8 | AL

          AFIQ memeluk lutut. Dia membuang pandangannya ke langit. Apa bendalah aku cakapkan pada Natasha tadi? Haih, memalukan betul! Argh, rasa nak hantukkan sahaja kepalanya ke dinding!

    "Huh... huh. Kau dekat sini rupanya!" Gopal termengah - mengah bercakap setelah berlari mencari Afiq.

   Rizal terduduk bercampur terlalu penat. Rasanya Afiq patut masuk acara olahraga. Dari dewan tingkat 1 sampai kantin tau dia lari!

   Rizal memegang bahu Afiq. "Kau kenapa tiba - tiba lari tadi?"

   Afiq menggeleng. Dia bertutur, perlahan. "Entahlah. Rasa takut tiba - tiba."

   Rizal mengeluh. Dia menumbuk perlahan bahu Afiq. "Ala, tak apa. Kita cuba lagi, okay?"

   "Puuut..."

   Afiq dan Rizal masing - masing mengerutkan dahi apabila terbau sesuatu yang enak. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum memalingkan wajah mereka ke arah Gopal yang tersengih - sengih.

   "Sorry, aku ken..." Gopal belum sempat menghabiskan kata - katanya, dia sudah dibaling batu - batu kecil oleh Afiq.

   "Kau ni, kalau nak kentut. Bagilah signal dulu. Kacau aku layan rasa sedih sahaja." Afiq berkata, bengang. Memandangkan di belakang kantin ini tiada orang, bolehlah dia menguatkan suaranya.

   "Baguslah kentut aku halang kau. Tak elok layan benda sedih - sedih. Ada banyak sangat benda di dunia ini akan membuatkan kau gembira. Eh, bermadah pula!" seloroh Gopal.

   "Apa - apa sajalah Gopal." Rizal malas mahu melayan sahabatnya yang satu.

   Afiq terbangun. Riak wajahnya berubah seakan - akan teringat sesuatu yang penting. "Eh, kau orang. Aku terlupa yang aku kena lawat ayah aku petang nanti. Lepas solat asar."

   "Lah... kenapa tak bagitahu awal - awal?" soal Rizal. Dia menepuk - nepuk punggungnya bagi menghilangkan rumput - rumput yang melekat di seluarnya.

   Gopal memegang perutnya yang tidak semena - mena merasa senak. Dia menampar - nampar belakang Rizal dan Afiq  silih berganti. "Woi, woi, woi."

   Afiq memalingkan wajahnya ke belakang. "Kau dah kenapa, Gopal?"

   "Aku nak pergi tandas. Kau orang pergilah keluar dulu," ujar Gopal. Beg mereka bertiga sudah diletakkan d surau (surau sekolah itu berdekatan dengan pintu pagar utama).

   "Ha, yalah. Kita orang pergi ambil beg dahulu." Rizal menunjukkan jarinya ke belakang. Dia kemudiannya bersama - sama Afiq menuju ke surau.

   "Okay!" Gopal memulakan larian menuju ke tandas. Adalah sempat terpelecok. Itulah orang suruh kencing awal - awal tidak mahu.

   Selesai sahaja menjalankan proses perkumuhan, Gopal menghela nafas lega. Tangannya dicuci sehingga bersih sebelum direcik - recikkan ke arah cermin. Memang tak ada kerja betul budak ni.

   "Eh, Gopal." Siao Fang menegur Gopal yang baru  keluar dari muka pintu tandas.

    Gopal yang perasan rakan sekelasnya menyapanya terus membalas. "Oh, Siao Fang." Tangannya dijabatkan dengan Siao Fang.

   Siao Fang merupakan lelaki berbangsa cina. Bapanya merupakan berbangsa cina yang sudah memeluk Islam berkahwin dengan ibunya yang berbangsa Melayu.

   Gopal bersuara, mengusik. "Kau tak balik lagi ke. Ke kau tengah cuci mata tengok awek - awek pasukan sorak dekat sini?"

