34 | AL

          AFIQ meletakkan sebungkus plastik ke atas meja belajarnya. Fuuh, penat juga cari hadiah untuk perempuan rupanya! Cari takoyaki lagi. Nasib ibunya gembira selepas menerimanya.

   "Ting!"

   Bunyi nada dering telefon itu memberhentikan niat Afiq untuk menbuka bungkusan plastik itu. Dia mengambil telefon dari poketnya. Oh, mesej dari Natashalah! Segera Afiq membalas pesanan itu.

My Little Lady💘
Awaaak.
Awak okey ke?
Saya dah habis tengok 200 Pound Beauty. Bosanlah pula.
Rasa tidak sedap hati pula.
Afiq?

Amboi, banyaknya kau mesej aku!

My Little Lady💘
Taklah, saya rasa tak sedap hati.
Rasa macam awak akan naik bas lalu kemalangan saja.

   Afiq tersengih sekilas. Pelik-pelik sahaja fikiran Natasha. Dia menyambung menaip mesej.

Hahaha, kemalangan bhai.
Itulah... banyak sangat tengok drama kau ini.

My Little Lady💘
Ish, saya teka sahajalah.
Awak beli apa?

Hadiahlah.

My Little Lady💘
Waaah, nak tengok!

   Sambil membalas, Afiq mengerling ke arah hadiah Natasha sebentar. Belum buka lagi itu. Haih... teruja sangat ini. Padahal hadiah dia lambat lagi.

Eh, tunggu Jumaat nantilah.
Kalut-kalut mahu pergi mana?

My Little Lady💘
Pergi naik pelamin dengan awaklah! Cia cia cia!

   Afiq menutup mulut dengan kekura tangan. Rasa berbahang pula rasanya. Pandai budak ini sekarang. Macam tahu-tahu sahaja dia pemalu.

My Little Lady💘
Eh, 'bluetick' pula?
Malu ke? (Emoji tersenyum senget) 😏

Mana adalah.
Pandai-pandai kau sahaja.

My Little Lady💘
Okeylah. Saya nak makanlah. Lapar...
Tak sabar nak tengok hadiah awak hari Jumaat nanti!

   Afiq terkedu melihat bait kata daripada Natasha. Perlahan - lahan jarinya menari di atas papan kekunci telefonnya.

Ha, yalah. Pergilah makan.

My Little Lady💘
Yalah, bye!

   Afiq hanya melihat sahaja mesej itu. Telefonnya diletakkan di tepi dan bungkusan plastik diambil. Ikatan plastik cuba dileraikan. "Tch."

   "Ish, manusia mana suruh ikat sampai mati ini?" Afiq mengeluh sendiri apabila ikatan plastik itu susah untuk dileraikan. Kesudahnya, tengah-tengah plastik itu dikoyakkan menggunakan kuku sendiri.

   Afiq mencapai sebuah kotak seperti kotak cincin. Di dalam kotak itu, terdapat sebutir cincin plastik berwarna merah jambu. Mesti Afiq tidak cukup bajet ini. Tetapi yang paling unik itu ialah permata cincin plastik itu seperti bunga ros.

   "13 Disember..." Afiq menggumam tarikh lahir Natasha. Serta-merta dia teringatkan perbualan dia sekeluarga.

   "Nah, takoyaki ibu." Afiq menghulurkan sebungkus plastik kecil ke arah Puan Saffiya.

   Puan Saffiya hampir melompat keriangan melihatnya. Bungkusan plastik itu disambut. "Wah, terima kasih, Afiq! Ibu sudah lama mengidam takoyaki. Ibu nak makanlah." Puan Saffiya terus pergi ke dapur, hendak membasuh tangan, mungkin.

   "Afiq." Encik Raiz memanggil Afiq yang berura-ura naik ke atas.

   Afiq berpaling ke arah encik Raiz. "Kenapa ayah?"

   Encik Raiz mendekati Afiq dengan senyuman gembira. "Ayah ada berita baik untuk Afiq. Mesti Afiq suka."

   Afiq menjongketkan keningnya berserta senyuman mengusik. "Ayah nak kahwin dua, en?"

   "Kepala kamulah!" Encik Raiz terpukul belakang Afiq secara spontan. Tidak kuat mana pun, perlahan sahaja.

   "Orang gurau sajalah." Afiq kemudian mengaduh sendiri sambil menggosok belakangnya. Menyesal pula berseloroh sebegitu.

