AM 02
Ariana Mikayla
ººººººººº
"Assalamualaikum umi!" kataku seraya masuk ke dalam rumah
"Waalaikumsalam. Riana ada beli tak barang yang umi nak?" tanya Puan Raudah kepada anaknya
Aku terus sahaja menyerahkan plastik tersebut kepada umi. Puan Raudah terus sahaja mengambil lalu menuju ke dapur
"Umi nak Riana tolong apa-apa lagi ke? Riana rasa rajin pula hari ini mahu tolong umi" kataku seraya tersengih ke arahnya
Puan Raudah sudah memandang anak daranya sambil mengangkat kening. Dia berfikir sejenak untuk memberikan tugas kepada anaknya
"Riana tolong ambilkan kubis dan tomato di belakang. Umi nak buat sup sayur kegemaran Riana"
Aku pula sudah tersenyum lebar apabila umi ingin masak sup sayur kegemaranku. Bukan selalu umi masak ni!
"Aye aye kapten! Riana akan patuhi arahan kapten" kataku mengundang ketawa daripada umi
"Macam-macamlah kamu ni, Riana. Bagus kamu ambil cepat sebelum umi tarik balik kata-kata umi" ugut Puan Raudah
Aku terus sahaja berlari menuju ke belakang rumah setelah umi menggugut
Banyak jenis sayur-sayuran yang ditanam oleh umi seperti kubis, tomato, terung dan banyak lagilah
Aku terus sahaja mengambil kubis serta beberapa biji tomato seperti yang disuruh oleh umi. Aku tersenyum sahaja ketika mengambilnya
Baru sahaja aku ingin masuk, semyuman aku terus mati apabila melihat seorang wanita sedang menjerit di hadapan rumah
Aku terus sahaja pergi ke arah mereka dalam keadaan kelam-kabut. Sayur yang aku ambil tadi aku biarkan sahaja dekat situ
"Kenapa mak cik jerit-jerit ni? Ada masalah ke?" kataku sambil memandang mereka bertiga
"Kau anak si Raudah kan? Kau panggil ibu kau sekarang juga sebelum aku bakar rumah kamu berdua!" lantang sahaja suara Puan Hasniza menyuruh aku
"Kenapa bising sangat ni, Riana? Ada orang bergaduh ke?" tanya Puan Raudah kepada Ariana
"Mak Cik Niza nak jumpa umi" kataku membuatkan umi terus berpaling ke arah Puan Hasniza
"Kenapa nak jumpa aku? Ada masalah ke?" tanya Puan Raudah dengan nada yang lembut
"Kau mari sini!" terus sahaja Puan Hasniza menarik tudung Puan Raudah dengan kasar membuatkan tudungnya terbuka
Puan Hasniza terus sahaja menarik rambut Puan Raudah dengan kasar lalu ditampar dengan kuat
Aku yang terkejut dengan tindakannya terus sahaja menolak tubuh Puan Hasniza dengan kasar membuatkan dia jatuh
"Apa masalah mak cik sebenarnya ni? Datang rumah lepastu jerit-jerit bagai dan tiba-tiba cari gaduh dengan umi saya. Mak cik tak tahu malukan?"
"Kau jangan nak kurang ajar sangat! Ibu yang kau sanjung sangat ni sebenarnya goda suami akulah!" jerit Puan Hasniza
Makin galak air mata Puan Raudah apabila dia dituduh sebegitu. Dia langsung tak tergamaklah nak rampas suami orang
"A-aku langsung tak goda suami kau tapi dia yang cuba rogal aku! Suami kau tu penipulah!" kata Puan Raudah
"Apa yang kecoh sangat ni?" tanya Pak Azmi selaku ketua kampung di situ
Adhnan bersama ibunya, Puan Husna turut berada di situ kerana terdengar bunyi bising yang kuat
"Kau tahu tak yang si Raudah ni cuba goda suami aku?! Aku memang pantanglah kalau ada perempuan spesies begini! Sepatutnya kau patut mampuslah, Raudah! Dasar pelacur" kata Puan Hasniza dengan lancang
Ringan sahaja tangan aku untuk naik menampar mukanya. Mereka semua terkejut dengan tindakan aku
"Saya minta maaf sebab tampar mak cik tapi mak cik melampau sangat. Mak cik jangan gelar umi saya pelacur semata-semata dia mengandungkan saya sebagai anak luar nikah"
"Dan kalau mak cik tak tahu apa-apa pasal umi saya, mak cik diam!"
