AC - 09
Suasana kafe hari ni sedikit tenang. Orang tak ramai sangat. Mungkin sebab bukan hujung minggu. So hari ni boleh rilex rilex sikit.
"Kau dah kenapa Reesa. Dari tadi lagi aku tengok kau asyik pegang kau punya lengan tu" tegur Beomgyu sambil meletakkan gelas diatas meja.
"Lengan aku terseliuh. Aku careless sikit masa kat sekolah tadi"
Beomgyu cuma mengangguk. Aku malas nak cerita panjang panjang. Tak ada maknanya aku nak cakap pasal si Rachel tu. Tak ada faedah pun.
"Eh relay kau dengan Choerry macam mana? Dah ok?"
"Apa kena mengena relay aku dengan hal ni"
"Tak adalah aku cuma tanya. Tak ada story baru ke kau nak cerita kat aku. Selalunya ada aje benda kau nak mengadu dekat aku"
"Hmm relay kami macam tulah. Sekejap baik sekejap gaduh balik"
Aku mengangguk.
"Biasalah gegirl selalu macam tu. Angin tu selalu berubah rubah"
"Macam kau"
Damn! Aku bagi nasihat last last kena balik. Kalau aku tahu baik aku diam aje tadi. Hanjing!
"Sebelum aku potong kepala kau baik kau tutup mulut"
Beomgyu ketawa manakala aku buat muka biasa.
"Sensitif betullah kau ni. Nak gurau pun tak boleh"
"Oh anyway kau ada masuk game tahun ni?"
"Game? Basketball?"
Aku angguk. Si Beomgyu ni tahun lepas acah tak nak masuk. Sebab apa pun aku tak tahu.
"Yup tahun ni aku join. Sebab aku ada penyokong nombor satu di hati"
"Choerry?" soalku.
Dia angguk. Hm dah agak dah.
"Dia join team cheerleader. Eh aku dengar kau pun join kan?"
"Haah. Saja aku join. Lagipun aku sengaja nak buat Rachel sakit hati"
"Bajet ah minah tu. Aku tak suka"
"Kalau kau tak suka, aku lagilah. Hari hari kena hadap muka yang sama"
"Hmm bertabahlah anak muda. Eh! Ada customer. Kau pergi take order pas tu nanti aku hantar dorang punya order"
Aku buat isyarat okey pada Beomgyu. Nasiblah si Beomgyu jenis yang memahami. At least tangan aku ni tak perlu bekerja keras untuk beberapa hari ni. Kalau tak makin lambat sembuh lah jawabnya.
Sampai aje di meja yang customer baru duduk, terus mood lari. Terus tak semangat nak kerja.
"Hai pelayan!"
Hah! Pelayan dia panggil aku. Yes aku tahu panggilan tu tak salah memang aku pelayan di kafe ni. Tapi bila keluar dari mulut syaiton nirojim ni memang aku panas.
"Kau nak apa?" soalku malas.
"Amboi! Macam ni ke bos kau ajar kau. So rude" kata Hana dengan mimik muka yang paling aku benci tengok.
Gedik nau! Eiuu!
"Tu masalah kau ke? Tak kan. Kalau korang nak makan sila bagitahu, kalau tak nak korang boleh blah"
"Oh macam ni kau layan customer rupanya. Eh! kau jangan sampai aku jumpa kau punya supervisor eh"
Hahah! Dorang ingat aku takut kot. Pergilah jumpa. Aku tak kisah. Supervisor aku tu satu dalam sejuta. Bukan senang nak dapat supervisor macam tu. Baik nak mati.
"Pergi ah. Silakan. I don't fucking care. Last aku tanya korang. Korang nak order ke tak. Kalau tak nak sila pergi. Aku ada banyak kerja lagi kat belakang"
Aku nampak muka masing masing tahan geram. Dorang ni cakap aje lebih. Bukan berani sangat pun. Acah aje lebih.
Rachel dengan Hana still tak cakap. Jadi aku buat keputusan untuk blah dari situ.
"Eh! Kau nak pergi mana sial!"
Rachel mencengkam betul betul tempat sakit. Aku tahan sebaik mungkin. Aku tak nak dorang nampak aku ni lemah. Nanti lagi senang dorang jejak kepala aku.
"Korang tak nak order kan. So aku blah la" kataku sinis.
"Kau jangan ingat kami nak lepas kau macam tu aje. Habis menganjing dekat sini nak blah macam tu aje"
Berani betul dua ekor setan ni. Kebetulan hari ni orang tak ramai dorang nak buli aku. Kalau tak ingat ni tempat aku cari duit, dah lama aku maki hamun dua ekor makhluk tak guna ni.
"Lepaslah sial"
"Asal? Sakit?"
Aku cuba kawal reaksi muka sebaik mungkin. Muka beku aku tayang.
"Eh! Apa masalah korang eh"
"Kau tu masalah kitorang!"
Lagi kuat dia cengkam lengan aku. Sakit babi! Tangan cap apa minah ni. Dahlah tangan kasar.
"Let her go"
Aku dengar suara seseorang. Tiada intonasi keras ataupun marah disitu.
"Eh! Hyunjin. Kau buat apa kat sini?"
Bwekk! Nak muntah hijau aku rasanya. Babi punya pempuan. Sejak bila suara dia tukar manja macam tu.
