33 | AL
SEDAR-SEDAR sahaja beberapa minggu sudah berlalu. Mata dipejam celik beribu kali dan mereka sudah berjaya menghabiskan masa mereka di medan perang! Yay, sudah habis SPM! Mesti ramai rindukan untuk berbaring di atas katil masing-masing.
"Yay! Sudah habis! Boleh balik!" Natasha bersorak riang sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. Sekali dengan dua sahabatnya berteriak teruja.
Pengawas peperiksaan hanya menggeleng. Seronok kau orang, ya? Tunggulah zaman universiti nanti. Paket kertas di tangan pengawas peperiksaan itu dimasukkan ke dalam beg tangannya.
"Bolehlah aku baring lama sedikit atas katil lepas ini." Jianying merenggangkan urat-uratnya. Sudah seperti nenek tua yang sakit urat! Maklumlah, lama sangat duduk atas kerusi biru itu.
Jianying yang teringatkan sesuatu, terus berpaling ke arah Natasha." Natasha, nanti Jumaat minggu hadapan... hari jadi kau, kan?"
"Ha, betullah itu. Ingat juga kau rupanya," ujar Natasha yang sudah menggalas begnya.
Raisha mengangkat sebelah keningnya. "Hari jadi kau? Aku tak tahu pun."
Jianying terkedu seketika. "Oh... waktu tu kita kan putus kawan. Masa itulah aku korek rahsia Natasha."
Natasha cuba menenangkan suasana kekok antara mereka. "Ala, tak apa. Past is past. Nanti Jumaat depan, datang rumah aku tau!"
"Mestilah datang. Kau kawan aku yang terapat tau!" Raisha tersengih sendiri. Lengan Natasha dipegang erat.
"Aku?" Jianying berpura-pura merajuk. "Tahulah aku ini siapa kan?"
"Tak payahlah buat merajuk-merajuk. Meh sini." Natasha merangkul tangan Jianying. "Jom balik!"
Jianying tersenyum kecil. Nada suaranya juga berubah ceria. "Jom!"
Raisha sempat mengeluarkan telefonnya. Tangan kirinya menaip mesej kepada seseorang.
Wey, Afiq. Jumaat nanti hari jadi Natasha. Pandai-pandailah kau cari hadiah.
...
Sina Yaya Cute❤️
Abang, macam mana dengan SPM semalam? Maaflah tak hantar mesej semalam. Telefon Yaya habis bateri.
Tak apa. Okay sahaja. Nasib tak menangis di dewan peperiksaan.
Sina Yaya Cute❤️
Eh, nangis?
Abang Gopal nangis, en? (emoji tersenyum sinis) 😏
Mana ada abang nangis. Budak form 5 mana boleh nangis.
Sina Yaya Cute❤️
Yalah tu.
Eh, mama panggil. Bye, abang Gopal. ❤️
Bye Yaya. ❤️
"Wey, Gopal. Mentang-mentang kau kalah game. Kau left ya?" Afiq yang perasan notifikasi memberitahu Gopal meninggalkan permainan atas talian itu lantas menegur. Tangannya masih ligat menekan skrin telefon itu.
"Ala, aku terima mesej tadi. Dah aku kalah. Aku leftlah." Gopal menutup perbuatannya tadi. Kalau dua rakannya tahu dia dan Sina Yaya ada sesuatu, habislah dia.
Tetapi... sampai bila mahu rahsiakan?
Afiq dan Rizal terdiam seketika. Mungkin sedang serius bermain. Nanti kena tembak, berhuhulah di penjuru dinding.
Gopal pula sibuk mengunyah makanan ringan yang dibawa masuk ke dalam bilik Afiq, tidak mahu mengacau mereka. Yalah, kalau kacau, nanti ada perlawanan WWE pula.
Sedang menyorok daripada musuh di dalam permainan itu, Afiq mengambil peluang untuk berbicara. "Jumaat hari jadi Natasha. Raisha bagitahu. Aku rasa macam nak beli hadiahlah."
