7 | AL
"BYE, papa!" Satu lambaian dihadiahkan kepada kereta Mercedes itu. Encik Fendi membalas senyuman itu lalu fokus pada pemanduannya ke tempat kerja.
Untuk ke kelas 5 Cendekia, Natasha perlu melalui kantin dahulu sebelum menemui laluan koridor. Di kantin nanti, dia akan bertemu dengan Raisha dan Jianying yang menunggunya di situ.
Raisha menyimpan telefonnya di dalam poket beg seraya melihat Natasha. "Sampai pun, kau. Lama aku tunggu?"
"Ha'ah. Kan kita dah janji nak datang ke sini tepat pukul 6:30 pagi?" Jianying berkata sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai ke hadapan.
Natasha tersengih. Tudungnya ditarik sedikit ke hadapan. "Maaflah. Aku tidur lewat semalam."
Raisha tersenyum penuh makna. Dia bingkas bangun dari bangku kantin. "Kau mesej dengan Kuzaimie, en. Malam - malam?"
Natasha terkebil - kebil memandang Raisha. Dia tertawa sekilas. "Hahaha, mana ada. Petang itu... adalah. Tapi malam - malam aku mana ada buka telefon." Natasha membuka langkah menuju ke kelas diikuti Raisha dan Jianying.
"Macam mana couple dengan budak 'hot' sekolah kita?" Muka Jianying terserlah sangat dengan riak ingin tahunya.
Natasha menggaru pipinya. "Walaupun ayat dia macam budak darjah 6 tapi... he really sweet. Siap tanya aku sihat ke tidak. Main balas pantun."
Jianying dan Raisha bersuara, mengusik. "Uuu..."
"Ala, walaupun perangai dia tidak semenggah. Tapi dia hensem, bukan? Bertuah kau dapat berpasangan dengan lelaki 'hot' dekat sekolah kita," ujar Raisha seolah - olah mengampu Natasha.
Natasha tergelak, gedik. "Hahaha, memang hensem. Tapi dia sepatutnya bertuah dapat couple dengan aku. Aku kan budak baru yang ter'hot'!" Ketiga - tiga gadis itu tergelak. Entah apa yang lawak. Dua kali pandang serupa siamang pula.
Jianying memeluk lengan Natasha. "Nanti kongsilah mesej itu. Kita orang nak baca juga!"
Natasha mengangguk. "Mestilah boleh. Tapi takut kau orang rasa cringe sahaja."
Raisha sengaja mengecilkan suaranya supaya kedengaran comel. "Ala, nak baca juga!"
"Iya, iya, sayang. Nanti kasi baca!" Natasha mengalah.
Dalam sedar atau tidak sedar, mereka kini berada di hadapan pintu kelas 5 Cendekia. Natasha terkesima melihat Kuzaimie sudah lama menunggu di tempat duduknya. Siap berborak dengan para pelajar lelaki 5 Cendekia yang lain!
Jianying mencuit bahu Natasha. "Uuu, sweetnya boyfriend kau. Sanggup tunggu kau awal pagi lagi."
Raisha berpeluk tubuh, senang hati. Dia menepuk lembut belakang Natasha. "Ha, pergilah." Raisha bergerak dahulu ke hadapan, menuju ke sebelah Jianying, sengaja memberi Kuzaimie dan Natasha ruang untuk berborak.
Gugup Natasha dibuatnya. Ini pertama kali dia menjalankan hubungan cinta monyet zaman sekolah! Perlahan - lahan dia mengaturkan langkah ke arah Kuzaimie. Kuzaimie menongkat sebelah dagu menanti Natasha menghampirinya.
Natasha menyoal. "Eh, kenapa awak tunggu saya dalam kelas?" Dia meletakkan begnya di tempat duduknya setelah Kuzaimie beralih tempat ke tempat Raisha.
"Saya ada buat sesuatulah!" Kuzaimie mengeluarkan sebungkus plastik. Dia menghulurkan bungkusan itu kepada Natasha. "Saya ada buat bekal untuk awak. Harap awak terimalah."
Natasha kelu namun lama kelamaannya dia tersenyum. Dia menyambut huluran itu. "Terima kasih, Kuzaimie."
Kuzaimie mengusap bahunya. "Maaf kalau saya couple dengan awak selama ni, awak rasa meluat atau apa."
Natasha terkejut mendengar kata - kata Kuzaimie. Eh, lelaki ini boleh baca fikiran aku ke? Demi menjaga reputasinya sebagai budak baru yang cantik di sekolah itu, Natasha menidakkan. "Ala, mana ada. Awak okey apa. It's okay. Be yourself."
Kuzaimie tersenyum, senget. Dia menuturkan kata dengan nada yang mampu mencairkan mana - mana wanita. "Thanks, saya akan jaga awak elok - elok. Terima kasih sebab tak tolak lamaran saya. You are the most beautiful things that I will keep inside in my heart."
