AC - 12

Hari ni aku tak ada mood nak ke sekolah. So aku cuti sendiri. Ala bukan selalu pun aku ponteng. Lagipun aku malas nak hadap muka si Hyunjin tu. Kelas sebelah menyebelah memang kerap jumpa lah jawabnya.

Jadi hari ni aku memutuskan untuk pergi kemana saja yang aku suka. Sebelum ni tak sempat sebab balik sekolah aje terus pergi kerja. Balik rumah pukul 10 sambung berlatih menari. Tapi hari ni aku akan nikmati sepenuhnya walaupun petang ni nanti aku kerja.

First place aku nak pergi ialah tempat pengebumian arwah parents aku. Ya Tuhan rindunya dengan mereka.

Gambar kedua ibu bapanya yang berada di hadapannya dipandang sayu. Tak sangka dah bertahun kedua ibu bapanya tinggalkan dia. Ya Tuhan sedihnya bila teringatkan kejadian yang menimpa kedua ibu bapanya.

Satu tragedi yang menghantui hidupnya sehingga sekarang. Kedua ibu bapanya termasuk penumpang kapal terbang yang terhempas beberapa tahun dahulu. Mereka pergi atas urusan kerja dan entah macam mana kapal terbang yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas.

Waktu itu aku berumur 5 tahun. Sedikit sebanyak aku sudah faham tentang dunia. Dan apabila aunty Mel bagitahu aku yang papa dan ibu aku termasuk dalam senarai penumpang kapal terbang yang terhempas, aku menangis semahunya.

Dan baru aku sedar pada pagi hari parents aku nak pergi oversea, itu adalah kali terakhir mereka cium dan peluk aku. Ya Tuhan rindunya dengan mereka.

"Pa bu maafkan Reesa sebab selalu menangis setiap kali datang sini. Reesa rindu sangat dengan papa dan ibu"

Aku menangis semahunya. Aku tak kuat bila tengok gambar kedua arwah parents aku. Aku rindu kasih sayang mereka. Aku rindu nak peluk mereka.  Aku rindu nak bergurau dengan mereka. Aku rindu semuanya.

Lama aku habiskan masa disini. Aku pandang gambar parents aku untuk kali terakhir sebelum aku melangkah pergi dari makam kedua ibu bapaku. Ramai juga pelawat hari ni. Dan semuanya ditimpa nasib yang sama seperti aku.

Semua makam disini semuanya merupakan penumpang dan anak kapal seperti parents aku. Tempat ni memang dikhaskan macam tu.

Wait lelaki yang tengah berdiri tak jauh dari aku ni macam familiar. Aku pandang lebih lama untuk mendapat kepastian. Dan lepas tahu, aku terus sarung hoodie atas kepala. Aku berlari dan bersembunyi di belakang pokok berdekatan situ.

Apa mamat ni buat kat sini. Tak kan ponteng macam aku jugak. Dahlah pakai hoodie sama dengan aku lagi.

"Mummy, Hyunjin datang"

Aku dengar dengan teliti. Wait mummy?

"Dah lama Hyunjin tak jenguk mummy dan Hyunjin minta maaf. Hyunjin janji yang lepas ni Hyunjin akan datang sini selalu"

Jadi dia pun senasib dengan aku. Hmm aku ingat aku sorang aje dekat sekolah tu.

"I miss you"

Aku pandang muka Hyunjin. Sayu je hati tengok. Aku faham perasaan dia. Kalau dia rindu dengan mummy dia, aku pun rindu dengan parents aku. Tapi at least dia mesti ada daddy. So dia dikira bernasib baik dari aku yang tiada siapa siapa kat dunia ni. Forever alone.

Tanpa membuang aku melangkah pergi dari situ. Dan aku pasti dia tak perasan aku sebab dia fokus dengan makam mummynya.

Destinasi yang seterusnya, hospital. Tapi sebelum tu aku singgah ke kedai bunga. Tapi yang pastinya bukan kedai bunga sis Yves. Gila kau. Kantoi la aku tak pergi sekolah.

"Lia aku datang. And kau still tak bangun bangun"

Aku letakkan muka diatas meja sebelah katil Lia.

"Bangun please aku ada banyak benda nak story dekat kau. Dah lama kot kau tidur"

Aku genggam tangan sejuk Lia. Ramai orang cakap yang Lia ni bernafas semata mata dengan hanya bantuan alat. Kalau buang alat tu aku tak boleh imagine hidupku tanpa Lia. Aku tahu Lia kuat dan satu hari nanti dia akan bangun dan tertawa dengan aku seperti dulu.

"Takpelah memandangkan aku ada banyak masa hari ni, aku akan cerita jugak dekat kau. Aku tahu kau boleh dengar"

Aku mula cerita dari A sampai Z. Dan sedar sedar aje dah pukul 1 tengah hari. Aku kena balik sekarang sebab aku perlu siap siap ke kedai bunga.

Berat hati nak tinggalkan Lia. Kalau boleh aku nak selalu ada sebelah Lia. Aku rindu nak cakap dengan dia. Aku melangkah keluar. Dan kebetulan Asgardian baru lepas dari bilik Lia.

Aku ikut belakang mereka. Kebetulan aku nak guna arah yang sama dengan mereka. Aku nampak mereka masuk kedalam satu bilik. Dan hari ni entah kenapa aku rasa nak jadi Mrs Detective kejap.

