AC - 15

Kami berhenti di Aether Lake. Sekarang ni mungkin hampir pukul 12 malam tapi aku tak kisah. Yang penting sekarang aku perlu tolong Hyunjin. Aku dah banyak menyusahkan dia.

"Saya minta maaf. Disebabkan saya-"

"Could you stop say sorry. Daripada tadi lagi awak minta maaf. Tak bosan ke"

"Saya just rasa bersalah. Awak tak  tahu bertapa risaunya saya bila tengok awak berlawan tadi. Luka siang tadi pun belum kering, awak dah dapat luka baru. Dan ni semua salah saya. Kalau boleh saya nak buang mata pelik saya ni supaya tak tarik perhatian orang lain yang boleh mengundang kejadian macam tadi"

"Dah habis bebel?"

Eii aku cakap benda betul, sedap mulut dia aje cakap aku bebel.

"Daripada awak bebel, biar awak rawat muka saya ni. Ada jugak faedahnya"

Eh! Betul jugak. Macam mana aku boleh lupa ni.

"Oh sorry"

Aku keluarkan dettol dan kapas. Aku sebenarnya takut tengok luka dengan darah darah semua ni. Tapi aku gagahkan diri juga.

Hyunjin mengaduh bila kapas yang diletakkan dettol terkena lukanya. Sekali dengan aku takut untuk bersihkan lukanya.

"Tahan sikit"

Dan selepas itu kami diam. Untuk pertama kali muka aku sedekat ini dengan mukanya.

Apalah yang kurangnya si Hyunjin ni sampai si Eva tu sanggup tinggalkan demi lelaki lain. Kalau dari segi rupa memang Hyunjin menang. Baik lagi orangnya. Aku pun dia sanggup tolong sampai jadi macam ni apatah lagi si Eva tu. Dan still si Hyunjin ni kena tinggal jugak.

"You know what"

Hyunjin bersuara.

"You shouldn't said that. You should be thankful you'd be given that pair of gorgeous eyes. Not all of us have a pair of eyes like yours"

Aku berhenti cuci luka di muka Hyunjin. Pemandangan di depan dipandang dengan rasa bersalah.

"I know but still mata ni yang menyebabkan semua ni berlaku. If I don't own this eyes, everything will be fine. Tiada siapa yang akan suka dengan saya"

"Jangan salahkan diri awak. Awak memang dah ditakdirkan dapat mata macam tu. Jadi awak kena terima"

Aku hanya mampu senyum hambar.

"Awak tak tahu apa yang saya perlu lalui sepanjang hidup saya disebabkan mata ni. It hurt me so much. That's why I always wish I don't have this eyes"

"Maksud awak?" soal Hyunjin.

"Nothing. Eh! Saya lupa tampal plaster"

Aku cuba ubah topik. Plaster yang aku beli tadi dibuka dan ditampal pada semua luka di muka Hyunjin. Bila tengok luka ni, rasa bersalah bertambah tambah.

"Again i'm really sorry" kataku dengan ikhlas.

"Dahlah awak. Benda dah lepas pun. Tapi saya nak tanya awak satu soalan boleh?"

Aku mengangguk.

"Macam mana awak boleh rapat dengan senior Xavier?"

Oh aku ingat dia nak apa tadi.

"Saya kenal Sejun oppa dulu sebenarnya. Maybe awak tak perasan yang Sejun oppa tinggal dekat dengan rumah kita"

"Haah maybe"

"Dari situ Sejun oppa bawa saya kenal kenal dengan senior lain. Dan mereka selalu lepak Subway Cafe. So macam tu lah saya rapat"

"Untungnya awak boleh rapat dengan mereka"

"Itulah. Saya dah anggap dorang macam abang sendiri. Yelah saya kan anak tunggal. Tapi saya jarang mintak tolong dorang sebab saya tak nak menyusahkan dorang semua"

"Tapi kenapa awak tak sekolah dengan dorang aje? Senang sikit"

"Tak naklah. Saya lebih suka sekolah yang sekarang. Saya rasa Xavey High School tu untuk orang yang kaya kaya aje. Plus dorang selalu duduk top ranking. Malaslah nak belajar lebih lebih"

"Tapi sekolah kita pun selalu duduk ranking atas"

"Yup tapi Xavey lagi mementingkan pelajaran dan ranking. So saya tak nak"

"Got it!"

Dan selepas itu kami sama sama diam. Nikmati pemandangan malam. Hoodie aku sarungkan di atas kepala. Tangan dibawa masuk kedalam poket.  Sejuk pulak malam ni.

"Can we be friends?"

Hyunjin bersuara.

Hati aku tak tentu arah. Bukan aku tak nak jadi kawan dia tapi buat masa sekarang tiada siapa yang boleh ganti tempat Lia.