"Lepaskan tangan dia dulu"
Akhirnya Rachel mengalah. Aku mengurut sedikit tangan aku.
"Kau buat apa datang sini Hyunjin?" soal Rachel dengan manja.
"Saja datang beli baju" jawab Hyunjin selamba.
Aku terhibur. Tapi aku ketawa dalam hati. Aku ketawa disebalik wajah dingin aku.
"Ish! Orang tanya betul betul kan"
Ya ampun suara dia. Boleh tak kalau aku nak terjun bagunan sekarang. Aku dah sanggup nak dengar minah ni cakap bahasa alien.
Tanpa menunggu, Hyunjin terus pergi dari situ. Aku juga turut pergi ke belakang untuk sambung kerja aku.
"Weh! Tu bukannya minah diva ke?"
"Haah" jawab ku sambil mengurut tangan.
"Dia order apa?" soal Beomgyu.
"Tak ada apa pun. Saja datang nak cari pasal dengan aku"
Aku bersandar pada dinding.
"Iya? Hanat betul minah tu. Anyway siapa mamat a.k.a hero kau tadi tu?"
Aku tengok reaction Beomgyu. Oh jangan lupa yang aku ada kebolehan untuk tahu apa yang orang tu tengah fikir melalui reaksi muka mereka.
Reaksi Beomgyu sekarang ni menunjukkan yang dia tengah fikir aku mesti ada apa apa dengan Hyunjin.
"Just nobody" jawabku malas.
Memang pun. Aku tak pernah tahu pun yang si Hyunjin ni wujud sebelum ni.
"And could be somebody in future" tambah Beomgyu.
"Hello excuse me! Never okay! Dah sambung buat kerja. Membawang aje kerja. Aku report kat supervisor kita nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah"
"Uii dia main supervisor pulak"
Tepat pukul 10 aku kemas kemas untuk balik. Penat juga hari ni walaupun customer tak ramai. Mengantuk tu tak payah cakaplah. Memang mengantuk gila. Nampak bantal tidur kat rumah aje ni.
"Aku cau dulu Beomgyu"
"Eh! Tak nak aku hantar?"
Aku silang sling bag aku.
"Tak nak ah. Nanti kena cop perempuan gatal dengan girlfriend kau. Aku tak naklah jadi punca korang bergaduh"
"Hmm yelah. Hati hati balik. If ada something wrong terus call aku"
Aku membuat isyarat tangan okey. Hoodie disarung diatas kepala. Seperti biasa lagu favourite aku menemani aku di sepanjang jalan.
Angin malam yang tenang buat aku memutuskan untuk berhenti di Aether Lake. Sebuah tasik yang aku selalu datang bila ada masa lapang.
Aku melabuhkan punggung diatas bangku. Hoodie aku rapatkan ke tubuh. Dari sini aku boleh nampak sebuah bandar yang berkelipan di malam hari. Semua bangunan yang terdapat di bandar itu semuanya bercahaya berwarna warni. Sangat cantik.
"Beautiful right?"
Seseorang turut melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dan aku kenal bila tengok hoodie yang orang ni pakai.
"Always" jawabku walaupun agak lambat.
"Just like you"
Terus rasa macam ada something usik dalam hati aku. Oh please jangan cakap aku dah termakan pickup line mamat sebelah aku ni.
"Trash" kataku selamba.
"Excuse me darling?"
Dia ubah posisi menghadap aku yang duduk kat sebelah dia sekarang ni.
"What?"
Aku still pandang depan walaupun aku tahu sekarang ni dia tengah pandang aku.
"Did you just said a 'trash'?" soal dia tak puas hati. Mungkin sebab aku cakap pickup line dia tu sampah.
"Bingo" jawabku.
Dan untuk kali keduanya dia tarik aku punya earpod. Hish! Dia ni memang nak mati dengan akulah.
"Apa masalah awak ni?" soalku dengan malas.
"Boleh tak kalau cakap tak yah sakitkan hati saya. Sebaik cakap sepatah aje"
"I speak the truth"
"You are so annoying" balas Hyunjin.
"Just fucking go! Don't talk to me. Awal awal lagi saya dah warning jangan berkawan dengan saya. Tapi awak degil"
Aku cuba kawal amarah aku. Panas hati aku sekarang ni. Boleh pula dia cakap aku annoying.
"You know what, awak orang pertama cakap saya annoying. Lepas ni jangan cakap dengan saya lagi"
Yes aku mengaku aku ni annoying. Sombong. Tak cakap dengan orang lain. I'm on my own world but who's care. This is me. I'm just be my myself.
Aku rampas earpod aku dari dia lalu aku pergi dari situ. Kali ni aku betul betul marah.
"Darling i'm sorry. Saya tahu saya tak sepatutnya cakap macam tu"
Dia kejar aku. Tahu pun yang diri tu salah. Aku diam. Malas nak layan. Hati tengah panas sekarang. Please jangan ganggu aku.
"Talk to my leg"
Selepas aku mengeluarkan ayat itu dia terus berhenti kejar aku.
Tbc
Dalam cite ni heroin sakit tangan, tapi in real life tukang buat cite ni pun sakit tangan. Dah seminggu, tak sembuh2 lagi. Tangan kanan pulak tu 😢 huhu redha always
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top