Promo 18 - E-book
Jom beli ebook keluaran Ilham santai dari penulis Ciciaida Murah, mudah dan menarik. Jgn ketinggalan. Limited edition cuma berbaki dua hari saja lagi. Berminat hubungi 013 5361727.
BLURB
HADIRNYA MENZAHIRKAN SETIA
Aku tak pernah menganggap diriku sempurna. Namun untuk menjadi seorang isteri yang baik, akan sentiasa mengingatkankan aku pada tanggung jawab.
"Beras dengan susu dah habis. Kalau ikutkan ada lagi barang dapur yang tak cukup.” SYAKILA
Ini yang sentiasa aku tanggung 4 bulan lalu bila Farid sudah pandai mengelak beri nafkah. Aku sabar. Cuba bertolak ansur demi Raid anak kami.
“Kau ingat gaji kau lima enam ribu sebulan tu besar sangat. Hey, sedar diri tu sikit. Kalau aku tak offer kau kerja dengan syarikat Maleq tu dulu, mereputlah kau duduk kat rumah ni siang malam.” FARID
Teguran halusku bertukar makian. Segala perkara lama menjadi ungkitan pada kemarahan Farid. Aku masih bersabar. Raid ku jaga sebaiknya. Walaupun terpaksa kerap mengambil cuti.
“Patutlah saya tengok dia rajin bawa bekal. Dia selalu tak duit ke?” MALEQ
Malunya aku bila majikan sendiri menjadi simpati. Barangkali aku dikatakan bodoh kerana menyimpan masalah sendiri. Tapi aku tidak bodoh untuk menceritakan semua perkara kepada orang sekeliling. Sakitnya yang terpaksa aku tanggung, bila Farid diminta berkahwin lagi.
“Apa salahnya kamu kahwin dua. Muda lagi. Lagipun lelaki boleh kahwin empatlah.”
Itu cadangan seorang bapa mertua untuk anak lelakinya. Manakala ibu mertuaku sedikit pun tidak membantu.
“Eh, tak kuasalah aku. Anak kau tu lasak. Lagipun penatlah jaga budak kecil ni. Payah aku nak bergerak.
Kesabaran ku sudah tipis. Tiada lagi makna sabar. Tiada lagi tangguh-tangguh.
“Abang bukan lelaki yang sempurna. Tapi bagilah abang peluang untuk tebus semuanya. Kita kembali macam dulu. Abang janji tak kan abaikan Sya dengan Raid lagi.” FARID
Farid yang ku lihat dulunya megah kini tewas dengan kebodohannya sendiri.
“Oh ya, Farid. Bulan depan kami nak buat majlis kesyukuran sikit. Jemput datang ya. Sya mengandung anak kami. Dan kami bakal dapat anak tak lama lagi.” MALEQ
Dendam? Perempuan simpanan? Mungkin pada pandangan orang, aku kejam. Tak mungkin rasa sayang mampu ditukar ganti. Tapi aku masih punya perasaan untuk disayangi.
Blurb dia menarik😍😍
arenayidin
03 April 2020
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top