9 | AL
NATASHA masuk ke dalam kelas dengan membawa sebungkus plastik di tangannya. Raisha yang perasan akan kelibat Natasha terus melambai Natasha untuk menghampirinya. Natasha sedar akan isyarat itu, terus berjalan laju menuju ke tempat duduknya.
"Sorry, dear. Yalah, sebab kita orang tak tunggu kau hari ini," pinta Raisha. Entah ikhlas ke tidak. Cakap itu sambil main telefon bawah meja lagi.
"It's okay." Natasha menguntum senyuman. Tetapi dalam hati, dia mengeluh, sedikit. Penat dia sahaja menunggu di kantin tadi. Ingatkan Raisha datang. "By the way. Kenapa kau tak bagitahu kau tak boleh tunggu aku semalam?"
Raisha menjawab sambil matanya masih menghadap telefon. "Oh, lupa. Lupa. Semalam aku buat banyak kerja sekolah. Lupa nak mesej kau kata aku pergi sekolah awal sikit." Kepalanya tertolehkan ke arah Natasha. Matanya menangkap bekas plastik di tangan Natasha.
"Uuu..." Bekas itu diambil tanpa izin. Diselak plastik merah yang membalutinya. "Wah, sandwich! Kuzaimie bagi, ya? Boleh aku rasa sedikit?"
"Erm." Natasha terdiam sendiri. Kalau larang, Raisha tetap mahukan juga. Haih, bagi sahajalah. "Hmm, ambillah."
Sebaik sahaja Natasha berkata, Raisha terus mengambil tisu basah untuk mengelap tangannya sebelum dicapai satu sandwich. Sandwich yang ada dua bilangannya kini menjadi satu setelah dimakan Raisha.
"Hello, guys!" Jianying menyapa mereka. Dia mengambil tepat di hadapan mereka iaitu tempat Qaisara yang tidak hadir hari ini. "Kau orang bualkan apa ini?"
Sementara cikgu belum masuk ini, baik berbual - bual terlebih dahulu.
Raisha menyoal, ingin tahu. "Ha, hari ini hari Rabu. Kau masuk apa sahaja kokurikulum, Natasha?"
Natasha melabel mengikut susunan jarinya. "Kelab.... Kelab Seni dan Kebudayaan. Persatuan kekal. Dulu aku persatuan Pandu Puteri dan permainan pula, bola jaring."
"Wah, kita bertiga samalah." Jianying bertepuk gembira. "Oh, kelab kau samalah dengan boyfriend kau. Dia pun Kelab Seni dan Kebudayaan."
"Heh, sama macam budak bisu itu." Sinis Raisha berkata.
Terdiam mereka berdua. Bukan sahaja Natasha, Jianying sendiri turut tertanya sendiri. Mengapa Raisha terlalu benci akan Afiq. Tidak mungkin 'kisah silam' itu benar.
Berhati - hati Natasha menyoal. "Eh, kenapa ramai orang benci akan Afiq? Aku tengok dia bai..."
"Kau suka dia ke, Natasha? Wah, kau curang dekat Kuzaimie, en? Tiba - tiba back up dia," tuduh Raisha. Tegang benar nada suaranya.
Natasha memandang tepat anak mata Raisha. "Aku tanya saja. Yang kau tiba - tiba nak menggelabah ini kenapa?"
"Hey, hey, hey." Jianying resah melihat mereka berdua seakan ingin bercakaran.
"Selamat sejahtera, semua!" ucap Rizal sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar 5 Cendekia yang datang awal ke sekolah menjawab ucapan itu (kecuali Raisha). Bagus dia orang ini. Langkah Rizal dituruti Afiq dan Gopal di sisinya menuju ke tempat duduk mereka bertiga.
Melihat muka tegang Raisha, Jianying segera menukar topik. "Hey, kau orang dengar tak lagu terbaru kumpulan Blackpink? Sedap, bukan?"
