Menu 24 : Temujanji dua insan




Ting! Ting!!

Bunyi loceng ditekan berulang kali oleh tukang masak,sama ada Arjuma ataupun Hairil.

"Pesanan dah siap!.." kata Hairil lantang memberitahu.

"Baik..datang!!..." Lily segera menuju untuk mengambil makanan bagi dihantar kepada pelanggan.

"Ya...cik adik inginkan kopi apa? Sweet creamer? Capuccino?.." Rasif melayan para pelanggan,kebanyakan datang hari ini ramai yang perempuan pula.

"Amboi ramai betul peminat dia.." ujar Hairil.

"Buat kerja tu jangan sibuk hal orang lain.." Arjuma mencelah dengan selamba.

"Yeah..yeah...i know that..." balas Hairil.

Nina juga tidak ketinggalan menghantar makanan,kemudian dia mengemas meja sebaik ada pelanggan yang siap menjamu selera. Hana juga kadang membantu,jika tiada permintaan pelanggan untuk merasai kek buatannya.

Namun dalam diam dia memandang ke arah Hairil yang sibuk,memikirkan semasa Hairil mengajak keluar untuk temujanji. Dia masih belum memberi jawapannya lagi,juga masih terkejut dengan pelawan Hairil dan tertanya-tanya patut ke dia menerima ajakan Hairil?

"Pergi je la! Kenapa nak pening fikirkan pergi ke tak nak pergi?" kata Lily apabila ditanya.

"Tapi.....kenapa dia tiba-tiba ajak?" soal Hana masih kurang yakin.

"Ala dia ajak bukan ada benda tak elok pun...kau sendiri tahu macam mana sikap dan perangai dia? Baik..dan sopan santun.." ujar Lily panjang dan Hana mengerutkan dahi.

"Itu depan mata dia..belakang kita macam mana?" soal Hana dan pada masa itu seseorang berjalan ke arah kawasan mereka,terhenti sebaik mendengar perbualan dua sahabat itu.

Lalu orang itu mengambil keputusan untuk curi-curi dengar,dengan menyandar di sebalik pintu kantin kafe.

Lily memandang sahabatnya dengan muka blur,kemudian dia menggaru kasar kepalanya dan merenung Hana dengan tajam. Hana turut menyedarinya dan menyebabkan dia berundur sedikit ke belakang,Lily masih merenungnya.

"Apa?" Soal Hana gugup takut jadinya dengan renungan sahabatnya.

"Kau suka senior bukan? Suka Hairil?" Soalan Lily membuat orang yang mencuri dengar terkejut.

"Ataupun kau dah suka orang lain pulak?" Soal Lily lagi dan Hana terkejut.

"Tak! Saya suka senior lagi...tapi..." kata-kata Hana terhenti,Lily hanya menghela nafas kesal.

"Hana..." kata Lily lembut dan Hana memandang ke arah sahabatnya itu.

"Kalau kau suka dia...pergi luahkan,sekarang tak ada nak fikir istilah perigi mencari timba..." kata Lily lagi dan Hana masih mendiamkan diri.

"Kalau kau tak nak senior terlepas pada tangan orang lain...ada baiknya bertindak cepat..lagipun kau dengan senior semakin rapat aku tengok.." kata Lily diselangi usikan.

"Maybe he just think me as a little sister.." kata Hana masih kurang yakin.

"Itu kata kau...kata dia pula? Ada dia kata macam tu?" Soal Lily dan Hana menggelengkan kepala.

"Good..terima pelawaan dia sahaja..mana la tahu untung badan kau boleh jujur dengan perasaan kau nanti.." kata Lily lagi tersenyum.

"Lily...thanks..." Hana memegang tangan Lily sambil tersenyum.

"Itu gunanya sahabat,Hana...." balas Lily tersengih.

Pada masa yang sama orang yang mencuri dengar itu,sekadar tersenyum dan menghela nafas pendek kemudian dia beredar dengan segera.