Gopal tertarik mendengar kata-kata Afiq. "Hadiah? Kau nak beli hadiah apa? Yalah... untuk little lady kau."
Afiq mengawal rasa bahang yang terasa di wajahnya. 'Little lady' ialah gelaran khas untuk Natasha. Baik dia jangan bagi menyerlah sangat merah mukanya. Nanti kena bahan pula.
"Ha'ah. Ingat nak ajak kau orang beli dekat KLCC esok. Eh, ada musuh." Afiq segera menekan butang menembak apabila karakter musuh muncul tidak jauh dari karakternya. Head-shot! Yeah!
Audio telefon Rizal mengeluarkan bunyi tembakan juga. Akhirnya, dua musuh telah dikalahkan! Mesti dua musuh itu tengah sedih, duduk menangis dalam singki. Kena bunuh dengan penuh memalukan.
"Kau kata nak teman, kan? Ha, aku ikut sahaja." Rizal menyokong kata Afiq. Punat tutup ditekan pada telefonnya. Mahu fokus pada topik Afiq.
"Tapi itulah..." Afiq menggaru kepalanya yang sedikit gatal. Mungkin ada kutu ataupun terasa kekok. "... apa yang perempuan suka, ya?"
"Hmm." Rizal menggaru dagu, lagaknya sudah seperti Ditektif Conan! Dia kemudian menyenaraikan sambil mengira melalui jari. "Tudung, alat make up, rantai, beg... apa-apa beglah."
"Jangan kau beli beg plastik sampah sudahlah." Gopal sengaja berseloroh.
Afiq menayangkan riak menyampahnya. "Memang taklah."
Rizal menyambung. "Coklat, bunga, cincin, rak alat tulis, casing telefon, tabung comel... ha, itu sahajalah."
Afiq sempat mengorek sedikit lubang telinga. Wajah Rizal dipandang tidak percaya. "Pergh. Agak-agaklah kau ini. Banyaknya. Ke... kau ada girlfriend?"
"Entah... ada girlfriend pun tak bagitahu kawan sendiri. Apa punya..." Gopal menghentikan ayatnya tatkala merasakan ayatnya seakan serampang dua mata. Haih... rasa tersindir pula dengan kata-kata sendiri!
"Mana ada. Kau orang ini macam terlupa aku ada adik perempuan." Rizal menjadi bengang apabila dua rakannya mula mengesyakinya bukan-bukan. "Jadi... kau rasa nak beli yang mana?"
"Macam uncle Muthu pula kau ini. Sebut banyak jenis makanan... lepas itu tanya, 'makan'? Macamlah aku ingat semua benda," ujar Afiq. Sempat lagi dia teringatkan Muthu daripada siaran Upin dan Ipin.
Gopal menjongketkan keningnya. "Uncle siapa pula ini?"
Afiq menoleh ke arah Gopal. "Ala... uncle Muthu Upin Ipin."
Lama Gopal mendiamkan diri. Tengah memerah memorilah itu! Sampai Afiq dan Rizal memandang antara satu sama lain, hairan dengan keletah Gopal.
"Ooh! Uncle Muthu yang itu!" Gopal menjerit teruja apabila mindanya segar kembali. Muncul seorang lelaki berbangsa India berpakaian ala pak cik warung tepi jalan di dalam ingatannya.
"Lamanya kau fikir." Afiq tersengih sumbing melihat Gopal. Mesti lama tidak tengok Upin dan Ipin ini.
"Kalau kau nak jimat bajet, kau belilah coklat, bunga, casing... casing ada yang mahal... atau beg ke? Jangan bazir duit sangat. Duit untuk universiti macam mana?" Rizal memberi nasihat dalam masa yang sama, menasihati Afiq. Dasar 'aura mak' betul Rizal ini.