"Oh, lagu itu! Aku ada tengok di Youtube semalam. Suara Lisa makin bertambah merdu siot!" ujar Natasha dalam nada teruja. Terlupa sebentar akan pergaduhan dia dengan Raisha tadi.
"Oh, mari aku ulang balik nyanyian." Raisha berdehem lalu memulakan nyanyian. "But we were born to be alone. Yeah, we were born to be alone. Yeah, we were born to be alone. But why we still looking for love?"
Jianying menyambung nyanyian itu. "No love letters, no X and O's. No love, never, my exes know. No diamond rings, that set in stone. To the left, better left alone."
"Didn't wanna be a princess, I'm priceless. A prince not even on my list. Love is a drug that I quit. No doctor could help..." Nyanyian Natasha terhenti tatkala sorakan dari Rizal dan Gopal mencelah.
Raisha bangun sehingga terbunyi geseran kerusinya. "Hey, bersorak macam monyet ini dah kenapa?"
Surat di tangan Gopal terus diberikan kepada Afiq. Gopal membalas. "Lah. Kacau periuk nasi kau ke? Kau orang semua bising tak ada pula kita orang mahu marah - marah."
"Ha, sudah. Sudah." Rizal cuba menenangkan keadaan yang panas itu namun tidak dilayan.
"Kau berdua dengan budak bisu itu boleh pergi mampus!" Terhinjut baju Afiq mendengar lemparan hinaan dari Raisha.
Salah seorang pelajar perempuan spesies Raisha, Afiah menyokong hinaan itu. "Entah. Menyemak sahaja dalam kelas ini! Sudahlah calarkan rekod buruk sekolah. Entah - entah mak dia rasuah pengetua supaya tak masukkan dia ke dalam sekolah juvana!"
Idayu rasa bengang dengan suasana itu menepuk meja dengan kuat. "Hey, nak gaduh! Gaduh tempat lainlah! Bingit sahaja!"
"Ala, sibuk sahajalah. Penolong ketua kelas sahaja kot." Salah seorang pelajar lelaki mempersendakan teriakan Idayu.
Rizal menguatkan suara, memberi amaran. "Hey, sudah! Sudah. Kalau kau orang masih gaduh. Aku akan bawakan hal ini kepada pengetua."
"Kau pun sama dengan si bisu itu. Anak pengetualah katakan. Kau lindung si bisu itu, kau pun pernah buat benda jijik macam dia buat dulu ke?" Raisha sengaja menghangatkan suasana.
Kepala Gopal seakan ingin meletup. "Kau jangan kurang ajar ya, perempuan!"
Sempat lagi salah seorang pelajar lelaki kelas itu, Adwa bersorak dalam hati. 'Gaduh, gaduh, gaduh.'
Afiq menyorokkan mukanya ke meja. Tangannya mengelilingi kepalanya. Dia sungguh rasa tidak selesa dengan hal ini. Dia mahu menangis tetapi dia tahan. Baginya, budak lelaki mana boleh menangis. Nampak lemah.
Satu tepukan dari muka pintu berjaya mendiamkan suasana huru - hara kelas 5 Cendekia. Afiq mengangkat muka. Eh, dah senyap? Ada malaikat lalukah. Saat berpaling ke pintu kelas, baru dia tahu penyebab semua pelajar terzip mulut mereka.
Cikgu Dhia mengukirkan senyuman. Dia cuba menahan rasa marah yang berombak - ombak di dalam dada. "Seronok gaduh, ya? Murid - murid yang gaduh tadi... sila berdiri atas kerusi dan buat ketuk ketampi sampai masa saya habis."
...
"Adik stayback ke kat sekolah?" Rizal bertanya dalam nada prihatin kepada adiknya.
Emyra menggeleng dengan senyuman di bibirnya. "Ha'ah. Adik stayback. Along tak payah risaulah. Tapi along... nak." Tangannya ditadahkan dan matanya sengaja dibulatkan.
