6 | AL

     SELESAI menyarungkan baju T-Shirt, barulah Afiq keluar dari bilik dengan tuala dibalut separa pusat. Dia duduk bersebelahan Rizal di atas katil dengan rambut yang masih menitik air.

   "Booyah ke?" soal Afiq sambil jarinya larit meluncur di atas skrin telefon. Sementara tunggu dia orang main, baik main instagram sekejap.

   Gopal menggoyangkan kepalanya, sekilas. "Belum lagi. Tinggal 3 pemain lagi."

   Lima minit berlalu, tiba - tiba bunyi sorakan dari Rizal dan Gopal. Seperti biasa, jika sekawan itu memenangi sesuatu permainan, mesti akan bertepuk tangan.

   Afiq menjongketkan kening. "Heh, menanglah tu."

   Satu sengihan terbit pada wajah Gopal. Gopal menepis hidungnya. "Hahaha, biasalah. Pemain pro, kan?"

   Afiq meniup dengan bibir dirapatkan. "Ha, iyalah."

   "Okey, mari kita bincang misi pula." Rizal menyimpan telefonnya ke dalam poket. Dia berpaling ke arah Afiq. "Kau ada kumpul maklumat ke, Afiq?"

   "Ada. Tapi... semua tak berguna." Afiq menayangkan riak menyampah. Dia menggaru kepalanya yang tiba - tiba gatal. "Semuanya suruh makan ubat, jumpa doktor dan bersosial dengan kawan. Haih, macam tak ikhlas saja nak tolong."

   "Jumpa doktor?" Gopal menggaru dagunya sendiri. "Ha'ahlah. Macam tak berguna pula. Kau dahlah ada kebimbangan sosial. Nak tegur Natasha pun macam nak tegur anak raja. Ish, ish, ish. Memang tak berguna."

   Afiq menyeringai ke arah Gopal. Rasa tersindir pula dengan ayat Gopal. Seolah - olah ayat itu mempunyai serampang dua mata.

   "Mana maklumat yang kau kata tak berguna tu?" tanya Rizal.

   Afiq menjuih bibirnya ke arah telefon di sebelahnya. Rizal mengambil telefon itu dan memasukkan kata laluan. Tidak menghairankan kerana mereka bertiga tahu kata laluan telefon masing - masing. Nasib saiz seluar dalam tidak tahu sangat.

   "Kita boleh guna benda ni." Kata - kata Rizal membuatkan Afiq dan Gopal berpaling ke arahnya.

   Gopal yang tidak tahu apa - apa, mengerutkan dahi. "Guna apa?"

   "Tiga fasa merawat kebimbangan sosial." Rizal menghulur telefon ke arah Gopal supaya senang Gopal membacanya.

   Rizal menyambung berkata. "Fasa pertama itu dah betul dah. Kau kena tahu yang penyakit kebimbangan sosial itu bukanlah penyakit yang kau ada sejak lahir lagi. Kau rasa sebab apa kau trauma?"

   "Peristiwa itu." Afiq mengetap bibir, rasa susah hendak diluah. "Macam kau orang tahu, aku kena fitnah rogol Raisha. Padahal aku tak buat pun! Haih, waktu tu... entahlah. Berat aku nak ceritakan."

   "Kalau kau tak nak cerita pun tak apa." Rizal main ambil telefon Afiq di tangan Gopal. Dia membaca salinan maklumat yang Afiq dapat. "Fasa kedua. Ahli terapi... bla bla bla... mengenalpasti punca. Ha, walaupun kau tak ada doktor, kau boleh kenal pastu punca itu sen..."

   "Macam doktor pula budak ini." Gopal berbisik dari bawah katil.

   Afiq mengangguk. Dia menunjukkan jari ke arah Rizal. Macamlah Rizal itu tidak nampak. "Entah, macam masuk kem motivasi darjah 6 sahaja."