"Ariana..." terkelu Puan Raudah apabila anaknya bercakap sebgitu
"Hasniza, aku rasa bagus kau balik dulu. Aku yakin yang si Raudah langsung tak goda suami kau. Suami kau tu yang gatal sangat" sindir Puan Husna
Puan Hasniza mendengus apabila mereka memihak kepada Puan Raudah. Dia terus sahaja pulang bersama hati yang geram sekali
"Saya kagumlah dengan awak, Ariana. Walaupun awak dan ibu awak selalu dihina tapi kamu tetap tabah" kata Adhnan membuatkan aku tersenyum
Adhnan pula memandang aku tanpa mengalihkan langsung matanya membuatkan aku rasa tidak selesa
Puan Husna yang perasan akan sikap anaknya terus sahaja menampar dahi anaknya
Adhnan menjerit kesakitan apabila ditampar oleh ibunya. Sakitnya bukan kaleng-kaleng bossku!
"Kenapa tampar dahi Adhnan? Sakitlah ibuku sayang" kata Adhnan sambil menggosok dahinya
"Ibu takkan tampar dahi Adhnan kalau mata tu dijaga sedikit. Jangan sampai ibu cungkil biji mata Adhnan guna garfu" ugut Puan Husna
Adhnan sekadar tersengih sahaja mendengar ugutan daripada ibunya
Kalau ibunya ugut sebegitu, memang dia akan buat betul-betul
******
"Kenapa batalkan temu janji dengan Fasha? Bukan selalu Fasha ada masa untuk luangkan masa dengan kamu. Fasha kecewa tahu tak bila kamu batalkan temu janji tu" bebel Datin Aleeyah
Haiqal pula sudah menayangkan muka menyampah apabila ibunya sudah membebel tentang temu janji yang dia batalkan
"Betul cakap ibu, along. Fasha siap mengadu lagi dekat Rina pasal janji temu" sampuk Arina
"Kalau Haiqal sudah cakap dia tak mahu, tak payahlah paksa. Biarlah dia cari sendiri isterinya. Haiqal bukan budak-budak lagi sayang oi!" kata Datuk Firash
Haiqal mengangguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh ayahnya
Datin Aleeyah hanya menjeling tajam ke arah dua anak beranak tersebut. Perangai serupa aje!
Bapa borek anak rintik!
"Tapi, saya mahu Haiqal ada isteri yang sama taraf dengan kita! Saya tak mahulah ada menantu yang tak sama taraf dengan kita dan tak ada pangkat langsung"
"Ibu! Kenapa ibu pentingkan sangat dengan darjat kita? Darjat yang kita pegang sekarang ni tak bawa dalam kuburlah!" kata Haiqal dengan geram
"Ibu pentingkan darjat sebab ibu tak mahu golongan miskin yang jadi menantu kita kikis harta kita sampai kita bankrap! Ibu tak suka sangat" kata Datin Aleeyah lagi
Haiqal terus sahaja menghentak tangannya pada meja. Dia betul-betul tak sangka ibunya akan berfikiran seperti ini
"Ibu, Haiqal penatlah asyik gaduh benda yang sama almost everyday. Tak semua orang yang tiada pangkat seperti kita akan kikis harta kita. Please change your mindset about this. Not all of them are materialistik!" kata Haiqal dan terus sahaja naik ke atas
Sungguh dia penat sangat dengan ibunya. Dia selalu bergaduh dengan ibunya sebab perkara ini sahaja
"Haiqal! Syed Haiqal Al-Hizqri! Ibu belum habis cakap dengan kamu" jerit Datin Aleeyah
"Awak tengok perangai anak awak tu. Saya cakap benda betullah tapi dia tak percaya. Nanti berlaku dekat dia, padan muka"
"Saya sokong sangat dengan kata-kata Haiqal. Awak patut ubah pemikiran awak dekat orang yang biasa. Tak semuanya kaki kikis dan mata duitan"
"Ish! Bapa borek anak rintik betullah!"
Okay ke tidak??? Kalau ada salah, tolong tegur ye!😄
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top