  "Maaf, terpukul pula anak ayah tadi. Siapa suruh kamu gurau macam itu?" Encik Raiz meletakkan kesalahan itu di bahu anaknya. Naya kalau Puan Saffiya dengar, mahu tidur dia di luar selama seminggu.

   Encik Raiz terus memberitahu hal yang sebenarnya. "Ayah hendak beritahu yang yang... ayah ada terima satu pekerjaan di Kuala Lumpur! Kita akan berpindah pada Jumaat hadapan!"

   Afiq tergamam. Dia tidak salah dengar bukan? "Jumaat hadapan? 13 Disember?"

   "Ya, Jumaat hadapan. Selalu ayah kerja dekat pasar malam sahaja. Tengok-tengok... rezeki ada kawan lama ayah nak bantu ayah jadi usahawan besar pula," balas Encik Raiz. Wajah lelaki itu kelihatan ceria sangat.

   Afiq teragak-agak untuk bertanya. "Tidak boleh ke... hari lain. Sabtu? Ahad?"

   "Mana boleh, Afiq. Ayah ada jumpa rumah itu. Runding punya runding, ayah jumpa satu rumah berdekatan tempat kerja. Jumaat itu boleh pi..." Encik Raiz perasan perubahan riak wajah Afiq lantas menegur. "Afiq... kamu okey ke?"

   "Okey.... okey." Afiq memperlahankan suaranya pada akhir ayat. "Sakit sangat."

   "Afiq naik atas dululah, ya?" Afiq segera melarikan diri untuk naik ke atas, meninggalkan ayahnya yang terpinga-pinga di ruang tamu.

   Cincin plastik berwarna merah jambu ditenung kembali. Permata bunga ros itu diusap. Afiq berdesis di dalam hati. "I'm so sorry, my little lady."

...

Sina Yaya Cute❤️
Maaf, abang.

   Serius, abang tanya. Kenapa hendak putuskan hubungan kita... Tidak mungkin sebab ibu bapa...

   Tidak sempat Gopal ingin menghabiskan taipannya, Sina Yaya sudah menghantar satu lagi pesanan mesej.

Sina Yaya Cute❤️
Kita tak boleh teruskan sebab kita berbeza agama, abang Gopal.

   Gopal terkedu. Mesejnya yang tadi dia padamkan sahaja.

Sina Yaya Cute❤️
Mama dengan papa marah sangat bila tahu. Abang pun terkejut dengar.

Tetapi...
Sina Yaya, apa kita nak buat sekarang?

Sina Yaya Cute❤️
Yaya tak tahu.

Sina Yaya, abang harap Sina Yaya jumpa lelaki yang lebih baik daripada abang.
Rasanya itu lebih baik untuk kita.

Sina Yaya Cute❤️
Tapi Yaya tak nak...

Nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ, Yaya.

   Gopal menekan butang 'block' di bar status Sina Yaya. Entah mengapa, air matanya mengalir seiring dengan perbuatannya. Gopal terketar-ketar memegang pipinya.

   Gopal tergelak sambil mengujarkan kata. "Apa benda ini? Tak akan peluh mata kot! Hahahahaha... hiks... hiks..." Tawanya bertukar menjadi tangisan.

   Bantalnya dipeluk. Sampul bantalnya basah dengan mutiara yang jatuh ke atasnya. Tidak pernah dia menangis kerana perempuan dan rasanya... sakit sangat.

  "TOK! Tok! Tok!"

   "Buka pintu ini, Gopal. Gopal... amma ini." Puan Jivanta sedaya-upaya untuk memanggil anaknya, namun tiada sahutan dari dalam. Satu keluhan keluar dari bibir wanita itu.

   "Kenapa dengan Gopal, mak cik?" soal Afiq. Dia berpaling ke arah pintu bilik kawannya. Tidak pernah Gopal berperangai sebegini. Selalu gembira sahaja dia.

   Puan Jivanta memegang pipinya, risau. "Tidak pernah Gopal buat perangai macam ini. Sejak daripada pagi tadi, Gopal langsung tak keluar dari bilik. Makan pun tidak budak itu. Risau mak cik."

   "Tidak makan?" Rizal mula risau akan sahabat baiknya. "Cuba saya yang buat."

   Rizal menghampiri pintu bilik Gopal. Kayu pintu itu diketuk beberapa kali. "Gopal, ini aku... Rizal dengan Afiq datang. Bukalah pintu ini."

