AC - 24
Aku bersiap siap untuk pergi ke hospital. Hari ni aku ada check up dan sekaligus boleh melawat Lia. Rasanya dah lama aku tak pergi melawat Lia. Hmm rindu.
Aku pakai pakaian yang paling simple iaitu t-shirt putih oversized bersama seluar jeans biru yang kembang di bawah. Sneakers vans aku sarung di kaki. Sling bagi digantung di badan dan siap!
Kaki melangkah laju takut terserempak dengan si Clara tu. Malas nak layan. Tak ada mood.
"Aunty Mel, Reesa pergi dulu"
"Yelah jangan balik lambat sangat"
Aku cuma sengeh dan membuka pintu pagar. Dan drama cliche pun bermula. Hidung aku tercium dada siapa tah. Aduh tak ada tempat lain ke nak berdiri. Depan rumah orang jugak.
"Oh I'm sorry darling. Your nose"
Aku mendongak sedikit ke atas. Hmm patutlah bau dia familiar.
"Awak ni tak ada tempat lain ke nak berdiri. Depan ni jugaklah awak pilih. Habis hidung comel saya jadi mangsa"
Hyunjin tergelak.
"Alolo sho cute. Anak siapa ni hah"
Aku mencebik. Hidung digosok dengan perlahan.
"Sorry okey. Mana saya tahu awak tak ada mata"
"Tengok tu! Sempat lagi sindir orang. Pergi ah sana. Tak nak kawan"
Aku terus melangkah pergi. Geram! Cakap aku tak ada mata pulak.
"Darling darling darling!"
Siot! Dia cakap kuat bhai. Orang tengok pelik aje. Dan ada yang senyum mungkin dorang ingat aku ni girlfriend si Hyunjin.
"Darling ku! Tunggulah kejap"
Aku buat tak tahu. Sebelah tangan pegang hidung dan sebelah lagi tutup sebelah muka. Malu sial!
"Untunglah boipren pujuk"
"Cantik. Merajuk macam mana pun boipren akan kejar"
"Pergh! Dorang sepadan bhai. Sama sama hensem dengan cantik"
"Eleh cantik pun kalau acah merajuk macam tu buat apa. Saja nak tunjuk dekat orang yang boipren dia tu sweet"
Komen komen netizen yang aku tak pernah nak ambik tahu. Lantak korang lah nak cakap apa pun. Memang aku tak ada telinga pun.
Dan kakiku automatik berhenti bila Hyunjin tiba tiba muncul depan aku. Siap senyum lagi.
"Dah dah lah tu merajuk. Comel tahu tak. Nanti kalau saya gigit macam mana. Anyway awak nak pergi check up kan? Saya teman"
"Macam mana awak tahu eh?"
"Come on girl. Ni Hyunjin lah"
Aku diam. No comment.
"So saya ikut awak boleh?"
"Kalau saya tak izinkan pun awak tetap nak ikut jugak kan"
"Bingo! Nampaknya awak dah mula faham dengan perangai saya. Jom"
Di sebuah lorong, terdapat beberapa orang lelaki sedang berkumpul. Semuanya kelihat serius bincang tentang sesuatu.
"Ni gambar girlfriend abang tiri aku. Aku nak korang kerjakan perempuan ni cukup cukup sebab aku tahu hanat tu sayang gila dengan perempuan ni"
"Upah?"
"Ni baru setengah. Setengah lagi aku akan kasi bila aku tengok bukti yang korang dah ajar perempuan ni cukup cukup"
"Sure man!"
Aku dan Hyunjin sampai di hospital. Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati eh. Macam akan jadi something pada Lia. Bukan sekarang ni aje tapi sebelum sampai sini pun aku dah tak sedap hati.
"Hey darling! Are you okay?"
"Nothing it just saya rasa tak sedap hati"
"Maybe perasaan awak aje kot. Jomlah masuk"
Aku angguk dan melangkah masuk bersama Hyunjin. Sebaik saja masuk aku nampak Jayden berlari ke arahku. Aku senyum manis. Lamanya tak jumpa budak ni.
"Akak glad you are here. Jay ada something nak bagitahu akak"
Termengah mengah budak ni. Kesian pulak aku tengok.
"Iya iya kenapa Jay?"
"Jay ada nampak ramai orang depan bilik akak Lia dan semua orang menangis"
Okey aku dah tak sedap hati. Ya Tuhan kau lindungilah sahabatku.
Tanpa membuang masa aku naik lif. Sepanjang masa aku tunggu untuk lif sampai ke tingkat atas, Hyunjin tak henti henti suruh aku bertenang.
Sebaik saja pintu lif terbuka, aku terus lari ke bilik Lia. Dan Jayden betul. Ada ramai orang depan bilik Lia dan semuanya ahli keluarga Lia.
"Kenapa ni aunty?"
Aku kuatkan diri tanya mummy Lia.
"Hey siapa suruh kau datang! Dasar pembunuh! Kau punca anak aku mati kau tahu tak!" tengking mummy Lia.
Dan air mata terus berjurai. Ya Tuhan kau kuatkanlah aku.
"Aunty please saya nak tengok Lia untuk kali terakhir"
"Apa? Kau nak jumpa dia? Hey kau tak ada rasa malu ke. Kau yang bunuh dia tahu tak"
Mummy Lia terus tolak Areesa. Tersungkur perempuan itu dibuatnya. Hyunjin bantu Areesa bangun.
