AM 16
Ariana melihat rumah banglo tersergam indah di depan matanya. Dia melirik ke arah Tengku Asyraf yang turut memandang dirinya seraya tersenyum manis. Ariana hanya mampu tersenyum hambar
Ya, dia perlu terima hakikat yang dia ini abang kandungnya tapi dirinya pula cuma anak tidak sah taraf.
"Gementar? Jangan gementar ada abang di sisi Ariana." kata Tengku Asyraf seraya memeluk Ariana untuk meredakan rasa gementarnya.
"Jadi inilah anak perempuan itu?"
Ariana segera menoleh taktala mendengar suara wanita. Dia melihat seorang wanita yang sangat elegan namun pada masa yang sama terserlah aura dinginnya. Wanita itu hanya memandang Ariana dengan wajah dinginnya jelas terserlah tidak selesa akan kehadiran Ariana.
"Assalamualaikum Pua-" belum sempat Ariana ingin memperkenalkan dirinya wanita itu terus sahaja masuk meninggalkan Ariana dan Tengku Asyraf.
"Jom masuk." Tengku Asyraf terus menarik tangan Ariana memasuk ke dalam rumah itu.
Ariana hanya mampu meronta dalam hati agar dapat lari namun itu hanyalah terluah dalam hati. Alangkah indahnya jika rahsia itu tetaplah rahsia agar dia tidak perlu hadapi perkara seperti ini.
Ariana hanya mampu mengeluh perlahan.
...
"Ariana Mikayla?"
Ariana hanya mampu tersenyum tipis sahaja. Terasa gerun dirinya taktala berhadapan dengan keluarga kandungnya. Rasa sangat tidak selesa menghimpit dirinya dan ingin sahaja dia berlari keluar namun hanya mampu ditahan sahaja.
Tengku Iskandar terus sahaja memeluk Ariana. Rasa rindunya terhadap satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Satu-satunya anak yang dikandungi oleh wanita yang sangat dia cintai. Dicium juga ubun Ariana dengan penuh kasih sayang
Asyraf yang melihat adegan itu hanya mampu tersenyum sahaja. Tidak pernah dia melihat ayahnya menunjukkan sikap seperti itu. Tidak pernah dalam seumur hidup dia melihat ayahnya menunjukkan sifat kasih sayang
Termasuk dirinya.
Iskandar mengelus lembut pipi Ariana. Dia mengakui kecantikan Ariana sangat diwarisi oleh ibunya. Wajah dia sahaja mampu mengingati terhadap wanita yang dia cintai itu.
"Dah puas buat adegan bapa bertemu anak? Dah puas nak berkasih sayang di rumah ini?" sindiran itu cukup membuat Iskandar melepaskan pelukan tersebut.
"Ibu..."
Tengku Zainab mendekati Ariana lalu diperhati gadis di hadapannya. Dia memandang Ariana dengan pandangan cukup menjijikkan akan kehadirannya. Dia pantas menarik tangan Ariana dan hampir sahaja dia terjatuh akibat tarikan kasar itu.
"Kenapa kau perlu muncul lagi? Apa kau nak? Nak hancurkan keluarga ni? Nak rampas harta?" bertubi-tubi soalan dilemparkan terhadap Ariana seraya mencengkam lengannya
"Saya cuma datang melawat.." perlahan sahaja Ariana menjawab. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Zainab namun tangan wanita itu sungguh kuat mencengkamnya.
"Ibu, sudahlah." Iskandar terus sahaja melepaskan lalu menarik Ariana mendekati dirinya. Dielus lembut lengan Ariana itu.
"Sakit tak?" tanya Iskandar dengan prihatin dan Ariana hanya mampu mengangguk perlahan.
Zainab hanya mampu ketawa sahaja melihat mereka. Tidak pernah pula dia melihat perilaku Iskandar seperti ini. Semakin panas hatinya dek melihat kemesraan anak beranak itu.
"Wah, perubahan yang sangat mendadak. Tak pernah lagi kau begini, Iskandar. Apa budak ni buat sampai kau boleh luluh begitu saja?"
Iskandar mendecit taktalah mendengar kata-kata pedas ibunya. Dia memang tahu perkara ini akan jadi seperti ini. Dia memang ibunya dan jelas wajahnya sangat menahan amarah yang hampir meletup.
"Is cuma nak lepaskan rindu dekat anak perempuan Is, ibu. Takkan itu pun salah?"
"Salah sangat. Sebab apa? Sebab itu anak tidak sah taraf. Anak haram!" Zainab menyembur terus tepat pada Ariana. Terus sahaja ditolak tubuh Ariana hingga dia terduduk.
Ariana cuba menahan rasa geram dan tangisan pada masa yang sama. Sungguh sakit bila digelar anak haram dengan nenek sendiri.
"Ariana.."
"Asyraf duduk diam. Jangan masuk campur. Biar nenek ajar sikit perempuan ni. Tak tahu malu, ada hati nak tunjuk muka di sini."
"Cukup!" bergema suara Iskandar di ruang tamu itu.
Iskandar memandang ibunya yang turut memerhatinya. Jelas terpancar amarah di matanya dengan tindakan dirinya. Iskandar mengeluh perlahan dan hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tidak mampu berkata apa dek kerana masih ada hormat terhadap ibunya.