Rizal menghela nafas dalam tawa. Dia menyeluk poketnya dan memberikan sekeping duit not lima ringgit kepada Emyra. "Hah, beli makanan. Bukan beli kat kedai buku."
"Yalah. Adik tahulah. Blek." Emyra sempat menjelir lidah sebelum berlari meninggalkan abangnya.
"Ha, dah habis berbual dengan adik kau?" Gopal menyapa Rizal setelah kelibat Emyra mula jauh daripada mereka.
"Ha, ya." Rizal memasukkan tangannya ke dalam poket. Duit bernilai lima ringgit dihulurkan pada Gopal. "Ha, Gopal. Kau pergilah beli makanan dekat luar. Ada misi Anxiety Love yang kita orang nak buat."
"Beli mi goreng sahaja tau," bisik Afiq tanpa suara.
Rizal mentafsirkan kata - kata Afiq. "Ha, beli mi goreng untuk Afiq. Aku... ikut kaulah nak beli apa untuk aku."
"Ha, okay!" Gopal terus berlalu meninggalkan mereka. Gerai mak cik - mak cik dan pak cik - pak cik di luar pagar sekolah, tunggulah aku datang!
Afiq menyiku Rizal. Kepalanya ditundukkan bagi mengelakkan bertentang mata dengan pelajar lain. Dia berkata dalam nada yang sangat perlahan. "Hey, kalau masukkan surat dalam beg Natasha, macam mana? Mesti gazebo itu ramai perempuan."
Selesai membaca gerak bibir Afiq, Rizal menepuk dahi. "Tch, iyalah. Aduh, mana pula adik aku ini? Lupa pula minta bantuan dia."
Afiq menyiku perlahan lengan Rizal. Takut - takut menunjukkan ke sebelahnya. Rizal tersengih sendiri. Lah, tidak sedar dia jalan melalui hadapan kelas 4 Karisma, kelas adiknya!
Mengetahui Afiq tidak selesa, Rizal tidak memaksa Afiq mengikutinya ke dalam. Sementara menunggu Rizal keluar, Afiq memicit squishy di dalam poketnya bagi mengurangkan rasa resah sosial.
Rizal keluar bersama Emyra. Sempat diberi sedikit keterangan kepada adiknya. "Emyra, beg budak perempuan itu dekat gazebo. Warna merah tapi ada tompok - tompok putih. Faham, tak?"
"Faham." Sempat lagi Emyra tersenyum sendiri. "Tolong ni, ada upah kan?"
Rizal memutarkan bola matanya. "Ya, ada upah. Pergilah. Buat masa budak tu tak ada."
"Ya, faham." Emyra melangkah pergi menuju ke gazebo perempuan berdekatan tapak perhimpunan.
"Ha, harap - harap dia fahamlah." Rizal mencuit bahu Afiq. Afiq mengurut dada kerana terkejut. Larit sangat picit squishy agaknya.
"Ha, jomlah. Kita pergi solat Zuhur dahulu sambil tunggu Gopal beli makanan," ajak Rizal.
Sementara itu, Emyra kini berada di gazebo perempuan. Melihatkan bilangan pelajar perempuan yang kurang melepak menaikkan semangat Emyra untuk melakukan misinya. Mungkin pelajar yang lain membeli makanan sebelum aktiviti kokurikulum bermula lagi. Matanya meliar memerhati setiap beg yang berada di atas meja panjang itu sebelum dia menangkap sebuah beg seperti yang diberitahu abangnya tadi.
Dia menyelitkan surat itu ke dalam poket sisi beg Natasha. Selesai melakukannya, Emyra berlalu pergi dari situ. Tanpa dia sedar, perbuatannya disedari seseorang.
'Seseorang' itu tersenyum lebar. Di sebalik dinding, dia seolah menyembunyikan satu rancangan jahat atas apa yang dia lihat. Tanpa membuang masa, dia mengorak langkah mencari temannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top