Curious nak tahu apa yang mereka nak buat sebab dekat pintu ni tulis nama Kang Freya sebab setahu aku mereka bukan member crazy squad.

Dan tidak lama selepas itu aku dengar seorang perempuan menjerit.

"Auww! Korang ni memang setan lah! Korang tunggu nasib korang. Aku tak kan lepaskan korang. Korang ingat kata kata aku ni elok elok. I'm not going to let you go once I found you BITCHES!"

Wow! Boleh tahan. Gila weh! Asgardian memang macam ni eh. Main darah macam main air. Eiuu!

Tanpa membuang masa aku terus pergi dari situ. Tak nak masuk campur.

Lif sampai ke tingkat bawah. Aku melangkah keluar dan tiba tiba aje aku rasa ada benda peluk kaki aku. Aku pandang bawah. Ada budak kecil tengah peluk kaki aku. Comelnya. Dan bibir aku terus tersenyum.

Aku tak kan senyum sembarangan melainkan situasi macam ni. Bibir aku automatik tersenyum bila pandang muka baby.

"Hey sweetie. What's your name?"

"Elle"

Walaupun dalam pelat baby, aku faham dia cakap. Comel baby ni. Anak siapa ni.

"Where's your parents?"

Dan dia mula mengumam bahasa ibunda dia iaitu bahasa baby. Kali ni aku kalah. Aku tak faham.

Pipi gebu dia aku cubit cubit kerana terlampau geram.

"We have a pair of hazel eyes. So we are mate baby"

Aku perasan yang baby ni punya mata warna hazel sama seperti aku. Bukan selalu dapat jumpa geng mata pelik macam aku ni. Besar nanti konfem cantik. Lebih cantik dari aku. Eh! Aku cantik ke.

Pipi gebu dia dicium. Aku peluk dia. Tak peduli dengan keadaan sekeliling.

"So you can smile"

Dan senyuman aku terus mati.

"Are you my stalker?"

Muka aku automatik berubah seperti biasa.

"Memang tak lah. Ingat saya hadap sangat ke dengan awak. Please la"

"Taklah mana saya pergi mesti awak ada"

"Saya rasa saya baru jumpa awak dekat sini. Kenapa, awak ada nampak saya kat tempat lain ke"

"Nope!"

Laju aku jawab.

"Ekhm! Areesa baby yang awak pegang tu anak saudara saya"

"Oh! Sorry. Here you baby"

Dan selepas itu aku terus melangkah pergi.

"Dia ponteng jugak ke?" soal Jaemin.

"Dah tu. Itu yang kau nampak kan"

"Hehe. Ingatkan kita aje yang buat kerja ni"

"Eh by the way anak saudara kau ni mata macam Areesa kot tapi asal bila aku tanya kau hari tu kau tak tahu eh?"

"Anjai! Elle baru balik dari oversea kot. Muka dia pun aku baru nak hadam. Kau tahu kan lately ni kita busy. Balik rumah aje dia mesti dah tidur. So aku tak nampak mata dia"

Jaemin bagi alasan paling bodoh yang pernah Hyunjin dengar.

"Hmm whatever lah. Cuma aku harap anak saudara kau ni tak jadi macam pak saudara dia yang bodoh lagi bangang ni"

"Weh! Kau punya mulut tu jaga sikit eh" marah Jaemin.

Hyunjin ketawa.

"Kalau macam tu aku cau dululah. Ada hal sikit. Kau pun driver kau dah tunggu lama tu"

"Hmm yelah. Macamlah aku tak tahu hal kau tu. Kau ni acah aje lebih. Di mulut bukan main tak suka tapi dalam hati tetap suka. Dah namanya hanjing tu hanjinglah jugak"

Hyunjin buat tak tahu dan melangkah pergi. Keluar dari hospital, dia mencari kelibat Areesa. Haraplah perempuan tu belum pergi jauh.

Dan matanya terpandang seorang perempuan tengah berdiri dekat stesen bas sambil main fon. Dia terus melangkah ke situ.

"What do you want?" soal Areesa sambil mata memandang skrin telefon.

"Hear you apologize?"

"Do I need to?"

"Of course"

"Then I'm sorry" kata Areesa selamba sambil bermain telefonnya.

"Could you did sincerely?" soal Hyunjin tak puas hati.

"Oh my god. Awak tak puas hati kat mana lagi. Tak boleh ke awak biar saya hidup tenang. Hari hari nak kena hadap muka dengan perangai awak. Rimaslah"

"Tak boleh ke awak bagi saya peluang?"

"Peluang apa?" soal aku dengan malas. Tak fahamlah dengan perangai lelaki sorang ni.

"Peluang untuk saya kenal dengan awak"

Aku senyum sinis. Belum berputus asa lagi rupanya.

"I told you before. Please give up. You will never get to know me even understand me. Imma lame girl with cold heart. Super duper boring and annoying girl in this entire universe"

Hyunjin terdiam dengan penangan ayat Areesa. Kenapa perasaan dia kuat mengatakan yang Areesa bukan perempuan macam tu. Selama ni dia cakap Areesa annoying dan selfish. Walhal dia tak maksudkan pun semua tu.

Areesa...kenapa susah sangat nak kenal kau dengan lebih lagi.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top