"Saya minta diri dulu." pamit Ariana dan keluar dengan tergesa-gesa. Tidak sanggup untuk berlama di rumah ini. Sungguh dia dah dapat agak pertemuan ini akan menjadi titik permulaan musuh dan pergaduhan.
Keluar sahaja Ariana dari rumah itu, dia terserempak pula dengan Haiqal. Jelas dia dapat melihat wajah tampan itu seolah-olah bersimpati dengan dirinya.
"Ariana.."
"Jangan, Haiqal. Saya okay dan tak perlu simpati awak." kata Ariana
"Mari saya hantar awal balik. Saya tahu awak mesti penat kan." pelawa Haiqal seraya tersenyum lebar.
Ariana memandang Haiqal.
"Tidak apalah, saya boleh order Maxim. Lagipun saya tidak mau susahkan orang." kata Ariana lalu mengeluarkan telefonnya.
Baru sahaja Ariana ingin membuka aplikasi Maxim, terus sahaja dirampas telefon itu. Terkebil-kebil Ariana taktala telefon dia diambil begitu sahaja. Dia menjeling ke arah Haikal yang sudah tersengih memandang dirinya.
"Apa masalah awak? Saya nak berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang lain."
"Tak apalah. Kalau untuk Ariana, tiada perkataan menyusahkan. Jom saya hantar awak okay." Haiqal terus jalan meninggalkan Ariana di belakang.
Ariana yang rasa menyampah hanya mampu mengikut sahaja. Dalam diam, terukir senyuman di bibir mungil itu.
...
"Awak culik saya? Ini bukan jalan balik rumah saya." terpinga-pinga Ariana melihat Haiqal menuju jalan bertentangan.
Haiqal hanya tersenyum sahaja. Dia menoleh sekilas dan jelas terpancar wajah kekeliruan Ariana
Comel juga dia ni.
"Dengar tak? Awak bawa saya pergi mana? Hey, jangan cakap awak nak jual saya? Saya masih muda lagi dan-" terus sahaja mulut Ariana terkunci taktala melihat pemandangan pantai tersergam indah di depan matanya.
"Apa kita buat di sini?" matanya masih tertancap pada pantai di depan matanya.
Sangat cantik dan sedap sahaja mata memandangnya.
"Ambil angin. Lagipun, saya tahu awak mesti penatkan tadi. Apa salahnya tenangkan diri di sini."
Ariana terus sahaja keluar dan menghirup udara segar. Rasa tenang sahaja hatinya di pantai ini. Dia pantas sahaja duduk dia atas pasir itu. Biarlah baju itu kotor yang penting ketenangan hati adalah paling utama.
"Ariana.."
Ariana terus menoleh dan terpinga-pinga melihat Haiqal asyik tersenyum sahaja melihat dirinya. Rasa malu mula menghambat diri apabila diperhati begitu sahaja.
"Awak dah kenapa? Asyik senyum saja dari tadi. Ada apa-apakah yang saya perlu tahu?"
Haiqal terus melutut depan dia dan di tangannya terdapat 108 bunga ros berwarna merah yang telah diikat dengan kemas.
Membulat mata Ariana melihat jumlah bunga ros yang banyak. Berkedip mata dia melihat bunga ros dan Haiqal silih berganti. Rasa teruja dan keliru bercampur baur ketika inim
Dah kenapa tiba-tiba sahaja bagi bunga ros?
"Haiqal, kenapa bagi bunga ros banyak ni?" tanya Ariana dengan pelik.
Haiqal masih sahaja dengan senyumannya, terus sahaja dia meletakkan bunga ros itu di tepi Ariana sebelum duduk di sebelahnya. Terus sahaja dia menatap wajah polos itu.
"Saya bagi bunga ros ni ada sebab. Awak tahu tak bunga ros ni melambangkan apa?"
"Melambangkan bunga?"
Terus sahaja Haiqal tergelak mendengar jawapan Ariana. Sungguh mencuit hati lelaki di dalam dirinya.
Ariana terus mencebikkan bibirnya. Mahu sahaja dia melepaskan cubitan pada Haiqal namun terhalang dengan batas antara lelaki dengan perempuan. Takkanlah nak cubit anak teruna orang begitu sahaja.
"Bunga ros warna merah melambangkan cinta ikhlas yang tulus, berani untuk menempuhi apa sahaja cabaran-" dia menjeda seketika dan melihat reaksi Ariana
Ariana terpegun mendengar penjelasan dari Haiqal. Dia menatap mata Haiqal. Terasa berdetak laju jantung dia dan dia terus dapat menangkap apa maksud Haiqal itu.
"- dan merupakan tanda rasa cinta kepada seseorang yang dia cintai." Haiqal mula merapatkan jarak antara mereka dan mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah baldu.
Makin tidak keruan Ariana taktala melihat tingkah Haiqal.
"Haiqal, awak tak salah-"
"Saya tak salah langsung Ariana. 108 bunga ros tu pula membawa maksud-" terus Haiqal melutut kembali dan segera membuka kotak tersebut.
Terserlah sebentuk cincin bertatahkan berlian. Kelihatan sangan simple namun elegan dan eksklusif pada masa yang sama.
Ariana terus berdiri dek kerana terkejut dengan tindakan Haiqal. Dia memandang silih berganti dan tiba-tiba rasa keliru mula menghimpit diri dia.
Apa semua ini?
"- jom kahwin?"
Saya kembali setelah 4 tahun hilang🤣
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top