AM 07

"Kamu siapa?" tanya Puan Raudah apabila melihat jejaka kacak yang berada di sisi anaknya

"Saya Haiqal, mak cik" kata Haiqal dengan sopan seraya menghadiahkan senyuman kepada Puan Raudah

"Haiqal asal mana? Mak cik tak pernah nampak muka Haiqal sebelum ni"

"Saya asal dari Kuala Lumpur. Saya datang sini pun sebab ibu dan ayah angkat saya ajak saya untuk join majlis amal" jawab Haiqal lagi

Ariana sekadar memerhati sahaja Puan Raudah dan Haiqal yang rancak berborak. Terasa senang sahaja hatinya melihat uminya ramah dengan Haiqal

Bukan selalu Puan Raudah jadi terlebih ramah seperti ni

"Ariana!" jerit satu suara dengan lantang

Terkejut Ariana apabila namanya diseru dengan kuat sekali. Puan Raudah dan Haiqal juga turut terkejut mendengar jeritan lantang seseorang

"Kenapa terjerit-terjerit ni? Nasib mak cik tak ada sakit jantung! Kalau tak, memang kena usung sudah ke hospital" sindir Puan Raudah kepada Adhnan

Adhnan sekadar tersengih sahaja. Dia mengosok tengkuknya apabila terasa malu kerana terjerit nama Ariana dengan lantang

Haiqal menjeling sekilas ke arah Adhnan yang sedang tersengih. Dia mencebikkan bibirnya

'Ingat handsome?' desis Haiqal

"Sorry, mak cik. Saya sebenarnya nak jumpa Ariana sekejap. Ada hal penting yang saya nak cakap dekat dia" kata Adhnan seraya menjeling sekilas ke arah Ariana

"Tak ma-"

"Pergilah.." terus sahaja Puan Raudah berkata sebelum Ariana sempat membalasnya

Puan Raudah memberi isyarat mata kepada Ariana agar dia mengikut Adhnan. Ariana sekadar mengangguk terpaksa sahaja

Dengan hati yang berat, Ariana mengikut Adhnan

Haiqal sekadar memandang Ariana mengikut jejak Adhnan dengan jelingan tajam

"Mak cik.." terus sahaja Puan Raudah menoleh ke arah Haiqal

"Boleh tak saya nak tanya satu soalan?"

"Tanya jelah, Haiqal. Mak cik tak makan orang pun" seloroh Puan Raudah membuatkan Haiqal tergelak

"Ariana suka Adhnan ke?" terus sahaja Haiqal bertanya kepada Puan Raudah tanpa segan silu

Puan Raudah tersenyum mendengar soalan daripada Haiqal. Dia bukan nak syok sendiri tapi dia rasa Haiqal suka dengan Ariana

"Ariana memang suka dekat Adhnan tapi itu dululah sebelum Ariana tahu tentang pertunangan Adhnan"

Haiqal sudah menghela nafas yang lega. Maksudnya, dia ada peluang untuk 'mengambil' Ariana

"Mak cik balik dululah. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

××××××

"Awak nak cakap pasal apa?" terus sahaja Ariana bertanya kepada Adhnan

"Kenapa awak kembalikan hadiah yang saya berikan kepada awak?" tanya Adhnan dengan serius seraya menunjukkan plastik serta kotak kepada Ariana

Ariana tersenyum kelat

"Saya kembalikan sebab saya rasa saya tak perlukan lagi hadiah awak" Ariana memberi jawapan yang selamat

Adhnan tergelak sinis. Terus sahaja matanya tajam memandang ke arah Ariana

Ariana pula rasa gerun melihat renungan tajam daripada Adhnan. Dia mengundur ke belakang sedikit demi sedikit apabila Adhnan mendekati dirinya

"A-Adhnan.." gagap sahaja Ariana berkata taktala melihat wajah tegang Adhnan

"Kenapa awak tak perlukan hadiah saya?" tanya Adhnan dan dia mengepal penumbuknya

"Sebab.."

"Sebab apa?!" jerkah Adhnan dengan kuat membuatkan bahuku terhinjut

"Sebab awak sudah bertunang" jawab Ariana dengan laju

Dia betul-betul rasa takut dengan Adhnan sekarang. Dengan wajah yang serius dan muka merah seperti menahan amarahnya

Adhnan terus mencengkam kedua pipi Ariana dengan kuat membuatkan Ariana mendesis sakit. Ariana cuba melepaskan cengkaman Adhnan daripada pipinya tetapi dia tak mampu kerana kudrat lelaki lebih kuat berbanding perempuan

"Le-lepaslah Adhnan! Awak tahu tak haram bersentuhan dengan bukan mahram!"

"Aku tak kisahlah kalau haram sekalipun sebab aku tahu yang kau sama murah seperti ibu kau!" tengking Adhna

Dari saya-awak kepada kau-aku

Tergamam Ariana dibuatnya apabila Adhnan mengelar dirinya murah dan lagi teruk, Adhnan turut membabitkan uminya

"A-awak jangan nak nak gelar saya dan umi murah kalau awak tak tahu apa-apalah!" giliran Ariana pula menengking walaupun pipinya masih lagi dicengkam

"Kenapa kau sakit hati ke? Memang patut pun kau digelar murah dan pelacur sebab aku yakin yang kau sama macam ibu kau!"

