Menu 8 : Putera dan Kopi
Hi guys Coffee talk terpaksa dipadam dan diolah semula sebab wattpad menggila
Seperti biasa suasana di kafe amat sibuk pada waktu pagi,Nina dan Shah bekerjasama menghantar pesanan yang dibuat. Rasif pula jika tiada pelanggan bagi pesanan kopi,akan membantu untuk menghantar pesanan makanan dari meja ke meja.
"Meja no 3 siap!"
"Meja no 6 refill..!!"
Pagi itu agak kelam-kabut sedikit kerana pekerja sambilan tiada,kerana sudah berhenti dan Rasif membantu bagi mengurangkan kesibukan.
"Sure this morning busy as hell..." ujar Arjuma tangannya memasak hidangan yang dipesan.
"Kekurangan pekerja boss!" Hairil menyampuk.
"Memang la..." jawab Arjuma.
Nina yang memerhatikan gelagat mereka sekadar menggelengkan kepala,Shah melepasinya menghantar makanan yang sudah siap dimasak.
Pagi itu memang sibuk,namun masih dalam kawalan mereka. Jika perlu Hairil membantu menghantarkan makanan,bertukar giliran dengan Arjuma. Jika Hairil memasak giliran Arjuma pula menghantar makanan,masakan Hairil semakin lam semakin bertambah baik sebab itu Arjuma tiada masalah membiarkan dia memasak berseorangan.
"Rasif..Coffee au Lait.." kata Arjuma mengelap peluhnya dengan tuala.
"Sebentar boss..." ujar Rasif dan tangannya dengan pantas menyiapkan minuman kopi yang dipinta.
Arjuma kagum dengan kepantasan tangan Rasif,dia tidak risau jika hal mengenai kopi diuruskan oleh Rasif. Seusai menghirup secawan kopi,Arjuma segera menyambung kerjanya.
Kling!
"Selamat petang...!!" Lily muncul bersama Hana menyapa staff kafe dengan ceria.
"Selamat petang gadis muda..." jawab Rasif tersenyum,boleh dikatakan Rasif adalah penyambut tetamu.
Ini kerana kaunter barista berdekatan dengan pintu utama kafe,senang kata hanya bersebelahan. Apabila masuk dalam kafe,muka kacak Rasif akan menjadi penyambut pelanggan.
"Hi si kacak! Silap senior yang kacak..!" Kata Lily lagi tersengih.
"Haha...terima kasih..gadis comel.." balas Rasif sambil mengelap gelas dengan teliti.
"Ha...sampai pun korang.." ujar Arjuma sebaik sahaja muncul.
"Hi boss! Kami melapor diri!" Sapa Lily bersemangat dan Arjuma sekadar tersenyum melihat telatah gadis muda itu.
"Selamat petang boss.." sapa Hana pula dan Arjuma menghulurkan dua bungkusan baju.
"Ini boss?" Soal Lily teruja.
"Ya...baju kerja,tingkat atas ada bilik..cepat pergi salin.." ujar Arjuma menunjukkan tangga di sebelah kaunter barista.
Lily mengangguk faham dan menarik lembut Hana,mereka segera mendaki anak tangga. Arjuma memandang ke arah gadis remaja tersebut,sambil menyilangkan tangan dan tersenyum.
"That girls sure make this cafe more and more interesting.." katanya sendirian.
(Uniform waiter lelaki)
(Uniform maid)
Tidak lama kemudian dua orang gadis itu turun,Rasif kagum dan Arjuma tersenyum puas. Hana dan Lily menggayakan uniform kafe,Lily memusingkan badannya beberapa kali teruja memakai uniform tersebut.
"Bagaimana hehe..." Lily menyoal teruja.
"Cute girl with cute outfit...perfect!" Arjuma selamba berkata.
"Boss pandai memuji...hahaha..." kata Lily tersenyum,Hana sekadar mendiamkan diri sahaja.
"Betullah saya seorang yang jujur.." kata Arjuma pula,dan Hairil dari jauh memandangnya blur.
"Baiklah Nina!" Arjuma memanggil Nina,dengan segera gadis itu datang ke arahnya.
"Ya boss?" Soal Nina.
"Ini gadis semalam tu,kau ingat lagi kan?" Soal Arjuma dan Nina mengangguk.
"Diorang berdua akan bekerja dengan kita mulai hari ini...kau tolong bagi tunjuk ajar.." arah Arjuma.
"Baik boss serahkan pada saya..." kata Nina mengangguk faham.
"Baiklah Lily,Hana...Nina akan ajarkan...cara kerja sila dengar dengan teliti...ada masalah cari saya or Nina..." ujar Arjuma tersenyum.
