EPILOG
5 TAHUN BERLALU...
Tahun 2018
"BAIKLAH, soalan terakhir. Doktor Afiq, apakah kata-kata semangat buat orang yang sedang menghidap penyakit depresi sekarang dan ingin membunuh diri?" Wartawan itu bertanya soalan terakhir kepada doktor psikologi itu.
Afiq dengan tenang menjawab. "Ada satu pepatah Arab pernah mengatakan... awak hendak mati? Jadi balinglah diri awak sendiri ke dalam laut, dan awak akan tengok sendiri awak sedang meronta-ronta untuk selamatkan diri. Awak bukan hendak bunuh diri. Awak cuma mahu bunuh sesuatu dalam diri awak."
"Jadi, bangun dan berusaha bunuh sesuatu itu. Sentiasa sokong diri sendiri dan pandang ke hadapan. Gagal bukan bermaksud awak gagal selama-lamanya tetapi bermakna awak berjaya mencuba."
"Awak langsung tak tahu apa yang berada di hadapan awak. Tetapi Allah tahu. Jadi percaya Allah sudah susun jalan cerita awak dengan baik dan terus pandang hadapan."
"Oh..." Tergamam wartawan itu mendengar kata-kata Afiq. "That's the most deep words I have hear in my life. Terima kasih doktor Afiq kerana sudi sertai temubual kami. Harap doktor sihat sejahtera."
Afiq membalas kembali. "Sama-sama. Saya juga amat hargai temubual ini."
"Heeey!" Afiq bersorak panjang serentak dengan suara Gopal dan Rizal. Afiq menarik kerus lalu duduk, menyertai mereka bertiga.
"Lama wey kita tak jumpa sekarang. Kau sudah masuk Islam, Gopal?" Afiq bertanya dengan penuh teruja. Rasa terharu apabila kawan baiknya menjadi saudara baharu.
"Apa Gopal? Gopal? Ini Gopal Kadeenlah." Gopal sempat lagi bergurau. Air teh O ais sempat dihirup sedikit. "Kau apa kurangnya. Dah jadi doktor dah."
"Ala, biasa-biasa saja." Afiq acah merendah diri. Padahal sudah bangga di dalam hati.
Gopal berbisik tanpa langsung memandang Rizal di hadapannya. "Kau nak tahu tak? Rizal kahwin awal dari kita! Anak dia sudah umur 3 tahun, wey."
Tersedak Rizal mendengar bisikan itu. Sehingga terbatuk-batuk lelaki itu! Kurang asam punya Gopal. Bagilah aku bagitahu dulu. Cakap pun macam hendak bagi dia dengar.
"Wey. Seriuslah!" Afiq tergamam mendengar berita itu. Wajah Rizal dipandang, tidak percaya. "Woo, mentang-mentang kita 'lost contact'. Dengan siapa kau kahwin?"
"Ibu dengan ayah aku pilihkan. Kahwin pun... empat tahun yang lepas. Nama isteri aku pula Irma." Rizal menerangkan satu persatu. "Itulah. Rindu pula nak kumpul-kumpul macam ini."
"Dia tipu isteri dia. Kata nak pergi beli barang dapur tetapi keluar melepak. Takut kena marahlah itu..." Gopal sengaja mengusik Rizal.
Rizal yang tidak tahan diusik, memarahi Gopal. "Diamlah!"
"Kau... tak kahwin ke Gopal?" Afiq bertanya status Gopal. Manalah tahu dia seorang sahaja yang singlet, eh maksud dia... bujang.
Gopal menggeleng. Dia menghirup sedikit air sebelum menuturkan kata. "Biarlah aku kejar cinta Allah dahulu. Barulah Allah bagi cinta yang sebenar buat aku."
Bunyi burung-burung berkercipan menarik perhatian mereka. Cepat-cepat Afiq menutup pemasa di telefonnya. Alamak, dia terlupa mahu buat perkara itu!
"Aku pergi dululah." Afiq bangun daripada tempat duduknya.
"Eh, sekejapnya..." Rizal merasa aneh melihat Afiq yang hendak cepat itu.
"Aku nak pergi dekat rumah Natasha. Ada hal yang aku hendak selesaikan." Afiq meletakkan kadnya di atas meja makan mereka. "Nanti ada apa-apa hal, call aku sahaja."
"Amboi!" Gopal mencapai kad di atas meja itu. "Siap ada kad!"
"Mestilah! Doktor, kan?" laung Afiq yang jauh ke hadapan. Mungkin bergerak ke keretanya.
"Heh, sama macam dahulu." Gopal menggumam sendirian sambil memerhati kereta Afiq menluncur pergi. Dia tidak semena - mena teringatkan sesuatu. "Eh, Afiq belum tahu lagi ke?"
Rizal yang mahu menghabiskan airnya terhenti. "Hrm... nanti dia tahulah itu."
Pintu pagar bercat putih perang itu dipandang. Inilah rumah Natasha. Bagaimanalah rupa Natasha sekarang, ya? Afiq menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam. "Assalamualaikum!"
