AM 01
Ariana Mikayla
ººººººººº
"Dasar anak luar nikah!"
"Kasihan betul aku dekat dia. Sudahlah ibu pelacur and pelayan nafsu lelaki"
"Aku rasa dia jadi GRO dekat kelab malam sebab dia ikut ibunya"
"Aku harap tak adalah yang nak kahwin dengan dia sebab takut bawa sial satu keturunan nanti"
Aku sekadar memekakkan telingaku. Aku sudah terlalu biasa mendengar orang kampung berkata buruk pasal aku dan ibu aku
Walaupum rasa marah dan geram semakin menguasai, aku cuba bersabar dan mendiamkan diri sahaja
"Woi perempuan! Ibu kau dekat mana? Sudah mampus ke? Kalau sudah mampus, padan muka dia. Kalau belum, suruhlah dia puaskan aku" jerit seorang lelaki yang agak tua kepadaku
Aku mengendahkan sahaja jeritannya. Aku segera melajukan langkahku sambil mengenggam plastik yang berisi sayur dengan kuat
"Ariana!"
Aku menoleh ke arah suara tersebut dan bibirku mengoyakkan senyuman ke arahnya. Dia terus sahaja membalas senyuman aku apabila dia berdiri di hadapanku
"Saya harap awak okay je. Saya nak minta maaf bagi pihak pak cik saya sebab berkata sebegitu. Mesti awak sakit hati sebab dia cakap begitu" kata Adhnan
"Tak apalah" balasku
Adhnan ni adalah satu-satunya orang yang sanggup berkawan dengan aku. Dia sahaja yang sanggup terima baik serta buruk yang ada pada diriku
Keluarganya juga layan aku dan ibuku dengan baik sekali. Mereka selalu pertahankan kami apabila ada orang yang mencaci kami
"Kalau begitu, saya balik dulu" aku meminta diri untuk pulang ke rumah
"Sebelum awak balik, saya nak bagi sesuatu dekat awak"
"Awak nak bagi saya apa lagi? Dah banyak duit awak habiskan untuk belikan hadiah untuk saya. Saya rasa seganlah"
Adhnan terus sahaja menyelongkar begnya untuk mencari hadiah untuk Ariana
Adhnan terus sahaja menghulurkan hadiah tersebut kepada Ariana
"Ambillah" kata Adhnan sambil tangannya menghulurkan sebuah kotak kecil
"Ish! Awak simpanlah hadiah ini untuk orang lain atau awak bagilah hadiah ni dekat orang yang awak sayang" kataku cuba menolak hadiah yang diberikan oleh Adhnan
"Awaklah orang yang saya sayang, Ariana" kata Adhnan membuatkan aku menundukkan kepala
Adhnan sayang aku? Sebagai kawan atau lebih daripada kawan?
Melihat Ariana sekadar mendiamkan diri sahaja, Adhnan terus sahaja meletakkan hadiah tersebut pada tangan Ariana
Aku terus sahaja mengangkat muka apabila Adhnan meletakkan hadiah tersebut pada tanganku
"Saya balik dulu, Ariana. Assalamualaikum"
Belum sempat aku berkata-kata, Adhnan terus sahaja jalan meninggalkan aku sendirian
Aku memandang hadiah tersebut kembali dan aku hanya tersenyum nipis sahaja. Aku meletakkam hadiah tersebut dalam beg aku
Aku terus berjalan pulang ke rumah dengan cepat memandangkan hampir masuk waktu solat Asar
******
Seorang lelaki memasuki ke dalam sebuah syarikat dengan bergayanya. Hampir semua mata-mata memandang ke arahnya terutamanya perempuan
Dengan hanya memakai kemeja putih sahaja mampy menyerlahkan lagi kekacakkan lelaki tersebut dan mampu memukau setiap wanita yamg sedang melihat dirinya
Dialah Syed Haiqal Al-Hizqri dan merupakan CEO syarikat tersebut iaitu, Syarikat Hizqri Holdings
Dia merupakan antara top 10 usahawan muda yang berjaya menaikkan nama dalam bidang perniagaan serta usahawan yang terkaya di Malaysia
Sudahlah handsome, bergaya ditambah lagi dengan kekayaan yang takkan habis. Untunglah siapa jadi isterinya ni
Haiqal hanya mengendahkan sahaja pandangan pekerjanya pada dirinya. Dia perlu segera untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan sebentar lagi
Dia segera menuju ke arah lif khas untuk dirinya sahaja. Dia segera masuk ke dalam lif lalu menekan butang lif yang bernombor 8
Sesampai sahaja Haiqal di timgkat 8, dia terus sahaja menuju ke bilik mesyuarat lalu segera masuk ke dalam
"Maafkan saya sebab lewat. Saya ada hal sedikit tadi pagi" kata Haiqal kepada para pekerjanya
"Tak apalah Encik Haiqal. Lagipun, Encik Haiqal lewat 2 minit je" kata Hamid yang merupakan salah seorang pekerjanya
Yang lain turut mengangguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Hamid
"Okaylah kalau begitu. Tanpa buang masa, kita teruskan mesyuarat ni sekarang juga"
"Jadi, bagaimana jualan produk baru kita? Dapat sambutan atau tidak?"
