Menu 43 : Selamat tinggal


Mentari Airport

Aku berjalan sambil lengannya dipeluk Rebecca,Chloe menyusul dari belakang bersama Laira. Rasif turut ada bersama tunangnya,Syazera dan Nina bersama kakaknya Qisreena.

Shah pula sekadar memeriksa telefon pintarnya,mesej teman wanita dia agaknya?

Pada masa itu dari jauh kelihatan Hairil duduk di kerusi menunggu,Hana dan Lily turut menemaninya.

"Ha itu diorang..." Lily berkata sebaik kami menghampiri mereka.

"Lambat la..." Hairil berkata mencebik.

"Sorry... Traffic jam.." Rasif memberi alasan dan ternyata benar kerana kami semua tersekat di kesesakan jalan raya.

"Jangan la marah...ada masa sepuluh minit lagi kan..." Hana memujuk Hairil yang sedang merajuk.

"Sudah-sudah nak merajuk tu..baik-baik handsome jadi buruk..." Aku berkata selamba dan Rebecca hanya menggelengkan kepala.

"Amboi boss dah la datang lambat,ayat buat orang sakit hati pulak.." Hairil mula bengang.

"Relax..gurau kot.." Jawab aku selamba mengangkat tangan tanda mengalah.

Hairil yang mulanya muka masam mencuka tersenyum,Hana sekadar menggelengkan kepala dan Qisreena menghampiri kami.

"Senior..." Hairil terkejut.

"Ai terkejut kenapa?" Soal Qisreena tersengih.

"Tak adalah,cuma tak fikir pun senior ada sekali..." Jawab Hairil.

"Sudah-sudah panggil senior,kita bukan belajar di akademi lagi...nah ambil ni.." Ujar Qisreena sambil menghulurkan sekeping kertas putih.

"Apa ni senior?" Soal Hairil mengerutkan dahi.

"Itu ada nombor telefon,kau call sebut nama aku..nanti dia tahu la..." Jelas Qisreena tersenyum selamba.

"Ouh... Okay..." Jawab Hairil pendek dan aku sekadar memerhatikan sahaja.

"Hairil...siapa kakak ni?" Soal Hana.

"Ouh...maaf lupa nak kenalkan,senior ini Hana dan Hana ini senior saya masa di akademi Qisreena..." Hairil memberi pengenalan.

"Err... Hi,saya Hana...nice to meet you.." Hana menundukkan kepala tanda memberi hormat.

Aku dan Hairil berpandangan kemudian,Hana terkejut sebaik mengangkat muka apabila menyedari Qisreena merenungnya dengan senyuman teruja.

"Ouh this girl so cute!.." Qisreena memeluk Hana dengan tiba-tiba.

"Comelnya...hehe..." Qisreena berkata dengan menggesel pipinya dengan pipi Hana.

Hana hanya mampu terdiam tidak dapat berbuat apa-apa,Lily dan Shah tercengang manakala Nina hanya mampu tersenyum kelat.

"Oh my..." Rasif hanya ketawa kecil dan Syazera pula menekup mulutnya.

Aku memandang ke arah Hairil,meminta penjelasan dengan dan dia sekadar menghela nafas pendek.

"Senior memang macam ni...dia suka dengan gadis muka comel..." Jawab Hairil menekup dahi.

"Ouh... Lesbian?" Soal aku selamba.

"That's rude! Saya cuma suka je bukan ada nafsu..for your information I already have fiance..." Qisreena berkata masih memeluk Hana.

"Err...maafkan saya,boleh tak lepaskan pelukan awak?" Hana mencelah.

"Ah...maafkan saya hehe,you're so cute.." Qisreena berkata dengan tersengih.

Penerbangan menuju ke England akan berlepas dalam masa tiga minit...

Para penumpang sila menuju ke balai berlepas....

Diulangi...

Kami terkesima seketika kemudian dengan segera membantu membawa bagasi Hairil,sebaik selesai meletakkan bagasi di tempat yang khas kini tinggal Hairil berada di hadapan pintu balai berlepas.