"Aunty ni public kot. Sabar sikit" kata Hyunjin.
"Hey kau tahu tak perempuan ni dah buat anak aku mati!"
Hyunjin terdiam. Dia percaya Areesa bukan orang macam tu. Areesa baik orangnya.
Areesa menangis semahunya.
"Excuse me doc? Boleh saya tahu kenapa pesakit ni boleh meninggal?" soal Hyunjin kepada doktor yang baru keluar dari bilik Lia.
"Pesakit ni dah terlalu lama hidup bergantung kepada mesin. Dan hari demi hari keadaan dia sama. Tiada perubahan dan tanda tanda untuk pulih. Jadi pihak hospital dan juga keluarga dia ambil keputusan melepaskan mesin itu sebab pesakit sudah tiada harapan"
Hyunjin mengangguk. Tapi macam mana Lia boleh terlantar di situ.
"Saya tahu kawan baik saya ada harapan untuk sembuh" sambung Areesa.
"Kami minta maaf cik"
Doktor itu berlalu pergi.
"Kau berambus lah pempuan!" tengking mummy Lia.
Areesa hanya mampu melihat jasad kawan baiknya melalui cermin.
Lia aku minta maaf. Sepatutnya aku yang ada di tempat kau sekarang. Ya Tuhan aku benci diri aku!
"Jom kita balik awak"
Hyunjin mengajakku pulang.
"Saya nak tengok kawan saya untuk kali terakhir awak. Please..." rayuku.
"I know and I wish I could help you darling tapi saya tak ada kuasa. Saya tak boleh buat apa apa"
Lagi menangis aku bila Hyunjin cakap macam tu. Dia terus tarik aku ke dalam pelukannya.
Lia...
Sepanjang perjalanan pulang, aku dibelakang hanya memeluk Hyunjin. Fikiran aku melayang entah kemana. Aku dah tak ada semangat untuk hidup. Semua orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Bila fikirkan itu aku memeluk Hyunjin dengan lebih erat. Air mata juga tidak boleh berhenti turun.
Sedar tak sedar Hyunjin sudah berhenti motornya. Aku tak ada niat untuk turun. Dan aku perasan sini bukan kawasan rumahku. Atau lebih tepatya diatas kawasan tanah tinggi yang lapang. Hanya ada pokok di sekelilingnya.
Merasa aku belum ada tanda tanda nak turun, Hyunjin mengubah posisinya. Dia memusing tubuhnya ke belakang dan mengadap aku. Helmet yang tersarung di kepala dibuka dengan perlahan.
"Cry as much as you want darling"
Aku tahu mukaku pasti buruk sekarang ni. Dan Hyunjin dapat tengok dengan jelas memandangkan jarak aku dengan dia hanya beberapa centimeter.
"Awak saya memang tak layak hidup bahagia ke?"
Hyunjin pandang aku dengan reaksi yang aku sendiri tak faham. Dan tidak lama selepas itu dia senyum hambar.
"Come on. Kita pergi duduk sana"
Dia bantu aku turun dari motor. Kami duduk diatas tanah lapang itu. Dari atas ni aku boleh nampak rumah rumah cantik yang dikelilingi dengan pelbagai pokok. Sangat tenang.
"Kalau awak nak tahu sinilah tempat tinggal saya masa saya mula mula lahir sebelum saya pindah ke rumah sekarang ni"
Aku pandang dia. Dia pula still pandang depan. Jadi aku cuma nampak sisi muka dia. Tapi aku tahu dia ada sembunyi satu perasaan melalui reaksi mukanya.
"So which one your home?" soalku ingin tahu.
"That one with red rooftop. Tapi rumah tu orang lain dah duduk sekarang"
Dia senyum hambar lagi. Mesti dia ada banyak kenangan kat sini.
"You know awak tak patut tanya soalan tu. Memang awak rasa awak tak layak bahagia but saya nak awak tahu lagi ramai orang kat luar sana yang lebih teruk dari awak. Awak patut bersyukur yang awak still ada Aunty Mel yang sayangkan awak macam anak sendiri and also me as your friend"
Aku tunduk ke bawah. 50% aku tak setuju dengan kata kata dia. Dia tak tahu bertapa sedihnya aku sekarang ni. Kawan baik yang aku berharap akan pulih seperti dulu sudah pergi tinggalkan aku. Forever!
Bila fikir pasal tu air mata aku jatuh lagi. Dan tidak lama selepas tu aku ada satu tangan yang mengusap belakang aku.
"I know how you feel but my point is saya nak awak rasa yang awak bukan sorang sorang didunia ni. You are not alone. Saya nak awak rela kawan awak tinggalkan awak tapi tak bermaksud awak lupakan dia"
Dan ini aku setuju 100%. Aku bersyukur sangat ada orang faham aku.
"Hidup perlu diteruskan dan saya cuma nak awak bahagia. Selalu senyum dan ketawa seperti orang lain"
Ini tak mudah Hyunjin. Macam mana aku nak senyum kalau tiada satu pun benda yang boleh buat aku tersenyum dan ketawa melainkan orang yang paling aku sayang ada depan mata aku.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top