"Buat beg dari surat khabarlah, Afiq. Lepas itu bagi Natasha." Sebaik sahaja berkata, Gopal terus mendapat balingan bantal daripada Afiq. Sehingga terbaring dia ke belakang! Kuat betul balingan itu!
"Kepala otak engkaulah." Afiq memandang Gopal, tidak puas hati. Dari tadi asyik bergurau. Nanti ada pula orang dibungkus dengan surat khabar.
"Jadi... apa yang kau nak beli?" tanya Rizal, ingin tahu.
"Erm..." Satu perkataan mula berlegar di dalam kepala Afiq. "Ha, aku dah dapat. Hadiahnya..."
...
Little Lady💘
Afiq, nak tahu taaaak.
Sorry, tadi aku solat Asar.
Little Lady💘
Oh, tak apa.
Nak tahu taaaak.
Tak.
Little Lady💘
Ah, tetap mahu cerita juga!
Afiq mengenyih membaca mesej Natasha. Nasib ibu dan ayahnya berada di dapur, kalau tidak... mesti pelik melihat anak teruna mereka tersengih seorang diri.
Ha, ceritalah.
Little Lady💘
Jumaat nanti hari jadi saya. Dan awak mesti datang!
Lah... kenapa aku nak datang? Engkau anak raja ke sampai aku nak datang?
Little Lady💘
Afiiiq...
Ya, ya, aku datang.
Gurau sajalah.
Little Lady💘
(Emoji menyampah) 😒
Ajaklah dua kawan awak itu. Gopal dengan Rizal kan?
Eh, taklah. Shaz Rukan dengan Alif Syukri. Memang best betul kawan dengan dia orang.
Little Lady💘
Ish, awak ini. Malaslah. Baik saya pergi masak.
Ha, pergilah.
Little Lady💘
HUH, BYE!
Afiq menggeleng sendirian. Merajuk pula? Tetapi dia tidak perlu risau, Natasha bukanlah spesies perempuan yang egonya dua puluh empat jam. Lima minit lagi, redhalah itu.
"Amboi anak ayah ini. Tersengih semacam. Tengok anime ke?" Encik Raiz menyapa anaknya yang asyik tersenyum di sofanya. Nasib tidak dihubungi talian hospital Bahagia.
"Mana ada." Afiq menidakkan. Memikirkan tentang hari jadi Natasha yang kian dekat, Afiq meminta pendapat bapanya. "Ayah... apa hadiah sesuai untuk perempuan?"
"Eh, kenapa tanya? Nak hantar surat peminat dekat Sajat ke?" Encik Raiz sengaja menduga Afiq.
Mendengar gurauan dari suaminya, Puan Saffiya lantas melaung dari dapur. "Apa awak merepek ini!"
"Mana adalah, ayah," nafi Afiq.
"Oh, kalau mana ada... syukurlah. Anak ayah tak jatuh cinta dengan sama jantina." Encik Raiz kembali ke topik asal. "Hrm, ah... hadiah untuk perempuan, ya? Cincin ke... beg ke."
"Afiq sebenarnya nak minta izin ayah nak keluar dengan Rizal dan Gopal esok. Nak pergi KLCC. Beli hadiah untuk 'seseorang'." Afiq menerangkan niatnya esok.
"Erm..." Encik Raiz sengaja memberi jawapan mudah. "Tanya ibu kamu."
Puan Saffiya baru keluar dari dapur dengan apron yang comot dengan cat. Dia memberi keizinan. "Ha, pergilah. Nak ibu beri duit ke?"
"Tak apalah. Afiq guna duit sendiri." Afiq mengujarkan kata. Sebolehnya dia tidak mahu menyusahkan ibunya.
"Oh, baguslah kalau macam itu. Tetapi jangan membazir pula. Jimat." Puan Saffiya menasihati anaknya. Dua kali dengar macam lebih kurang ayat Rizal pula.
Memang Rizal boleh menang anugerah 'ibu terbaik'lah. Semua kelakuannya serupa benar seperti seorang ibu. Atau... sebab dia anak sulung.
