4 | AL

       "SEJAK dari tadi... Afiq asyik diam je. Bukan diam macam sebelum ini. Selalunya dia akan cakap juga. Tapi, ini diam sangat." Sesekali Gopal mengalihkan padangan matanya ke arah pintu tandas yang ditutup rapat. "Dia tak buka mulut walau sedikit pun."

   Rizal turut memandang pintu tandas yang tertutup. Dia turut sama berbisik. "Yalah, kan. Daripada Kuzaimie dengan Natasha couple, dia terus senyap sampai macam ni. Risau pula aku."

   Bunyi pam tandas ditarik menghentikan perbualan antara mereka berdua. Rizal dan Gopal laju berpura - pura membelek rambut sendiri. Tidak mahu Afiq salah sangka dengan mereka.

   Rizal berdehem, sekali. Dia menelan air liur sebelum memulakan kata. "Afiq. Nanti kau lepas kau solat Jumaat, kau balik jalan kaki, kan?"

   "Em." Afiq perlahan - lahan mengangguk. Mereka bertiga meneruskan perbualan sambil menuju ke pintu pagar utama.

   "Alang - alang lepas solat Jumaat, boleh tak kita orang pergi rumah kau. Nak main game. Kan, Gopal?" Rizal menyiku kasar Gopal yang asyik menghisap gula - gula.

   Hampir terkeluar gula - gula dari mulutnya namun segera Gopal telan sisa gula - gula tersebut. Dia mengangguk dengan laju." Ha, ya. Ya. Nanti aku datang rumah kau pakai motor."

   Afiq menyimpul senyum, senang. Seperti biasa, dia menyuarakan dalam nada berbisik. "Okay je."

   Lebar senyuman Gopal melihat Afiq kembali tersenyum. Dia menyelit antara Afiq dan Rizal lalu merangkul leher mereka berdua. "Baguslah! On tak on?"

   "On!" Rizal menjerit teruja. Afiq? Macam biasalah. Jerit dalam hati sahajalah. Dia masih belum cukup berani untuk menyuarakan suaranya di khalayak ramai.

...

   Tepat pukul 2:10 petang, tiga sekawan itu berkumpul di rumah Afiq. Bilik Afiq menjadi kawasan lepak mereka untuk 'study game'. Apabila berada di biliknya sendiri, Afiq boleh menjadi dirinya sendiri tanpa rasa sangsi atau takut orang asing akan membencinya.

   "Tepi sikit! Ha! Belakang pokok! Belakang pokok!" teriak Afiq. Tangannya ligat mengawal watak di dalam permainan FreeFire itu.

   Rizal terus mensasarkan ke arah seorang lagi pemain yang tertinggal. Pada mulanya, pemain itu berjaya melindungi diri dengan membuat pelindung tapi mudah dipecahkan dengan peluru Gopal.

   Akhirnya, pemain itu mati kerana kehabisan medkit. Sempat lagi sebelum pemain itu nazak, tiga sekawan itu mengawal watak mereka menari di sekeliling pemain yang nazak itu. Mesti pemain yang kalah itu memaki - hamun kumpulan Afiq.

   Mereka bertiga bersorak selepas skrin mereka memaparkan perkataan 'Booyah!' Siap bertepuk tangan lagi! Haih, nasib baik Puan Saffiyah pergi melepak rumah jiran sebelah. Tidaklah keras kembali tahi telinga mendengar jeritan ayu mereka bertiga.

   "Hebatlah strategi kau, Afiq. Hahaha, jom main lagi." Gopal mengubah posisi yang tadi baring di atas lantai kepada duduk bersandar pada dinding.

   Afiq tersenyum sengit. "On!" Afiq selaku ketua pencipta kumpulan itu menekan butang 'mula'.

   Sementara menunggu masa untuk berperang, Rizal mengambil kesempatan mengutarakan soalan cepumas. "Afiq, kenapa kau diam saja tadi? Tak balas sedikit pun kita orang tanya masa kelas tadi?"

