AC - 02
Selepas siap delivery semua bunga, aku tolong sis Yves memilih bunga yang elok dan buang bunga yang tak boleh pakai. Salah satu sebab lagi aku suka kerja sini sebab aku suka bunga.
"Sis apa maksud ros putih ni?"
Aku membelek bunga ros putih. Dah nak dekat dua bulan kerja dekat sini baru hari ni kau nak tanya Areesa. Teruk betul kau.
"Ros putih bermaksud persahabatan. Contoh Areesa ada kawan dan tak tahu nak kasi hadiah apa, so sis sarankan bunga ros putih nilah yang terbaik"
Aku terus teringat Lea. Kalau Lea seperti dulu, memang aku kasi bunga ros putih ni dekat dia.
"Areesa tak nak tanya ros merah pulak?" usik sis Yves.
Kalau setakat ros merah tu aku pun tahu. Dan aku pasti semua orang tahu maksud ros merah.
"Takpelah sis. Areesa rasa tak yah kot tanya soalan tu. Oh Areesa baru teringat yang Areesa belum kemas lagi dekat depan. Sis dah nak tutup kedai kan"
"Yelah. Pergilah kemas sana"
Aku kemas kemas apa yang patut. Aku perlu cepat sebab lepas ni aku perlu kerja di Subway Cafe pulak. Dari pukul 7.30 sampai pukul 10 malam. Inilah rutin harian aku. Aku tak ada masa seperti gadis lain yang sebaya dengan aku. Kalau mereka menikmati keseronokan, aku pula bekerja untuk sara hidup sendiri.
Tapi aku tak kisah. Aku dah biasa dengan semua ni. Malah, aku rasa gembira diberi kesibukan macam ni. Bak kata pepatah, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.
Selepas semua siap, aku tukar pakaian. Beg didalam loker diambil.
"Sis, Areesa pergi dulu. Jumpa esok"
"Baiklah hati hati. Zaman sekarang ni ramai sangat orang yang kita tak boleh percaya. So stay safe"
Aku mengangguk. Tubuh sis Yves aku peluk dan selepas itu aku terus pergi.
Areesa sampai di Subway Cafe. Pelanggan ramai seperti selalu. Kebanyakan student dan couple couple pun banyak juga yang lepak sini. Ada yang still pakai uniform sekolah pun ada.
Beg aku letak dalam loker. Apron disarungkan dan aku terus mula kerja.
"Reesa tolong hantar order ni jap! Meja 8"
Aku nampak si Beomgyu tak menang tangan. Busy buat air ini air itu. Tanpa membuang masa aku tolong dia.
Dulang yang dipenuhi beberapa air minuman aku angkat dengan berhati hati. Silap langkah mahu tersungkur aku dengan air ni semua.
Aku melangkah ke meja 8. Ada beberapa orang perempuan di situ. Kalau tengok uniform yang dorang pakai ni macam kenal.
Satu persatu minuman aku letak atas meja mereka. Tapi belum sempat aku angkat dulang untuk pergi dari situ, salah seorang dari mereka sengaja tolak dulang supaya jatuh. Dan dulang itu selamat bercium dengan lantai.
"Itu balasan kau sebab hantar lambat kitorang punya air"
Aku tayang muka beku. Sikit pun aku tak takut dengan dorang. Kalau boleh aku nak sembur cukup cukup tapi customer ramai.
"Budak Starscream memang kurang ajar eh? Oups!"
Aku pura pura tutup mulut dan berlalu dari situ. Malas nak layan budak tak matang.
"Chill weh. Dia budak Stormbreaker je pun. Sekarang ni kita kena fikir macam mana nak balas dendam dengan Freya"
Aku senyum sinis mendengarnya. Itulah cari pasal lagi dengan member squad gila tu. Bukannya dia tak kenal bila dengar nama yang mereka sebut tadi. Kang Freya budak Asgard. Revenge is her priority. No one can stop her.
Areesa sambung buat kerjanya.
Hyunjin terpaksa drive dalam hujan. Dan ini semua disebabkan Jaemin. Boleh pula dia cakap dia tak boleh balik sebab hujan. Nasib dia ingat si Jaemin tu kawan baik dia aje. Kalau tak jangan harap dia nak curi kereta daddy dia semata mata untuk tolong orang lain.
Dia berhenti didepan Subway Cafe. Kelibat Jaemin masih belum nampak. Kalau ikutkan kafe dah tutup tapi mana si Jaemin ni.
Tidak lama kemudian dia nampak Jaemin berlari lalu masuk kedalam keretanya.
"Kau buat apa do datang sini malam malam?"
"Saja datang menari dengan air dengan roti dalam kafe ni"
Hyunjin membuat muka. Jaemin ni kalau cakap tak pernah serius.
"Sebelum aku campak kau keluar dari kereta aku, baik kau simpan loyar buruk kau tu" marah Hyunjin.
"Takde ah. Perut aku rasa macam nak makan roti subway ni. So aku datanglah. Kau tahu kan yang rumah aku tak jauh dengan kafe ni so aku jalan kaki ajelah datang sini. Tapi tak sangka pulak hujan lebat"
"Dah tahu sekarang musim hujan, spare lah payung. Tak pun pakai sweater berhoodie. Ini tak, yang kau tahu bawa perut kau datang sini" bebel Hyunjin.