Pipi Natasha merona merah mendengar ayat manis bak hempedu itu. Dia cuba melawan dirinya dari terus merenung mata si jejaka. Dia membalas." Ish, sejak bila awak jadi sweet macam ni? Saya tak tahu nak kata apa! Haih, cari dekat Google ke ayat itu?"
Raisha mula menyorak. "Uuu!" Seluruh pelajar kelas itu turut bersiul - siul mengusik. Nasib baik ada yang masih waras, berdiam diri sambil menggelengkan kepala. Apa bendalah dia orang ini.
"Mana ada. Untuk..." Ayat - ayat manis yang ingin dilontarkan Kuzaimie terhenti apabila terdengar bunyi benda terjatuh dari pintu masuk kelas.
"Wey, macam mana kau boleh terjatuh ni?" Rizal membangunkan Afiq yang jatuh tersembam mencium lantai. Serentak dengan itu, beberapa pelajar nakal tergelak melihat aksi Afiq memalukan dirinya sendiri.
Afiq menggelengkan kepalanya dengan mata terpejam rapat. Dia bergerak menuju ke tempat duduknya diiringi Gopal dan Rizal. Gopal berdecit geram tatkala tawa itu masih belum berhenti bergema.
"Memalukan." Sengaja Raisha berkata dengan kuat, mahu Afiq mendengar kutukan tanpa bertapis darinya.
"Eh, ada dengar suara beruk ketawalah tadi. Kau dengar tak, Afiq? Pergh, naik sakit telinga aku dengar." Gopal bertanya kepada Afiq. Sengaja dia berkata kuat, dengan tujuan ingin menyindir si pembuli - pembuli Afiq.
Afiq memandang wajah Gopal dengan riak tidak puas hati. Apa hal pula si Gopal ini? Sudahlah dia tidak sanggup sekiranya dirinya menjadi tumpuan.
"Mana ada kami beruk!" Salah seorang pelajar lelaki, Syazrin membalas kembali sindiran itu.
Gopal berpusing menghadap Syazrin yang duduk agak jauh dari mereka. "Lah, terasa ke? Aku kata beruk. Bukan kau orang."
"Heh, diamlah hitam. Sibuk sahaja cakap. Kau pergi sahajalah cakap dengan budak bisu dengan budak berparut itu. Mana layak nak kawan dengan orang - orang macam kami ini." Berdas - das hinaan keluar dari mulut Raisha. Mentang - mentanglah hanya Gopal seorang lelaki india di dalam kelas itu, suka hati sahaja menghina Gopal hitam.
Rizal pula digelar budak berparut kerana dia mempunyai parut berdekatan dagunya. Itu parut keturunan.
Gopal menjadi panas mendengar hinaan itu. Bercampur dengan gelak tawa yang menyahut. Gopal tidak sempat angkat kaki, Luthfi sudah melaung, panik. "Wey, cikgu datang. Cikgu datang!"
Semua pelajar 5 Cendekia yang duduk merata tempat kembali ke tempat masing - masing. Ada yang siap baca buku secara terbalik lagi.
Rizal mengeluh sambil matanya mengerling ke arah Afiq. Bukan dia tidak pernah mengadu perihal Raisha walhal sudah berulang kali! Mengadu, buat lagi. Selepas itu buat ayat untuk membela diri sendiri. Sehinggakan Afiq membiarkan sahaja hinaan itu berlalu hari demi hari.
"Saya pergi dahulu, ya? Jumpa waktu rehat nanti!" Sebaik sahaja berkata, Kuzaimie menyusup keluar melalui pintu belakang kelas.
Natasha berbicara, perlahan. Entah Kuzaimie dengar atau tidak. "Yalah, bye."
"Selamat sejahtera, cikgu!" Rizal mengucapkan kata sebelum diulang kembali oleh rakan sekelas yang lain. Mereka semua duduk setelah diarahkan cikgu.
Cikgu Dhia berpaling ke arah Rizal. "Rizal, mari sini sekejap." Tangannya melambai memanggil Rizal datang ke sini. Sebagai seorang anak murid yang baik, Rizal menuruti arahan gurunya.
Melihatkan Cikgu Dhia seakan berbincang dengan Rizal sesuatu, Gopal mengambil kesempatan untuk menoleh ke belakang. "Afiq, jadi ke petang ini?"
Afiq menggeleng kepala sekaligus mengangkat bahu. Dia sendiri buntu. Lagipun dia masih dalam keadaan patah hati melihat Natasha dengan Kuzaimie tadi. Huhuhu, sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh.
"Nah." Rizal memberikan dua keping kertas kepada mereka. Mereka berdua tidak banyak cakap, terus mengambil kertas itu dari tangan Rizal. Rizal meneruskan tugasnya mengedarkan kertas.
Berkerut dahi Gopal membaca. "Kelas tambahan. Mula minggu hadapan? Selepas balik sekolah? Ah, sudah! AH, SUDAH!"
Afiq terhinjut bahu mendengar Gopal tiba - tiba berteriak. Sempat dia menggeleng kecil dan tertawa jahat di dalam hati. Tidak sanggup hadap kelas tambahanlah itu.