Meskipun salam tadi tidak dijawab, Afiq masih tidak berputus asa. "Assalamualaikum!"
Pintu rumah jelas nampak dibuka dari jauh. Kelihatan seorang budak perempuan kecil memanjat pagar sambil menyahut. "Waalaikumussalam!"
"Sekejap!" Budak itu terus turun dari pagar yang dinaikinya. Rasanya mesti budak ini ada memasang niat untuk menjadi spiderwoman yang terkenal.
Selesai membuka kunci, budak perempuan itu berlari laju ke arah pintu pagar. "Pak cik... pak cik cari siapa?"
Afiq membongkokkan badannya separas tinggi budak perempuan tersebut. "Pak cik cari akak Natasha. Adik nampak dia tak?"
"Oh... sekejap..." Budak kecil itu terus berlari masuk ke dalam rumah sambil melaung. "Mak Ngah Hanan!"
Afiq terpaku mendengar nama itu. Mak Ngah Hanat? Ya Allah... apa yang aku dengar tadi? Mungkin Hanan yang disebut budak kecil itu. Fikir positif...
Beberapa minit kemudian, seorang wanita berpurdah keluar bersama budak kecil itu. Mata Afiq meliar di sekitar rumah, masih mencari di mana Afiq sebenarnya.
"Awak siapa, ya?" soal wanita berpurdah itu.
"Saya Afiq. Nak cari Natasha. Akak kenal dia ke?" Afiq memandang mata wanita berpurdah itu, dengan harapan... dia dapat mencari Natasha.
"Natasha ke?" Mata wanita itu berubah sayu amat. "Natasha sudah tiada."
Jantung Afiq seakan terhenti. Bergetar nada suaranya cuba mengulang kata-kata wanita itu. "Ti... tiada? Dia pergi mana?"
Sekali lagi wanita itu menggeleng, memberi maksud yang jelas lagi terpendam. Natasha sudah pergi dari dunia ini buat selama-lamanya. Afiq menunduk ke bawah. Tidak mungkin.
"Natasha tiada? Dia meninggal sebab..."
Budak perempuan itu menyampuk. "Mak Su Natasha. Ini siapa?"
Afiq mengangkat wajahnya. Natasha yang berpurdah itu berkata panik kepada anak saudaranya. "Afsya... mak su baru nak prank dia ini. Pergilah dekat papa. Kenapa Afsya suka menghancurkan momen-momen seronok dalam hidup mak su?"
Afiq sudah naik bengang. "Momen seronok kepala otak engkau."
Afsya terkebil-kebil melihat Natasha menjengil ke arahnya. "Afsya tanya saja."
"Ya, Afiq..." Natasha menoleh ke arah Afiq. Dia menunjukkan cincin bunga yang disarungkan di telunjuknya ke arah Afiq. "Ini ke Natasha yang awak cari?"
"Ya." Afiq mengangguk dengan senyuman nipis. "Dan aku akan merisik wanita kecil yang Afiq sayangi."
Nasib Natasha memakai niqab, kalau tidak pasti Afiq dapat melihat dengan jelas betapa merahnya mukanya.
"Keluarga kau ada dekat dalam ke?" Panjang leher Afiq cuba melihat di belakang Natasha.
Natasha mengerutkan dahi. "Eh, kenapa pula?"
"Eh, budak ini. Nak merisik kaulah." Afiq tidak dapat menyorokkan keterujaannya. "Kena tanya bapa dulu, baru boleh bawa satu family!"
"Eh? Nak merisik ke?" Natasha segera membuka pintu. Gelojoh betul perempuan ini. "Jomlah. Keluarga saya dah ada dekat dalam."
Kau tak boleh kawal apa yang suara itu ingin katakan pada kau.
Malu-malu Afiq mengucapkan di hadapan keluarga Natasha. "Saya sebenarnya... nak merisik Natasha."
Tapi kau boleh pilih... apa yang kau ingin percaya.
"Pak cik tak benarkan." Tegas Encik Fendi berkata. Terkedu semua orang melihat ketegasan encik Fendi. Encik Fendi tergelak melihat semua orang kecut perut seperti ternampak hantu.
Encik Fendi menyambung. Nanti salah faham jadinya. "Nak meminang tu. Bawalah keluarga sekali."
"Yes!" Afiq menjerit keriangan mendengar kata izin dari encik Fendi. Melihat semua mata memandang ke arahnya, termasuk Natasha yang tersengih dari tadi, membuatkan dia tertunduk malu sendiri. "Terima kasih, pak cik."
Terima kasih kerana tunggu saya, my Anxiety Love.
"Kau tak boleh pilih, hidup bagaimana yang kau inginkan. Tetapi kau ada dua pilihan. Meratap masa lalu kau atau kau sendiri ambil masa lalu itu sebagai pengajaran dan terus pandang ke hadapan."
- AFIQ NAZREEN -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top