"Eh! Kenapa aku baru sedar bila kau bebel nampak comel sangat"
Hyunjin terus tumbuk perut Jaemin berkali kali. Bergaduh kawan kawan lah katakan.
"Dahlah weh! Walaupun kau tumbuk macam perempuan, tetap rasa sakit kau tahu"
"Oh macam perempuan. Meh! Aku nak tumbuk macam lelaki pulak"
Hyunjin berura ura untuk tumbuk Jaemin. Tapi dengan cepat lelaki itu tutup mukanya.
"Aku gurau ajelah"
Jaemin mengalah.
Hyunjin terpandang orang yang tengah kunci pintu kafe. Dari belakang macam kenal. Selepas kunci, perempuan itu membuka payung lalu terus melangkah pergi. Dari sisi dia kenal sangat perempuan itu. OMG!
"Eh! Eh! Kau nak pergi mana ni. Kau buta ke dekat luar hujan"
Hyunjin tak jadi nak keluar lepas Jaemin tahan dia.
"Aku rasa aku nampak perempuan tu. Payung yang dia pegang tu sama dengan yang dia kasi aku"
Jaemin melihat ke luar tingkap. Tak ada siapa pun. Hyunjin ni biar betul.
"Serius do? Aku tak nampak siapa pun. Perempuan mana ni? Kau jangan buat pasal hujan hujan ni" kata Jaemin yang separuh takut itu.
"Aku rasa perempuan tadi perempuan yang aku cari selama ni. Payung yang dia pegang tadi. Sama dengan yang dia kasi aku"
Jaemin menggeleng kepalanya. Macam orang tak betul dah kawan dia yang sorang ni. Betul betul taksub dengan perempuan tu. Kalau jumpa dengan aku siap kau aku kerjakan perempuan. Sebab kau kawan aku jadi macam ni.
"Eh berlambak lagilah orang guna payung yang sama. Kau silap orang kot"
"Nope! Aku rasa aku tak silap orang. Sekarang ni aku nak kau teman aku cari perempuan tu. Mungkin dia belum jauh dari sini"
Hyunjin memandu keretanya. Jaemin disebelah hanya mampu akur. Nak tak nak dia kena ikut. Dia disini cuma penumpang aje. Hyunjin yang drive.
Jaemin membantu melihat sekeliling. Mana tahu kot kot dia jumpa perempuan itu. Bolehlah dia balik rumah awal.
"Kau yakin ke dia pergi arah sini?" soal Jaemin.
"Haah! Tadi aku nampak dia jalan arah ni"
Hyunjin melihat sekelilingnya. Namun hampa. Tiada orang pun di kawasan ni. Tengah tengah hujan macam ni, semua orang selamat duduk dalam rumah masing masing dah. Siapa aje yang nak keluar rumah malam malam. Hujan pulak tu.
"Esok kalau aku lambat datang sekolah siap kau!" bebel Jaemin.
"Eleh! Macam tak biasa pulak pergi sekolah lambat. Muka kau tu memang selalu datang lambat kan" bidas Hyunjin.
Jaemin diam. Ekhm! Betullah tu.
"Aku rasa kan kita tak kan jumpa malam ni. Apa kata kita sambung esok aje"
Jaemin memberi cadangan. Rumah dia dah jauh dah ni. Kena pusing balik kalau nak balik rumah dia.
"Hmm tak ada istilah cari dah untuk esok. Kau kalau dah boleh berkepit dengan si Heejin tu, cari apa kebendanya. Dengar boleh percaya jangan"
Jaemin cuma mampu sengih. Sesungguhnya Hyunjin cukup kenal dengan perangai dia. Peace yow.
Areesa sampai di rumahnya. Waktu macam ni semua orang dah tidur kecuali pembantu rumahnya.
"Areesa dah balik"
Aku cuma mengangguk.
"Aunty dah tidur ke?"
Aunty Mel cuma mengangguk. Rasanya dalam rumah ni aku selalu cakap dengan aunty Mel aje. Yang lain jangan harap. Ada ke patut layan anak saudara sendiri macam pembantu.
Tapi aku dah biasa dengan layanan aunty aku dengan anak anak dia. Yelah aku sedar aku ni cuma menumpang. Dah banyak kali aunty halau aku keluar tapi aku still disini sebab aku tahu rumah ni sepatutnya jadi hak milik aku tetapi aunty ambil semua harta arwah parents aku termasuk rumah ni dari aku macam tu aje.
Well aku belum cukup umur untuk membahas soal harta harta ni. So aku biarkan. Selagi aku mampu bertahan aku akan bertahan. Nanti bila sampai masa aku akan ambil balik semua yang aunty aku ambil.
"Cik Clara suruh Reesa basuh baju dia. Dia tak kasi aunty basuh"
"Takpe aunty. Nanti sebelum tidur Reesa basuh. Aunty jangan risau"
Kau suruh aku basuh eh Clara. Takpe aku akan basuh cuci cuci baju kau. Clara ni memang menyusahkan. Nasib baik dia sekolah Xavey bukan sekolah aku. Kalau tak lagi berganda ganda menyusahkan.
Selepas Aunty Mel masuk kedalam bilik, aku ambil baju Clara lalu dimasukkan kedalam mesin basuh auto. Cecair pewarna yang pekat aku masukkan sekali. Biar padan muka kau Clara.
Selepas siap keringkan, aku sidai di tempat khas sidai baju. Puas dengan hasil kerjaku. Habis bertompok tompok baju si Clara.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top