Menu 11 : Laira Suffa Al'Hisyam

"Semua sekali 13 dollar.." ujar Chloe mengira pembayaran pada pelanggan.

"Terima kasih..datang lagi.." kata Chloe lagi tersenyum.

Chloe yang sedang memberi pertukaran wang,diperhatikan oleh Rasif yang sedang mengelap gelas. Dia tersenyum melihat gelagat gadis musang itu,Lily dan Hana turut terkejut pada mulanya namun mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan dengan Chloe.

"Chloe! Kami pulang dulu.." ujar Lily melambai tangannya,begitu juga Hana.

"Bye...jumpa esok.." Chloe membalas lambaian tangan mereka berdua.

Jam tepat menunjukkan pukul 9 malam,pelanggan tidak ramai dan Chloe sedang tidur kepenatan di riba Nina. Ikhwan tiba bersama Alisa,selepas diberitahu hal ini.

"Tak apa ke kalau kau yang jaga dia?" Soal Ikhwan.

"Tak apa bro...meriah sikit kat rumah nanti..lagipun adik aku dah tahu hal ni.." jawab Arjuma.

"Comelnya dia...macam manusia kalau telinga dengan ekor tak ada.." ujar Alisa memerhatikan wajah Chloe.

"Betul tu miss Alisa..." ujar Nina tersenyum.

"Siapa nama dia?" Soal Alisa.

"Chloe..." jawab Nina dan Alisa mengangguk faham.

"Tuan putera...kopi?" Soal Rasif.

"Boleh juga...jadi Arjuma kes pasal hantu tu..dah selesai la ya? Aku nak beritahu abang aku Reezal hal ni.." ujar Ikhwan.

"Haah...meh minum kopi dulu..." ujar Arjuma dan Ikhwan sekadar mengangguk sahaja.

Oleh kerana pelanggan kurang,Arjuma berbual dengan Ikhwan sepanjang malam. Rasif turut serta dan berbagai cerita mereka luahkan,kadang-kala mereka ketawa dengan jenaka. Hairil juga mencelah sekali-sekala,jika tidak memasak.

Akhirnya malam semakin larut,Ikhwan dan Alisa mengambil keputusan untuk beredar. Chloe masih lagi lena,nasib baik Arjuma datang menaiki kenderaannya kalau tidak mesti dia kena mendukungnya.

"Kami pulang dulu Arjuma..." kata Ikhwan dan hilang dalam bulatan teleportasi.

Arjuma mendukung Chloe dan diletakkan pada kerusi penumpang hadapan,dibetulkan posisi Chloe supaya tidak jatuh atau dia terbangun. Hairil membantunya mengunci pintu,sebaik selesai memerhatikan Arjuma beredar meninggalkannya.

"Baiklah...masa untuk balik..." ujar Hairil menggeliat.

♎♎♎♎♎♎♎

Arjuma tiba di halaman rumahnya,kenderaan diparkir di dalam garaj. Chloe masih lagi lena,kelihatan dari dalam lampu rumah menyala terang di ruang tamu.

"Dah balik agaknya budak tu.." ujar Arjuma.

Sebaik mematikan enjin dia turun dari keretanya,Chloe didukungnya sekali lagi masih tidak bangun. Tidur mati betul.

"Saya dah balik...." ujar Arjuma sebaik menolak pintu.

"SELAMAT PULANG!!!" Laira menjerit meraikan kepulangan abangnya.

"Shhh!!!..." Arjuma meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.

Laira menekup mulutnya sendiri,menyedari gadis musang itu sedang tidur lena. Namun sudah terlambat kerana Chloe akhirnya tersedar dari lena,dia terkejut apabila Arjuma mendukungnya namun dia terus memeluk erat pemuda itu.

"Chloe?" Arjuma sedikit terkejut.

"Wuuu...." Laira menekup mulutnya tersenyum.

Chloe kembali lena dan diletakkan sebilik dengan Laira,nasib baik ada Laira membantu menyalin pakaian tidur. Selesai salin baju tidur,selimut ditarik menutup tubuh gadis musang itu.

"Bagaimana?" Soal Arjuma sebaik Laira kembali ke dapur.

"Tiada sebarang masalah.." ujar Laira tersenyum.

"Thanks..." ujar Arjuma mengusap kepala adiknya.

"Tapi saya terkejut...sebab abang memilih sebagai tamer..." kata Laira.

"Pelik sangat ke...?" Soal Arjuma.

"Bukan pelik tapi terkejut .." jelas Laira dan Arjuma mencebik sambil mengangguk kepala.

"Ala abang memang ada kelas tu kan..." ujar Arjuma sambil menekan punat air panas pada mesin air.

Tamer
~kelas bagi seseorang itu yang memiliki Spirit Animal seperti Chloe.

"Hehehe..." Laira tersenyum girang dan Arjuma kehairanan.

"Kenapa senyum macam orang gila ni?" Soal Arjuma selepas menghirup air kopi buatan sendiri.

"Nothing...macam dapat adik bila Chloe ada dengan kita..." ujar Laira dan Arjuma mengangguk faham.

"Jadi jaga dia elok-elok masa abang tak ada okay?" Arjuma memberi pesanan.

"Baik......" Laira mendabik hormat.

Arjuma dan Laira ketawa selepas itu,hubungan mereka berdua memang rapat. Antara salah satu faktor Arjuma bersara awal,adalah kerana Laira. Kopi dihirup sehingga habis,sebelum Arjuma bergerak ke bilik.

"Selamat malam abang..."

"Selamat malam adik.."

♎♎♎♎♎♎♎

Pagi mula menjengah dan malam beredar,Arjuma seperti biasa bangun dari tidur. Sedikit demi sedikit pandangannya semakin jelas,dan kelihatan wajah Chloe memandangnya.

"Chloe? Apa awak buat?" Soal Arjuma selamba dan menyedari Chloe berada di atas badannya.

"Errmm...Laira suruh saya kejutkan tuan..." kata Chloe.

"Ini awak kata kejutkan saya? For god sake..." ujar Arjuma menekup mukanya.

"Hehe...muka awak masa tengah tidur comel..sebab tu saya tak kejutkan.." kata Chloe dan Arjuma sekadar tersenyum serta mengusap kepala Chloe.

"Awak nak bodek saya ke?" Soal Arjuma menggelengkan kepalanya.

"Hehehe...." Chloe sekadar tersenyum ceria.

"Chloe...boleh awak turun...saya nak bangun ni.." pinta Arjuma lembut.

Chloe sekadar ketawa sahaja sebelum dia turun dari badan Arjuma,Chloe segera keluar dari bilik tuannya. Pemuda itu sekadar menggelengkan kepala,dan mengambil tuala kemudian menuju ke bilik mandi.

Seusai mandi dan menyalin pakaian,Arjuma turun dan menuju ke dapur. Dia menguap panjang kemudian menggeliat,musim panas masih panjang.

"Selamat pagi..." sapa Arjuma sebaik memasuki dapur.

"Pagi..." serentak Laira dan Chloe menjawab,Arjuma tersenyum sendirian.

"Sarapan apa hari ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top