   "Aku bawa cekedis (makanan ringan) kegemaran kau ini. Nanti kurus, orang tak panggil sado, kan." Afiq cuba memujuk Gopal.

   Puan Jivanta mengeluh apabila Gopal tidak membalas seruan itu. Bertambah kalut lagi apabila bayi perempuannya mula merengek di dalam bilik.

  "Sekejap, ya. Mak cik nak pergi dekat Samantha sekejap." Puan Jivanta berlari anak ke arah bilik anak perempuannya. Risau anaknya mungkin dahagakan susu.

   Rizal belum berputus asa memujuk Gopal. "Gopal, kalau kau ada masalah. Bagitahulah. Kita orang kan kawan baik kau."

   "Bila kau ada masalah, kau bantu aku. Dan sekarang, kau ada masalah, aku nak bantu kau pula. Sebab itu apa yang seorang sahabat akan lakukan," pujuk Afiq pula.

   Sepi sahaja koridor bilik Gopal itu sehingga sehelai kertas ditolak keluar dari bilik Gopal melanggar kaki Afiq dan Rizal. Selang beberapa saat, ada sebatang pensel digolekken melalui lubang bawah pintu itu.

   Rizal mencapai kertas itu. Mereka berdua membaca apa yang ditulis Gopal.

Inspektor Gopal: Apa kata laluan untuk masuk ke dalam bilik ini wahai ditektif murahan?

   Afiq dan Rizal ketawa serentak membaca surat itu. Afiq menulis sesuatu di surat itu dengan menjadikan pintu sebagai 'meja'.

Inspektor Gopal: Apa kata laluan untuk masuk ke dalam bilik ini wahai ditektif murahan?

Ditektif Afiq: Ampun, bang sado.

   Terus bantai gelak dua sahabat itu. Walaupun dilanda masalah, mereka sentiasa masuk air. Hahaha, boleh masuk ujibakat Maharaja Lawak Mega mereka bertiga ini!

   Surat itu terus dimasukkan ke dalam bilik Gopal melalui bawah pintu. Beberapa saat kemudian, pintu bilik Gopal dibuka.

   Kelihatan Gopal sedang berselubung dalam selimut. Sudahlah langsir ditutup, lampu pun tidak dipasang! Berangan-angan menjadi kelawar, ya?

   Gopal bersuara dari dalam selimut. "Masuklah."

"Gelapnya bilik kau." Afiq memberi komen pertama tatkala masuk ke dalam bilik Gopal. Serentak dengan itu, suis lampu ditekan. Serta-merta bilik Gopal menjadi terang-berderang.

   "Tutup pintu." Serak nada suara Gopal mengarahkan. Rizal pun hanya menurut, menutup pintu serapat-rapatnya.

   "Kau buat apa dekat dalam gelap macam ini? Berangan jadi Batman ke? Bukalah selimut itu." Afiq melabuhkan punggungnya di sebelah katil bujang Gopal.

   "Tak nak... muka aku buruk. Lagi-lagi aku baru lepas menangis." Gopal masih lagi setia memegang selimutnya, tidak mahu sisa cahaya masuk ke dalam selimutnya.

   "Menangis? Kau menangis sebab apa?" Rizal duduk bertentangan Afiq. Aura ibu-ibunya mula dihidupkan. "Siapa buat kau?"

   Afiq pula rasa gerun dengan muka garang Rizal. Dia berpura - pura tidak mempedulikan Gopal. Ini rupanya perasaan pembulinya apabila melihat Rizal marah. Seram rupanya.

   "Mehlah abang sado mahu ceritakan." Gopal sempat berseloroh walaupun terasa perit. "Macam ini..."

  Maka, bermulalah penceritaan kisah sebelum tidu... eh, penceritaan Gopal. Yang paling comel dan mencuit hati apabila Afiq dan Gopal bersua makanan!

   Acap kali Afiq menghulur keropok ringan ke arah Gopal yang di dalam selimut memandangkan Gopal tidak makan sejak pagi tadi. Afiq pun reda sahajalah.

   "Sekejap, kau bercinta senyap-senyap!" Terbuntang mata Rizal setelah habis mendengar bicara Gopal.

   "Aku tahu aku salah sebab rahsiakan. Maaf." Gopal mengendurkan suaranya. "Tetapi ibu bapa perempuan itu tak terima hubungan kita orang sebab... kita orang berbeza agama."