Ariana terus mengalirkan matanya. Sungguh dia tak sangka Adhnan berubah seratus peratus membuatkan dia takut kepadanya

Mana Adhnan yang baik hati? Mana Adhnan yang merupakan sahabatnya? Mana Adhnan yang lembut orangnya?

Mana?!

"Kau mahu tahu tak kenapa aku bertunang dengan orang lain sedangkan aku sebenarnya sukakan kau dan aku sangat cintakan kau, Ariana?"

Ariana mendiamkan diri sahaja

"Sebab aku dipaksalah! Berkali-kali aku tolak tapi ibu dan ayah aku tetap juga nak tunangkan aku dengan Aira. Aku tak suka dia tapi kau!" kata Adhnan sebelum dia mendekatkan mukanya pada Ariana

Ariana sudah memejamkan matanya. Dia sangatlah takut ketika ini dan berharap ada orang akan membantunya

BUKK!!

Sebuah tumbukan ditujukan kepada Adhnan membuatkan dia terjatuh. Cengkaman pada pipi Ariana turut terlepas

Ariana segera mengundur beberapa langkah ke belakang. Sungguh dia berasa trauma dengan situasi ini

"Kau tak sepatutnya sentuh dia sesuka hati! Perempuan sepatutunya dilindungi dan kau tak sepatutnya sesuka hati sentuh dia!" jerkahnya kepada Adhnan

Adhnan terus sahaja bangun. Luka yang berada di bibirnya langsung tak dikisahkan. Matanya mencerlung memandang lelaki di hadapannya seraya tersenyum sinis

"Haiqal? Kenapa kau pertahankan dia? Sudah jatuh hati dekat perempuan ni?" jelas soalan ditujukan oleh Adhnan kepada Haiqal seperti sedang menyindir Haiqal

"Kalau aku jatuh hati dekat dia pun ada masalah ke?"

Adhnan mengetap bibirnya. Terasa dirinya dicabar oleh Haiqal, dia terus sahaja melayangkan penumbuknya tapi Haiqal lagi pantas mengelak

Haiqal tersenyum sinis

"Well, I assume that you are really bad at punching people"

Makin menyirap Adhnan dibuatnya mendengar sindiran daripada Haiqal. Seolah-olah dirinya dipandang rendah olehnya

"Dia tak layak untuk kaulah!"

"Jadi dia layak dengan kau ke?" bidas Haiqal

"Kau..." jari telunjuk Adhnan dihalakan tepat pada wajah Haiqal

"You messing with the wrong people, Adhnan" kata Haiqal sambil tersenyum mengejek

"Sudah!" Ariana terus menyampuk apabila situasi tersebut semakin tegang

"Nasib kau memang baik sebab Ariana ada. Kalau tak, lebam muka kau aku kerjakan" kata Haiqal dengan nada yang serius

Adhnan mendengus geram. Dia menoleh memandang ke arah Ariana tetapi Ariana terus sahaja menunduk. Dia takut nak bersemuka dengan Adhnan

Adhnan terus sahaja berlalu dari situ. Panas hatinya pada Haiqal belum reda lagi ni

Haiqal terus mengalihkan pandangannya kepada Ariana. Jelas kelihatan wajah wanita tersebut seperti agak pucat

"Kau okay?" tanya Haiqal dengan prihatin

Ariana sekadar mengangguk sahaja. Dia mengambil plastik serta kotak yang seharusnya Adhnan membawa balik

"Apa tu?" tanya Haiqal

"Ini hadiah yang Adhnan bagi saya sebelum ini. Saya nak balikkan dekat dia sebab saya rasa tak ada guna lagi simpan hadiahnya tapi lain pula jadinya" kata Ariana seraya membelek hadiah tersebut

Terus sahaja Haiqal merampas hadiah tersebut daripada pegangan Ariana. Terkejut juga dibuatnya apabila Haiqal tiba-tiba sahaja mengambilnya

"Awak bagilah balik! Saya nak kembalikan dekat dia" kata Ariana seraya cuba merampas hadiah tersebut daripada Haiqal

"Kau nak bagi dekat dia selepas apa yang dia buat dekat kau?"

Ariana menggigit bibir bawahanya. Dia agak bersetuju juga dengan kata-kata Haiqal

"Jangan buat begitu"

"Hah?"

Haiqal tersenyum senget. Terus sahaja dia mendekatkan dirinya kepada Ariana membuatkan Arian terkaku

"Jangan gigit bibir kau sebab aku tergodalah" bisik Haiqal perlahan di telinga Ariana membuatkan muka Ariana berona merah

"Saya tak goda awaklah!" jerit Ariana membuatkan Haiqal tergelak besar

"Gila punya lelaki!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top