"Okey, ibu." Afiq akur dengan kata-kata ibunya.
Melihat isterinya pergi, Encik Raiz mengeluarkan sekeping duit not dua puluh ringgit ke arah anaknya. "Nah, buat belanja."
"Pergh..." Afiq memperlahankan nada suaranya melihat isyarat diam daripada bapanya. "Banyaknya, ayah."
"Tak apa. Lagipun anak ayah dah lalui macam-macam. Inilah ganjaran ayah kepada Afiq. Afiq dah keluar dari kebimbangan sosial, bukan? Inilah hadiah tak seberapa dari ayah." Encik Raiz menuturkan kata penuh sebak buat Afiq.
"Ayah dengar?" soal Afiq, terharu.
"Yalah, ayah koma. Bukan meninggal," seloroh Encik Raiz. "Lagipun, belikan takoyaki untuk ibu kamu. Mengidam katanya."
"Ceh. Yalah." Afiq memutarkan bola mata mendengarnya. Ada udang di sebalik batu rupanya! Tetapi mengidam... lain macam!
Janganlah kata dia ada adik lagi!
...
Natasha mengunyah keropok lekor. Matanya tidak lengkang memandang skrin telefon yang memaparkan drama Korea, '200 Pound Beauty'.
Cerita itu mengisahkan seorang wanita yang darinya merupakan seorang yang gempal juga penyanyi latar belakang bertukar menjadi penyanyi profesional setelah melakukan pembedahan plastik.
"Adik buat apa itu?" Hanan sengaja menegur adiknya.
"200 Pound Beauty." Natasha membalas ringkas.
Hanan tiba-tiba tersenyum, mengusik. "Nak tahu tak... nanti perempuan ini akan jadi te..."
Natasha menoleh geram ke arah kakaknya. Pipinya digebungkan. "Kakaak..."
Hanan tertawa kecil. "Yalah, yalah. Kakak tak bagitahu." Hanan terus berlalu pergi. Makan maggi lagi bagus. Huhuhu...
Keseronokkan Natasha menonton drama itu terhenti apabila telefonnya menunjukkan satu bar notifikasi. Mesej daripada Afiq! Natasha segera mencapai telefonnya.
Afiq💘
Aku nak pergi KLCC ini.
Nak pergi KLCC, buat apa?
Dalam buah fikiran Natasha sudah memikirkan... Afiq hendak membeli hadiah untuk diakah? Dia tersenyum sendiri.
Afiq💘
Aku nak beli takoyaki untuk ibu.
Oh.
Senyuman Natasha mengendur. Alaa, tiada hadiah untuk kitalah! Rasa mahu merajuk ala gedik pula.
Afiq💘
Kau nak apa? Aku nak beli hadiah untuk kau ini.
Cincin ke? Hahaha, gurau. Belilah hadiah apa-apa sahaja. Saya tak kisah.
Afiq💘
Betul tak kisah? Aku beli plastik sampah sahaja nanti.
Natasha menarik muncung. Ish, Afiq ini!
Pilihlah hadiah yang logik sedikit.
Afiq💘
Okeylah. Aku beli batang mop. Bolehlah kau mengelap lantai hari-hari.
Afiq!
Afiq💘
Hahaha, yalah. Aku nak naik bas ini. Bye!
Yalah, bye!
Natasha beralih ke aplikasi Youtube untuk menyambung drama yang tergelanda tadi. Eh, tetapi naik bas? Teringat pula dengan drama novelnya yang dibacanya.
Natasha mengigit bawah bibirnya. "Macam mana kalau Afiq kem... tidak mungkinlah."
Natasha menekan aplikasi What's app. Dia melihat ruangan perbualannya dengan Afiq. Dua tanda berwarna biru di hujung kanan mesejnya, tanda Afiq membacanya.
"Perasaan kau sahaja, Natasha." Natasha cuba menyedapkan hatinya. Baik dia sambung menonton drama Korea!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top