AM 05

Ariana Mikayla

ººººººººº

Pada petang itu, Haiqal mengikut Pak Azmi menuju ke rumah anak yatim

Haiqal sekadar menyarungkan T-shirt berwarna putih bersama seluar jeans. Ringkas tapi yang paling penting sekali adalah selesa

Ramai mata-mata memandang ke arah mereka atau lebih tepat memandang Haiqal tetapi Haiqal mengendahkan sahaja pandangan-pandangan penduduk tersebut

"Ya Allah! Kacaknya mamat di sebelah Pak Azmi tu! Boleh dijadikan suami aku ni"

"Mukanya macam orang Korea doh aku tengok"

"Bakal suami aku tu!"

"Boleh jadi menantu aku ni!"

Dan banyak lagilah penduduk berkata tentang dirinya dan kebanyakannya adalah pujian daripada anak dara dan mak cik-mak cik di situ

Pak Azmi tersengih sahaja melihat riak wajah Haiqal yang dingin apabila menerima pujian daripada penduduk kampung

Biasanya, kalau lelaki dipuji, memang kembang seinci hidung dorang tapi Haiqal lain sedikit daripada lelaki yang lain

"Kenapa muka ketat semacam ni? Takkan orang puji pun muka macam nak makan orang" gurau Pak Azim

"Haiqal rimaslah dengar pujian orang sampai jenuh telinga Haiqal mendengar pujian yang sama setiap hari. Haiqal rasa nak tutup telinga guna earphone" kata Haiqal lalu mendengus kasar

Pak Azim mengecilkan matanya apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Haiqal

'Lain macam je ayatnya' desis Pak Azmi

"Pak Azmi!"

Pak Azmi terus sahaja menoleh apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang

"Kenapa Ariana? Ada orang buat masalah lagi dekat rumah umi kamu lagi?" terus sahaja Pak Azmi menyoal Ariana

Aku menggeleng seraya tersenyum kelat. Terus sahaja aku menyerahkan plastik berserta kotak kepada Pak Azmi

"Boleh tak Pak Azmi berikan semua ni dekat Adhnan? Sebenarnya ini hadiah Adhnan untuk saya tapi saya rasa tak perlukan lagi" kataku

"Adhnan beri hadiah ni untuk kamu jadi kamu simpanlah. Bukan selalu Adhnan berikan hadiah ni kepada orang lain" kata Pak Azmi tanda dia tidak mahu mengambil hadiah tersebut

Haiqal pula tidak mengalihkan langsung pandangannya daripada Ariana seperti dia pernah nampak mukanya di sesuatu tempat

Tiba-tiba otaknya teringatkan sesuatu

'Bukan ini perempuan yang menangis semalam ke? Tak sangka dapat jumpa dia lagi' desis Haiqal

"Amboi! Kau memang tak sedar dirilah Ariana! Mentang-mentanglah ada lelaki handsome, terus kau acah jadi ayu kan? Dasar perempuan sundal" kata Ayu dengan lancang sekali

Aku terus menundukkan kepala apabila dituduh sebegitu

"Kenapa mulut kamu kurang ajar sangat, Ayu? Ibu bapa kamu tak ajar adab dan cara menghormat orang lain ke?" sindir Pak Azmi

Haiqal pula memandang sekilas perempuan yang dipanggil Ayu. Ayu terus sahaja tersenyum manis serta melentikkan badannya untuk menarik perhatian Haiqal

Haiqal sudah membuat muka menyampah apabila perempuan tersebut berkelakuan seperti itu. Rasa nak muntah hijau je tengok gediknya

"Ibu dan ayah saya ajar supaya tak hormati orang yang tiada maruah macam budak tu. Harap aje muka cantik tak perangai tak cantik langsung. Betulkan apa yang saya cakap abang handsome?" kata Ayu lalu mengenyitkan matanya

Makin meluatlah Haiqal apabila Ayu memanggilnya sebegitu dan dia kembali memandang Ariana yang hanya mendiamkan diri sahaja

Aku yang mendengarnya cuba menahan air mata daripada mengalir. Aku mengelipkan mata beberapa kali sebelum memandang Pak Azmi sambil tersenyum

"P-Pak Azmi ambillah hadiah ni. Saya nak balik dulu sebab saya takut umi saya cari saya" kataku lalu segera menyerahkan hadiah tersebut kepada Pak Azmi

