Prologue
Sebuah kafe yang agak ramai para pelanggannya,lagu irama jazz berkumandang menghiburkan para tetamu menjamu selera. Seorang pemuda selaku pemilik kafe itu tersenyum puas,kemudian kembali masuk ke dalam dapur.
"Meja nombor dua! Siap!"
"Meja nombor sebelas topup air satu jag!.."
"Ada pelanggan baru masuk! Meja nombor empat!.."
Suasana agak meriah walaupun sibuk,para pelayan pula tidak menang tangan mengambil pesanan daripada pelanggan.
Suasana sibuk biasanya sekitar tengahari,dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang. Manakala waktu pukul 3 sehingga 5,hanya beberapa orang pelanggan sahaja. Namun sentiasa ada tidak kira masa,pemilik kafe itu tersenyum puas.
"Sibuk macam biasa!..cantik!" Kata pemilik kafe tersebut.
"Boss...kami pulang dulu ye? Semua dah siap..." ujar salah seorang pekerjanya,seorang gadis remaja.
"Okay Lily,Hana...elok-elok balik tahu..." ujar pemilik kafe tersebut.
"Boss malam nanti nak tutup pukul berapa?.." soal pekerja lelaki pula.
"Tengok la kalau bahan habis,tutup awal..tapi kalau belum,macam biasa la.." kata pemilik kafe itu lagi.
"Roger boss...kami sediakan bahan dulu la macam tu.." kata pekerjanya yang lain.
Arjuma Syah Al'Hisyam sekadar tersenyum dia bersyukur mendapat pekerja yang bagus,malah jujur tanpa ada sebarang penyelewengan. Lily dan Hana merupakan pelajar sekolah tinggi,jadi mereka hanya bekerja dari waktu sekolah iaitu jam satu petang sehingga jam lima petang.
"Huh?..." lamunannya terhenti apabila matanya tertangkap seorang pekerja sedang memasak.
"Oi Hairil kau buat apa tu?..." soal Arjuma ke arah pekerjanya bernama Hairil.
"Tengah masak la boss! Apa lagi.." Hairil 21 tahun menoleh ke arah majikannya.
"Ada pesanan ke?.." soal Arjuma menjeling papan monitor pesanan.
Meja 15
Order : Spaghetti and Orange juice
"Ouh....buat elok-elok Ril..." kata Arjuma beredar.
"Hehe...mestilah!.." kata Hairil teruja.
"Baiklah semua yang lain,sediakan bahan untuk masakan malam nanti.." arah Arjuma.
"Yeah!!..." serentak para pekerja yang lain.
Kling!
Arjuma memandang ke arah pintu,kemudian terkejut melihat seseorang yang dia kenal. Lantas dia terus menghampiri pelanggan tersebut,Hairil pula menyediakan makanan untuk pesanan yang dibuat.
"Ini kopi awak..." ujar salah seorang pelayan,Nina tersenyum menghidangkan minuman.
"Pesanan meja nombor 14 siap!.." kata Hairil menekan loceng.
"Baikkkk....." Nina segera mengambil pesanan.
"Rasif,ni pesanan meja 16..cepat sikit!.." Arjuma pula menekan loceng.
"Coming through .." balas pekerja bernama Rasif itu.
Pada masa yang sama,di luar kafe pula kenderaan empat roda parkir penuh di kawasan parkir. Majoriti pemandu datang untuk menikmati hidangan dari Arjuma Cafe,tidak lama satu pasangan lelaki dan perempuan menghampiri kafe tersebut.
"Ramai kan orang hari ni?.." soal gadis itu,anak mata birunya memandang ke papan tanda.
"Ini kafe..tempat orang singgah untuk makan...memang la ramai.." jawab pemuda itu dan menarik tangan gadis tersebut,memasuki kafe tersebut.
Kling!
"Welcome...hoho...tuan putera!" Arjuma yang sedang mengira duit,tersenyum menyedari kehadiran seseorang yang dikenalinya.
"Yo asalamualaikum Arjuma..its been a while..." kata orang yang dipanggil tuan putera itu.
"Jemput duduk dulu..." pelawa Arjuma dan pasangan itu mengangguk.
"Baiklah nak order apa?.." soal Arjuma.
"Ai ko yang amik order?.." soal putera itu.
"Mestilah..kalau kau,aku yang amik order..special sikit.." balas Arjuma dan putera itu tersenyum.