   "Kurang ajar kau orang." Rizal menjadi geram dengan mereka berdua. Orang nasihat dituduh jadi penyelia kem motivasi. Mahu sahaja dia buka gelanggang gusti di sini.

   "Ha! Aku ada jumpa..." Gopal terhenti berbicara tatkala terdengar bunyi ketukan pintu Afiq.

   Afiq mengikat tualanya yang hampir tertanggal sebelum berjalan ke muka pintu. Pintu dipulas. Kelihatan Puan Saffiyah membawa sedulang berisi pinggan nugget.

   Puan Saffiyah meletakkan nugget itu di atas almari kecil bersebelahan katil. Sempat lagi disindir anaknya. "Baru bangun, Afiq?"

   Afiq bercekak pinggang sebelah. "Orang dah lama bangunlah, ibu."

   "Nugget!" Tanpa apa - apa, Gopal terus menyuap nugget itu ke dalam mulut. Sebagai menjaga maruah dia sebagai seorang lelaki setaraf drama hindustan yang bermaruah, dia mengucapkan terima kasih kepada Puan Saffiyah.

   "Terima kasih, mak cik," ucap Rizal.

   "Sama - sama. Mak cik nak sambung melukis, ya? Sambunglah borak." Puan Saffiyah keluar dari bilik Afiq setelah selesai berkata. Pintu Afiq ditutup rapat, tidak mahu perbualan mereka bertiga menganggunya melukis.

   Afiq duduk bersila di atas lantai. Satu ketulan daging itu diambil. Matanya disepetkan. Sekejap, macam terlupa sesuatu sahaja.

   "Ha, aku baru teringat sesuatu!" Serentak dengan itu, belakang Afiq ditepuk oleh Gopal dengan kuat sehingga terjatuh ketulan daging itu dari tangan Afiq.

   Afiq menjeling ke arah Gopal. "Kau ni kan..." Ketulan daging itu diambil semula.

  "Hehehe, jangan marah." Gopal mengangkat tangan lalu menurunkannya kembali. Dia menyeluk poketnya. Telefon dikeluarkan dan dipamerkan kepada mereka berdua. "Aku ada jumpa tips merawat anxiety dalam Wattpad."

   "Wattpad?" Riak Afiq berubah menjadi bingung. Apa benda Wattpad itu.

   Ragu - ragu Gopal ingin menjelaskan. "Wattpad itu aplikasi untuk membaca novel..."

   "Oh, Gopal selama ni jadi ulat buku rupanya! Bukan biasa - biasa Gopal sekarang ini," kata Rizal berbaur usikan.

    Afiq tidak mengusik Gopal sebaliknya terus fokus dengan misi. "Kau jumpa tip apa?"

   "Sekejap." Gopal menumpukan perhatian ke arah skrin telefonnya. Selepas mendapat apa yang dia ingini, dia meletakkan telefon di atas tengah - tengah mereka, bersebelahan mangkuk ketulan daging.

   "Aku Takut?" Rizal membaca tajuk bab itu.

   "Oh, itu cerita si No... si... argh, susah gila nak sebut nama dia." Berbelit Gopal cuba menyebut nama penulis cerita ini. Padahal senang sahaja. Sebut sahaja 'Nooroo' (Noru).

   Afiq mencapai telefon Gopal. Dia membaca setiap bait kata pada telefon itu. "Mulakan sayang diri sendiri..."

   Terkedu Afiq dibuatnya. Satu persoalan mula memasuki kepalanya. Adakah selama ini, dia sudah cukup menyayangi dirinya sendiri? Sejak daripada peristiwa silam itu, dia asyik memarahi diri sendiri kerana tersilap pilih kawan. Rasa dirinya tidak layak untuk hidup.

    Rizal mempersoalkan perubahan raut muka Afiq. "Kenapa kau tiba - tiba diam? Boleh aku tengok?" Telefon beralih tangan.

   Gopal memerhati Rizal membaca novel secara talian itu sambil mengunyah ketulan daging. Bukan satu tetapi tiga! Memang perut Gopal sebesar tong!