Aku memandang sekilas lelaki yang berada di sebelah dan hanya memberikan senyuman nipis sahaja dan Haiqal turut membalas senyumannya

"Terima kasih sebab bagi tisu, encik" ucapku lalu segera berlalu dari situ

Haiqal pula sudah tersenyum mendengar ucapan daripada. Dia memandang Ariana yang semakin lama semakin menjauh daripada dirinya

Pak Azmi sudah menayangkan senyuman penuh makna kepada Haiqal kerana ini kali pertama dia melihat Haiqal begitu

Ayu pula sudah berlalu dari situ apabila dirinya langsung tak dilayan oleh abang kacak

"Amboi! Nampaknya babah akan dapat menantulah tahun ini" seloroh Pak Azmi

Haiqal pula sudah malu apabila dirinya diperhati apabila oleh Pak Azmi

"Soon babah dan babah akan dapat menantu sebab Haiqal sudah ada pilihan hati"

Pak Azmi terasa geli hati melihat Haiqal seperti disampuk oleh hantu cinta. Nampak sangatlah Haiqal angau dengan Ariana!

"Mengadalah kamu, Haiqal. Kalau kamu nak Ariana, kamu mesti tahu segala tentang dirinya dan latar belakangnya"

"Kenapa pula? Haiqal tengok dia baik je dan paling penting dia tutup aurat"

"Memang dia baik tapi ada satu perkara yang kamu tak tahu pasal dia dan kalau kamu tahu, babah pun tak tahu kalau dapat terima dirinya atau tidak"

"What do you mean?"

Pak Azmi sekadar tersenyum nipis lalu meninggalkan Haiqal yang bingung bersendirian

"Aku mesti siasat ni!"

××××××

"Umi nak pergi mana?" tanyaku apabila melihat umi yang baru sahaja mengunci pintu rumah

"Umi nak pergi rumah Mak Cik Husna. Riana nak ikut?"

"Mahu!" terus sahaja aku menjawab pertanyaan umi

"Jomlah"

Aku terus sahaja berjalan beriringan dengan umi menuju ke rumah Puan Husna. Lagipun, rumahnya selang 3 rumah je daripada rumah kami

"Umi.."

"Apa?"

Aku sebenarnya lama juga nak tanya soalan ni tapi aku takut umi takkan jawab soalan aku

"Sebenarnya, Riana sudah lama nak tanya soalan ni tapi Riana takut umi tak mahu jawab soalan Riana dan terasa" aku cuba berkias kata terlebih dahulu

"Riana nak tanya apa sebenarnya?"

"Siapa ayah Riana? Kalau umi tak mahu beritahu pasal ayah, tak mengapa cuma Riana nak tahu macam mana ciri-ciri ayah Riana"

Langkah Puan Raudah berhenti apabila mendengar soalan daripada Ariana. Puan Raudah memusingkan badan ke arah Ariana dan jelas mukanya ingin tahu

"Riana tak perlulah tahu pasal dia. Umi rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk ceritakan semuanya pada Riana" jawab Puan Raudah untuk mengelak dirinya daripada menjawab soalan Ariana

Aku terdiam mendengar balasan daripada umi. Aku betul-betul imgin tahu siapa ayah kandung aku sebenarnya

"Tak apalah, umi. Riana faham kenapa umi tak mahu cerita pasal ayah tapi Riana harap ayah orang yang baik" kataku seraya tersenyum nipis

Puan Raudah seperti ingin menangis mendengar kata-kata anaknya. Dia terus sahaja memeluk erat anaknya

"Ayah kamu orang yang baik, Riana. Itu sahaja yang umi dapat beritahu buat masa yang sekarang" bisik Puan Raudah

Aku pula sekadar mengangguk sahaja. Aku yakin bahawa umi aku bercakap benar dan umi takkan sesekali berbohong pada aku

Puan Raudah menitiskan air matanya. Sungguh dia tidak mampu melupakan masa silam yang amat pahit pada dirinya

Teramatlah pahit

Dia amat cintai lelaki tersebut sehingga sanggup memberikan segalanya kepada dia. Tapi akhirnya, lelaki tersebut telah meninggalkan dirinya yang mengandungkan Ariana

'Ya Allah, aku cumalah hamba yang banyak kekhilafan dan silap pada diri sendiri. Aku berharap  anak aku dilindungi dan sentiasa selamat daripada orang yang jahat dan binasa di luar sana'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top