Siapa agaknya?

🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba,Hana menarik nafas panjang kemudian dihelakan supaya menghilangkan rasa gemuruhnya. Dia menggigit bawah bibir dan melihat pada jam,Hairil ada beritahunya akan ambil di rumah kemudian die melihat ke cermin..

rujukan bagi penampilan Hana

"Harap ini okay...." ujarnya sendirian.

Dia menuruni tangga dan ibu bapanya menoleh ke arahnya sedikit terkejut,ibunya tersenyum sinis melihat penampilan anak daranya itu.

"Apa?" soal Hana hairan.

"Waa...cantik anak dara ayah ni...nak ke mana?" soal ayah Hana,dan gadis itu tertunduk segan.

"Anak dara abang nak dating la tu...apa la abang ni..." ujar ibu Hana .

Kedengaran bunyi loceng dan segera Hana berlari menuju ke pintu,sebaik dibuka Hairil sudah berdiri sambil tersenyum. Muka Hana sedikit merah dan Hairil juga sama,melihat penampilan gadis remaja dengan mekap yang ringkas itu.

"Ah senior...." Hana terkedu.

"Asalamualaikum...hai.." sapa Hairil tersenyum dan Hana gugup.

"Waalaikumussalam datang nak jemput Hana ya..." ibu Hana muncul dengan tiba-tiba.

"Ya...dan cik ni..." Hairil terkejut apabila seorang wanita cantik muncul di belakang Hana.

"Maafkan auntie..nama auntie Lara,ibu kepada Hana..." jelas ibu Hana dan Hairil terlopong,matanya memandang Hana dan ibunya berulang kali.

Hana tidak mahu menimbulkan tanda tanya,lantas dia menarik tangan Hairil beredar dari situ. Ibu Hana Lara hanya tersenyum melihat reaksi comel anaknya itu,kemudian tersenyum dan ketawa kecil.

"Like mother like daughter..." ayah Hana muncul dengan tiba-tiba.

"Hehehe...agak-agak itu kot bakal menantu kita?" kata Lara dan ayah Hana,Zahari sekadar menggelengkan kepala mendengar komen isterinya.

"Kalau ya bagus gak...lepas habis sekolah tinggi kahwinkan je.." balas Zahari selamba.

"Amboi abang..." kata Lara menjelingnya tersenyum.

Hana hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan,tangannya masih erat memegang tangan Hairil. Melihat reaksi Hana sedemikian,Hairil tersenyum menghela nafas pendek kemudian berhenti dengan lembut.

"Senior?" soal Hana terkejut sebaik menoleh,kemudian Hairil menunjukkan tangannya.

"Huh? Maaf!...maaf!!.." kata Hana menundukkan kepalanya berulang kali.

"Shall we get going...?" soal Hairil tanpa menghiraukan reaksi Hana.

"Huh? Ke mana?" Hana menyoal kembali dan Hairil hanya tersengih.

"Theme park..!"

Keretapi automatik meluncur laju menuju ke destinasi iaitu,Aqua City untuk ke taman tema terbesar di dunia. Perjalanan agak lama menyebabkan Hana tertidur di bahu Hairil,lalu pemuda itu memerhatikan keadaan si gadis itu tidur.

"Hmm....comel.." kata Hairil.

Akhirnya mereka tiba di perhentian yang ditetapkan,mereka berdua segera turun dari keretapi dengan segera. Hairil dan Hana kagum dengan keadaan sibuk di bandar itu,orang ramai berpusu-pusu melintas di hadapannya. Hairil dengan tiba-tiba memegang tangan Hana,menyebabkan gadis itu terkejut.

"S-senior?..." Hana masih terkejut.

"Pegang betul-betul..saya tak nak kita terpisah nanti.." ujar Hairil tersenyum girang,Hana tersentak kemudian tersenyum sambil mengangguk.

"Baik!...."




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top