   Afiq yang mengawal wataknya melungsuri wayar tertekan butang jatuh, terkejut mendengar soalan Rizal. Segera dia menukar topik. "Erm... ha, game nak mula dah!"

   Gopal memandang Rizal yang menayangkan wajah tidak berpuas hati dan skrin telefonnya silih berganti. Agak - agaklah Rizal ini pun. Jatuh 'rank' aku nanti. Tidak fasal kena main untuk naikkan balik markah.

   Afiq bersuara, tegas. Mungkin terkesan dengan pertanyaan Rizal. "Turun dekat Kota Tua."

   Rizal masih tidak berputus asa. Dia pasti ada sesuatu mengganggu rakannya. Tetapi, dia mesti cari barang dahulu. Watak - watak pemain mereka menjejak tanah di atas rumput. Hanya watak pemain Afiq mendarat di atas jendela.

   Tiga minit mereka bermain. Ruang selamat juga sudah makin mengecil. Kini, mereka mengawal watak - watak mereka menyorok di sebalik semak sementara menunggu pemain musuh yang lain menjengah.

   Sedang menunggu pemain lain, Rizal sempat lagi bertanya. "Afiq, kau betul - betul okay ke?"

   "Ya, aku okay," ujar Afiq, diingin.

    Rizal tidak mempercayai kata - kata Afiq. "Ada sesuatu yang ganggu kau ke?"

   Afiq mengetap gigi. Dia sedaya - upaya mengelak dari bertentang mata dengan Rizal. Pandangannya hanya fokus pada skrin. "Tak ada. Tak ada."

   "Habis tu?"

   Gopal mencelah antara mereka. "Agak - agaklah kau orang mahu gaduh. Nanti..." Gopal terdiam apabila mereka serta - merta dibunuh oleh dua pemain musuh sekali gus. "... mati."

   Afiq menolak kasar telefonnya ke hujung dinding. Nasib baik ada bantal tebal, mengelakkan telefon itu dari retak sekiranya bertembung dengan dinding.

   Gopal menyedari kelakuan Afiq berubah, perlahan - lahan menegur. "Kau... ada masalah, bukan?"

   Afiq mengangguk, lemah.

   Rizal mengeluh, risau. "Aku dah agak, dah. Kenapa kau tak ceritakan pada kita orang? Kita orang takkan hukum kau."

   "En... entahlah." Itu sahaja yang Afiq mampu balas. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.

   "Dah, dah. Kita dengar luahan Afiq. Letak telefon dekat atas meja." Rizal meletakkan telefonnya di atas almari kecil di sebelah katil Afiq diikuti Gopal dan Afiq sendiri.

   "Sekarang, cerita. Apa masalah..." Pertanyaan Rizal terganggu dengan bunyi kunyahan kerepek dari seseorang.

   Gopal berasa hairan dirinya diperhatikan di bilik itu. Dia menghentikan kunyahan kerepek yang dibawanya buat seketika. Tetapi, sempat lagi diambil satu kerepek dan disuakan ke mulut!

   "Aku..." Afiq bercakap dengan nada yang sangat laju. "AkusukaNatasha."

   Gopal tercengang. Kerepek yang hampir terkeluar terus dia masukkan balik ke dalam mulut. "Ha? Apa? Laju gila kau cakap. Ulang balik. Ulang balik!"

   Afiq menghembus nafas, kekok. Haih, laju sangatkah aku cakap tadi? "Aku suka Natasha."

   "Oh..." Rizal dan Gopal memandang antara satu sama lain. Satu senyuman penuh gatal terbit di bibir mereka. "OH..."

   Afiq merenung toya rakan - rakannya. Mesti mahu usik aku lepas ini. Melihat rakan - rakannya masih belum berhenti senyum macam orang gila, Afiq membaling kasar bantal ke arah mereka berdua.

   Gopal meletakkan bantal yang dibaling Rizal tadi ke belakang badannya. Mahu menyandar. "Oh, patutlah kau diam semacam tadi. Jealous rupanya."