   Siao Fang menayangkan wajah seriusnya. "Mana ada. Aku tunggu adik aku tu. Dia boleh pula tinggal buku dekat perpustakaan. Nasib adik."

   Gopal memandang Siao Fang, tidak percaya. "Eh, kau ada adik? Aku ingatkan kau anak tunggal saja."

   Siao Fang menggaru tengkuknya yang terasa gatal. "Adalah. Ha, tu." Kelibat gadis 13 tahun muncul sedang menuruni tangga. "Lambatlah kau, Yaya."

   Gopal terkedu. Wajah adik rakan sekelasnya itu membuatkan adiknya berdegup kencang. Alis mata gadis itu terlukis cantik. Gopal berdehem untuk menghilangkan lamunannya.

    Sina Yaya menunjukkan simbol 'peace' manakala Siao Fang tayang wajah ketat. 'Peace'. 'Peace'. Nanti dia lempang budak ini sampai ke alam barzakh baru tahu.

   "Gopal?" Siao Fang memanggil Gopal tetapi Gopal tidak menyahut. Dia menguatkan lagi suaranya. "Gopal!"

   Gopal seakan baru tersedar dari mimpi yang lena, kelam kabut menyusun bicara. "Eh, eh, kenapa?"

   "Taklah. Kita orang balik dulu tau." Siao Fang terus melangkah menuju ke pintu pagar utama diikuti oleh adiknya.

   Gopal hanya memerhati kelibat Sina Yaya dengan ekor matanya. Dia sempat mengeluh kecil. "Ayoyo, amma. Takkan anakmu sudah jatuh cinta?"

...

    Afiq merebahkan dirinya ke atas kerusi plastik itu. Pandangannya sempat dialihkan kepada Encik Raiz yang terbaring lemah. Senyuman mula memudar dari wajahnya. Bilakah ayahnya ingin bangun dari koma itu?

   Afiq tersentak setelah terdengar bunyi telefonnya yang menandakan dia menerima satu mesej. Dia menoleh ke arah Puan Saffiyah. Fuuh... masih lagi tidur. Secara senyap - senyap, dia mengeluarkan telefonnya.

Apa misi seterusnya?

Gopal Shaz Rukan
Misi Anxiety Love? Entah. Sekejap, nak scroll.

Rizal anak sulung
Oh, aku memang nak buat benda ini tapi takut kau tak sukalah.

    Jantung Afiq berdegup kencang membaca mesej itu. Apa benda yang Rizal rancangkan? Janganlah suruh dia seru nama Natasha dari atas bumbung sekolah! Atau minta bantuan makhluk asing untuk luahkan perasaannya pada Natasha. Ish, ish, ish. Harap - harap tidak!

Gopal Shaz Rukan
Aku tahu apa kau fikirkan. Kita orang takkan suruh kau kejar lembu pakai baju merah sambil confess pada Natasha.

Aku takkan fikir benda begitulah.

Rizal anak sulung
(Emoji menyampah) 😑

Rizal anak sulung
Rancangan seterusnya ialah, tulis surat cinta.

   Rahang Afiq seakan mahu jatuh ke bawah. Tulis surat cinta? Terketar - ketar jarinya menaip.

Gilalah! Tak nak aku! Macam - mana kalau orang dapat tahu? Nanti mesti aku kena hina lagi. Aku takitlah.

Gopal Shaz Rukan
'Takit'? Sakit apa?

Takutlah, pandai. Typo tadi

Rizal anak sulung
Yakin dengan diri kau sendiri! Kalau kita orang percayakan diri kau, kau pun kena percayakan diri sendiri.

   Afiq tersengih sendiri. Heh, macam pakar motivasi pula si Rizal ini.

Yalah.

Gopal Shaz Rukan
Wey, aku nak makan maggi. Bye!

Rizal anak sulung
Ha, kau tulislah surat itu dahulu. Nanti esok boleh bagi senyap - senyap kat Natasha. Bye.

Bye.

   Sebaik sahaja skrin telefon itu gelap, Afiq menyimpan telefonnya ke dalam poket kembali. Tangannya diseluk ke dalam ruang beg sekolahnya yang terbuka. Sebuah buku yang seperti belacan dicapai. Itu buku lukisannya.

