budget. It's nice though.
"Tunggu situ." Matanya memandang ke arah yang ditunjuk Jungkook. Dengan hati yang rela kerana malas, Roselle menurut dan merehatkan dirinya di sofa yang tersedia. Sedang dia termenung sendirian, lelaki itu datang mengajaknya untuk ke lif. Naik ke tingkat 10.
"Satu bilik?"
"Ini je yang murah dan dekat aku jumpa. Takde pilihan lain dah sebab fully booked." Roselle mengemam bibir. Tapi, katil ada satu je. Itupun katil queen. Takkan dia kena kongsi dengan Jungkook?
"Kau nak mandi?"
"Kalau mandi takde baju salin la. Lagipun sekarang dah nak pukul 5 pagi. Kau nak mandi ke?" Gelengan dari Jungkook buatkan Roselle terasa semakin kekok. Habistu sekarang ni dua-dua nak tidur? Satu katil ke? Ke Jungkook nak tidur dekat sofa yang nampak kecil ruanganya tu? Takkan aku?
"Kalau kau tak selesa, aku tidur dekat sofa."
"U-uh takpe. Katil tu besar." Kepalanya digeleng perlahan. Jungkook tersenyum dan jaket kulitnya dibuka. Kunci motorbike, telefon serta dompetnya diletakkan di atas meja. Beg bajunya diletakkan di atas sofa bersebelahan tingkap begitu juga dengan beg Roselle.
"Aku ada benda nak bagitahu kau." Kepalanya dilangutkan, memandang Jungkook yang kini sudahpun berada di hadapannya. Tangan lelaki itu mencapai sling bagnya dan dilempar ke katil buatkan Roselle agak risau. Weh apa patut aku buat? Jungkook ni baik ke jahat sekarang?
"Bagitahu apa?"
"Aku suka kau." Belum sempat kepala otak ingin memproses ayat yang diluah Jungkook, lehernya terlebih dahulu diraih sebelum bibir mereka berdua berlaga. Otak Roselle semakin bingung bila pinggangnya terasa disentuh sebelum ditarik merapat dan dipeluk erat.
ARRRGGHHHHHHHH!!!!!!!!!
Her heart screaming inside.
Tubuhnya masih kaku, bibirnya tak bergerak mahupun sudah dibelasah bibir Jungkook. Matanya memandang kelopak mata lelaki itu yang sedang terpejam.
Okay kita proses.
We were in the same hotel room yet will be sharing the same damn queen bed. And just now Jeon Jungkook just confessed to me that he likes me? And while I'm trying to process what is happening, but there he is, kissing me and making me confused. NOT GIVING ME A MINUTE TO EVEN BREATH!!
DAMMNNNNNNN GOD HELP ME!!!!!
Am I supposed to kiss back?
Do I?
Or
Do I not?
So, if I opened my mouth it's mean I am kissing him back right?
Wh———
DID JUNGKOOK JUST MAKES ME OPENED MY MOUTH USING HIS DAMN TONGUE?!
DAMN DAMN DAMN!!
URGHH!
Roselle mula merangkul leher Jungkook saat dia mula membalas ciuman lelaki itu. Kini, matanya turut tertutup, menikmati momen yang mereka berdua nantikan saat mulai menyukai satu sama lain. Tak sangka, harini 2020 August 29 merupakan hari yang sangat indah.
Langkah kaki Jungkook yang maju ke depan buatkan Roselle terpaksa mengundur sehingga belakang tubuhnya bertemu dengan dinding. Mereka berdua masih melayan keinginan masing-masing tanpa hiraukan keadaan sekeliling.
"I l o v e y o u , R o s e l l e K i m ."
[ To be continue ]
Sorry for the sudden and maybe broken english. But I bet you guys must be waiting for this moment right hohohohohoho.
Suka tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top