   "Tak apa, bunga bukan sekuntum. Mana tahu kau boleh jumpa perempuan yang layak daripada dia?" Rizal cuba menenangkan hati Gopal yang resah.

   "Tiada perempuan yang layak daripada dia." Gaya Gopal seperti mahu berputus asa sahaja.

   "Kenapa kau tak terus pandang ke hadapan?" tanya Afiq yang cukup menyentapkan hati Gopal. "Ada seorang pak cik pernah beritahu aku, kita tak boleh tengok belakang terlalu lama. Because we are really need to keep moving forward."

   Rizal mencelah. "Betul kata Afiq. It hurts to let it go, but sometimes, it hurts more to hold on."

  "Kalau kau boleh kehilangan orang yang kau tak sangka kau akan hilang, mesti kau akan dapat orang yang... kau tak sangka akan dapat." Afiq teringatkan Natasha tidak semena-mena. Dia menunduk sebelum mengangkat wajahnya.

   "Aku lupa... aku sebenarnya nak beritahu kau orang sesuatu."

   Rizal segera menoleh ke arah Afiq. "Apa benda?"

   "Lagi 5 hari nanti, aku nak pindah." Afiq menyambung lagi. "Maksud aku, Jumaat ini aku akan pindah."

   "Apa!" Gopal terus menarik selimutnya ke belakang. Nampaklah sisa-sisa keropok di sekeliling bibir Gopal. "Kau nak pindah. Kau nak tinggalkan kita orang?"

   Afiq menerangkan walaupun berat untuk diluahkan. "Ayah aku dapat kerja dekat sana. Jadi aku kena ikutlah."

   "Huargh, Afiq." Gopal terus memeluk Afiq. "Jangan tinggalkan aku, huhuhu."

   "Tak adanya aku nak ucap selamat tinggal kat kau orang. Walau jauh macam mana pun aku dengan kau orang, kau orang selalu aku ingat." Bicara Afiq menambahkan lagi sendu di hati Afiq.

   Gopal sudah terkeluar hingus mendengar. "Ah, tak payahlah cakap macam tu..."

   Perlahan suara Rizal menuturkan kata. "Tetapi.. Jumaat itu hari jadi Natasha, bukan?"

   Afiq tersenyum kelat. "Aku tahu."

...

   Natasha memandang halaman rumahnya. Kek, check! Keluarga, check! Kawan-kawan... ha, itu belum sampai lagi.

   "Mana pula dia orang ini?" Natasha terjengul-jenguk ke luar rumah. Sekejap lagi apabila ayahnya pulang, majlis akan dimulakan. Inilah janji Melayu!

   "Tunggu siapa tu, adik? Nanti ayah datanglah." Haitham menyapa adiknya yang menunggu di pintu pagar. Macam beruk menanti kekasihnya pula! Hahahaha!

   "Tidaklah... tunggu." Mata Natasha bersinar keriangan melihat kelibat Raisha dan tiga orang yang lain dari jauh. "Kau orang!" Natasha segera berlari mendapatkan mereka berempat.

   "Natasha..." Langkah Raisha terhenti tatkala Natasha menghampiri mereka.

   Natasha seakan marah. "Kenapa kau orang lambat? Kata nak datang pukul 10 pagi... sekarang sudah pukul 10:30 pagi. Janji Me... janji satu Malaysia betul!"

  Melihat Jianying dan Gopal di situ, tidak jadi Natasha untuk menyebut janji Melayu. Janji satu Malaysia pun bolehlah.

  "Tadi kita orang tolong Afiq tadi... ops!" Jianying menutup mulutnya dengan pantas setelah menyedari dia tersalah kata.

   "Afiq?" Natasha merasa hairan mendengar kata Jianying. Dia baru perasan Afiq tiada apabila melihat sekeliling mereka. "Mana Afiq?"

   Lambat - lambat Gopal memberitahu hal sebenar. "Tadi kita orang tolong Afiq tadi..."

   Raisha dan Rizal menyampuk serentak. "Afiq nak pindah rumah."

   Mata Natasha berkaca mendengarnya.

   Sementara itu, Afiq baru sahaja selesai meletakkan kotak terakhir di lori yang disewa ayahnya. Habuk-habuk di tangannya ditepuk bagi menghilangkannya.

   "Sekarang..." Afiq mengeluarkan sebuah kotak cincin yang dibalut dengan surat khabar. "... majlis hari jadi itu."