   Afiq yang ingin mengambil satu lagi ketulan daging tergamam melihat pinggan itu sudah licin. Sempat dijeling ke arah Gopal yang membuat wajah tidak bersalah. Kurang asam punya kawan.

   "Ha!" Rizal melaungkan kata, teruja. "Bagus, tips ini. Ha, Gopal. Aku screenshot, en? Hantar dekat group What'sapp."

   "Ikutlah," balas Gopal bersahaja.

...

KUZAIMIE✨
Awak, awak buat apa itu?

Tak ada buat apa - apa. Makan pancake sahaja. Sambil mesej - mesej awak.

KUZAIMIE ✨
Oh, sweetnya. Dalam makan pun masih ingat dekat saya! Hahaha.

   Natasha tersenyum kelat. Rasa geli pula. Ayat macam budak darjah enam mengorat budak tingkatan lima!

Hehehe, mestilah. Erm, awak. Saya nak makan sekejap. Nanti saya balas balik.

   Punat tutup pada telefon itu ditekan. Skrin telefon itu gelap serta - merta. Natasha meletakkan telefon itu di sebelahnya sebelum menongkat dagu. Dia mengunyah pancake yang mencair di dalam mulutnya.

   Rasa tersilap buat keputusan pula. Kenapalah dia ikutkan sangat desakan Raisha untuk berpasangan dengan Kuzaimie?

   Ya, memanglah boleh tumpang populariti Kuzaimie tapi, eww.... macam couple dengan budak darjah enam sahaja! Memang lelaki itu sweet tapi... pickupline tak boleh hambar lagikah? Nasib baik rupa paras hensem.

   Satu kata terlepas dari mulutnya. "Taste aku bukan macam Kuzaimie masalahnya." Natasha sekali lagi menyuapkan sesudu pancake ke dalam mulutnya.

   Citarasa dia adalah seorang lelaki yang serius tetapi ada perwatakan yang comel. Kulit tidak terlalu putih macam Kuzaimie dan sawo matang. Nampak 'hot' gitu. Macam Jungkook tapi gelap sedikit wajah. Tidak semena - mena, muncul satu sengihan miang pada wajah Natasha. Amboi, gatal benar hang!

   Suara yang entah datang dari mana menyapanya. 'Macam Afiq ke, Natasha?'

   Terkedu Natasha dibuatnya. Eh, macam... macam Afiq. Natasha berbicara sendirian. "Ya, Afiq memang agak comel. Tapi... sekejap, kenapa aku tiba - tiba fikir fasal dia ini?"

   Natasha menepuk kepalanya, perlahan bagi menghilangkan wajah Afiq berlegar di mindanya. "Sudah, Natasha. Makan!"

...

   Afiq meneguk air liur. Lehernya diusap. Entah kenapa rasa ragu - ragu sama ada hendak meneruskan misi ini atau tidak.

   Afiq tersenyum janggal. "Err, tak boleh ke kalau batalkan sahaja misi ini?"

   "Tak boleh!" kata Rizal dan Gopal serentak.

   Riak muka Afiq bertukar menjadi masam. Muka mereka berdua direnung tajam. Kejam betul rakan - rakannya ini.

   "Ala, kita dah rancang elok - elok dah ni. Nanti lusa kau cubalah dekat Natasha." Gopal cuba memujuk. Nak juga dia melihat Afiq keluar dari kebimbangan sosial ini, sekaligus menawan hati gadis yang disukainya.

    Afiq mengeluh, resah. Dia meramas tangannya. "Macam... macam mana kalau aku tak berjaya?" Afiq mengangkat wajahnya memandang tepat anak mata mereka berdua.

   Rizal memegang bahu kawannya. "Kau boleh. Kalau kita orang percayakan kau, kau pun kena percayakan diri kau sendiri."

   Afiq gigit bibir bawahnya. Dia perlahan - lahan mengangguk. Dia bersuara dalam nada berbisik. "Aku cuba."

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top