"Awak nak makan apa Alisa?.." soal putera itu pada pasangannya.
"Saya ikut awak sahaja la.." ujar gadis bernama Alisa itu.
"Kalau macam tu,Arjuma! Macam biasa la...dua set.." kata putera itu.
"Baiklah putera Ikhwan...dua nasi ayam panggang dan ice lemon tea...betul?.." soal Arjuma sambil menulis pesanannya,putera dipanggil Ikhwan sekadar mengangguk.
"Bagi aku masa 15 minit..." ujar Arjuma dan beredar meninggalkan Ikhwan serta Alisa.
Arjuma segera menyiapkan pesanan yang dipesan,Hairil turut membantu dan akhirnya berjaya disiapkan hidangan yang dipesan oleh pelanggan.
"Okay bro...aku beransur dulu.." ujar Ikhwan.
"Okay elok-elok.." Arjuma melambai ke arah Ikhwan dan Alisa yang beredar pergi.
"Meriah betul boss dengan putera.." ujar Hairil menghampirinya.
"Yeah...aku dengan Ikhwan dah lama kenal la.." jelas Arjuma dan mengunci pintu.
"Ouh...." Hairil mengangguk faham.
"Baiklah! Kemas mana yang masih bersepah...kita dah nak tutup ni.." arah Arjuma dan Rasif serta Nina menabik tanda hormat.
"Alan! Belakang macam mana?!" Laung Arjuma.
"Sikit lagi je boss!!" Sahut pekerja dari dapur.
Arjuma menghela nafas pendek,dia memerhatikan setiap pekerjanya ada yang mengemas kedainya, Kebiasaan setiap memang begitu kemas ketika ingin menutup kedai,dia menggeliat sebentar dan membantu para pekerjanya.
"Boss duduk diam je la..." kata Nina tersengih.
"Heh...betul tu,biar kitorang handle kemas-kemas ni..." sokong Rasif pula.
"Diam la ko...suka hati la aku nak tolong ke tak..." balas Arjuma tersengih.
Hairil sekadar ketawa sahaja melihat gelagat Arjuma,kemudian sambung membasuh pinggan dan mangkuk bersama Alan. Selesai mengemas semua tepat jam sebelas malam,Rasif dan Alan sudah beredar awal manakala Hairil pula sekadar menunggu Arjuma dengan Nina.
"Okay guys..semua dah siap?" soal Arjuma dan mulutnya berwap,musim sejuk telah tiba dan dia mengenakan baju tebal serta muffler.
"Beres boss..." balas Nina tersengih.
"Nak singgah mana-mana ke?.." soal Hairil dan Arjuma sekadar tersenyum menjeling Nina.
"Okay gak tu...kita singgah 7E la macam tu..." ujar Arjuma.
"Nak buat apa boss?" soal Nina.
"Aku nak topup la..." jawab Arjuma.
"Ouh...." serentak Hairil dan Nina menyahut.
"Ha boss! Top up saya sekali la!" Hairil selamba berkata.
"Kau baru gaji dua hari lepas kan?..." kata Arjuma dengan muka selamba.
"Kedekut...." kata Hairil.
"Kedekut ya? Potong elaun kedatangan kau...." balas Arjuma.
"Eh...mana boleh..." Hairil tersentak
"Boleh je...aku kan boss,kau tu kuli.." balas Arjuma menyeringai.
"Ek..eleh...." Hairil menjeling.
"Silap balaci...huahuahua..." sambung Arjuma.
Nina memerhatikan gelagat dua orang di sebelahnya,dia berasa bertuah mempunyai majikan peramah seperti Arjuma. Dia tergelak kecil dan menyebabkan Arjuma dan Hairil berhenti bergurau,kemudian menoleh ke arah Nina.
"Sesuatu yang lucu ke?..." soal Arjuma.
"Entah tu tiba-tiba je gelak?.." kata Hairil pula menggaru kepalanya.
"Korang berdua memang rapat ya?..." kata Nina tersenyum.
Arjuma dan Hairil berpandangan kemudian tersengih antara satu sama lain,mereka teringat semula masa bagaimana mereka berkenalan. Hairil merupakan pekerja pertama sebelum Nina dan Rasif,dan mangsa ujikaji masakan pelik Arjuma.
Bagaimana mereka berkenalan?
Semuanya berlaku dua tahun yang lalu......
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top