"Tak pun dua lelaki ni...dan ni..." ujar Arjuma menuding ke arah Rasif,kemudian ke arah Hairil yang terjengul pada birai tingkap.
"Hey you two...welcome aboard.." kata Hairil tersenyum melambai tangannya.
"Terima kasih abang chef...hehe.." Lily menyahut dan Hana pula mukanya terus merah.
"Alright guys...dah nak sampai waktu kerja semula.." ujar Arjuma menepuk tangannya.
Lima pekerjanya termasuk yang baru mengangguk faham,ketika itu Shah pula masih di belakang menyusun pinggan dan gelas seperti biasa.
♎♎♎♎♎♎♎
Kling!
"Selamat datang...tuan putera.." ujar Rasif terkejut dengan kehadiran Ikhwan dan juga Alisa.
"Terima kasih...awak pekerja baru Arjuma ya?" Soal Ikhwan tersenyum.
"Ya...saya uruskan pesanan untuk kopi..." ujar Rasif sambil mengelap gelas.
"Ouh Barista...." ujar Ikhwan.
"Ikhwan...apa tu barista?" Soal Alisa yang tadi mendiamkan diri.
"Biar saya jelaskan cik..Barista adalah gelaran bagi kami seorang pakar kopi...atau pembuat kopi.." jelas Rasif tersenyum.
"Jadi dah lama kamu bekerja dengan dia?" Soal Ikhwan lagi.
"Yeah...baru sebulan..." jawab Rasif.
"Ouh begitu...Arjuma mana?" Soal Ikhwan duduk di kawasan bartender,Alisa turut duduk di sebelahnya.
"Hurmm...dia keluar katanya ada urusan..." jawab Rasif menguis dagunya.
Ikhwan sekadar mengangguk faham,dan Rasif menghulurkan secawan kopi.
"Jadi Alisa awak nak minum kopi jugak ke?" Soal Ikhwan.
"Tak ermm...berikan saya ice lemon tea..." ujar Alisa dan Rasif mengangguk faham.
Hairil yang sibuk di dalam dapur berhenti dari melakukan kerja,sebaik menyedari kehadiran orang penting. Nina yang baru masuk ke dalam dapur,kehairanan dengan reaksi Hairil yang tercengang itu.
"Kenapa ni Ril?" Soal Nina menghampirinya.
"T-tu...." Hairil menuding jari ke satu arah,Nina memandang ke arah yang ditunjukkan lalu terkejut.
Jeritan kuat kedengaran dan Ikhwan serta Rasif memandang ke arah suara itu,kelihatan Hairil dan Nina yang membesarkan matanya merenung ke arah mereka bertiga. Alisa pula tidak memperdulikan jeritan itu,sekadar menikmati minumannya.
"Apa kena dengan pekerja Arjuma ni?" Soal Ikhwan kehairanan.
"Mungkin sebab nampak kerabat diraja?" Duga Rasif tersenyum.
"Kerabat diraja? Siapa tu?" Soal Ikhwan selamba.
"My Lord...I believe that's you.." ujar Rasif tersenyum kelat.
"Ah right...I forgot..." jawab Ikhwan bersahaja.
"Err...haha.." Rasif hanya tersenyum menggosok belakang kepala.
"Arjuma mungkin lambat lagi ni..." ujar Ikhwan memandang ke luar tingkap.
"Tuan putera ada perkara penting ingin disampaikan? Saya boleh tolong..." ujar Rasif pula.
"Nah its okay...I can wait..." kata Ikhwan menekan meja bartender dengan kedua lengannya.
Rasif agak terkejut kemudian tersenyum,Ikhwan bangun dari kerusinya dan menanggalkan kot labuh miliknya lalu disangkut ke tempat yang disediakan.
"Ha..." Ikhwan kembali duduk di kerusi,Alisa pula hanya mendiamkan diri sahaja.
"Sepatutnya tuan boleh suruh saya sangkutkan kot tuan putera.." ujar Rasif sambil menyusun gelas.
"Benda kecil macam ni tak payah la.." jawab Ikhwan menghela nafas pendek,Rasif tersenyum mendengar jawapan putera tersebut.
"Huh?" Rasif memandang luar menyedari hujan turun dengan tiba-tiba,tidak lebat hanya hujan renyai-renyai.
"Hujan.." kata Rasif sambil tersenyum.
"Musim panas sekarang ni..okay la tu..." tambah Ikhwan lagi.
Tidak lama kemudian hujan semakin lama semakin lebat,Ikhwan hanya memandang luar dengan menongkat dagu kemudian kopi yang disisinya dihirup sehingga habis.
"Refill.." ujar Ikhwan tersenyum.
"Coming right up.." balas Rasif.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top