   "Macam mana kau boleh suka dekat dia?" soal Rizal, ingin tahu.

   "Oh, waktu dekat dalam hujan. Waktu tu kau orang dah balik. Aku 'ter'tengking dia sebab dia dekat sangat dengan aku. Kau tahukan perangai aku macam - mana, kalau stranger dekat dengan aku." Afiq sempat tersenyum nipis, angau sedikit. "Tapi dia tak balas jahat, balik. Dia satu - satunya perempuan yang baik dengan aku lepas mak aku."

   "Oh, patutlah brader kita ini, frust semacam." Rizal lega apabila menemui jawapan masalah Afiq. "Tapi, dia ada boyfriend."

   "Hek ek leh. Teman lelaki. Bukan suami pun. Natasha tu pun couple sebab kawan - kawan si Raisha paksa dia," sampuk Gopal lalu menyambung makan kerepeknya. "Lagipun, Kuzaimie tu muka jambu sikit. Awek keliling pinggang. Dari Kuzaimie tu, aku rasa Natasha lagi sesuai dengan kau kot."

   Terkembang sedikit hidung Afiq bila Gopal kata begitu. "Erm, mestilah. Tapi..."

   Rizal mengerutkan dahi, aneh. Kenapa ayat Afiq tiba - tiba terhenti ini? "Tapi?"

   Afiq melepaskan helaan nafas, berat. "Aku kan ada anxiety social. Nak sapa dia pun, aku boleh tertengking. Agak - agak... sampai bila - bila aku akan kekal macam ni. Tak akan bergaul dengan sesiapa."

   "Silap haribulan, dia kena kebas dengan Kuzaimie."

   Hati Rizal dan Gopal diulit rasa sayu mendengar kata Afiq. Ya, selama mereka bertiga berkawan, mereka sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan Afiq dari traumanya sendiri.

  "Nak?" Gopal menghulur sebungkus kerepek kepada Afiq.

   Afiq tersenyum palsu, dia perlahan - lahan menyambut huluran kerepek itu.

   "Ha!" Rizal tiba - tiba bersuara, lantang. "Aku tahu bagaimana  untuk kau mengorat Natasha, kau kena keluarkan anxiety kau dulu."

   "Betul tu!" Gopal juga turut bersemangat. Terus dirampas bungkusan kerepek di tangan Afiq. "Sekaligus, kau boleh jadi diri kau balik."

   Afiq menayangkan wajah menyampah. Dia merampas kembali bungkusan kerepek tersebut lalu disuakan kerepek itu ke dalam mulutnya. Suka - suka hati sahaja rampas kerepek orang.

   Selesai sahaja kunyahannya, Afiq bertanya, ragu - ragu. "Tapi, macam mana?"

   "Aku ada cadangan. Tapi kau mesti ingat, kau tak boleh selalu harapkan kita orang untuk bantu kau. Kau yang kena bantu diri kau sendiri kalau kau betul - betul nak keluarkan anxiety ini dan dapatkan Natasha." Rizal memberi amaran awal - awal. Dia ingin Afiq membina keyakinan terhadap dirinya sendiri terlebih dahulu.

  Afiq meneguk air liur. Riak wajahnya yang gugup disorok. Dia menepis hidungnya menggunakan jari telunjuk." Heh, senang sahaja ini."

  "Kita namakan misi ini, Anxiety Love!" Dahi Afiq bercantum mendengar cadangan Gopal.

   "Yalah, kau kan nak keluar dari anxiety dan kau mahu dapatkan Natasha. Jadi kita namakan misi ini misi Anxiety Love!" Gopal menyatakan sebab di sebalik nama misi tadi. Wah, petah juga Gopal berkata! Orang suruh baca ucapan masa pembentangan sejarah, boleh pula dia malu - malu kucing!

   Afiq tersenyum senget. "Anxiety Love? Okey, mari kita mulakan misi ni!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top