   Tidak sempat Afiq ingin ke arah ibu bapanya untuk meminta izin, kedengaran satu suara menyerunya dari belakang. "Afiq!"

   Afiq berpaling dengan pantas. "Eh, Natasha?"

   Natasha termengah-mengah berhenti di hadapan Afiq. Peluhnya turun seiring dengan air matanya. Di belakang Natasha, beberapa orang rakannya juga turut sama berlari.

   "Sampai hati awak tak beritahu saya, kan? Awak nak pindah... tetapi... hiks... kenapa..." Natasha meluahkan kata dengan tangisan sambil memandang Afiq.

   "Natasha..." Afiq cuba memujuk pujaan hatinya. "I'm so sorry. Aku memang hendak pergi ke majlis hari jadi kau lepas ini. Ayah aku dapat kerja jadi aku terpaksa pindah."

   "Don't said goodbye to me." Natasha cuba mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran seperti menangis. "Awak tahu perkataan sepatutnya awak luahkan."

   Afiq tersenyum. Sekotak cincin diberikan kepada Natasha. "Happy Birthday, Little Lady."

   Natasha melahirkan senyuman mendengar ucapan itu. Dia tertawa kecil melihat bungkusan itu. "Jangan kata awak bagi saya bungkusan surat khabar."

   "Kalau betul, salahkan Gopal." Sengaja Afiq menyalahkan Gopal.

   Gopal yang mendengarnya berasa tidak puas hati. "Aku pula. Tapi disebabkan kau nak pindah, aku okey sajalah. Huhuhu..."

   Natasha membuka bungkusan itu. Rasa sebak mula menyebulungi diri apabila dia melihat kotak serupa benar dengan kotak cincin itu. Bila dibuka... memang cincin!

   "Selamat Hari Jadi..." Mereka berlima mula menyanyikan lagu untuk Natasha. "Selamat Hari Jadi.... selamat Hari Jadi Natasha. Selamat hari jadi..."

   "Terima kasih.." ucap Natasha dengan penuh sebak.

   "Don't cry because it's over. Smile because is happens." Rizal menggaru dagunya, memikirkan ayat seterusnya, mungkin. "Daripada... Dr. Seus tidak silap aku."

   "Afiq... jom... eh? Yang seorang menangis ini kenapa?" Encik Raiz menegur Natasha yang masih mengalirkan air mata.

   "Saya pun nangis juga, pak cik. Huargh!" Gopal mula menangis di bahu Rizal. Rizal? Reda sahajalah, Labu.

   "Kami gerak dahulu, ya." Puan Saffiya tersenyum ke arah kawan-kawan anaknya. Dia bersyukur Afiq mempunyai kawan yang banyak.

Mereka berdua bersalam-salaman. Yang lelaki, bersalaman dengan Encik Raiz dan Afiq  manakala yang perempuan dengan Puan Saffiyah.

   Encik Raiz dan Puan Saffiyah sudah masuk ke dalam kereta kecuali Afiq. Kedua pasangan suami isteri itu memberi peluang kepada anaknya untuk mengucapkan selamat tinggal.

   "Kau orang, janji tau. Kau orang takkan lupakan segala kenangan kita. Nanti aku balik, semua orang lupakan aku pula." Afiq memesan kepada keempat-empat rakannya.

   "Mestilah..." Gopal sudah menghembuskan hingusnya ke sapu tangan milik Rizal.

   "Kau kan adik kakak... mana boleh lupa." Raisha tersenyum semasa mengujarkannya.

   "Kau itu jangan lupa kita orang pula." Rizal melarang dengan penuh rasa sebak.

   Jianying pula berkata. "Walaupun aku tak berapa kenal kau, aku tahu kau orang yang baik, Afiq."

   "Afiq..." Natasha segera meneruskan kata. "Terima kasih..."

   "Sama-sama. Nanti kita akan jumpa... suatu hari nanti." Afiq terus berlalu pergi ke kereta ibu bapanya, tetapi langkahnya terhenti mendengar teriakan Natasha.

   "Afiq! Saya sayangkan awak! Saya dah pakai cincin yang awak pakai!"

   Afiq ketawa sendiri. Dia masuk ke dalam keretanya. Dia menoleh ke belakang dan melambai - lambai ke arah mereka berlima melalui cermin belakang. Kereta Afiq menjauhi mereka berlima, menuju ke destinasi yang ditujui.

Afiq💘
I love you too.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top