"Don't judge anything. Maybe kalau saya jadi kawan awak, saya boleh protect awak. And saya tak nak kena pukul dengan senior Xavier if anything happens to you"

Aku still diam. Dalam hati tengah ketawa bila Hyunjin mention pasal apa yang Sejun oppa cakap tadi.

"Melainkan awak nak tengok situasi yang sama macam tadi"

Aku pandang dia. Betul juga cakap dia. Aku tak nak dia jadi macam sekarang ni.

"Tapi kalau awak jadi kawan saya, awak akan kena lagi teruk nanti"

"Oh don't worry darling. Lepas apa yang jadi tadi, saya jamin dorang tak kan berani ganggu awak dah. So saya ni dikira sebagai advance untuk protect awak atau awak anggap aje saya ni lelaki yang diupah oleh senior Xavier untuk protect awak"

Aku rasa aku tak ada pilihan lain melainkan setuju. Tapi rasa bersalah tu tetap ada.

"Agree"

Dia senyum sebelum mengaduh sakit sebab luka di hujung bibir.

"Now saya boleh mati dengan tenang sebab saya dah dapat persetujuan awak untuk kawan dengan awak"

"Awak!"

Mati dibuat main pula. Cakap tu pakau otak sikit boleh tak. Aku tak nak dia mati sebab aku.

"Gurau jelah. Jom balik"

Aku mengangguk. Aku baru teringat sekarang dah lewat.

"Awak okey ke nak jalan? Your leg"

Hyunjin tak boleh jalan seperti biasa sebab ramai yang tendang kaki dia macam bola sepak tadi. Aku yang tengok pun geram.

"I'm fine. Bukan patah pun. Terseliuh aje ni"

Dia selalu cakap dia okey. Walhal aku tahu dia sakit tapi tak nak mengaku. Maybe tak nak aku risau.

"How I wish I have your talent. Kalau tak boleh saya urut kaki awak"

"You so funny darling. Don't worry I can do it by myself"

"Awak boleh pegang saya kalau awak rasa tak boleh"

"Sokay. Saya tak nak susahkan awak. Saya ni berat tau"

"Yelah tu"

Degil jugak rupanya. Tanpa membuang masa aku ambil tangan kanan dia lalu letak atas kedua belah bahu aku. Tangan aku pula memaut pinggangnya supaya aku dapat tampung badannya dengan badanku.

First time aku dengan lelaki sedekat ini. Tapi malam ni aku terpaksa. Aku penyebab dia jadi macam ni. Jadi aku kena tanggung.

"Jom"

Kami mula berjalan dengan perlahan. Time macam ni bas tak ada. Bas terakhir pukul 10 tadi. So kami terpaksa jalan. Jauh bebenor rumah aku dengan Aether Lake ni. Tapi tak ada choice.

"Awak okey ke nak jalan. Jauh ni" soal Hyunjin.

Aku risaukan dia, dia pula boleh risaukan aku yang sihat walafiat ni.

"Saya yang sepatutnya tanya awak soalan tu"

Dia cuma senyum.

"I like more warm Areesa than cold Areesa"

Aku terdiam. Aku terlebih caring ke. Rasanya aku layan dia macam selalu tapi malam ni lain sikit sebab dia sakit.

"Anyway thank you"

"Sama sama. Ini tanggungjawab saya. Kalau orang lain pun saya akan buat benda yang sama juga"

"But still i'm happy"

Dan tiber sebuah kereta berhenti tepi jalan. Kami turut berhenti. Pemandu kereta itu menurunkan cermin kereta.

"Bro!" sapa orang itu.

"Bro tepat pada masanya. Aku nak minta tolong kau hantar kitorang balik rumah" kata Hyunjin.

"Ha naiklah"

"Thanks bro"

Aku membantu Hyunjin masuk kedalam tempat duduk belakang. Dan selepas itu aku turut naik.

"Babi ah kau. Kau ingat aku driver kau ke hanat. Duduklah depan setan"

"Kau buta ke sial! Aku tengah sakit kan. Dasar Na Jaemin bangang"

Aku di sebelah cuma mampu dengar kedua orang sahabat ni bergaduh. Macam budak kecil aje.

"Eh! Aku baru perasan. Baby okey ke? Sakit sangat ke? Macam mana baby boleh jadi macam ni?"

Ya Tuhan agak agak kalau aku ketuk kepala sorang sorang ni okey tak. Gelilah babi. Aku ada kat sini kot. Nak cakap pun agak agaklah.

"Weh! Hanjing kau diam!" tempik Hyunjin.

Jaemin pula ketawa tak ingat dunia.

"Tu ah kau. Acah nak jadi hero sangat" tambah Jaemin. Saja nak panaskan hati kawan baiknya.

"Kau jalan sekarang" arah Hyunjin macam big boss.

Aku cuma diam. Tak nak masuk campur. Lelaki kalau gaduh memang macam ni eh. Geram aku tengok.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top