   Kertas di tengah - tengah muka surat dikoyakkan. Pen hitam diambil dari sisi poket begnya. Kepalanya ditongkatkan. Afiq mengeluh. "Macam mana nak tulis surat cinta, en?"

   Kepada...

   Kepada Natasha,

  Aku sebenarnya sudah lama suka kau.

   Afiq menggelengkan kepalanya. Geli - geleman tekak rasanya bila difikirkan. Macam ayat budak sekolah rendah sahaja! Lagipun Natasha sudah ada teman lelaki. Kalau tulis surat cinta macam tulis surat kepada diri sendiri, tak boleh ke?

   Afiq tersenyum lebar apabila idea mula tumbuh di dalam kepalanya. Dia menggunakan pensil terlebih dahulu. Nanti salah, nampak hodoh pula isi surat itu.

   Setelah bertungkus - lumus menulis, dia akhirnya berjaya menulis surat kepada Natasha.

   Dear Natasha,

   Aku tahu, seseorang kalau mencintai seseorang perlukan masa 4 bulan jika ingin tahu ianya bukan cinta monyet, tapi aku yakin kau cinta sejati aku sejak pertama kali bertentang mata. Aku tahu, aku bukan siapa - siapa pada diri kau tapi aku nak kau tahu satu benda datang dari hati aku.

   Aku harap aku boleh terangkan bagaimana menakjubkannya diri kau. Aku tidak boleh menilai rupa kerana aku tahu ianya tidak bukan benda untuk diagungkan. Kulit yang cantik akan berkedut juga bila menginjak tua. Tapi bila kau menyapa aku dengan baik sekali, hati aku mula terpaut pada kau. Betapa aku sukakan kau walau kau tak sedar akan kewujudan aku.

   Hatiku berdegup kencang bertemu kau namun kata yang dikeluarkan tidak seiring dengan apa yang aku mahu ingin lafazkan pada kau. Adakah aku hanya mampu hidup dalam bayang - bayang kau selamanya?

   Ikhlas dari,
   Your shadow

   Pennya berhenti menari di permukaan kertas itu. Dia menarik nafas lega. Rasa perasan mula menyelubungi diri tatkala membaca surat itu. Dia boleh tahan juga sweet, bukan? Rasa nak kahwin dengan diri sendiri pula.

   Dia menyelitkan 'surat cinta' itu ke dalam kotak penselnya. Kotak pensel itu terus dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.

   Sementara kantuk masih belum menyapa, Afiq mengisi masanya dengan bermain aplikasi Instagram. Sedang jarinya asyik meluncur pada permukaan skrin, dia menangkap satu kata - kata yang menjentik hatinya.

Ini bukan diri kau.
Ada sesuatu yang mengganggu dirimu sehingga kamu menyeksa diri dengan tidak menunjukkan diri sebenar kamu.
Usahkan pedulikan orang lain
Tunjukkan diri kau.
Adakah kau happy-go-lucky?
Adakah  kau seorang yang pelawak?
Tunjukkan.
Endahkan kata - kata mereka.
Mereka tak kenal siapa kau.
Tapi kau lebih kenal siapa diri kau sebenarnya.

   Afiq terdiam seketika. Hanya bunyi mesin degupan jantung bergema di sekeliling wad ICU itu. Egonya cuba menidakkan tapi hatinya seakan terharu mendengar kata - kata itu.

   "Perkara yang menganggu aku adalah peristiwa itu. Difitnah oleh kawan baik sendiri. Semua orang benci aku disebabkan perangai 'playboy' aku dahulu," ngomel Afiq, sendirian.

   Satu suara menyapanya. 'Tapi kau dah berubah. Kau bukan lagi playboy. Aku percayakan kau.'

   Afiq tersenyum mendengar suara itu. Dia tiba - tiba menguap. Haih, kenalah tidur dahulu. Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket lalu merebahkan kepalanya ke belakang.

  

  

  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top