Cikgu Dhia menegur kelakuan Gopal. "Ha? Apa masalahnya Gopal? Awak itu SPM. Jangan nak 'ah, sudah' sangat."
"Hehehe, mana ada. Saya seorang pelajar yang bersedia. Tadi, saya buat senaman suara sahaja," seloroh Gopal. Jadual kelas itu disimpan di dalam beg. Tidak sanggup dia mahu lihat!
...
Tatkala semua pelajar seronok berlari pulang ke rumah masing - masing, masih ada lagi pelajar yang tinggal di sekolah. Kalau ada yang rajin, mereka akan belajar di perpustakaan. Ada yang merupakan ayam tambatan akan berada bersenam di padang sekarang. Kuzaimie salah satu contohnya.
"Kau pasti boleh buat?"
"Ya." Walaupun berbisik, nada suara Afiq tetap bersemangat.
"Kau ada bawa barang itu?"
Afiq mengeluarkan benda itu daripada poket seluar sekolahnya. Benda itu sempat lagi dipicit sekali. "Ada."
Rizal memberikan terapi ringkas. "Okey. Tarik nafas dalam - dalam. Tarik, hembus. Kalau kau nak kentut pun tak apa tapi pastikan kentut kau itu tiada bunyi atau bau."
Gopal menyampuk, sengaja melawak. "Kentut perlahan, sahaja."
Seusai sahaja Rizal dan Afiq melakukan solat Zuhur di surau, mereka terus menuju ke dewan sekolah. Selalunya, Raisha dan kawan - kawannya akan melepak di dewan sekolah sebelum turun ke bawah untuk mencuci mata memandang atlet - atlet sekolah.
"Eh, nanti kita turun tau. Tengok boyfriend kau, Kuzaimie. Dia atlet, kan?" Raisha bercakap tanpa memandang Natasha. Hal ini kerana dia sedang sibuk bersolek sekarang.
"Oh, tapi aku kena solat Zuhur dahulu," ujar Natasha. Segedik - gedik dia, dia masih ingat akan ibadah wajib 5 waktunya.
Tersentak Raisha dibuatnya. Hati menjadi panas mendengar kata - kata Natasha. Ayat Natasha itu seperti menyindirnya. "Solat?"
Natasha mengerutkan dahi, hairan mengapa riak wajah Raisha tiba - tiba berubah masam. "Yalah, solat. Kenapa?"
"Bukan apa..."
Natasha tidak beberapa menumpukan perhatian kepada ayat Raisha sebaliknya dia menangkap imej sesuatu yang menarik perhatiannya. Dari jauh, dia boleh lihat Afiq seolah dipaksa menuju ke hadapan tapi cepat - cepat Afiq berlari menyorok ke belakang Gopal.
Jianying yang perasan akan hal itu turut menggaru kepala. "Apa fasal pula dengan mereka itu, ma?"
Berbalik pada situasi Afiq, Afiq kini ditampar bahu, perlahan oleh Rizal. Rizal memegang sebelah bahu kawannya. "Hey, jangan macam ni. Mana Afiq badboy yang kita orang kenal selama ini? Setakat dengan tiga perempuan, Afiq mesti boleh cakap dengan lancar punyalah!"
"Betul kata kau." Afiq seakan mendapat semangat baru, terus keluar dari tempat persembunyiannya. Dia melangkah penuh kekok menuju ke Natasha. Rasa macam ada pelbagai jenis hantu menonton di kiri dan kanannya pula.
Sampai sahaja di hadapan Natasha, Afiq menyeluk tangannya ke dalam poket. Squishy itu dipicit bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Lagi - lagi bila terpandang Raisha dan Jianying yang mengukir senyum sinis.
"Kenapa, Afiq?" Natasha mengangkat wajah memandang Afiq.
Afiq menarik nafas dalam - dalam sebelum mula menyusun kata. ""Erm. Sa... sa... sa... sa... s..."
"Sa apa?" Natasha mengerutkan dahi. Sekali dengan Afiq kerutkan dahi.
Ketika itu, Afiq ingin memarahi dirinya sendiri. Tadi kau bukan main berani sangat. Kalaulah ada pintu ke mana sahaja, mesti dia gunakan untuk terus pulang ke rumah. Ah, apa benda kau merepek ini, Afiq?
Raisha sengaja mengejek Afiq. "Sa... sa! Macam orang cacat pula."
"Sa... saya... na..." Tanpa apa - apa amaran, Afiq terus berlari keluar dewan menerusi pintu di sebelahnya. Rizal dan Gopal yang berada di pintu belakang sudah menepuk dahi. Aduhai, Afiq!
Dua sekawan itu segera mengorak langkah menuju ke arah Afiq. Tawa terletus dari dua gadis serta - merta. Hanya Natasha terdiam dalam perasan hairan. Apa benda yang Afiq ingin ujarkan sebenarnya? Sampai tergagap - gagap. Pelik betul!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top