Muka masing-masing macam kucing mintak makan,janganlah nanti aku nangis sekali. Hairil berkata sesuatu pada Hana,dan memberikan satu hadiah membuatkan Hana terkejut.

Reaksi Hana yang terkejut sambil menekup mulutnya,membuatkan Hairil tersengih dan ketawa kecil.

"Jangan lupa kitorang kat sana..." Pesan Lily dan Shah sekadar bersalaman dengan Hairil.

"Belajar betul-betul kalau tak aku cekik kau nanti.." Qisreena berkata memberi peringatan,Nina hanya menggelengkan kepalanya.

"Jangan lupa contact kitorang..." Laira mencelah setelah kian lama mendiamkan diri.

"Don't forget souvenir okay?" Ujar Chloe tersenyum mesra.

Hairil tersenyum mesra dan memandang kd arah aku,dia berjalan menghampiri aku dengan wajah menahan tangis.

Haih...

Janganlah nanti aku nak nangis sekali weh!..

Tanpa berkata dia terus memeluk aku,tindakannya membuatkan aku terkesima dan pelukannya erat.

"Thanks boss for everything..." Hairil berkata dengan nada serak.

Aku hanya tersengih dan mengusap kepalanya dengan kasar,Hairil terkejut dan tersengih dengan tindakan aku. Hari ini adalah hari terakhir aku bergurau dengan dia,buat masa sekarang.

Namun Hana aku lihat dia menangis,dia ditenangkan oleh Lily dan Hairil mengusap kepalanya.

"Please come back..." Hana berkata sambil mengesat air matanya.

"I will... Wait for me okay?" Hairil menyentuh pipinya,Hana hanya mengangguk lemah.

"I will..."

♚♚♚♚♚♚♚

Aku memerhatikan kapal terbang yang membawa Hairil,terbang sehingga ditelan awan tebal.

Dia sudah pergi meninggalkan negara untuk menimba ilmu,mana mungkin aku nak menghalang?

Semua itu demi kebaikan dia,aku kena sokong dia. Akhir sekali kami semua pulang,aku beri cuti dua hari demi sempena berangkatnya Hairil ke luar negara.

Namun aku tetap datang ke kafe selepas menghantar Laira dan Chloe,Rebecca pula ingin mengikut. Pintu kafe dibuka dan kami masuk,memerhatikan keadaan kafe yang lengang itu.

"Awak nak cari apa kat sini?" Soal Rebecca.

"Kejap..." Aku berkata sambil mengunci pintu,tidak mahu ada gangguan.

Rebecca kehairanan dengan tindakannya,namun dia sekadar tersenyum memerhatikan suaminya. Aku menuju ke arah kaunter juruwang,membuka loker yang berada bersebelahannya.

Rebecca mula berkerut apabila aku membawa keluar satu tiket,dengan dokumen serta pasport dari loker.

"Sayang nah..." Aku memberikan semua itu padanya.

Rebecca mulanya teragak-agak untuk mengambilnya,akhirnya dia capai juga dan membaca satu persatu. Dia tercengang dengan apa yang dia baca,lantas dia memandang ke arah aku.

Aku sekadar tersengih dan Rebecca mencebik,matanya berkaca dan dokumen itu semua diletakkan. Lalu dia terus meluru ke arah aku,terus memeluk aku dengan erat.

Aku sudah beli tiket kapal terbang,dengan tiket percutian pakej penuh untuk berbulan madu.

"Terima kasih abang..." Ujar Rebecca dalam tangisan kegembiraan.

"Your welcome my queen..."


Hidup ini banyak cabaran...

Tapi kalau tiada cabaran sudah tentu tidak menarik kehidupan ni....

Kosong tiada makna...

Namun kami hanyalah manusia..

Setiap kali akan tersungkur setiap kali melakukan kesilapan.

Namun kesilapan itu mengajar aku..

Supaya tidak mudah mengalah...

Itu yang aku pelajari dalam kehidupan ini..

Tidak sebagai askar..

Tidak sebagai tukang masak...

Tetapi sebagai manusia yang kerdil..








~fin~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top