"Berdasarkan carta yang ditunjukkan, purata menunjukkan bahawa jualan produk kita amat laku dan mendapat sambutan orang ramai memandangkan ramai yang merupakan pengguna setia syarikat kita" kata Sheila
Haiqal yang mendengar sudah tersenyum puas apabila jualan produk mereka amat laku
Setelah beberapa minit bermesyuarat, Haiqal menyuruh para pekerjanya bersurai
"Sheila, apa jadual saya hari ini?" tanya Haiqal pada PAnya
"Jadual Encik Haiqal hari ini tak padat seperti sebelum ini. Encik Haiqal perlu jumpa dengan klien pada pukul 1:30 petang dan ibu Encik Haiqal juga sudah aturkan temu janji bersama Cik Fasha pada pukul 3:00 petang"
Haiqal mengeluh apabila mendengar dia akan bertemu janji bersama Fasha. Dia benar-benar tak suka apabila ibunya masuk campur dalam hidupnya
"Awak pergilah dulu. Saya nak call ibu saya dulu"
Sheila hanya mengangguk sahaja sebelum berlalu pergi untuk menyiapkan kerjanya
Haiqal terus sahaja menelefon ibunya
"Assalamualaikum, ibu. Kenapa ibu aturkan temu janji dengan Fasha? Ibu tahukan yang Haiqal tak mahu langsung jumpa dengan Fasha. She always make me feeling tired, ibu"
"Slow down, Haiqal. Ibu tahu Haiqal tak suka tapi sampai bila Haiqal nak membujang? Umur Haiqal pun sudah 26 tahun and don't you dare say that you still young!"
"Tapi, Haiqal sendiri boleh cari calon sendiri. Semua calon yang ibu pilih, semuanya mata duitanlah terutamanya Fasha. Boleh habis duit Haiqal kalau setiap hari bawa perempuan tu pergi mall"
Walaupun dia kaya tetapi dia tidak akan habiskan duitnya semata-mata untuk membeli belah di mall. Membazir je!
"Duit Haiqal takkan habislah. Sekali-sekala belanjanlah untuk perempuan supaya hatinya gembira dan ibu tak percaya kalau Haiqal cari calon sendiri"
"Kenapa pula ibu tak percaya? Haiqal ada my own type of idaman girl, ibu. So, please stop doing your little job like a cupid lover, ibu"
"No means no, Haiqal. Ibu tetap akan cari calon dan kalau Haiqal ada calon, pastikan dia setaraf dengan kita dan kaya supaya-"
Haiqal terus sahaja mematikan pamggilan ibunya. Dia malas sangat bila ibunya yang cari calon isteri buatnya
Kalau ibunya yang cari, semuanya yang setaraf dengan dirinya, ada pangkat, kerjaya dan yang paling penting daripada keluarga yang kaya
Tetapi, dia tak suka langsung dengan semua pilihan ibunya sebab semuanya pakai pakaian yang tak cukup kain, terdedah sampai dia pun geli nak tengok
Telefonnya berdering dan kelihatan mesej daripada ibunya
My Beloved Mother♡
Ibu nak tahu ciri-ciri perempuan idamam Haiqal. Lagi senanglah ibu nak cari
Haiqal yang membacanya sudah mulai mengeluh. Terus sahaja dia membalas mesej ibunya
Haiqal
Ciri-ciri idaman Haiqal simple je. Dia perlu tutup aurat and semestinya pakai tudung and dia tak perlu berada di golongan setaraf macam Haiqal
My Beloved Mother♡
What The Heck?!
Macam mana untuk bab 1? Okay atau tidak??
Kepada sesiapa yang baca ni, terima kasih sangat! Saya tak tahulah macam mana nak balas jasa anda😂😄
Bolehlah vote ye!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top